Powered By Blogger

15 July 2009

1 juga menang..

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar” - Al-Baqarah Ayat 155
Hijab keputusan pemenang PRK di Manek Urai terlerai sudah. Majoriti makin menipis berbanding PRU 12 yang lalu. Peratusan keluar mengundi juga meningkat.

Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah (Abe Uji) menewaskan calon UBN Tuan Aziz Tuan Mat dengan majoriti 65 undi. Tahun 2008 majoriti 1352, cukup-cukup berbeda kali ini. Aku tidak mahu ulas kenapa ia boleh berlaku. Biar ia di bawa dalam post mortem PAS.

Buat Abe Uji, tahniah atas kemenangan. Selamat menjadi wakil rakyat. Teruskan kecantikan keperibadianmu itu. Buat Tuan Aziz Tuan Mat, usaha lagi mendekati rakyat.

Semoga kemenangan nyawa-nyawa ikan ini menjadi pengajaran kepada para pendokong PAS akan peri pentingnya tarbiyyah dan dakwah bukannya juzuk politik sahaja.

Bukan Sekadar Muhasabah!!
Allahuakhbar!!

0 komentar:

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 Hitam Putih Kehidupan. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan