Powered By Blogger

29 December 2009

20 Disember 2009 - Seminar Blogger PAS

Salam to all. Minggu yang padat. Jumaat di Jengka. Sabtu di Shah Alam. Ahad di Taman Melewar Kuala Lumpur. Dipendekkan : Segamat - Jengka - Segamat - Shah Alam - Segamat - Kuala Lumpur - Segamat = 1300 km. Hahahahaha.. Ok what.. Selepas Konvensyen PR melabuhkan tirai tepat jam 6.00 petang, terus kami bergegas pulang ke Segamat. Alhamduillah, selamat sampai jam 11.00 pm selepas berhenti agak lama di RnR Seremban.

Rehat sekejap, layan facebook, kemudian terlelap sehinggalah aku bangun jam 5.30 am. Kali ni aku tumpang Saudara Dhamam, sahabat dari Segamat, juga merupakan aktivis PAS di Parlimen Sekijang dan rakan facebook. Kami berdua ditemani oleh admin Blog PAS Sekijang, Saudara Mat Noor.

Alhamduillah, bersolat subuh di perjalanan, kemudian sampai di Taman Melewar jam 9.30 am. Lewat 30 minit. Majlis dah berlangsung. Ketika itu ucapan perasmian oleh Presiden PAS, TG Abdul Hadi Awang.

TG Presiden menyempurnakan upacara perasmian dengan memotong reben menandakan bermulanya Seminar Blogger PAS secara rasmi.

Barisan blogger yang hadir. Kelihatan blogger Muslimat PAS. Dari blog apa, aku kurang pasti. Tidak sempat bertaaruf.
Pembentang kertas kerja yang pertama - Prof Abu Hassan Hasbullah. Beliau membentangkan kertas kerja yang bertajuk : Menguruskan Potensi Media Baru Dalam Merekayasa Pengaruh Politik : Pemikiran Informasi Sebagai Strategi Munurut Perspektif Future Studies. Mantap! Dengan gelaran Dr Google, Prof berjaya menyampaikan hasil kajian beliau dengan cemerlang. Apa yang di ulas beliau? Banyak. Malas aku nak taip. hahahahaha..

Aku, Dhamam dan admin Blog PAS Sekijang. Kami di belakang, maklum la sampai lambat. Ahakzz..

O ye, kenalkan ni bro Minaq Jinggo. Cameraman profesional. Walaupun beliau pro kepada UBN, namun beliau profesional. Maka tidak pelik mana-mana program besar Pakatan Rakyat (PAS + PKR + DAP), urusetia tidak kekok utk membenarkan beliau membuat liputan. Lihat saja 4 gambar di atas, semua hasil tangan bro jinggo. Salute to u bro. Gambar ni je bukan. Yang ni dari camera murah. Hahahahaha..

Alhamdulillah, seminar berlangsung hingga jam 2.00 petang. Walaupun berjaya dianjurkan, namun objektif dari seminar tidak berjaya. Kenapa aku berkata demikian? Kerana masih belum bisa menguraikan kekusutan yang berlaku dalam dunia blogger terutama blogger pro PAS. Buat Ustaz Idris Ahmad, tahniah atas penganjuran.

On the way balik, singgah di Bukit Bintang. Jalan2 di Low Yat. Teman Dhamam yang nak beli barang komputer. Kemudian menuju pulang ke Segamat dengan menggunakan GPS yang berharga RM 600. Ahakzz..

Paktam : sibuk tol akhi ni. awat sabtu malam tak stay terus di Shah Alam? kalau tak, boleh jumpa Dr Qaradhawi..

Maktam : Nak buat macam mana Paktam, akhi tumpang orang kan.


19 Disember 2009 - Konvensyen PR

Salam to all. Juga salam muafakat. 18-12-2009 aku ke Jengka, 19-12-2009 aku ke Shah Alam. Oleh itu, tepat jam 1130 malam 18-12-2009 aku bergerak pulang ke Segamat bagi Konvensyen Pakatan Rakyat keesokannya di Auditorium MBSA, Selangor. Sampai Segamat jam 2.30 pagi. Layan facebook sekejap, lelap dan jam 5.30 bersiap-siap utk ke Shah Alam. Tumpang rakan, alhamdulillah.

Sukar juga mencari Auditorium MBSA, namun dengan bantuan Encik Hakim Ishak menyebabkan kami yang berkenderaan Toyota Avanza sampai ke venue yang ditetapkan. Lewat sikit. Daftar pukul 8.30 am - 9.00 am, namun kami sampai jam 9.30 am. Auditorium penuh. TV disediakan di luar. Takpelah, tonton dari luar pun ok juga.

Bersebelahan Auditorium MBSA, tersergam indah Masjid Besar Shah Alam. Kalau gambar-gambar cantik macam ni, sudah pasti di ambil dari sahabat facebook - Encik Hakim Ishak. Ahakzz..

Tanda muafakat ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat. Gambar ini langsung tidak dipaparkan di mana-mana media perdana. Apatah lagi gambar Karpal Singh dan TG Nik Aziz bersalaman sambil meliritkan senyuman manis bersama.

Jumpa rakan facebook. YB Sivakumar merangkap Speaker Sah Negeri Perak (aktif facebook dia ni) dan juga Abang Aswadil, juga rakan facebook.

Sambil perwakilan ketiga-tiga parti membahaskan ucaptema ketiga-tiga pimpinan utama Paktan Rakyat, aku tidak melepaskan peluang untuk ke Gerai Gedung Kartun. Berbaju Hitam itu kartunis Zunar (rakan facebook) dan berbaju putih Ibnukaduk Amier (juga rakan facebook). O ye, Amier ni budak Jengka juga. Dia Jengka 15, aku Jengka 21. Dia juga kartunis dalam Konco Zunar.

Masa untuk makan. Yezza.

Kemudian, kembali semula ke Auditorium. Dan kali ini aku dapat masuk ke dalam. Ha, inilah Encik Hakim Ishak. Amacam, ada gaya Taufik penyanyi Singapore tak? Ahakzz.. Dia la cameraman yang sentiasa ada di mana-mana program besar. Juga rakan facebook aku. Sekarang ada nama timangan - Dr Panda (*Cik Ira dari Brunei mesti senyum bila aku menggelarkan Hakim sebagai Dr Panda..ahakzz)

Apa2pun, tahniah kepada Pakatan Rakyat kerana telah berjaya menghimpunkan ketiga-tiga perwakilan parti dari seluruh Malaysia. Ini merupakan satu sejarah negara. Insyaallah, dengan komitmen yang berterusan, dengan pendekatan yang mesra dengan zaman serta pertolongan Allah Azzawajalla, Pakatan Rakyat bisa mengambil alih Kerajaan Malaysia. Kita sama-sama nantikan. Insyaallah.

Paktam : waaaaaaa... Akhi bergambar dgn Super Siva la.. Dengki lak Paktam tengok.

Maktam : Hahahahah..Paktam jangan la jeles. Mamat sorang tu kan suka enterframe.. haha., Akhi jangan marah tau. Memang Akhi macam tu. Jangan nak nafikan k.. Ahakzz...


18 Disember 2009 - Jumpa Amin

Salam to all. Apa khabar? Ni hau maa? How r u? Vannakam? Kaifa haluk? Insyaallah kamu semua di bawah naungan Allah Azawajalla.

Beb, pertamanya, aku minta maaf sangat2 sbb tenggelam timbul masuk entri. Sibuk beb. Sibuk facebook. ha-ha-ha...Kesempatan yang ada ni, aku kongsi pengalaman ketika 18-12-2009. 2 minggu lepas tu. Di Jengka. Jumaat cuti kan. Cuti Awal Muharam. Balik Jengka sebab nak melawat Rakan Facebook yang paling rapat sekali. Beliau adalah ................................................ MOHD NOR AMIN ZAINUDDIN. ahakzz.. mesti lu bangga kan bro. haha..

Adik dia kawin di Felda Tekam Utara. Kebetulan dekat je ngn Jengka 21. Maka aku gagahkan juga untuk bertemu beliau. Target utama adalah jumpa Amin. Nak tengok adik lelaki dia bernikah dah jadi no 2.

Alhamdulillah. Dapat jumpa Amin. Dapat bergambar ngn Amin. Dan dapat mempertemukan mak, Kakyan (akak aku, kawan fbook amin juga) dan Lea (Anak sedara merangkap anak Kakyan) kpd Amin. Ok, mari kita kongsi gambar deh.

Dalam masjid, seusai upacara angkat Nikah. Gambar adik dia malas la nk publish. Lagipun aku nak jumpa dia je. hahaha.. Amin senyum2 manja. Mamat ni pakai spek mata, tapi pecah. Dia terpijak. Wakakakakaka. 2 org budak comel tu anak dia. Bukan anak aku k. Aku tak kawin lagi. Ahakzz..

Yezza.. Amin, aku dan juga Kakyan. Bergambar di luar Masjid. Nak balik dah ni. Kitorang bertiga comel kan. Hahahahaha..Korang jangan jeles lak. Buat Kak Zanzila, Ciksu, Cik Wira, Cik Soya, Ticer Leila, Abg Kerol, Abg Wan, Arjuna, Abang Alal, Abg Ramdzan, Kak Mar dan lain2, jangan risau k. Ada rezeki kita bertemu ya.

~Bertemu dan berpisah kerana Allah~

Paktam : Amboi Akhi, sonok ek kau. Senyum lebar. Muahahahaha.. Tapi ko ngn Amin, hensem kau lagi la..

Maktam : hahahaha..Amboi Paktam, bukan main puji si Akhi ek.. Jangan lebih2 k, nanti dia riak. Bila dah riak, makin besar lubang idung dia.. Ahakzz.. :p



22 December 2009

Aduyai.. Terbengkalai lagi~~

Salam to all~
Salam Muafakat~

Hurmmm~~ sesiapa di sini ada cadangan bagaimana nak istiqomah menulis di dalam blog?

Wah wah wah~~ Macam-macam idea yang kamu bagi~

Yang menulis aku jugak~ Uhuk! Uhuk! Terbatuk aku di buatnya~~ :))

Insyaallah akan ku update seperti biasa selepas ini. Banyak isu-isu dan kisah-kisah yang menarik~ Cuma kertebatasan waktu dan masa~

Apa-apapun, aku mengharapkan sokongan dari anda semua.. :))

Paktam : Aiii Akhi, baru muncul!! Paktam dah lama tunggu ni.. Ingatkan dah kembali menyahut panggilan Yang Maha Esa. Ahakz.. :p

Maktam : Hurmmm~~ Apa boleh buat, saat malas akhi terlalu panjang. Bila dia rajin, sehari boleh masukkan 5 sekali entri. Oit!! Update la selalu. Maktam sokong akhi. :))




04 December 2009

Pakat-Pakat Aminkan Doa TGNA

Credit to : Perisik Rakyat




Amin...

Amin...

Amin...

Amin...

Amin...

Amin...

Amin...

Amin...

Amin...

Amin...

Paktam : Bukan Mohd Nor Amin Zainudin ya. Itu kawan Facebook Paktam jugak. Sama juga Jeming Hase, Pojie (Topeng Perak Unmasked) dll.

Maktam : Apa la Paktam melalut. Aminkan je la. Amin Ya Rabb.

Wajah Pemimpin Kesayangan Rakyat Malaysia

Credit to : Perisik Rakyat






Paktam : Gambar last ni, Tok Guru senyum pada ambo ko? Ambo malu Tok Guru. hahahaha
Maktam : Ini juga wajah kesayangan hamba. Allahuakhbar!!

Sokongan Tak Berbelah Bahagi Kepada PAS & TGNA

Credit to : Perisik Rakyat























Paktam : What can i say. UMNO kena sedar la. Jangan bermimpi di siang hari ingin menjatuhkan TG Nik Aziz di Kelantan. Cermin diri kamu dulu ya.

Maktam : Amboi Paktam, terasa pulak orang-orang UMNO Paktam kata macam tu. Tapi memang betul pun. Wakakakaaka
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 Hitam Putih Kehidupan. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan