31 March 2009

TRANSFORMASI AF7 = TRANSFORMASI UMNO?

Transformasi?
What the hell Transform?
Transformer ke?
Optimus Prime?
ke Megatron?
bunyi sebutan macam best jer..
layan je la..

**TRANSFORMASI AF7

Korang mesti perasan kan yang AF7 ni kononnya nak mencapai satu transformasi yg mereka tidak dapat kecapi dari AF1 hingga AF6, pendek kata dari Vince hingga Stacy (** huhu..kdg2
layan juga citer yg lagha ni..)
ha, ni la dia 'pengetua' AF7, kira dia ni guru besar la..ala, Tiara Jaqluina (betul ke tah eja nama dia), suaminya Dato Afendi Nawawi..huhu..nak bawa transformasi la katakan..

ha, ni la tenaga pengajar AF7, taraf pensyarah di universiti..budak2 yg masuk AF kalo salam mesti cium tangan punya..maklumlah, cikgu yang dihormati..huhu..

**TRANSFORMASI UMNO

astro awani 501, hari2 dok diskusi mengenai transformasi umno.. tiada yg lain, bahkan inilah keadaanya sepanjang persidangan Umno berlangsung. Hampeh!!

Inilah transformasi kepimpinan budak2 Umno. dari Hisham kepada Khairy The Beruk. 3 kali undian di buat.. untuk mencukupkan kuota melepasi bertanding ketua bdk2 umno pun sakit, tapi boleh menang di undi perwakilan. Mukhriz dari mendapat pencalonan tertinggi, terkulai di tasik madu. Tidak hairanlah jika 3 kali undian di buat. 1st, mukhriz paling tinggi undian, 2nd, Khairy and 3th, Khairy the most popular voting..huhu..hebat bdk2 umno ini..

ini pula transformasi bapak2 dalam umno.. golongan emak2 pula pun berlaku transformasi.. lihat gambar di atas, jijik sgt ke paklah chedet buat gitu.. wpun paklah memang diakui lemah, xkan la sampai gtu.. melampau..
******
******
******
******
******
****** KOMEN GUA
******
******
******
******
aduh, transformasi AF7 ditempelak sebegitu hebat semasa konsert ke3 oleh Adlin Aman Ramlee.. lembab, tarikh handbrake la, mcm2 lagi la...transformasi kulit sahaja, dalamnya enggak ada (hehe..time ni gua di kampung, so tertengok la..haha)

transformasi umno juga begitu..pemimpin saja yg bertukar, dasar tetap sama.. xdek maknanya..gua hairan bagaimana khairy boleh menang wpun awl2 mukhriz favorite calon.. mungkin itu sebabnya lembaga disiplin melepaskannya wpun dia terlibat politik wang.. najib menongkat langit bangga menjadi presiden umno.. tp kene ingat semalam gua dgr2 berita dr istana agong enggak suka sama dia.. betul ke? wallahuallam..

kesimpulannya, sama je transformasi umno dan AF7, ke2nya melalaikan, merugikan, xdek maknanya dan merosakkan umat islam dan rakyat di malaysia.. dpd sibuk transformasi mereka, baik gua layan Transformer wpun dah tengok 3 kali..huhu..

so, apa pendapat korg?

24 March 2009

APABILA DEMOKRASI BERTUKAR DEMOCRAZY!

semua sudah maklum bahawa akhbar Harakah & Suara Keadilan digantung pengeluarannya selama 3 bulan oleh pihak KDN. jakunnya mereka yg kononnya berjuang atas dasar demokrasi. secara jelas kita fahami bahawa mereka begitu takut dan fobia andai rakyat kebanyakkan mengetahui apa cerita sebenar yg tidak dipaparkan di media massa.

tv hampeh x dapat, stesen radio apatah lagi, suratkhabar pun disekat, memang betul2 democrazy yg mereka amalkan. tidak hairanlah blog2 dan website di dunia maya menjadi alternatif yg lain bagi sumber maklumat. ini sajalah yg dapat kita luahkan.



dari 1 sudut yg lain, mereka telah tewas. mereka mempunyai tv1, tv2, tv3, ntv7, 8tv, tv9, awani, bernama, utusan meloya, berita harian, metro dan lain2 lagi. ini isyarat jelas rakyat tidak dapat dipengaruhi akan berita yg memualkan dalam media arus perdana. cukuplah!! kami sudah muak dgn kamu. kamulah pencetus Democrazy yg baru..

KAMI BERSAMAMU, MB NIZAR!



alhamdulillah. saat2 penantian siapakah calon parti islam bagi Parlimen P59 Bukit Gantang terjawab sudah apabila Tuan Guru Presiden mengumumkanya semalam. teka-teki telah terjawab dan saya rasa semua ahli Parti Islam dari akar umbi akan taat akan keputusan ini. YAB Dato Seri Ir Haji Nizar Bin Jamaludin diangkat sebagai calon Parti Islam bagi Parlimen Bukit Gantang/ P59.

melihat senario yg berlaku di perak khusunya, saya hanya mampu tersenyum. lihat saja SPR yg menjadi kuda tunggangan 'parti itu' menafikan hak speaker utk mengosongkan Dun Behrang dan Dun Changkat Chering; akhirnya terkulai apabila perancangan mereka dipatah2kan oleh Sang Maha Perancang.

siapa sangka dalam kekalutan yg berlaku, Allah Azzawajalla memanggil kembali hambaNya, YB Roslan. ini bukan perancangan mereka. mereka berhempas pulas tidak mahu pilihanraya kecil diadakan dalam masa terdekat kerana mereka tahu penerimaan rakyat yg tidak bersama dgn mereka.

Benarlah firman Allah :

" Mereka Merancang Tipudaya, Allah Membalas Tipudaya Mereka, Dan Allah Sebaik2 Pembalas Tipudaya"

bukan satu Pilihanraya Kecil, bahkan 3. kusangka 1 bukit, bahkan 2. tidak ketinggalan 1 batang mengekori. kesibukan mereka utk bermesyuarat agong hampir saja menenggelamkan Pilihanraya Kecil ini. biarkanlah mereka, kerana mereka akan tenggelam akibat perbuatan mereka sendiri.

PRK ini amat penting kepada Dato Najib Monggolia kerna beliau bakal menyambung deligasi Paklah Badawi (itupun kalau benar2 berlaku peralihan kuasa). jika ke3 3 PRK ini BN kalah, itu isyarat jelas rakyat tidak menerima kepimpinan beliau. macam biasalah, projek 'mee segera' akan melimpah luah sebagai bahan kempen yg paling ampuh bagi mereka. but now, ia mungkin tidak lagi berkesan kerana rakyat sudah semakin celik dan berpengetahuan terutama generasi muda.

akhir kalam, saya menyeru kepada semua yg berjuang atas dasar kebenaran agar menginfakkan segala apa yang termampu oleh kita samada dari segi kewangan, tenaga, munajat, doa, serta yang paling penting undian itu tetap selamanya bagi perjuangan Islam..

7 april ini akan berlaku satu lagi kejutan. dan kejutan ini akan berlangsung dan terus berlangsung sehinggalah rejim BN ini disemadikan di pusara. (^_^)

20 March 2009

ARGGGHHH!!! TENSION...

5.48 pm, 20 mac 2008, cc medium taman yayasan segamat..

2 hari ofis aku xdek internet. sebab bil tertunggak 3 bulan tak bayar. oleh kerana tempat aku bekerja merupakan cawangan sahaja, maka segala pembayaran dibuat terus oleh HQ. so, dorg x bayar, x dpt la jenguk internet dan update blog.

2 hari jugak aku pergi cc medium ni. tepat je pkl 5, aku terus punch card. hehe.. bila xdek internet, rasanya seperti gelap dunia. gelap gelita. macam katak bawah tempurung pun ada. katak tu xpela, confirm x bukak internet. memang xtau cite terkini..

2 hari ni jugak aku dapat siapkan kerja2 yg tertangguh kat ofis. haha.. ada kebaikkan gak rupenye. ha, aku dgr mcm ada yg ngumpat aku je. cakap aku salah guna kemudahan ofis. hehe.. xdelah, time ada masa terluang je layan internet. waktu lunch and after ofis hour. tapi kalau tak sibuk, memang layan sentiasa. haha.. kalo boss aku baca posting ni, mau kene potong gaji aku. korg jgn bgtau boss aku k. ini rahsia antara aku ngn korg la, yg membaca.

2 hari ini mcm2 comment kat ruangan shoutmix. dr izza, nikjoe, amirul, melayu maksimalis, firdaus, kakyan dan lain2. thankz ek sebab u all rajin bukak blog yg x seberapa ni.

2 hari xdek internet ni isu2 politik tanah air memang aku byk ketinggalan. so, sbg ganti terpaksa la lyn buletin utama TV3 suku. memang pembohong sampai kiamat TV3 suku ni. nak wat camne, nak tau isu terkini.

2 hari ni jugak, terbukti UMNO ini penuh dgn korupsi, rasuah, bapak penjenayah dan lain2 yg x sedap aku nak tulis. bila Ali Ketam sangkut politik wang, kene gantung jer. malang la org melaka ada ketua menteri mcm nie. dah la pernah kuarkan statement yg hina Islam. bagus jugak kene gantung 3 tahun. tapi yg hairannya yg ambik tindakan lembaga disiplin UMNO. hehe.. kalo mcm tu bubarkan je SPRM. tengok kes lembu hari tue, beria SPRM dok menyiasat, tapi bapak segala rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam UMNO langsung tak ambik port. so, standard SPRM terus jatuh pada SRP.

hehe.. klakar tngok umno skrg ni. minggu dpn nak mensyuarat agong. lepas tu, nak pilihanraya kat 2 bukit 1 batang. sekarang ni sibuk buang taik2 rasuah dalam parti. malang sungguh rakyat malaysia ada pemimpin macam ni. kes Khairy pun 1 hal, bersalah but just bg warning jer. apa jadahnya tah. bertuah sungguh jd menantu PM ni.

khir toyo botox bleh lepas plak ek. hehe.. nasib la kau anak jawa. memalukan org jawa jer. jgn risau, aku tau sebelum ko mati satu2 penyalahgunaan kuasa ko masa jd menteri besar dulu akan terbongkar. sama2 la kita tunggu..

hai, macam2 cite 2 hari ni. memang tension sgt2..

aaaaarrrrrrrrggggggghhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!! tension!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

tapi xpe, dapat pegi cc dan taip posting ni pun dah cukup kan..hehe..

17 March 2009

TRIBUTE TO VOTERS (2 BUKIT 1 BATANG)

seronok dan teruja melihat telatah politik tanahair ketika ini..

penuh dgn kejutan, laporan, sogokan, lompatan dan yg lain2.. semuanya memualkan..

paling terkini calon Timbalan Presiden UMNO, Mohd Ali Rustam digantung 3 tahun akibat sogokan wang, Khairy diberi amaran dan Khir Toyo didapati tdk bersalah oleh Lembaga Disiplin UMNO.. hehe..


mcm2 puak ni punya ceritera.. rakyat kebanyakkan hanya tersenyum dan membiarkan UMNO di usia senja ini.. ibarat seorang tua yg nyanyuk, itulah UMNO atau PEKEMBAR..


oklah, saya sebenarnya tertarik dgn gambar2 ini dan saya rasa ada baikknya saya kongsikan bersama dgn anda semua :


[ ADUN lompat.. hehe.. payoh bebenor kome nak mengingatkan mike nie.. ]

[ hehe.. papan tanda perkuburan pun nak naikkan logo parti.. memang sah, UMNO nak menuju ke alam sana **molek benar diletak lambang parti itu di tanah perkuburan]

agak2nya mereka yang masih bersama mereka ini tidak mendapat maklumat agaknya.. kalau generasi veteran saya tidak pelik.. tapi jika org muda yg terdedah dgn pelbagai maklumat masih tidak tahu menilai berita yg sampai, maka ada something wrong pada org itu..

gambar2 penyokong dulu, kini dan selamanya...
jgn gelak tau..x bek..

[ gambar 1 : amacam, gantang ngak gambar ini ** engkaulah raja di hati, menggamit hati pengundi, time pilihanraya semua dpt free wpun kejahatanmu tdk terperi.. keluar BARISAN, masuk BULATAN..huhu.. ]

[ gambar 2 : inilah akibatnya jika berfirmankan 'televisyen' bersabdakan 'suratkhabar' ]


so, kepada semua pengundi di ketiga-tiga tempat tersebut ( parlimen bukit gantang, dun batang air dan bukit selambau ) fikirlah sebelum membuat keputusan.. memilih pemimpin yang baik itu wajib dan menjadi tanggungjawab kita.. lebih wajib lagi menyokong dan memberi undi kepada mereka yg ikhlas berjuang menegakkan islam di bumi malaysia ini.. ALLAHUAKHBAR!!
..................................................................
so, anda yg membaca, ada sebarang penambahan?

15 March 2009

AKU DAPAT PAHALA, DIORANG PUN DAPAT PAHALA..

nak dapat pahala free x? senang je caranya..
mula2 u all kene beli kereta dulu.. x kisah kereta apa..
kalau dah ada kereta, lagi bagus.. ikuti langkah yg kedua pulak..

ok, langkah yg ke2, bahagian belakang cermin kereta u all tampal la sticker yg mengajak kpd kebaikan.. sticker kalimah Allah ke, ucapan basmallah ke, takpun, sekadar ayat yg menyatakan We Love Islam..

cupp2, saya macam dgr ada yg tanya nak dptkan kat mana sticker macam ni..
ala, senang jer, pegi jer tempat ceramah, mesti abang yang jual cd tue ada jual sticker islamik punya..takpun, mana2 yg kedai yang jual sticker.. pandai2 korg la..

langkah ke3, bawak la kereta u all ke mana yg u all suka..
time traffic light merah, u all berhenti, org kereta blakang pun baca, time u all bwk kereta slow, org kereta blakang baca lagi, time jalan jammed, lagi ramai yg sempat baca, termasuk kereta sebelah.. maklumlah jalan jammed..

ha, kan dah dapat pahala..senang je kan.. tuan yg bawak kenderaan dapat pahala, yg membaca pun dapat pahala.. ini baru win2 situation.. huhu..

cakap pun x guna, tengok gambar bawah nie :

[ 3 serangkai terus, senang je kan nak dapat pahala yg berterusan ]


[ untuk lebih memudahkan posting ni, saya capture gambar sticker kereta saya dulu.. jgn jeles ek.. huhu.. ]

WJN 4882, Model Kenari Warna Hijau..
if u all terserempak atau bertembung dengan kereta yang disebutkan di atas, jgn malu2 untuk HON.. kenapa? bcoz that's my car..
huhu..
** so, mari kita kumpul pahala berganda2.. HOORRAYY!!!!

11 March 2009

BAHASA OH BAHASA..

maulidur rasul

kelahiran junjungan tercinta menyinari manusia dari kegelapan jahiliyyah mengangkat kepada suatu tamadun 'kaaffah'..
ia telah berlalu..
saat ini masih mencari dan menggapai semula kejayaan itu..

ppsmi (pengajaran & pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris)


kenapa kami bantah? Artikel 152 menyatakan penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi.. ianya mengakibatkan keterciciran yg amat dasyat kepada pelajar di luar bandar..

selepas lebih 50 tahun merdeka, kita wajib berbangga dengan Bahasa Melayu utk bersaing ke peringkat global.. jika ppsmi ini berterusan, anak2 muda akan beranggapan bahasa melayu ini tidak ke mana dan bahasa inggerislah penentu kejayaan.. [ * gambar barisan penggerak GMP - Gabungan Mansuhkan PPSMI ]

sains & matematik adalah subjek penting dan menjadi kayu pengukur pd kejayaan pelajar.. apa kejadahnya subjek seperti ini perlu di ajar in english.. pelaksanaannya juga secara ad hoc - guru terpaksa menyiapkan diri dgn kemampuan berbahasa inggeris, ada jg guru yg tiada kemahiran bahasa inggeris yang baik mengajar subjek tersebut.. ada jg yang hanya inginkan elaun bulanan tambahan, walhal tdk mahir.. [ *Ketua GMP - Dato Hassan menyerahkan memorandum mebantah PPSMI kepada Menteri Pelajaran di Parlimen ]

pihak kementerian seharusnya memiliki secara mendalam akan pelaksanaan PPSMI. sebarang perubahan dalam sistem pendidikan membawa natijah yg besar dalam pembangunan pelajar.. seolah2 para pelajar di jadikan eksperimen dalam menjalankan PPSMI ini.. [* 7 Mac 2009 - ribuan rakyat malaysia bersatu hati & suara melaungkan "HAPUSKAN PPSMI!!" ]

[ pimpinan Parti Islam : di hadapan, Ustaz Nasrudin Mat Isa - Timb Presiden, dari kiri yang berambut putih Dato Mahfuz Omar - Ketua Penerangan, Tuan Guru Abdul Hadi Awang - Presiden serta berbaju melayu sepasang sudah tentu 'SASTERAWAN RAKYAT' - A. Samad Said.. penggerak dalam menghapuskan PPSMI.. kerana apa? utk kebaikan generasi akan datang ]

[ petikan Malaysiakini : "Saya berjalan, sepatutnya diiringi dengan motokar," katanya.. Tambahnya, inilah "pengalaman pertama" matanya pedih dan mengalami keadaan tolak-menolak dalam kumpulan penentang PPSMI sewaktu menuju ke istana."Rupa-rupanya begini caranya untuk menyelamatkan bahasa," katanya (dua dari kanan).. ] *selepas diganyang oleh FRU semahunya..


bertempur dgn rakyat.. mereka juga ada anak yg bersekolah, jika tdk, adik mereka, jika tidak suatu hari nanti pasti akan ada zuriat.. ttp malang tear gas dpd FRU tdk mengendahkan itu semua.. arahan dari ketua mereka mesti ditaati.. sami'na wa ato'na.. dgr dan taat..
bkn sekali, bahkan berkali2 FRU sebegini : reformasi 99, demontrasi membantah kenaikan harga tol, himpunan bersih, himpunan hindraf, tragedi kuala kangsar dan ini, himpunan PPSMI.. suasana kacau bilau dan huru hara bukan disebabkan protestor, ttp pihak FRU inilah.. rujuk saja video di youtube.. jelas dan terbukti lagi benar dakwaan ini..

[10 ke 20 tahun akan datang ini akan menjadi sejarah dalam negara, dipaparkan dalam buku2 teks di sekolah, rakyat kebanyakkan bangkit membetulkan dasar kerajaan dalam bidang pendidikan yang nyata pincang dan tergesa-gesa]

[bersenjatakah mereka sehingga diperlakukan sebegini? inilah harga yang perlu dibayar oleh pejuang kebenaran dan pejuang bahasa bagi mendapatkan kedaulatan bahasa melayu itu sendiri.. walhal 'Parti itu' yg kononnya memperjuangkan bangsa melayu dulu, kini & selamanya terkinja2 menghunus keris ingin memperjuangkan bangsa, tetapi merekalah perosak bangsa dan bahasa itu sendiri ]


sedikit pengalaman : gas pemedih mata (tear gas) dan juga water conan jika terkena secara tepat boleh menyebabkan buta.. terhidu sahaja tekak menjadi loya, mata kemerahan, tubuh boleh terkulai, inikan pula ditembak secara tepat..
tahniah rakyat malaysia. anda memang bertuah.. tear gas & water canon hanya ada dan berlaku di negara malaysia sahaja.. MALAYSIA BOLEH!! DATUK LEE CHONG WEI BOLEH.. tapi ttp kalah di All England..ops, tersalah isu pula..

[ sejarah kebangkitan rakyat di malaysia]
[ kemana mahu lari?, rasailah kekejaman pihak berkuasa..]
................................................................................................................................
tiba2 Menteri Pelajaran dgn hujahan emosional menyatakan GMP diperalatkan oleh pembangkang.. hairan dia ini..
lalu di balas pula oleh Dato Hassan mereka bkn boneka yg boleh diperbuat sesuka hati, bukan pula ibarat kera atau monyet di jalanan, mereka insan, ada jiwa, ada akal fikiran dan mereka berilmu semuanya..
lihat saja status mereka : Prof Emiretus, Prof, Dr, Sasterawan Negara dan lain2..
pelik juga org yang sehebat sebegini boleh diperalatkan dgn mudah.. hisham.. hisham.. cukuplah dgn berkata, lagi banyak keluarkan statement, lagi terpapar kegopohan dan ketidakwibawaannya..
akhir kata :
HAPUSKAN PPSMI, FIKIR DAHULU SEBELUM MEMBUAT KEPUTUSAN MEMBUTA BABI!!

10 March 2009

AKU, AKHIL HAYY & WAHIDA WASSINI..

*Bagaimana Aku Mengenalinya?

tahun 2005, bermula dengan mendengar ceramahnya..
ceramah yang santai diselang seli dengan nyanyian benar2 membuat hatiku terpaut dengannya..(terpaut dgn ceramah ek..)

*Kenal rapat ke?

xdekla.. jgn salah anggap pada gambar di atas ya.. kebetulan dapat bergambar dengannya di bandar jengka tahun 2006.. jeles rakan2 yang lain.. memang minat sangat2 la dengan ustaz akhil masa nie..

*Dulu dan kini tidak sama..
sebelum 2006 :
kerap berceramah, nak cari cd pun senang, sentiasa menjayakan program jemaah, bayaran pun tidak demand lagi, kopiah, serban dan lain2 sorry beb mana bleh gua tinggal, pakaian mesti putih punya, sunnah syeikh, dilabel Pro Pembangkang, tidak mendapat liputan langsung dalam media massa, sering dianak tirikan dalam sebarang anugerah, memang tiada peluang langsung utk keluar dalam media massa dan macam2 lagi dugaan yang beliau alami.. kerana apa? kerana beliau pro pembangkang..
selepas 2006 :
keluar album, dapat anugerah platinum, konsert sana, konsert sini, berduet sana, berduet sini, taraf dah sama mawi, join astro, ada show sendiri, cafe akhil hayy, selalu sgt tubik (keluar) kat tv, kopiah, serban, jubah dah tak layan..apa barang beb..tukar la utk mudah dekati ramaja.. dah demand dgn bayaran, ceramah pun dah xdek, kempen utk jemaah pun tiada juga, gosip sana sini, kdg2 org kata dah nikah, tetibe belum pulak, tidak dilabel lagi pro pembangkang, tercalon artis nasyid popular berita harian, dan yang paling mengejutkan sekali dah terlibat secara langsung dengan akademi fantasia 7 (terkejut berok aku).. kerana apa? kerana beliau bukan lagi pro pembangkang sebaliknya terlibat dgn jemaah astro..

*Hebat Fitnah Wanita Ini
Sabda Nabi SAW :

حَدِيثُ أُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا تَرَكْتُ بَعْدِي فِتْنَةً هِيَ أَضَرُّ عَلَى
الرِّجَالِ مِنَ النِّسَاءِ

Diriwayatkan daripada Usamah bin Zaid r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak ada fitnah yang paling membahayakan kaum lelaki selepas zaman aku kecuali fitnah dari kaum wanita

[bukhari wa muslim]
.............................................................................................
"kembalikankanlah dirimu yang aku kenali dahulu, wahai ustaz..
aku amat merindui ceramahmu.."

FENOMENA TINGGAL RUMAH SECAMPUR DI UK

Alhamdulillah Artikel ini.. (original post by : www.idhamlim.blogspot.com)
Suatu Pendedahan Semasa..
Mungkin Tiada Beza Di Malaysia..

pengalaman bekerja hampir setahun di Kuala Lumpur seolah2 membenarkan apa yang berlaku di UK sekarang ini..
pasangan yang belum berkahwin tinggal serumah, seorang wanita berkongsi satu rumah dengan ramai lelaki, dan 1001 jenis lagi..
perkara ini bukan berlaku di UK, tetapi di Malaysia..
carilah di mana2 kawasan perumahan yang popular di sekitar Lembah Klang dan Kuala Lumpur..
anda pasti menjumpainya..
tempat lain pun ada juga, tetapi tidak sehebat di Kuala Lumpur (ibukota negara islam hadhari malaysia)
fikirkanlah, anda pun dah besar panjang kan..
baca, hayati dan sampaikanlah kisah ini kepada mereka yang lain..


.....................................................................................................................


Oleh : Muhaimin Sulam

Fenomena pelajar Malaysia di UK duduk satu rumah bercampur antara lelaki perempuan adalah perkara biasa. Ada yang campur serumah sesama orang Malaysia dan ada juga campur serumah dengan pelajar internasional.

Satu rumah bersama lelaki Afrika dan Sepanyol, campur perempuan Jerman dan ada gadis Melayu. Tiada siapa yang hendak sibuk membuat laporan kepada ibu bapa mereka di tanahair. Di sini tiada pasukan pencegah maksiat ataupun ustaz yang sukarela memberikan pemantauan terhadap hal ini.

Alasan yang paling mudah ialah 'darurat'. Entah ustaz atau ulama mana yang buat hukum sedemikian. Namun, rata-rata menjadikan alasan 'darurat' itu sebagai satu jalan mudah duduk satu rumah bercampur lelaki dan perempuan. Latar belakang pendidikan agama seperti sekolah agama atau dari keluarga orang yang dihormati seperti anak haji atau ustaz bukanlah satu jaminan untuk menghalang fenomena ini berlaku.

Memang mereka bukan berniat untuk tinggal bercampur tetapi kebanyakan mereka tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk mengelak hal itu berlaku.

Darurat

Penggunaan istilah 'darurat' sering digunakan bagi mengesahkan semua tindakan. Seperti buka tudung bagi pelajar perempuan kerana khuatir keselamatannya diancam kerana konon wujudnya sentimen anti-Islam di sini. Makan daging yang tidak disembelih oleh orang Islam. Tidak sembahyang Jumaat kerana ada kelas. Cuma satu sahaja yang mungkin tidak dibuat: makan babi! Itupun barangkali kerana orang Melayu sudah dididik membenci babi sejak kecil lagi.

Alasan lain adalah kerana untuk menjimatkan duit perbelanjaan. Meskipun pihak kerajaan memberikan elaun yang mencukupi tetapi sering dijadikan alasan untuk menyatakan sebaliknya. Sesetengahnya mengatakan duduk bercampur satu rumah samalah seperti tinggal dalam satu hotel. Macam-macam alasan yang diberikan. Semuanya untuk mengesahkan tindakan mereka tinggal bercampur lelaki perempuan dalam satu rumah sebagai tidak salah.

Aku percaya, mereka tidak akan buat perkara itu jika berada di Malaysia. Mungkin kerana cara itu tidak diterima dalam budaya tanahair. Ia seperti lebih kepada faktor budaya dari faktor agama. Jika faktor agama, mereka tidak akan berbuat demikian. Seolah-olah agama Islam hanya sesuai diamalkan di sesetengah tempat.

Jika berkesempatan menonton rancangan televisyen 'Friends', itulah gambaran kehidupan remaja dan anak-anak muda di Barat. Mereka yang berumur melebihi 17 tahun ke atas bebas daripada kawalan ibu bapa mereka. Mereka boleh tinggal serumah dengan teman lelaki atau perempuan mereka. Itu adalah jaminan dalam undang-undang mereka.

Mereka boleh berkeluarga dan mempunyai anak tanpa nikah. Yang perlu mereka mendaftarkan nama kepada Majlis Perbandaran (City County) sebagai pasangan untuk mendapatkan beberapa faedah (benefit) kebajikan daripada kerajaan seperti elaun anak, elaun susu dan sebagainya.

Selain itu, ada faktor lain yang menyebabkan fenomena itu berlaku. Antaranya nasihat dan pandangan daripada beberapa pelajar senior yang memesongkan pemikiran mereka. Memang yang datang belajar ke UK ini kebanyakannya bijak, IQ tinggi dan pintar belaka. Namun, itu tidak memadai untuk menjadi pendinding kepada budaya baru yang memuja kebebasan.

Bijak mereka bukan pada memahami hakikat kehidupan beragama tetapi kepada mata pelajaran sahaja. Mereka kalah dengan 'hujah bodoh' sesetengah pelajar senior. Oleh kerana mereka orang baru, kebanyakan 'nasihat bodoh' akan ditelan tanpa soal jawab. Kejutan budaya menyebabkan sesetengah pelajar muda terperangkap kepada kekeliruan yang merosakkan diri mereka.

Asrama Campur

Sesetengah universiti, tidak ada konsep asrama yang berasingan antara lelaki dan perempuan. Bagi mereka, tiada perbezaan antara lelaki dan perempuan. Ini mungkin hasil daripada perjuangan hak sama rata tanpa mengenal gender. Satu rumah yang berkongsi bilik air, ruang tamu dan dapur biasanya untuk lima atau enam orang.

Setiap orang mempunyai bilik yang berasingan. Hampir semua rumah di UK terdapat hanya satu bilik air sahaja meskipun rumah tersebut mempunyai tiga atau empat bilik. Ada yang menyebut macam filem P. Ramlee, 'Pendekar Bujang Lapuk'. Mereka tinggal satu rumah tetapi diasing-asingkan dengan bilik. Paling tidak dalam filem itu, si Bujang Lapuk tidak boleh berbuat sewenang-wenangnya kerana ada Pendekar Mustar yang mengawal rumah tersebut.

Tiada larangan untuk pelajar lelaki masuk ke bilik pelajar perempuan begitu juga sebaliknya. Mereka melayan lelaki dan perempuan sama. Oleh itu, mereka bebas untuk datang ke bilik kawan meskipun pada malam hari. Tiada siapa yang melarang. Semua sudah besar panjang dan bijak pandai.

Tidak ada yang sibuk menjaga tepi kain orang. Yang penting kawan serumah itu tidak mengganggu ketenteraman dan keselesaan dirinya untuk belajar di bilik mereka. Jika tidak, mereka boleh lapor kepada pihak universiti. Biasanya tindakan akan dibuat oleh pihak universiti atas alasan mengganggu orang lain.

Kadangkala mereka berasa susah hati kerana terpaksa berkongsi satu peti ais dengan penghuni lain yang menyimpan babi dalam peti tersebut. Bayangkan ayam halal bercampur dengan daging babi dalam satu peti ais.

Walau bagaimanapun, setiap pelajar mempunyai hak untuk memohon rumah yang tidak bercampur antara lelaki dan perempuan. Itu bergantung kepada kekosongan ataupun budi bicara pihak pengurusan penginapan universiti.

Ramai ibu bapa di tanah air tidak mengetahui keadaan kehidupan anak mereka di sini. Bahkan, jika mereka mengetahui anak mereka duduk bercampur, mereka mungkin diberikan pandangan yang mengelirukan oleh anak-anak mereka di sini. Akhirnya, ibu bapa di tanah air seperti terpaksa 'merestui' keadaan anak mereka. Ibubapa diyakinkan bahawa keadaan mereka benar-benar darurat, terpaksa dan tiada pilihan.

Kadang kala akupun pelik juga, ada juga ibu bapa yang membenarkan anak mereka tinggal bercampur. Mungkin kerana jiran mereka tidak tahu atau kawan-kawan satu kampung tidak tahu. Jika tahu, tentu mereka akan malu. Maknanya, mereka hanya malu pada jiran atau rakan-rakan sekampung, satu pejabat atau setaman mereka.

Satu perkara yang menarik di UK adalah masyarakat mereka amat menghormati cara hidup dan kepercayaan termasuklah agama seseorang, termasuklah Islam. Malangnya, terdapat juga sebilangan orang Islam yang malu untuk berfikiran dan bertindak sebagai seorang Muslim. - tajdid

05 March 2009

BLACK & WHITE

from : blog cina-islam (http://www.idhamlim.blogspot.com/)

"TWINS Ryan and Leo Gerth share a mum and dad - but not the same colour skin. Born to a Ghanaian mother and a German father, Ryan is white and Leo is black. Experts say pairs of black and white twins are so rare they only occur in one in a MILLION births.

Senior doctor Birgit Weber, who helped deliver the tots by caesarean section in Berlin , said that in 20 years of practice this was the first time she had seen different coloured twins."




komentar:

masyaallah.. this a miracle.. one in a million.. Begitulah kekuasaan Allah yang Maha Mencipta dan Maha Kuasa, lagi Maha Agung.. Lihatlah wahai Umat Islam sekalian, renungilah penciptaan Allah ini.. Bukakanlah mata hati kamu agar kamu mendapat hikmah & pengajaran di sebalik kejadian ini..

03 March 2009

MANUSIA ITU SPESIS YANG PELIK..

jelikkah mendengarnya andai manusia itu di anggap spesis yang pelik..
MAJORITI!!

pelik dari segi apa itu?
fizikalnya kah?
percakapannya kah?
perbuatannya kah?

manusia itu menjadi pelik dan janggal andai mengenepikan Rabbul Jalil dalam setiap perkara yang dilakukan..

mungkin kamu mahukan contoh bukan.. inilah manusia pelik teragung sepanjang zaman :


2000 BC ke atas

[ firaun ramses II; Allah menjanjikan dlm Al-Quran jasadnya akan kekal sehingga kiamat untuk menjadi tontonan; Maha Suci Allah akan kebenaranNya ]

[ peninggalan Firaun yang teragung, sebuah projek mega, belum mampu dirungkai dgn teknologi secanggih sekarang; mengerah sejuta kekuatan manusia, ianya tetap kekal.. menjadi tempat persemadian golongan manusia yang pelik ]

itu berlaku zaman sebelum kelahiran Muhammad SAW..
beribu tahun sebelum tahun Masehi..
teknologi yg dasyat, tamadun yang membesar, bangunan yang gagah, jajahan takluk yang luas..malangnya ia hanya dikuasai oleh spesis manusia yang 'PELIK'
namun jgn ingat spesis PELIK ini telah berakhir, malah menjadi lebih dasyat lagi..
2000 AC ke atas

[ spesis manusia pelik dan jelik yang pertama; tapi gua lebih respect kalau lu orang rempit ramai2 nak ke masjid ]

jika yang itu dikatakan pelik, bagaimana pula dengan yang ini;


[ mencari kepuasan nafsu dengan jalan yang songsang; pewaris kaum nabi Luth..bagaimana? pelikkah? itu biasa kerana pembenci Islam di kalangan umat Islam sendiri ramai yang menyokong kerana mempertahankan hak individu..siap buat filem lagi ttg gay : 'Anu' Dalam Botol ]

spesis pelik yang ke3

[ benarlah sabda Nabi apabila di khabarkan umat akhir zaman akan melakukan maksiat atau berzina secara terang2an di tepi2 jalan.. malang sungguh jika wanita itu bertudung.. bertudung kerana trend, bertudung kerana budaya, bertudung kerana nak tutup kelemumur, bertudung kerana dah dari kecik pakai, bertudung kerana kawan aku pakai, ikut suka la..kesian wanita sebegini.. pohonlah hidayah dari Rabbul Jalil.. Lelaki jongos dan pelik memang suka mengambil kesempatan dari kelalaian anda, wahai WANITA! ]

[ jika di zaman jahiliyyah, anak perempuan di tanam hidup2, tetapi tika ini lebih dasyat lagi.. dibuang sebaik sahaja dilahirkan..dalam tong sampah, tong najis, depan surau (mungkin dia nak anak dia jd alim kot), mcm2 tempat lagi la.. knp boleh jadi begini? lihat makhluk pelik ke3, mrk itulah 'permulaan' kepada kejadian ini ]
hairan?
pelik?
jelik?
terkesima?
terkejut?
tergezut?
terkentut? hehe..
ter...?
ter...?

berapa byk ter pun ia tetap berlaku dan akan berlaku.. ok, saya nak kongsi maklumat sikit : persidangan parlimen dewan rakyat pada 29 Oktober 2008 menyatakan seramai 257, 411 kanak2 di dalam surat beranak mereka tidak mempunyai nama bapa dari tahun 2000 sehingga 2008.. ramai tak? sekiranya dalam tempoh 8 tahun sebanyak itu, bayangkan untuk tahun2 berikutnya..

ok, sekarang saya akan mengumumkan pemenang bagi "award manusia pelik sepanjang zaman" :

tempat pertama : dato sri abu lahab

tempat kedua : tan sri abu jahal

tempat ke3 : yab dato sri abdullah bin ubai

tempat ke4 : duli yang maha mulia sultan firaun serta kaum kerabatnya

tempat ke5 : datuk sri ariel sharon dan dato2 yahudi yang lain

tempat ke6 : tun george bush senior dan junior

tempat ke7 dan seterusnya : lu fikir la sendiri !!!

cth2 atau tindakan2 spesis manusia yang 'pelik' di muka bumi?

  1. menghina hukum Allah, menghina al-quran, menghina hukum hudud, menghina undang2 islam terutama berkaitan poligami, menghina sunnah nabi (bayangkan janggut nabi pun dipermainkan oleh seorang pemimpin bagi ketua kerajaan yang lepas) sedangkan semua itu ajaran islam dari Allah Swt yang disampaikan oleh Muhammad SAW..
  2. mencipta undang2 dan isme2 yang tersendiri : sekularisme, liberalisme, kapatalisme, marxisme, komunisme dll.. semua ideologi ini semuanya menjurus kemurkaan Allah.. mendapat kutukan dan laknat.. bagaimana pula di malaysia? apa sistem yang digunapakai? adkh undang2 Allah SWT? atau ideologi sesat puak kafir? malang sekali mereka yang berjuang di dalam parti yang memperjuangkan bangsa.. wajib bagi mereka sebenarnya bersama kepimpinan ulama, bersama yang memperjuangkan islam, perjuangkan hukum islam, perjuangkan sunnah nabi, perjuangkan negara islam, perjuangkan keindahan islam, perjuangkan perintahan islam dll..
  3. menyokong yahudi dan kristian walaupun telah jelas dan nyata mereka musuh yang nyata yang sentiasa memusuhi umat islam hingga kiamat.. cth jelas : bila kempen boikot barangan amerika dgn yahudi, puak2 munafik dalam malaysia ni melompat keluarkan kenyataan yang bodoh, minta hentikan kerana menjejaskan ekonomi negara.. bagaimana mereka ini berfikir.. kembali la kepada sistem matwang islam.. jauhkan diri dari bergantung kpd dolar amerika.. kuatkan pengaruh pengeluaran produk tempatan.. banyak lagi cara.. bagaimana seorang yang berkuasa sanggup mengeluarkan kenyataan sebegini? ia benar2 mengguris hati aku, serta rakyat palestin khususnya..
  4. terikut2 dgn budaya barat..zina, pelacuran, gay, lesbian, bangga dgn tdk menutup aurat dan lain2.. bosan aku nak tulis..
  5. lebih menghormati artis yang terang2 mengajak kepada kemaksiatan dari menghormati ulama yg jelas2 mengajak kepada kebaikan..
  6. lebih selesa ke tempat maksiat dari ke masjid
  7. serta seribu satu macam lagi perkara2 pelik yang dilakukan oleh manusia yang pelik..

kesimpulannya, manusia itu menjadi pelik kerna tidak menggunakan akal fikiran bagi melihat kebesaran , kekayaan, kekuasaan Allah SWT.. jika mereka memahaminya, meraka tidak tergamak untuk menjadi manusia yang pelik.. hairan bila difikirkan rakyat di Malaysia, begitu takutkan murka sultan dari takut dan gentar kemurkaan Allah SWT.. peristiwa di perak mengajar kita sebenarnya..

berdoalah kepada Allah agar kita tidak tergolong dalam kategori spesis manusia yang 'PELIK'..

NAK KONGSI APA YE?

suara hati

alhamdulillah..hari ni dapat juga saya menggagahkan diri meluruskan jari menaip something for youth move forward fans.. almaklumlah, baru saja ditubuhkan..hati kecil ini seringkali mengingatkan, teruskan menulis perihal kebenaran dan keindahan islam itu sendiri..

nak dijadikan cerita, awal pagi tadi saya mendapat sms dari pembaca yang mencadangkan supaya saya memperbanyakkan lagi perkara berkaitan wanita ini.. mungkin terpengaruh dengan artikel sebelumnya kot..

o ye, untuk pengetahuan, posting yang bertajuk : wanita, tutuplah auratmu itu saya copy paste dari laman blog sahabat saya : akhi nik hafizul - sketsa sebuah perjuangan. Dengan kebenaran tau, kalau x, x berani jugak..

however, akan saya pertimbangkan cadangan itu dan laksanakannya.. insyaallah..

buat masa ini saya lebih selesa mengheret para pembaca memikirkan serta cakna akan peristiwa di sekeliling kita..maksud saya, krisis kepimpinan dalam negara..
xpelah, akan saya rungkaikan dalam posting yang akan datang..


cameron highland

kembali kepada tajuk artikel : nak kongsi apa ye?..ha, inilah yang saya nak kongsi dengan awak semua..ok, sebelum tu, tatap dulu gambar kat bawah ni ek..

[ di hadapan heritage hotel cameron highland]

[ haha..macam best je tangkap gambar macam nie..xpe2, yang penting nampak menarik ]

[ ha, yang ini pun di MARDI, capture sendiri je tau, guna N70..hasilnya, mengkagumkan..huhu ]

[ possing istimewa untuk para pembaca, time ni di MARDI Cameron Highland ]

ok tak gambar kat atas ni..nampak macam syok sendiri je kan..hehe..nak buat kenangan, bukan selalu dapat pergi ke cameron highland tau..

macam ni sebenarnya, 27, 28 feb 09 dan 01, 02 mac 09 yang lepas saya terlibat dengan bengkel SOP..SOP untuk Hal Ehwal Pelajar anjuran kolej..alhamdulillah semuanya berjalan lancar & objektifnya tercapai..

ciptaan Allah yang maha indah, tiada taranya..bukti kekuasaan Allah yang teragung..sepanjang 4 hari di sana, pelbagai pengalaman yang menarik yang menginsafkan diri..kerdilnya hamba Allah yang bernama manusia ini..

pemandangan yang indah, cuaca yang tidak terik serta angin yang bertiup semakin menguatkan keimanan kepada Allah Azzawajalla, Rabb sekalian alam..

ku tujukan kepada para pembaca akan hadith ini :

[ Rasulullah S.A.W yang bermaksud, “Dunia ini hijau dan cantik, dan Tuhan telah melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan.” ]

[riwayat Muslim]


[subhanallah....]

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 Hitam Putih Kehidupan. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan