08 July 2009

Muktamad! PPSMI Hapus!

Akhirnya pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan, seperti yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Muhyiddin Yassin sekejap tadi. Pemansuhan itu akan berkuat kuasa 2012. hu-hu-hu. 3 tahun lagi beb...

Inilah kebodohan pemimpin yag berlagak pandai. Orang itu masih hidup. Seorang doktor yang tiada disiplin berkaitan ilmu bahasa. Perkenalkan PPSMI. Pelaksanaan sistem undur 50 tahun kebelakang. Bodoh punya orang.

Pakar bahasa dikesampingkan. Di mana bahasa jiwa bangsa itu. Para pencinta bahasa bersyukurlah perjuangan kita berjaya. Ini kekalahan mereka di pihak KERAjaan.

Maka detik baru akan bermula di Malaysia di era kepimpinan Najib Tun Razak. Orang tua itu pasti akan mengaum dan menyalak di sebalik bukit. Ia akan muncul tidak kira malam atau siang, arus perdana atau laman sesawang, pasti ia akan perkatakan. Terimalah kritikannya saban hari. Ingat kembali mantan Bapak Menteri Perdana yg lepas. Segala sistem atau keputusan yg diperkenalkannya pantang skali untuk dimansuh atau dihapuskan.

Akhirnya, Najib juga akan tersungkur seperti Mantan Menteri Perdana, tersungkur di tangan si tua itu. Rakus membaham mangsa.

2012 ya..3 tahun lagi! jika PRK 13 muncul sebelum 2012, pasti kamu kecundang lebih awal. atau pengumuman ini sebagai bahan kempen utk PRK Manek Urai? Kamu sememangnya begitu. Hipokrit. Walau apapun niatmu wahai menteri, aku tetap bersama Islam dulu kini dan selama-lamanya.

Ini Komen Si Tua di dalam blognya selepas keputusan mansuh PPSMI :

The Government has announced that Mathematics and Science will be taught in Bahasa Malaysia effective 2012.

On Monday, Education Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin and officials from his Ministry had met me to brief me on what the Government had already decided to do.

Although my views were sought, they are not reflected in the decision.

I have made my views known with regards to this issue in this blog. I will not repeat it but readers can go

8 komentar:

Anonymous said...

ahmad yasser

salam saudaraku yang dirahmati allah,
sepertimana saudara sy pon turut tdk berpuas ati dengan kerajaan,tetapi di dalam sesetengah perkara biarlah kita berlapang dada,asalkan pekara itu tdk melibatkan akidah

boleh sy tahu knapa saudara mengatakan idea ppsmi meletakan 50 tahun kebelakang?

Akhi Fairuz Al-Jengkari said...

50 tahun ke belakang dan sebelum itu negara masih dgn ciri2 'keinggerisan'..membawa bahasa inggeris dlm sudut ilmu sains dan matematik akan mengundur ke belakang.

english di mantapkan dr penguasaan subjek bahsa inggeris. ramai yg sukar berbahasa inggeris (tdk kiralah di bandar atau di luar bandar) kerna kaedah pembelajaran berbeza seperti kita belajar berbicara dlm bahasa melayu.

dari lahir lagi, kita mengenal objek dan segala apa di depan mata. lalu kita kenal. apabila kita kenal, umur kpd peringkat awal percakapan akan berkata2 itu apa dan ini apa. maksudnya, kosa kata yg ada dlm akal dia bertambah dan bertambah dari sehari ke sehari.

berbicara dlm berbahasa tdk kira bahasa apa bermula dgn hafalan nama sesuatu objek atau perkara. baru bisa berkata2. english yg di ajar dari sekolah belajar menulis itu diutamakan. wpun ia nampaknya bergerak seiring dgn perkenalan atau terjemhan kosa kata melayu kepada english, namun caranya berbeda dgn lumrah bagaimana kita mantap berbicara bahasa melayu.

sains dan matematik itu perlu diajar dlm bahsa ibunda. english tdk ditentang. utk memastikan sewarsa rakyat bijak dalam english, perkemaskan kaedah pembelaran english tersebut. bukannya mengkambing hitamkan sains dan matematik dgn alsan yg diada-adakan.

dalam buku abdullah nasih ulwan : generasi muda islam dan cabaran globalisasi m/s 68 jelas dinyatakan cara-cara salibiyyah atau proses kristiniasai dlm sesebuah negara yg majoritinya umat islam adalah dgn bahasa. bahasa ibunda diketepikan, perkenalkan bahsa inggeris. kemudian, jadikan ia wajib. kemudian 'angkat' mana2 yg fasih english 'kehadapan'.

akhirnya sistem kasta diwujudkan dalam negara yg bahsa melayunya adalah bahasa rasmi. yg fasih dan pandai english akan dianggap hebat dan yg masih berbicara dalm bahasa melayu dianggap kolot. ini yg dijelaskan. perkara ini dinyatakan dlm buku ini. baiklah, apa kaitan PPSMI dgn proses kristiniasasi? jelas, english yg dibawa bkn hanya pada bahasa, ttp menyerang juga dari segi budaya.

media menjadi alat mereka. dipojokkan agar mengagungkan bahasa english. mengagungkan bangsa dan budaya mereka. rakyat melayu malaysia dan lain2 terpedaya kerna dalam diri itu sirna islam itu dikesampingkan. mulanya tulisn jawi hancur,kmdian bahasa. ini bergerak seiring dgn pembwaan isme2 yg jelas mengkucar kacirkan ummat islam di malaysia dan seluruh dunia.

menurut kajian oleh pakar bahasa, bahasa melayu telah wujud sejak awal 1 masehi lagi. bahasa inggeris pula muncul pd abad 14 masehi. kita yg memiliki sejarah awal kebudayaan tamadun bahasa lebih awal bahkan lebih jitu dari bahasa inggeris.

ilmu yg mereka dpt kini terutama pengusaaan dalam teknologi sains dan matematik puncanya semasa zaman peralihan di eropah. segala isi kitab ilmu dlm tamadun islam diterjemahkan dlm bahsa mereka. lalu mereka dpt apa yg ummat islam dpt ketika itu. apa dia? teknologi akan datang.

50 tahun kebelakang yang dinyatakan menunjukkan PPSMI ini akan membawa kembali negara ke belakang kerana 50 tahun yg lepas 'golongan atasan' mendakwa ia akan memajukan negara. maka ia tdk tepat dan salah sama sekali. bahasa melayu itu harus dikembang biakkan prosa dan penggunaannya.

akhirnya, untuk melihat negara maju 50 tahun akan datang kembalilah kepada fitrah asal sesuatu bangsa itu sendiri iaitu kemabali kpd bahasa mereka. melayu dgn bahas amelayu, cina dgn bahasa cina, india juga dgn bhasa india.

harap menjawab soalan. jika yg lain nak tambah dipersilakan.

Akhi Fairuz Al-Jengkari said...

epun adalah negara kaya-raya, dan pada waktu yang sama ia adalah negara maju yang paling terbodoh bahasa Inggeris.

India pula adalah negara bukan Inggeris yang paling terpandai bahasa Inggeris, dan pada waktu yang sama India juga negara yang paling banyak mempunyai penduduk miskin, iaitu sebanyak 300 juta rakyatnya hidup di bawah paras kemiskinan. Jumlah 300 juta orang itu adalah sama banyak dengan separuh manusia miskin di muka bumi ini.

Dalam senarai pemenang Hadiah Nobel bagi tahun 2008, tidak ada seorang pun nama pemenang dari India, sebuah negara yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium pengajaran sains dan matematik. ... Read More

Sebaliknya, 4 daripada 12 penerima Hadiah Nobel 2008 ialah bangsa Jepun dari Jepun, di mana mereka menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa penghantar seluruh sistem pendidikannya, dari tadika sampailah ke universiti.

Lebih hebat lagi, 10 daripada 12 penerima Hadiah Nobel 2008 bukan penutur bahasa Inggeris. - pn ainon mohd (pejuang bahasa)

Akhi Fairuz Al-Jengkari said...

Bagaimanakah boleh berlaku di mana ramai saintis Jepun berjaya menerima Hadiah Nobel, sedangkan mereka tidak pandai menulis dalam bahasa Inggeris.

Lebih menghairankan lagi, banyak artikel para saintis Jepun itu telah diterbitkan pula dalam jurnal-jurnal sains antarabangsa dalam bahasa Inggeris.

Semakin menakjubkan lagi, apabila dibandingkan ... Read Moredengan artikel tulisan saintis-saintis dari negara-negara di mana kebanyakan PhDnya pandai bercakap dan menulis dalam bahasa Inggeris, seperti India, Pakistan, Bangladesh, Sri Langka, Singapura, Filipina dan lain-lain, nama-nama saintis Jepun jauh lebih banyak tersenarai dalam jurnal sains antarabangsa, padahal mereka bodoh bahasa Inggeris.

Akhi Fairuz Al-Jengkari said...

Inilah rahsia kejayaan saintis Jepun memenangi Hadiah Nobel setiap tahun.

Saintis Jepun yang tidak pandai bahasa Inggeris itu menjalankan kajian saintifik mereka dan kemudian menuliskan laporannya dengan menggunakan bahasa Jepun. Oleh yang demikian, kajian-kajian yang mereka lakukan itu benar-benar asli daripada usaha sendiri disebabkan mereka tidak pandai membaca jurnal dan buku-buku Inggeris.

Saintis Jepun mempunyai daya kreativiti yang sangat tinggi berbanding dengan daya kreativiti saintis-saintis yang pandai bahasa Inggeris kerana disebabkan mereka tidak membaca dalam bahasa Inggeris, justeru pemikiran dan idea-idea saintis Jepun tidak terpengaruh dan tidak terbantut oleh idea-idea dan kritikan saintis di Barat. ... Read More

Disebabkan mereka tidak takut dikritik oleh saintis Barat, mereka bebas meneroka dan mencipta penemuan-penemuan baru dalam bahasa Jepun. Hasilnya, daya kreativiti saintis Jepun lebih original.

Akhi Fairuz Al-Jengkari said...

Selepas saintis-saintis Jepun itu menuliskan dan menerbitkan laporan hasil kajian mereka dalam jurnal-jurnal sains di Jepun, laporan itu diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh sebuah institut terjemahan yang berpangkalan di Tokyo, lalu dihantar ke jurnal-jurnal antarabangsa. Maka hasil pemikiran dan penemuan saintifik yang mereka lakukan itu ... Read Morepun diterbitkan pada peringkat antarabangsa.

Mereka kemudian menerima undangan membentangkan hasil kajian mereka di seminar-seminar antarabangsa. Disebabkan saintis Jepun tidak pandai bahasa Inggeris, dalam seminar itu mereka bercakap Jepun, dan apa yang mereka percakapkan tetap dapat difahami oleh hadirin melalui perantaraan para jurubahasa ke dalam bahasa Inggeris, Peranchis, Jeman, Rusia, Arab, Cina dan Korea.

Akhi Fairuz Al-Jengkari said...

Mereka kemudian menerima undangan membentangkan hasil kajian mereka di seminar-seminar antarabangsa. Disebabkan saintis Jepun tidak pandai bahasa Inggeris, dalam seminar itu mereka bercakap Jepun, dan apa yang mereka percakapkan tetap dapat difahami oleh hadirin melalui perantaraan para jurubahasa ke dalam bahasa Inggeris, Peranchis, Jeman, Rusia, ... Read MoreArab, Cina dan Korea.

Apabila hadirin bertanyakan soalan kepada saintis-saintis Jepun itu, mereka tidak dapat menjawabnya kerana tidak faham bahasa Inggeris.... Itulah dia suatu bangsa di Asia yang paling bodoh bahasa Inggeris tetapi paling banyak memenangi Hadiah Nobel!

Di satu pihak lain, dengan meminjam bahasa Inggeris, India pula telah berjaya melahirkan paling banyak manusia miskin di muka bumi ini!

Akhi Fairuz Al-Jengkari said...

semua itu pandangan dari ahli bahasa. 50 tahun kebelakang membawa kepada lembah kenistaan dan kemiskinan.

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 Hitam Putih Kehidupan. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan