Subuh
Hamba Allahkah kita? Kalau bangun lepas waktu subuh. Set jam pun pasal nak bangun pegi keje, bukan nak solat..Yang masih study di IPT pun sama. Bangun awal-awal pagi sebab nak pergi kuliah.
Zohor
Masa kerja, memanjang sibuk. Lunch sempat, tapi kadang-kadang solat zohor pulak tak sempat.
Asar
Time asar pulak, sibuk stand-by nak balik, solat asar lupa nak tunaikan...
Maghrib
Sampai rumah dah penat. Letih dek jalan jem, terlena di sofa. Maghrib pun tersasar..
Isyak
Waktu Isyak ni panjang. Saja-saja buat lewat. Yang mengarut tu, sibuk pergi dinner, lepak kedai mamak dan macam-macam aktiviti malam. Isyak ditangguh.. Balik rumah dah letih, kemudian tidur sampai esoknya.
Apakah Tugas dan Peranan Kita Sebagai Hamba Allah?
A - Buat ikut suka hati
B - Taat perintahnya, jauhi apa yang dilarang.
Jawapannya ada di tangan anda.
0 komentar:
Post a Comment