Powered By Blogger

21 July 2009

Ezam Pula Tuduh Parti DAP Bunuh Mendiang Teo Beng Hock? Wah...wah..makin hebat kes....CSI beb!! Ezam lagi hebat dalam isu Teo..?????

TIBA-TIBA Ezam raja sesumpah muncul di tengah kekalutan kita memikirkan misteri kematian Mendiang Teo Beng Hock. Memang agak lama kita tidak mendengar suara raja sesumpah ini walaupun kita mengharapkan beliau hadir di Manek Urai sepertimana lazimnya di dalam mana-mana pilihanraya kecil sebelum ini. Ternyata, tanpa kehadiran Ezam Umno agak baik prestasinya jika dibandingkan dengan adanya beliau. Agak tepat juga orang mengatakan raja sesumpah ini sentiasa membawa `suwey’ atau `badi’ kepada Umno. Tanpa Ezam, `badi’ kurang sedikit dan Umno mencapai keputusan yang agak baik sedikit walaupun tetap terkangkang di Manek Urai.

Aku ingin memberi sedikit ulasan tentang apa yang diperkatakan oleh raja sesumpah @ raja kotak ini ketika mengadakan ceramahnya di Banting, Selangor baru-baru ini. Aku mengulas berdasarkan laporan di dalam blog di sini. Ezam mendakwa DAP dan pembangkang menuduh SPRM terlibat di dalam kematian atau pembunuhan Mendiang Beng Hock, maka dengan itu tidak salah jika kita pula menuduh DAP terlibat membunuh Mendiang, kata Ezam. Menurut Ezam, ini adalah kerana mungkin DAP ingin menyembunyikan rahsia rasuah mereka dari didedahkan oleh Mendiang Beng Hock. Aku rasa otak dan minda Ezam sekarang sudah tidak berfungsi lagi untuk memikirkan secara lojik tentang kes ini. Apa pun, aku cuba untuk membalas hujah raja sesumpah yang semakin merapu semenjak berada di dalam Umno itu.

Ezam berhujah, apa perlunya SPRM membunuh Mendiang sedangkan Mendiang hanya sebagai saksi. Aku juga tidak percaya dan tidak menuduh SPRM terlibat di dalam pembunuhan tersebut kerana siasatan belum selesai dijalankan. Tetapi, tidakkah kita pernah mendengar betapa saksi-saksi juga sering ditekan atau diugut untuk memberikan keterangan? Pihak penyiasat mungkin juga akan menyiasat samada ini terjadi pada Mendiang. Hujah Ezam lagi, DAP boleh juga dituduh mengakibatkan kematian Mendiang memandangkan DAP mungkin takut saksi tersebut memberikan keterangan berlakunya rasuah seperti yang didakwa. Ingin kita peringatkan Ezam, bahawa semasa Mendiang ditemui mati siasatan telah berakhir dan keterangan telah diambil oleh pihak SPRM. Jika benar saksi tersebut ingin di`hapus’kan bagi mengelakkan kebocoran maklumat terhadap dakwaan rasuah tersebut, lojiknya Mendiang akan di`hapus’kan sebelum memberi keterangan lagi.

Lagi satu, Mendiang ditemui mati di kawasan bangunan SPRM. Di masa bilakah ada orang lain terutamanya ahli-ahli atau ejen dari DAP boleh memasuki bangunan terkawal tersebut dan melakukan pembunuhan seperti yang difikirkan oleh Ezam itu? Bukankah kawasan tersebut terkawal dan bagaimana seseorang boleh memasuki bangunan berkenaan terutamanya dari dalam dan menolak Mendiang jatuh ke bawah? Lojikkah? Oleh itu, jika Ezam memikirkan bahawa sememangnya berlaku pembunuhan ke atas Mendiang, maka persoalannya siapakah yang membunuhnya?

Aku sama sekali tidak percaya semua andaian samada SPRM, apatah lagi DAP terlibat di dalam kes ini. Aku tidak percaya adalah kerana siasatan terbuka oleh badan bebas masih belum dijalankan. Maka, tidak adil untuk membuat tuduhan. Lagi pun, DAP atau pembangkang tidak pernah menuduh SPRM atau sesiapa secara khusus terlibat melakukan khianat terhadap Mendiang Beng Hock. Mereka cuma inginkan siasatan oleh badan bebas. Mereka mahu tahu mengapa Mendiang masih berada di bangunan tersebut agak lama walaupun dikatakan siasatan telah pun berakhir? Mengapa siasatan dikatakan telah berakhir, tetapi handset Mendiang dikatakan masih berada di tangan SPRM sewaktu kejadian? Mengapa baju Mendiang terkoyak ketika ditemui? Lebih memeningkan, sekiranya dikatakan Mendiang membunuh diri, mengapa perlu membunuh diri sekiranya keesokan harinya Mendiang akan mendaftarkan nikahnya?

Untuk tidak menganiayai sesiapa di dalam kejadian ini di samping untuk merealisasikan keadilan dan ketelusan, maka kerajaan wajib menubuhkan badan siasatan bebas bagi mengetahui punca-punca kematian Mendiang. Di sini, isu perkauman tidak timbul sama sekali kerana yang menjadi mangsa adalah rakyat Malaysia yang sanggup untuk bekerjasama dalam siasatan rasuah seperti yang didakwa itu. Misteri mata lebam DS Anwar kembali menghantui pemikiran rakyat ketika melihat tragedi ini, begitu juga dengan isu Mendiang Kugan. Apakah isu ini menjadi isu politik? Ya, memang wajar ia dijadikan isu politik kerana hanya dengan kekuatan dan pengaruh politik sahaja yang boleh membantu rakyat teraniaya. Apakah kita mengharapkan para akademik, pelajar atau buruh kasar untuk mendepani isu ini? Orang politik tidak kira di pihak mana harus memandang isu ini satu isu yang serius dan besar.

Sehubungan itu, Ezam tidak perlu menuduh sesiapa di dalam perkara ini. Ezam harus berani seperti dulu agar mendesak kerajaan untuk menubuhkan badan bebas menyiasat perkara ini. Itu pun jika Ezam masih ada saki baki beraninya. Jika bercakap sekadar untuk menjadi `kipas’, lebih baik Ezam mendiamkan diri kerana rakyat tidak akan memandang Ezam terlalu hina.

0 komentar:

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 Hitam Putih Kehidupan. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan