30 May 2009

Aku & Jaringan Maklumat di Internet

Bila agaknya kali pertama anda berjinak-jinak dengan internet? apakah rangkaian atau laman web yang menjadi kegemaran anda? youtube, friendster, tagged, myspace, facebook, blog atau lain-lain?

Baiklah, terus terang aku katakan di zaman persekolahan aku ni buta IT. chatting? laman web? email? apa tu? ketika itu, aku langsung tidak nampak apakah kepentingan alam maya ini.

Semua itu mula berubah apabila aku melanjutkan pelajatan di IPT. sedikit demi sedikit, aku mempelajari selok belok internet. awalnya, aku langsung tidak mempedulikan ledakan capaian maklumat di internet, namun semua itu beransur-ansur berubah. nak siapkan asignment, maklumat perlu dapatkan di internet. baru senang nak copy and paste. hu-hu-hu..

Aku masih ingat lagi, laman web yang wajib aku buka setiap kali pergi cc adalah harakahdaily.net. tengah belajar kan, nak beli surat khabar harakah pun susah, kebetulan pulak aku menginap di asrama. susah beb nak bawa masuk paper harakah dalam asrama. silap gaya kantoi ngan HEP, masak aku. ha-ha-ha..macam bawak ganja kan..

Itulah rutin apabila aku berkesempatan ke cc. Email ada. Buat, kemudian tak bukak lama. last2, password tak ingat, habis outdated camtu jer. ha-ha-ha.. Tahun 2006, junior aku (polaris) tolong buatkan akaun aku di friendster. ha-ha-ha..buat la, aku tak kisah. terbengkalai 2 bulan juga fster aku tu. ye la, tak tau apa yang boleh aku dapat dalam tu.

lama-kelamaan, aku mula seronok layan friendster, ramai rupanya kawan2 aku yg dah ada friendster. so, apa lagi add la. join pulak group dalam frienster. create pulak group yg baru. o, rupa2nya fdster macam2 maklumat boleh dapat ek. bagus-bagus-bagus.. boleh dikatakan, hari2 aku pergi ke cc bukak fster, komen, mesej, update, beri komentar dalam group dan lain2..

tahun 2008, aku dah bosan dgn fster. so, jarang bukak, jarang update, semuanya jarang. try pulak buat akaun tagged, facebook, youtube dan lain2.. buat memang seronok, tapi nak updatenya malas. yang masih kekal sampai sekarang cuma facebook. lagipun facebook lagi banyak kegunaannya. nak cari kawan lagi senang. yang terpisah 7 tahun pun boleh jumpa (ana mesti senyum baca). nak kongsi apa2 pun boleh. bagi aku facebook ini macam blog + frienster = facebook.

tapi dalam banyak2 tu, blog jugak yang paling kena dengan jiwa aku. mulanya tak pandai langsung dan tak ambil tahu pasal blog. apabila pilihanraya mac 2008 yang lepas, baru aku buka mata kepentingan blog dan pengaruhnya. boleh menggugat kerajaan. maklumat lagi pantas dari media perdana. masalahnya sekarang ni, macam mana nak buat blog?ha-ha-ha..

malu bertanya, confirm sesat punya. so, aku ambil la tips2 yang baik punya dari akhi nik hafizul (http://www.nikhafizul.blogspot.com/). beliau banyak mengajar aku bagaimana nak menghasilkan artikel yg baik, nak dapatkan template yang menarik, bagaimana menghiaskan blog dengan gadget2 dan lain2. syukran ya akhi.. (harap nikjoe tak berhenti menulis dalam sketsa sebuah perjuangan...hu-hu-hu)

alhamdulillah, 4 bulan YOUTH MOVING FORWARD (YMF) ini beroperasi. macam2 kata semangat, komen, kritikan dan cercaan yang aku dapat. bagus, itu respon yang baik. lagi banyak komen, lagi bagus. lagi bersemangat aku untuk menulis. aku sedar blogger yang di cop sebagai pro kepada pembangkang (pakatan rakyat = pas + dap + pkr), pasti akan mengahadapi perkara yang sama.

namun bagi aku, ini negara demokrasi (jika boleh dikatakan begitulah), kebebasan bersuara adalah hak setiap rakyat. ini sahaja ruang yang ada bagi kebanyakkan rakyat untuk menyatakan pendapat. tidak kiralah isu2 yang menyentuh perihal politik, agama, ekonomi, sosial dan lain2. oleh yang demikian, aku tegaskan di sini aku akan meneruskan berkarya di dalam YMF ini. bukan atas dasar aku suka menulis, suka mengkritik atau lain2, tetapi atas dasar kesedaran.

kesedaran apa? aku rasa para pembaca sekalian ada jawapannya...

29 May 2009

Paktam Sayang Kamu!

Umur aku 23 tahun. 08-08-2009 nanti cukuplah 24 tahun. Bujang. Ha-ha-ha..Tapi takpelah, ada jodoh nanti kahwinlah aku. Untuk pengetahuan, aku adalah anak ke-9 daripada 11 orang adik beradik. O ya, ada seorang lagi abang, semua sekali 12 orang (lain mak). Ok, dalam 12 orang tu, seramai 7 orang sudah berkahwin. 2 lelaki dan 5 perempuan. 2 orang kakak ipar dan 5 orang abang ipar.

Jika mereka dah berkahwin, sudah tentu ada anak kan. Jika mereka ada anak, aku menjadi bapa saudara kepada anak mereka. So, sekarang ini aku telah memiliki 21 orang anak saudara. Ramai kan? hu-hu-hu..Yang paling tua dah 21 tahun, yang paling kecil 1 tahun setengah. Mereka panggil aku paktam. ha-ha-ha. Ingat lagi cerita Os, Paktam duda. jangan aku jagi gitu sudahlah..

Dipendekkan cerita, awal pagi tadi aku berkesempatan membaca email yang dah bertimbun. Tak sempat nak bukak. Kebetulan, ada 1 email yang tajuknya amat menarik. Apakah tajuknya? Tajuknya adalah Da Real Upin & Ipin. Bila aku klik sahaja pada tajuk, maka terpampanglah wajah di bawah ini :

[upin & ipin versi animasi...betul-betul-betul]

[dan gambar ini. cuba perhatikan baik-baik. sama kan. ha-ha-ha. comel, nampak macam nakal, sama macam watak upin ipin animasi]

Bila aku melihat 2 budak comel ni, maka terus aku teringat akan anak-anak saudara aku. hu-hu-hu..bila dah teringat kat anak saudara, mula la nak menulis kat blog ni. ingat ucapan ini baik-baik ya : PAKTAM SAYANG KAMU! hu-hu-hu

28 May 2009

SURAT TERBUKA KEPADA USTAZ AKHIL HAYY

3 Rabiul Akhir 1430 H
28 Mei 2009

Ustaz Akhil Hayy Rawa
MEASAT Broadcast Network Systems Sdn Bhd
All Asia Broadcast Centre,
Technology Park Malaysia,
Lebuhraya Puchong-Sg. Besi, Bukit Jalil,
57000, Kuala Lumpur, Malaysia.

Menemui Al-Fadhil Ustaz dengan ucapan Assalamu'alaikum warahmatullah.

Yang berbahagia Ustaz,

Permulaan isi surat ini, izinkan saya memetik hadith Nabi SAW yang masyhur.

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata:

Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

(Riwayat Bukhari Wa Muslim)

Maha benarlah akan hadith di atas. Antara subjek yang pertama di ajar di dalam usrah, kuliah, ceramah dan lain-lain. HIJRAH! Ya, saya amat mengamati dan mengikuti 'hijrah' Ustaz, bermula dekad 80'an bersama kumpulan rock D'Riyadh, kemudian berlaku transformasi akibat dicampakkan hidayah oleh Allah SWT; menjadi penceramah dan digelar Ustaz Rock. Bertambah menarik lagi, Ustaz tanpa segan silu berceramah di pentas-pentas PAS dan menyatakan iltizam bersama kepimpinan Ulama serta komited dalam perjuangan Islam.

Untuk pengetahuan ustaz, pada ketika itu saya antara mereka yang begitu bersemangat untuk mendengar ceramah dan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz kerana diselitkan dengan nyanyian dan humor-humor menceriakan suasana sekitar. Video-video ceramah Ustaz menjadi koleksi kegemaran saya. Jika tidak berkesempatan membelinya, saya akan download di laman web Youtube. Hasilnya Ustaz telah membawa diri saya khususnya dan orang lain yang masih berjiwa ‘orang muda’ untuk lebih mengenali Allah Tuhan pencipta sekalian alam.

Tetapi kini semua itu tidak berlaku lagi. Setelah disunting oleh pihak Astro, bermacam cerita yang timbul dalam kehidupan Ustaz. Satu demi satu cerita yang kurang enak terpampang di dada-dada akhbar dan laman sesawang. Isu berkahwin dengan Waheeda, mula demand dengan jemaah, terlibat dengan program realiti Akademi Fantasia 7, langsung tidak kelihatan berceramah, dan yang paling terkini : Keretakan rumahtangga antara Ustaz dan juga isteri akibat orang ketiga. Allah! Sedih saya mengikuti perkembangan ini. Setiap hari akhbar Harian Metro, Utusan Malaysia, Berita Harian serta lain-lain menjadikan ia tajuk utama. Tambah berpanjangan lagi apabila isteri Ustaz muncul dalam program bual bicara; Wanita Hari Ini TV3 dan juga Nasi Lemak Kopi O TV9. Maka, kejutan seterusnya menyusul seperti yang Ustaz sedia maklum.

Persoalan yang bermain di benak pemikiran saya sekarang ini adalah kenapa semua ini boleh berlaku? Adakah benar dakwaan Pn Maizawati; isteri ustaz tersebut? Kenapa tidak diselesaikan sebaik mungkin? Kenapa begitu lambat kenyataan daripada Ustaz dikeluarkan? Apa sebenarnya masalah Ustaz ni?

Akhir kalam, saya yang lemah lagi dhoif ini amat mengharapkan agar kekusutan yang berlaku diselesaikan dengan segera. Selesaikanlah secara baik di mahkamah nanti. Diharap jangan berlaku penceraian. Dan yang paling saya harap dan doakan agar Ustaz meninggalkan dunia Ustaz sekarang ini dan kembali semula kepada Jemaah.

Allahuakhbar!
Allahuakhbar!
Allahuakhbar!


Firman Allah SWT :

" Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan kami telah beriman, sedangkan mereka tidak di uji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang terdahulu sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta" Al-ankabut : (2-3)



Yang Benar,

Akhi Fairuz Al Jengkari
Bandar Segamat, Johor
Semenanjung Malaysia



27 May 2009

BLOG INI BODOH? AKU INI PUN BODOH?

kfc tulis dalam ShoutMix Chat : Bodohlah blog ni. ISLAM xsemestinya kena join PAS. bodohlah owner blog nih
Details : 2009-05-26 7:22 PM

Komentar aku :

terima kasih atas komen ini. blog ini bodoh kerana aku kurang ilmu..insyaallah akan dipertingkatkan.. memang islam tak semestinya join pas ke, hamas ke, ikhwan muslimin ke, PKS ke, atau lain2, nak join umno pun bleh (kalau umno berjuang islam la), yang penting ada bantu untuk islam..hu-hu..bodoh owner? sapa owner? aku la..ha-ha-ha..ok, aku terima..thankz 4 ur comment..

20 May 2009

SITI ELIZABETH WONG ABDULLAH?

Siapa Siti Elizabeth Wong Abdullah? ha-ha-ha.. tiada sapa2 la..itu insyaallah akan datang. lihat gambar di sebelah, itu adalah YB Elizabeth; Adun Bukit Lanjan. What? Pakai baju kurung? Bertudung? Di mana tu?

Laporan www.pahangdaily.blogspot.com :

Eli hadir dalam satu ceramah Pakatan Rakyat dengan mengenakan sepasang baju kurung dan bertudung di Taman Puspa, Kok Lanas Kelantan baru-baru ini. Ketika menyampaikan ceramahnya Eli juga melahirkan rasa terharu di atas nasihat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika beliau berdepan dengan peristiwa mengaibkan peribadinya baru-baru ini. “Nasihat Tuan Guru membuatkan saya merasa tenang menghadapi segala dugaan dan cabaran. Tuan Guru adalah the best and the great. “Saya akan ingatkan nasihat Tuan Guru selama-lamanya. Benar kata Tuan Guru, sabar itu separuh daripada iman. Saya terima hakikat itu dengan penuh keyakinan,” ujarnya.

Komentar :

Alhamdulillah, kezuhudan dan keterbukaan Tuan Guru Nik Aziz sebelum ini semasa mendepani isu gambar tidur YB Eli telah mendekatkan dirinya kepada Islam. Sama2 la kita doakan agar YB Eli beroleh hidayah dari Allah SWT, dipertemukan jodoh dan menjadikan agama Islam itu sebagai pegangan hidup. ALLAHUAKHBAR!!!

HAPPY TEACHERS DAY (walaupun lambat wish)

Kenapa guru itu di ibaratkan sebagai lilin yg membakar?Adakah bidalan ini masih boleh digunakan bagi menggambarkan guru2 tika ini? Kenapa seperti lilin yang membakar? Begini, sudah menjadi resmi lilin menerangi kegelapan walaupun 'membakar' dirinya sendiri. Begitu jualah guru diibaratkan. Menerangi jiwa pendengar, pelajar, pelatih serta mad'u yang dambakan ilmu pengetahuan.

Hebat peranan para pendidik ini. Oleh yang demikian, dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat hari guru kepada :

1) Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat - walaupun tdk mengajar secara langsung, hanya mendengar dan melihat video ceramahnya, namun aku menganggapnya 'pendidik jiwa' yg terbaik

2) Mak Abah -mendidik dan membesarkan aku hingga besar. Kamu berdua mendidik aku peri pentingnya hubungan sesebuah institusi keluarga

3) cikgu2 sekolah rendah kebangsaan jengka 21 & ustaz/ah sekolah agama rendah - walaupun ramai yang dah aku lupa, tapi aku tetap mendoakan kesejahteraan cikgu2 semua terutama cikgu samsudin (ajar math), cikgu rozy (ajar sains), cikgu mat (ajar bm), cikgu manaf (pengetua time aku dulu), ustaz mat sida (ha-ha-ha..lepas abis ajar ngaji, slamber je isap rokok dalam kelas..ustaz mmg best), ustaz abdullah (ajar arab), ustazah nafsiah dan lain2 lagi.

4) cikgu2 sekolah menengah jengka 21 - terima kasih yang tidak terhingga kepada cikgu kamsiah, cikgu muhammad, cikgu yusri dan lain2 kerana mengajar aku masa di sekolah menengah. banyak kenangan sebenarnya. tapi makin byk yg dah terlupa selepas 7 tahun meningglkan alam persekolahan.

5) pensyarah2 di politeknik sultan hj ahmad shah kuantan - ucapan ini ditujukan khas kepada semua pensyarah di jabatan elektrik, aku sayang kamu semua. kepada en rospi, en kaspi, en fikri (jabatan mekanikal), en akmar, en bad (jabatan awam), en johanas (jbtn matematik & sains) dan semua yg telah byk memberi tunjuk ajar dari tahun 2003 hingga 2006. may Allah bless ur guys.

6) pensyarah2 di kolej komuniti ypj segamat - ucapan hari selamat hari guru kepada en nasri, en razak, ustaz napi dan lain2 lagi. walaupun aku hanya belajar 1 setengah tahun sahaja di sini, namun pelbagai kisah suka duka yg aku alami.

Thankz a lot everybody..Allahuakhbar!!!

16 May 2009

SEJUTA POSKAD MEMBANTAH PPSMI!

Ribut & taufan politik yang berlaku di Perak menenggelamkan sebentar isu PPSMI. Walaupun Dato Seri Muhyiddin Yasin di amanahkan sebagai Menteri Pelajaran yang baru serta mempunyai autoriti bagi memansuhkan PPSMI dari bumi Malaysia ini, namun perkara itu tidak berlaku.

Semua sedia maklum, di belakang pentadbiran Dato Seri Najib, terdapat satu susuk tubuh tua; itulah Tun Mahathir. Susuk tubuh inilah yang memperkenalkan PPSMI di hujung-hujung pentadbirannya. Tanpa mengambil cadangan & pandangan dari ahli ilmu, terutama ahli bahasa, tubuh tua ini tetap berdegil melaksanakan PPSMi di sekolah2.

Alasan si tua ini mudah, tidak perlu aku ulas kerna penjelasannya ada dalam laman blog beliau : www.chedet.cc . Si tua ini persetankan sahaja ahli2 bahasa. Jika si tua ini benar2 ingin memajukan negara dengan memperkenalkan PPSMI, kenapa tidak di awal pentadbirannya? Kenapa di hujung pentadbirannya?
Si tua ini meninggalkan delegasi PPSMI kepada Tun Abdullah Badawi dan seterusnya kepada Najib Razak. Persoalan yang bermain di benak aku sekarang ini adalah : Kenapa Muhyiddin selaku Menteri Pelajaran Malaysia tidak memansuhkan PPSMI? Bukankah UMNO Johor menentang PPSMI? Dr Puad Zarkashi? Razali Ibrahim? Di mana suara kamu? Adakah kamu takut dijerkah si tua nyanyuk tersebut?

Pantas saja aku menjawab, mereka tidak berani. Takut. Pengkhianat bangsa. Pengkhianat bahasa. Maka, tidak hairanlah sekiranya Sasterawan Negara (Baca : Sasterawan Rakyat), GMP (Gerakan Mansuhkan PPSMI), NGO Teras serta Parti2 politik sekali lagi bergabung tenaga melancarkan kempen "SEJUTA POSKAD MEMBANTAH PPSMI".

Alhamdulillah, pelancaran kempen ini telah berlangsung malam tadi di Markaz Pas Pagoh, Johor. Sasterawan Negara, Dato A. Samad Said diberi kepercayaan bagi merasmikan kempen ini. Walaupun beliau berucap tidak sampai 10 minit, namun bait2 kata ibarat mutiara yang terpancar sinarnya, bisa menerangi sang pencinta bahasa.

Jiwa aku bergetar akan puisi yang disampaikannya. Bukan sahaja aku, bahkan ribuan hadirin yang hadir juga. Dari hati turun ke hati. Hebat jiwa Pak Samad. Berumur 77 tahun. Menghabiskan sisa2 baki umurnya berjuang mengembalikan Bahasa Melayu ke tempat yang sepatutnya. Beliau tidak rela bahasa ini dirobek oleh tangan2 kuasawan. Rakus! Bukan diperalat, tapi dimanfaat! Beliau bukannya ahli politik, tetapi ahli bahasa. Mengapa golongan kuasawan itu menggila babi? Menyondol apa sahaja yang berada di hadapan mereka?

I'm really salute Pak Samad. Untuk ke tempat ceramah, beliau bertolak dari KL jam 12 thgari menaiki KTM. Jam 6.30 petang, sampai di terminal keretapi segamat. Bersama isteri tersayang. Hebat lelaki ini! Kerana bahasa, menjadi sehebat ini. Kemudian, menaiki kereta yang di sediakan oleh pihak penganjur.

Penat dipersetankan jauh2. Biarlah ke serata ceruk negara. Asalkan bisa menyelamatkan bahasa. Alhamdulillah, niat aku untuk bergambar dengannya termakbul. Kebetulan sama saff dalam solat Isya. Selesai solat, terus aku menghampirinya, menyalami, kemudian bergambar. Pilu hati ini melihatkan Pak Samad. Kurus orangnya. Kecil sahaja, jiwanya besar. Janggut, misai dan rambutnya keputihan; tidak terurus. Namun itulah dia. Tiada pada orang lain. Aura beliau makin terserlah dan menakutkan golongan kuasawan.

Maka, selepas sahaja beliau merasmikan Pelancaran sejuta poskad membantah PPSMI, dan selepas ceramah dari Naib Presiden Pas, Tn Haji Mohamad Sabu, aku bergegas ke kaunter poskad, membeli dengan nilai RM 1, mengisi nama, tandatangan serta memasukkan ke dalam bekas yang disediakan. Semua poskad ini akan dihantar terus kepada Menteri Pelajaran Malaysia merangkap Timbalan perdana Menteri Malaysia dan juga ahli Parlimen pagoh, Dato Seri Muhyiddin Yasin di alamat pejabatnya di Putrajaya.

Dato Seri, mansuhkanlah PPSMI. Dengarlah rayuan dari ahli bahasa. Dengarlah rintihan dari ibu bapa. Dengarlah suara rakyat kebanyakkan. Biarlah si tua nyanyuk Chedet itu berdehem, bersuara, mengugut meninggalkan Umno sekalipun, namun kamu mansuhkanlah PPSMI itu. Kamu berjiwa besar. Ini rayuan dari suara rakyat yang langsung tiada kepentingan politik. I think u can do it.

Dan sekiranya rayuan pada kali ini tidak didengar juga, percayalah PRU ke 13 nanti UBN akan terus berkubur dari bumi Malaysia ini. Tersungkur akibat tangan2 kuasawan yang bertelinga satu tetapi berlidah dua!

15 May 2009

BINAAN KE-8 AJAIB DI DUNIA?

8 binaan ajaib?
Bukan 7 ke? Piramid, Taj Mahal, bla bla bla bla bla bla.....
Yang lain tak confirm.. Setiap tahun bertukar kan.. Yang aku pasti Piramid dan Taj Mahal sentiasa ada dalam senarai.
Baiklah, entry kali ini aku akan cuba mengiktiraf binaan ke-8 ajaib di dunia. Setuju atau tidak, aku tak kisah. ha-ha-ha.
Lihat gambar di bawah ini :

[Masjid? apa yg ajaibnya? ok2, tengok gambar kat bawah pulak]


[ha-ha-ha.. dah macam pelik dah ni. Nampak macam tempat lepak, tapi bumbungnya kubah masjid. Ada apa2 penerangan?]


[inilah jawapannya.. jeng jeng jeng..]

tahu tak kenapa aku iktiraf masjid ni sebagai binaan ke 8 ajaib di dunia?
he-he..senang je. Kubah tempat lepak lagi besar dari kubah masjid. ha-ha-ha.
pelik kan. terharu pun ada. hu-hu..
setelah di siasat, barulah aku tahu kubah tempat lepak asalnya kubah masjid yang pertama. disebabkan bocor, pihak masjid menukarnya dengan kubah yang baru; yg lebih kecil dari yang lama. sebagai penjimatan, kubah besar yg bocor dijadikan bumbung bagi tempat lepak. memang betul2 recycle.

anda tak perlu membelanjakan wang yang banyak untuk ke luar negara bagi melihat piramid
atau taj mahal atau yang lain2. cukup sekadar ke felda redong yang berada di dalam daerah segamat, johor untuk melihat binaan ajaib yang ke 8 di dunia.. ha-ha-ha..

cuti-cuti malaysia..

13 May 2009

NIZAR DAN RAJA NAZRIN

Petikan dari : www.idhamlim.blogspot.com

Gambar ini dirakam semasa DS. Nizar hadir dalam Majlis Peanugerahan Pingat Sempena Keputeraan DYYM Sultan Perak di Istana Iskandariah pagi kelmarin. Hadirin agak terkejut semasa diumumkan kehadiran YAB. MB Perak tiba-tiba, DS. Nizar dan Isteri memasuki Balai Rong Seri. Gambar ini jelas menjawab tohmahan selama ini hubungan DS. Nizar dengan istana kononnya tidak baik.

Komentar :
Lihatlah sendiri wahai UBN (UMNO+BARISAN NASIONAL)? Orang yang dikatakan derhaka berbual mesra dengan Raja Muda. Dasar racist dan sekular. Semua pada pandanganmu tidak kena. Lu fikir la sendiri!!

12 May 2009

KALAULAH AKU NARUTO!

Krisis di Perak makin berlarutan. Semalam Mahkamah Tinggi putuskan YB Nizar MB Perak yang sah. Sekonyong-konyong angin yang bertiup, hari ini Mahkamah Rayuan menetapkan Zambry masih MB Perak. Selagi rayuan tidak didengar, keputusan Mahkamah Tinggi akan 'pending'. Apa ke halnya ni? Macam main pondok-pondok. Kusut dan semakin kusut. Sukar benar untuk dirungkai. Keputusan mahkamah tinggi semalam bertitik tolak dari Undang-undang tubuh Negeri Perak. Perkara 16 (6) menyatakan hanya 3 cara sahaja menjatuhkan seorang Menteri Besar. Jelas Nizar masih Menteri Besar Perak yang sah, mendapat mandat dari rakyat melalui proses pilihanraya. Inilah permainan jijik Umno dan Barisan Nasional. Politik Machialveli, matlamat menghalalkan cara. Menganjingkan saja siapa yang menghalang mereka.

Bila semua ini berlaku, aku teringat akan Naruto. Jika anda peminat komik naruto, pasti anda tahu apa kisah naruto yang terkini. Betul, beliau sedang berhadapan dengan Pain. Pain menyerang Kampung Konoha dan cuba menghancurkannya. Matlamat Pain jelas, menghapuskan suatu tamadun, kemudian menghidupkan tamadun yang lain yang kononnya ingin mewujudkan keamanan sejagat; sesuai dengan kehendaknya. Inilah politik matlamat menghalalkan cara. Umno & BN merampas Perak, kemudian melantik MB haram, melantik Speaker DUN haram, segalanya haram, kononnya ingin menyelamatkan rakyat Perak yang dipimpin Pakatan Rakyat. Jika Pain membawa visi keamanan sejagat, Umno & BN pula membawa visi kesejahteraan rakyat. Padahal kedua-duanya adalah retorik.

Baiklah, di dalam komik naruto yang terkini, Naruto & Pain sedang berdiskusi secara baik; Naruto bertanyakan kenapa Pain sanggup menggunakan cara yang begitu kejam untuk mengusai dunia. Diskusi mereka berterusan dan aku yakin Naruto akan memenangi pertarungan tersebut. Beliau akan berterusan dalam Sage mode, kemudian menggunakan baki kuasa yang ada mengenakan jurus Rasengan Shuriken kepada Pain. Pain akan mati dan Naruto sekali lagi mengalahkan kuasa jahat yang cuba menguasai dunia.

Plot cerita Naruto amat menarik. Tidak kiralah betapa kuatnya kuasa jahat yang berhadapan dengannya, pasti akan tewas di tangan naruto. Maka otak kecil aku ini berfikir dan membayangkan, alangkah baiknya aku menjadi naruto. Aku akan mengenakan jurus Rasengan Shuriken kepada Zambry dan Exco Kudeta, 3 Adun lompat, Najib dan konco-konconya, serta pelaku kezaliman di dunia. Kemudian, aku akan melantik Nizar dan pendokong kebenaran sebagai pemimpin di dunia ini. Barulah dunia akan aman dan berkat. Baldatun Toyyibatun Warrabul Ghafur.

Ha-ha-ha. Jauh benar fikiran aku ini menerawang. Siapalah aku untuk membetulkan kekusutan di Perak. Cuma kadang2 berfikir juga, KALAULAH AKU NARUTO!

11 May 2009

TAHNIAH YB!




Dikau baru saja dimalukan bukan. Disingkir dari jawatan Menteri Besar seperti menghalau binatang, plak demokrasi kamu dihancurkan, kereta Camry yang bukannya untuk kegunaan individu pun dijual. Apa sebenarnya yang bermain di fikiran pemimpin Umno ini? Adakah mereka ini bodoh, tuli, hampeh atau bebal? Hari ini wajah kamu kembali ceria. Jelas terpapar raut kegembiraan di wajahmu. Semua ini seiring dengan kemenangan kamu di PRK Bukit Gantang yang lepas. Sejarah telah tercipta YB! UMNO dan BN akan menjadi seperti Kerajaan Firaun dan Kerajaan Namrud yang dihancurkan oleh Allah Azzawajalla.

KEBENARAN VS KEBATILAN! BATIL AKHIRNYA TERTEWAS..

Seperti baru semalam segalanya terjadi. hari ini terjawab sudah status MB Perak yang sah. Tahniah DS Nizar, Tahniah pendokong kebenaran, Tahniah, Tahniah dan Tahniah.

Ini pesan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila mahkamah tinggi memutuskan DS Ir Nizar sebagai MB Perak yang sah :

" Setelah kita menang di Perak kini Perak telah bertukar menjadi Emas buat Pakatan Rakyat, Kejahatan telah terbukti dan kebenaran telah menjelma. Saya menasihati agar yang beragama Islam untuk puasa sunat esok hari serta sembhyang Sunat Syukur 2 rakaat. Jangan terlalu gopoh dengan kemenangan ini"

Lain pula halnya dengan MB Kudeta, Zambry Abdul Kadir, setelah berada di 'singgahsana' dalam beberapa tempoh masa, akhirnya Mahkamah Tinggi memutuskan Menteri Besar BN Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan enam exconya mengosongkan dengan kadar segera pejabat mereka - di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh.

Inilah kemenangan rakyat. Satu demi satu kejayaan di capai. Semua ini adalah perancangan Allah jua. Hayati firman Allah ini : " Mereka merancang tipudaya, Allah Membalas Tipudaya mereka, dan sesungguhnya Allah lah sebaik-baik pembalas tipudaya"

Takziah buat kamu Zambry. Takziah untuk kamu Najib. Takziah juga buat BN dan Umno. Takziah juga kepada pendukung kezaliman. Di dunia lagi Allah dah aibkan kamu. Inikan pula di akhirat. Rampas, Ugut, Sogok & Samseng kamu memalukan kamu sendiri.

Ya Allah, hanya padaMu kami berserah, dan Hanya kepadaMu kami memohon pertolongan. Engkau telah mengurniakan kemenangan ini kepada kami. Syukur Alhamdulillah! Allahuakhbar! Allahuakhbar! Allahuakbar!

08 May 2009

Derma Darah? My 1st Experience!

Sepanjang 24 tahun hidupku, belum pernah sekali pun aku menderma darah. Niat tu sentiasa ada, tapi sekadar niat, tidak sampai kepada tindakan. Hampir2 derma darah pun ada juga, ketika tu aku masih menuntut di ipt. Biasalah, nak menderma, perlu isi borang. Kemudian, ke kaunter sebelah untuk check darah. Doktor maklumkan darah aku jenis O, kumpulan darah yang paling digemari oleh pihak hospital = ).. tapi bila tengok sikit punya besar jarum yang dicucuk di lengan, aku jadi panik. Terus jadi takut, so tanpa pengetahuan doktor, aku menyelinap keluar dari tempat menderma darah tersebut. Ha-ha-ha.. Kelakar pulak bila ingat masa tu. Kalau tak silap, masa tu aku baru 19 tahun. Baru kenal dunia. Ha-ha-ha.

Alhamdulillah, hari semalam kolej aku menganjurkan kempen derma darah dan aku berkesempatan menunaikan tanggungjawab menderma darah kepada insan yang memerlukan. Aku bertekad dalam hati, apa jua yang terjadi aku tetap juga akan menderma, persetankan kebesaran jarum yang akan digunakan. He-he-he. Apa jua ujian dan bala akan aku tempuhi hatta cuba dihalang oleh Influenza A H1N1. Ha-ha..

Kaunter pertama, check berat badan. Sekarang dah 60 kg. Berat naik 1 kg. Ada peningkatan. Huhu. Kaunter kedua, Check darah. Dan ujian kali kedua memang confirm aku darah O. Kaunter ketiga, pemeriksaan oleh doktor samada ada mengidap apa2 penyakit. Alhamdulillah, sihat luar biasa. Tapi tak dapat ke kaunter yg keempat. Doktor arahkan aku sarapan dulu. (punya semangat nak derma darah, sarapan pun abaikan..hehe..) Habis makan, ke kaunter 4 untuk ambil bekas untuk diisi darah.

Maka kejadian yang tidak pernah aku jangkakan telah berlaku. Nak tau apa yang berlaku? Adakah aku berjaya menderma 400 ml darah jenis O? Adakah aku lari lagi kali ni? hehe.. Atau adakah jarum yang menusuk lengan aku terpatah? haha..lagi tak logik, Atau kemungkinan2 yg lain? Jeng jeng jeng.. Bersedia atau tidak, Lihat saja gambar di bawah..

[ serius je muka aku masa ni. hati tak berdebar pun. cuma gementar sikit membayangkan jarum yang akan ditusuk di lengan kiri. Ya Allah, selamatkanlah hambaMu dari sebarang bahaya. Amin =) ]
[itu dia, jarum ditusuk tanpa banyak bicara. menembusi apa jua halangan. ha-ha. tak la sakit sangat pun. tajam jarum tu tetap rasa, tapi bila dah tercucuk, semuanya berjalan dengan lancar]

[itulah setitis darah yang pertama keluar. pekat. maklumlah darah jenis O. Hope semuanya berjalan lancar]

[tengok darah yang dikumpulkan dlm pak. Masa baring aku tak nampak, tengok gambar baru perasan. Ngeri juga tengoknya. ha-ha]
[bagi melicinkan perjalanan darah dari lengan ke dalam pak, jari jemari perlu digerakkan. Genggam silinder putih yang diberikan]

Maka, bermulalah peristiwa yang aku tidak jangka. darah aku berhenti mengalir. Beku. Aku panik. Tapi tetap positif. Nurse yang menjaga aku kemudiannya mencabut jarum tersebut. Kemudian, beliau menusuknya di lengan kiri juga, bersebelahan tusukan nadi yang pertama. Aku ingatkan kali ini akan berjalan lancar. Tapi sebaliknya yang berlaku. 1 minit sahaja, darah terus tak keluar. Sama seperti yang pertama, beku. Ha-ha-ha. Nurse hairan, aku lagi la hairan. Maka, aku mencadangkan kepada nurse menusuk jarum di lengan kanan pula.

[walaupun dah ditusuk kali ketiga, aku masih sempat tersenyum berhadapan dengan jurukamera. maklumlah, gambar nak masukkan dalam blog]
[kali ni, alhamdulillah, darah boleh tahan jugak lajunya. tapi lengan aku yg belah kanan ni makin kebas dan kebas.]
Berlaku lagi 1 tragedi. pak x cukup 400 ml, baru cecah 350 ml, darah berhenti lagi. ha-ha-ha. Ujian betul. Agaknya ni la balasan tak menderma darah selama ni kot. ha-ha. Padan muka aku. Nurse yang jaga aku, kemudiannya memotong salur darah yang menghubungkan nadi di lengan ke pak darah. Lagi satu yang aku gabra, beliau maklumkan lengan itu hendaklah sentiasa dibengkokkan, at least 30 minit. Jika luruskan, darah akan memancut keluar. Betul ke nurse ni? aku ikut je la. ha-ha. Apabila semuanya selesai, muka aku jadi pucat. Tekak jadi loya, nak muntah rasanya. Ha-ha-ha. Kifarah dosa betul la kan. Nurse tak bagi aku bangun. Baring dulu dalam tempoh masa 10 minit. Kalau dah rasa ok, baru bangun. Kalau bangun juga, aku akan pengsan. 1 lagi ancaman diterima. Huhu. Ok2, aku ikut nasihat dia. 10 minit berlalu, alhamdulillah, dah ok.
[ni la darah aku yang diperolehi dari lengan belah kanan. Banyak tau, walaupun tak cukup 400 ml.]

[posing terakhir dari aku, Shoem yang berbaju kuning menunjukkan Good kerana dia berjaya menderma dgn begitu smooth sekali, maklumlah dah 5 kali. Aku pula Bad kerana 3 kali ditusuk jarum pun masih tidak cukup 400 ml. ha-ha-ha]

so, kepada anda di luar sana, dermalah darah kepada mereka yg memerlukan. Ingat, darah kita boleh menyelamatkan nyawa seseorang selagi mana darah kita tidak dihinggapi penyakit yang boleh memudaratkan orang lain. Pesanan ini dibawakan khas oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Ha-ha-ha. Insyaallah, aku akan derma darah lagi 3 bulan akan datang. Nak menderma harta benda, tak brape nak mampu, derma darah pun cukuplah walaupun pengalaman pertama agak mendebarkan.

04 May 2009

Nik Abduh & Kerja2 Bodoh Dalam Pas!

Bakat kurniaan Allah kpd seseorang insan itu begitu unik. Ada yang dikurniakan bakat berpidato dgn baik, berhujah bernaskan al-quran wa sunnah, butir2 percakapannya ibarat cahaya yang menerangi tetapi tidak dikurniakan bakat penulisan yang baik.

Ok, itu bakat yang pertama. Ada pula individu yang Allah kurniakan kebolehan untuk menulis dengan baik, setiap bait2 penulisan lahir dari hati yg tulus ikhlas, orang yang membacanya seperti berada dalam satu alam yang lain tetapi tidak dikurniakan bakat berpidato dalam meyakinkan orang lain dgn hujah2 mereka.

Dan beruntunglah mereka yg memiliki kedua-dua bakat tersebut. Tok Guru Nik Aziz adalah salah satu contoh insan yg memiliki kedua-dua bakat tersebut.

Dalam keributan PRK Penanti yang masing-masing menanti kptsn Ameno dan Barisan Nasional samada melakkan calon atau tidak, di kala ura2 PRK Kota Alam Shah menjadi kenyataan dan di saat seluruh dunia berhadapan satu bala dari Allah yakni selsema babi atau nama manjanya influenza A H1N1, di kala itu juga muncul satu keributan di alam maya dan jagat gara2 penulisan dari Ustaz Nik Abduh, anakda Tuan Guru Nik Aziz. Orangnya kecil sahaja, persis ayahnya; beliau dikurniakan oleh Allah akan bakat penulisan yg baik, bisa menggoncang dunia serta memanaskan lagi suhu politik di Malaysia ini.

Anda semua sudah sedia maklum artikel : Kerja2 bodoh dalam PAS bahagian 1 & 2 begitu menarik utk dikupas; hasil dari pengamatannya selama ini. Bukan sahaja di kalangan ahli PAS, bahkan di kalangan rakyat yg lain amat cakna akan apa yang berlaku termasuk media2 seliaan Ameno & Barisan Nasional.

Siapa penasihat2 tersebut? Apa yg berlaku sebenarnya? Adakah ini krisis dalaman parti yang serius? Mungkinkah komentar dari Ustaz Nik Abduh ini sebagai satu pengajaran & clue kepada semua ahli Pas agar berhati2 dalam pemilihan pada tahun ini? Atau juga ianya satu sindiran kepada ahli agar mempertahankan institusi ulama walau dengan darah sendiri? atau sebab2 yang lain?

Aku tidak ada jawapan bagi setiap pertanyaan di atas tetapi secara peribadinya, aku amat bersetuju akan pendapat beliau. Bagi kita yg meneruskan perjuangan Islam ini, serahkanlah bulat2 pada Allah Azzawajalla utk mengadili.
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 Hitam Putih Kehidupan. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan