20 July 2009
Semua NC disaran guna Facebook - Menteri Pengajian Tinggi
KUALA LUMPUR - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyarankan semua Naib Canselor (NC) dan Timbalan Naib Canselor (TNC) institusi pengajian tinggi (IPT) menggunakan laman web sosial, Facebook bagi memudahkan mahasiswa berinteraksi dengan mereka.
Cadangan tersebut disuarakan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah yang berpandangan sudah sampai masanya NC dan TNC berbuat demikian.
Katanya, NC dan TNC terutama TNC Hal Ehwal Pelajar perlu berbuat demikian bagi membolehkan mahasiswa berinteraksi lebih mudah tanpa perlu mengikut waktu-waktu tertentu.
"Dengan itu, ia akan memberi peluang kepada setiap mahasiswa berinteraksi dengan pimpinan universiti. Lazimnya yang lebih mudah berjumpa dengan pemimpin universiti ialah pemimpin mahasiswa sahaja," katanya.
Komentar :
Aku bersetuju dengan saranan dan gesaan dari Datuk Saifuddin. Tidak dinafikan facebook amat popular dan bermanafaat pada setiap lapisan masyarakat baik parti-parti politik, pemimpin dari kerajaan, pemimpin pakatan rakyat bahkan rakyat kebanyakan. Tapi aku kecewa juga ada sesetengah syarikat 'block' laman facebook ini dari digunakan oleh pekerjanya. Sebagai contoh : kakitangan akhbar Sinar Harian. Laman facebook di 'block' untuk digunakan oleh pekerjanya. Apa sebabnya? Wallahuallam. Cuma 1 perkara yang perlu di ingat ruang facebook ini jangan dijadikan medan meluahkan kemarahan kepada mana-mana pertubuhan atau individu. Apa yang penting, cari kebersamaan dan selesaikannya sebaik mungkin. =)
0 komentar:
Post a Comment