25 November 2009

Mahkamah Rayuan Yoyo!

Salam to all. Beb, aku nak tanya ni, betul ke manusia ni mudah termakan pujuk rayu? Jika betul, apakah kaedah atau method yang perlu digunakan untuk mengeluarkan kata-kata berbentuk rayuan? Ok, kita ambil beberapa contoh :

Situasi 1

"Eddie, tolong ambilkan remote control astro kat atas meja tu,"

"Ambil la sendiri. Tak boleh tengok orang senang!"

"Please.." sambil muka di buat-buat kasihan.

"Ye la,"

Situasi 2

"Amin, kalau nak ke kedai nanti, maklumkan pada aku ya. Aku nak kirim barang,"

"Ada-ada je kau ni. Beli sendiri la!"

"Engkaulah satu-satunya rakan aku yang paling baik pernah aku miliki. Takpelah, kalau tak nak tolong, aku beli sendiri.." sambil bibir dijuihkan sambil berpura-pura memaparkan muka sedih.

"Ye la, aku belikan. Bak sini duit.."

Itu 2 situasi berkaitan dengan pujuk rayu. Contoh mudah. Perkara yang penting dalam proses merayu adalah mimik muka, kata-kata (sebagai contoh : tolong, please) kata-kata pujian, buat muka kasihan, berpura-pura manja dan lain-lain. Maka, orang yang dirayu akan lembut hatinya dan bertindak seperti mak yang menjaga anaknya dalam keadaan anaknya derhaka. Derhakalah macam mana sekalipun, hati mak akan ada sedikit perasaan belas kasihan kepada anaknya. Begitu juga orang yang dirayu, kena gaya, kena kata-kata, terus layu dengan rayuan. Podacit..!!

Apa yang berlaku di Mahkamah Rayuan semalam cukup jelas manusia mudah termakan pujuk rayu si pendusta. Baca laporan ini :


PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini berjaya dalam permohonannya untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mahu satu pilihan raya kecil diadakan di DUN Kota Siputeh, Kedah.

Panel tiga orang hakim Mahkamah Rayuan, terdiri Datuk Sulong Matjeraie, Datuk Kang Hwee Gee dan Datuk Abdul Aziz Ra

him memutuskan bahawa wujud keadaan khas untuk menangguhkan sementara keputusan untuk mengadakan pilihan raya kecil kepada suruhanjaya itu.

"Kebenaran penghakiman yang diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi perlu diuji di mahkamah lebih tinggi," kata Hakim Sulong selepas hampir dua jam panel tiga hakim itu mendengar permohonan yang difailkan oleh suruhanjaya itu pada Selasa.

Dalam penghakiman yang dibacakan pada pukul 7.24 malam, Hakim Sulong berkata mereka telah bersetuju sebulat suara bahawa tidak ada pihak akan mengalami akibat dan prasangka jika perintah penangguhan itu dibenarkan.

Beliau berkata keputusan tersebut dibuat bagi mengelakkan pilihan raya kecil yang tidak sepatutnya berlaku dan pembaziran dana awam.

Terdahulu, Datuk Abu Hassan Sarif hari ini memfailkan permohonan untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 16 November lalu yang memutuskan beliau bukan lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh dan kerusi berkenaan telah kosong serta satu pilihan raya kecil perlu diadakan.

Beliau memfailkan dokumen itu dihadapan pendaftar Mahkamah Rayuan melalui peguamnya, Abu Bakar Isa Ramat di sini pada Selasa.

Abu Hassan secara peribadi mengesahkan afidavit-afidavit di hadapan Pesruhujaya Sumpah di Putrajaya pada pukul 10 pagi tadi.

Satu lagi permohonan serupa yang difailkan oleh SPR turut didengar di Mahkamah Rayuan pada pukul 2.30 petang tadi.

Ini yang berlaku di Malaysia.

Pemimpin UMNO berkata : "Kita bersedia dengan segala jentera yang kita ada. Kita percaya momentum kebangkitan rakyat yang menolak PAS dan Pakatan Rakyat di Bagan Pinang dan memberi undi kepada kita UMNO BN akan berlaku sekali lagi di PRK Kota Seputeh. Hal ini berlaku akibat rakyat menerima gagasan 1 Malaysia PM Najib. Hidup UMNO! Hidup Melayu! Hidup BN!"

"Woi! Blah la. Cakap berdegar-degar. Berbelit-belit. Memang dasar pemutar belit. Kalau dah yakin sangat, bubar la. Tak payah la minta komponen BN (Suruhanjaya Pilihanraya) turun naik mahkamah buat rayuan. Macam drama tamil dah ni!"

Yakin, tapi takut nak bubar. Chit! Aku benci dengan spesis macam ni. Dah la Mahkamah Rayuan mudah dirayu. Mahkamah Tinggi putuskan perkara yang benar. Segala keputusan melibatkan Pilihanraya kecil terletak penuh di bawah kuasa Speaker DUN. Bukan SPR. SPR tu terima surat dari Speaker DUN menyatakan kerusi DUN kosong, kemudian buat Pilihanraya. Apa ke bingainya SPR ni. Memalukan Malaysia je.

Dah kes tertangguh. Mirip kes DS Nizar vs Zambry MB Haramjadah. Mahkamah Tinggi putuskan lain, esoknya Mahkamah Rayuan putuskan lain. Sekarang di Mahkamah Persekutuan. Ini la dinamakan Mahkamah Yoyo. Huh, bikin malu saja.

Paktam : Best la Mahkamah Rayuan kat Malaysia ni. Kena pujuk rayu sikit, terus cair. Paktam sukeeeeeeeeeer..ngeeeeeeeeeeeee~~

Maktam : Hahaha.. Kali pertama Maktam bagi komen. Hai semua.. Maktam nak ulas sikit je. Hakim Sulong kata penangguhan dibuat bagi mengelakkan pilihanraya kecil yang tidak sepatutnya berlaku dan pembaziran dana awam. Wakakakakaka.. Muntah hijau Maktam baca. Hujah sama macam UMNO bila taknak bertanding di DUN Penanti. Nama je Hakim Sulong, tapi macam Hakim Bongsu. hahaha.. Hakim Sulong, masuk UMNO la. Isi borang UMNO. Hujah Mahkamh Rayuan tangguhkan sebab ini. Chit!

24 November 2009

Kisah menanti waktu Zohor

"Ceritakan kepadaku bagaimana untuk khusyuk di dalam solat."

"Cerita bagaimana yang kau inginkan, wahai sahabatku?"

"Ya, cerita yang berkaitan dgn soalan yang aku ajukan,"

"Oh, khusyuk di dalam solat ya. Sukar sekali untuk ku terangkan kerna khusyuk itu terlalu abstrak. Hingga kini aku juga merasakan tidak ketemu khusyuk di dalam solat."

"Harus bagaimana? Adakah solat kita diterima?"

"Allah sahaja yang tahu samada solat kita itu diterima. Pokoknya cuba berusaha untuk menjauhkan perkara-perkara dunia di dalam solat."

"Bunyinya mcm mudah ya, nak melaksanakannya yang sukar."

"Ya, benar."

tamat kisah~~

Paktam : Paktam dah lama hidup. Paktam sentiasa menjaga waktu solat. Solat awal waktu lagi. Tapi Paktam tak pasti yang solat Paktam Khusyuk. Adakah diterima oleh Allah? Paktam takut ugutan Allah di dalam surah Al-Maun : Celakalah mereka yang bersolat, dalam keadaan lalai. Aduh, ampuni dosa Paktam ya Allah. Paktam takut dengan azabMu. Amin.

Pelacur dedah rahsia PM Itali.. PM Malaysia?

ROM – Seorang wanita teman sosial, Patrizia D’Addario mendakwa dia diserang dan diugut selepas menjalin hubungan seks dengan Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi, lapor sebuah akhbar semalam.

D’Addario dalam buku autobiografi berjudul Gradisca Presidente mendakwa dia menerima satu panggilan tidak dikenali yang memanggilnya ‘sundal dan jalang.’

Menurut pelacur yang berumur 42 tahun itu, ibunya turut dicela oleh seorang lelaki yang menyatakan panggilan telefon tersebut dibuat untuk mengajar anaknya.

D’Addario turut mendakwa empat lelaki beruniform polis dipercayai menyamar untuk memasuki rumahnya.

Seorang lelaki yang mendakwa bekas pegawai polis turut menggeledah rumahnya dan cuba merogolnya.

D’Addario menjadi tumpuan media setelah beberapa akhbar mendedahkan dia merupakan salah seorang yang dijemput menghadiri parti hari lahir Berlusconi.

Dalam buku yang mula dijual semalam, D’Addario menggambarkan dirinya menjadi ‘hidangan’ Berlusconi.

Katanya, dia ‘disambut’ dengan arak dan makanan ringan sejurus tiba di rumah Berlusconi.

“Selepas 10 minit, dia tiba, beliau menyapa semua orang dan semua orang kelihatan mengenalinya dengan akrab malah dia turut mencium semua orang,” kata D’Addario dalam buku tersebut.

Kehadiran D’Addario di rumah Berlusconi diatur oleh seorang ahli perniagaan, Giampaolo Tarantini yang kini disiasat pihak polis kerana membekal pelacur dan kokain.

Buku yang dihasilkan oleh D’Addario itu dijangka membuka lebih banyak rahsia Berluconi setelah satu demi satu skandalnya dibongkar termasuk oleh bekas isterinya, Veronica Lario, 53.

Penaja : Aku khuatir apa yang berlaku kepada PM Itali ini (jika benar) akan berjangkit kepada PM kita di Malaysia. Bukanlah aku bermaksud sama seperti pelacur di Itali, namun firasatku meminta agar PM Malaysia bebaskan dirinya dri tuduhan yang tidak berasas berkaitan A********a a.k.a A******h A********h. Itupun jika PM Malaysia berani la.

Paktam : Kali ni Paktam bersetuju dengan saranan penaja. PM 1 Malaysia DS Najib Abdul Razak Baginda wajib membersihakn namanya dari tuduhan yang tidak berasas. Saman sahaja mereka yang cuba menjatuhkanmu. Jika masih mendiamkan diri, sampai bila nak selesai. Bala dah muncul di Youtube. Perempuan puaka juga dan muncul di Youtube. Jangan pula akan datang dating di Paris muncul di Youtube. Kalau muncul juga, kamu bagitau Paktam ya, Paktam nak download dan share di facebook..wakakakakaka..

Bagaimana agaknya jika lelaki mengandung dan melahirkan anak?

Salam to all. Berat atau tidak pertanyaan itu? Bagaimana sekiranya seorang lelaki hasil gabungan gen DNA X dan Y mengandung dan melahirkan anak? Jika ia berlaku, bagaimana fungsi wanita (Y+Y)? Ya la, lelaki dah bisa mengandung dan melahirkan anak, habis perempuan nak buat apa. Pusing dunia jadinya. Namun ia berlaku di Amerika Syarikat selaku Pusat Dajal Dunia. Gambar di atas merujuk kepada seorang lelaki yang bernama Thomas Beatie yang telah melahirkan anak perempuan pada Bulan Julai tahun lepas.


Jejaka berumur 35 tahun ini sebenarnya dilahirkan sebagai seorang perempuan bernama Tracy Logondino.

Dia kemudiannya menukar jantinanya kepada lelaki apabila jatuh cinta dengan seorang lagi perempuan bernama Nancy Roberts yang kini beumur 46 tahun.

Isterinya Nancy, terpaksa membuang rahimnya kerana masalah kesihatan 21 tahun yang lalu dan itulah yang membuatkan Thomas untuk cuba mengandung.

Untuk menukar jantinanya, Thomas terpaksa menjalani beberapa prosedure seperti pembedahan jantina, pembinaan semula buah dada, mengambil terapi testosteron serta suntikan hormon.

Tetapi satu perkara uang Thomas tidak lakukan ialah membuang rahimnya yang masih membolehkannya mengandung seperti wanita lain.

“Bagaimana rasanya jika seorang lelaki mengandung? Tidak masuk akal, bukan! Namun hakikatnya, perut saya semakin membesar dan saya yakin saya masih lelaki,” katanya kepada sebuah majalah luar negara pada bulan Mac tahun lalu.

Sebelum mengandung, Thomas berhenti mengambil suntikan testosteron dan hormon untuk mengembalikan kitaran haidnya.

Menurutnya, dia menggunakan sperma dari seorang penderma yang diperolehi daripada bank sperma bagi membolehkannya mengandung.

Meskipun perutnya semakin membesar pada masa itu, Thomas tetap meneruskan kehidupan sebagai lelaki.

“Lapan tahun haid saya terhenti dengan pengambilan suntikan hormon ini. Saya berhenti mengambilnya selama empat bulan untuk kembali normal dan tidak mengambil ubat untuk hamil,” katanya.

Pasangan Thomas dan Nancy yang kini menetap di Pacific North West, Amerika, menyembunyikan rahsia ini selama sepuluh tahun daripada kawan-kawan dan jiran-jiran di tempat tinggal mereka sebelum bersetuju ditemu bual oleh majalah tersebut.

“Memiliki anak adalah impian semua dan kerana itu kami sanggup lakukan apa saja, termasuk menggunakan kaedah biologi bagi memastikan hasrat ini tercapai,” tambahnya lagi.

Penaja : Kesian dengan Thomas. Isterinya tidak mampu melahirkan anak akibat masalah rahim. Kemudian dia mengambil peranan isterinya. Siapa lelaki di Malaysia yang sanggup jadi macam Thomas? Sila angkat tangan.. Hu-hu-hu.. Semua tangan disorokkan di poket ya.

Paktam : Ya Allah, jangan la ada manusia seperti ini di Malaysia. Paktam khuatir struktur sosial masyarakat akan pecah, fungsi sebagai seorang lelaki dan wanita akan berantakan, dan akhirnya apa yang berlaku kepada ummat terdahulu yang Allah timpakan bala akan mengenai Ummat di Malaysia ini.

23 November 2009

Melesetlah ekonomi seteruk mana sekalipun, rakyat Malaysia akan tetap membeli kereta baru..

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (tiga, kanan) diberi penerangan oleh Pengarah Urusan Perodua, Datuk Syed Abdul Hafiz Syed Abu Bakar (kanan) selepas melancarkan kenderaan pelbagai guna (MPV) terbaru Perodua, ALZA, di sini, hari ini. Turut hadir, Pengerusi Perodua Tan Sri Asmat Kamaludin (empat, kiri). MPV terbaru Perodua itu dijangka menjadi pilihan warga Malaysia kerana bentuknya yang menarik dan elegan. Ia dijual dari harga RM56,000 hingga RM70,000 seunit. --fotoBERNAMA

Salam to all. Perodua baru beb. MPV. Saingan terdekat Proton Exora dah keluar. Lagi menarik. Maklumlah, reputasi Perodua dalam bikin kereta lebih baik dari Proton. Kenapa sebegitu ya? Korang kena tanya Tun Mahathir. Dia kan Bapak Permotoran (aku yang bagi gelaran ni).

Korang perasan atau tidak, rakyat Malaysia ni cukup pelik. Lihat ketika MPV Exora dikeluarkan, beribu2 tempahan diterima. Sedangkan ketika itu negara dan dunia mengalami kemelesetan ekonomi yang cukup teruk, lebih teruk dari tahun 1997 akibat dasar kapitalis yang menghidap darah, tapi pelik, dasar kapitalis ini masih di amalkan oleh puak2 yang mengaku berjuang melayu islam di Malaysia. Wei, persidangan G7 yang lepas orang putih kat Europe buat demontrasi supaya mansuhkan sistem kapitalis maa.. Ko orang terus menerus mengamalkan sistem ini buat apa? Kenyangkan kroni? Kayakan anak beranak? Atau miskinkan rakyat yang serba miskin? Aahhh..malas kau nk ulas jauh-jauh, masing-masing ada jawapan kenapa kuasawan bertindak demikian.

Berbalik kepada isu, datanglah segala macam hal di Malaysia, baik banjir, kerusi stadium dibakar, manusia di C4 kan atau pemimpin dituduh dgn tuduhan sodomi, namun jualan kenderaan Malaysia terus ada, bahkan sentiasa meningkat. Eh, nak beli kereta kena buat loan kan? Loan tu akan hutang. Nak bayar semula kepada pihak bank berganda-ganda. Kalau tak bayar, kereta kena tarik. Dah melopong.

Dalam keadaan rakyat Malaysia yang dirundung dengan hutang, cukai yang membebankan, yuran persekolahan anak-anak (walaupun aku takdek anak lagi, belum kawin bai), peningkatan harga petrol (walaupun Malaysia negara pengeluar minyak), kenaikan harga barang, hantaran perkahwinan yang tinggi (ha, sebab ni la aku tak kawin lg..wakakaka) dan seribu macam kekusutan, Rakyat Malaysia masih mampu untuk memiliki kenderaan sebegini. Tambah2, yang baru dilancarkan seperti Perodua MPV Alza ini (nama pun dah macam nama pompuan, strategi lawan Exora la tu, Exora nama bunga, walaupun pihak-pihak yang kurang cerdik di dalam Syarikat proton menafikan, alah, taknak bagi orang menang peraduan la tu).

Perasan atau tidak teman-teman? Betul kan situasi ini. Sampai bila ia akan berulang? Entah la. Aku pun takdek idea.

Penaja : Cantik juga MPV Perodua baru, lagi cantik dari Proton Exora la. kiki..

Paktam : Paktam kalau tak fikirkan kawin, Paktam beli MPV Perodua ni. Tapi apakan daya, tuntutan untuk kawin lebih bernafsu dari membeli sebuah kereta. Yang dah ada cukup la..Hahahaha..

22 November 2009

Nasrudin Tantawi bawa imej The Rock?

Ihsan Dari blog : Hasbullah Pit

Ini The Rock


Ini Nasrudin Hassan Tantawi



Daripada Perspekstif lain




Ini The Rock



Ini Nasrudin


Tapi ini bukan The Rock.

Komen aku :

Hahahahaha...Mantap Ustaz Din aku ni.. If u smelllllllalalalalalauuuuuuu..What the rock, is cookin.... Ore mudo geng kito ustaz.. ^_^

Komen Paktam :

Oooo..Ni picture program mukhayyam Pemuda Pas Pusat kan. Macam meriah je..Tahniah barisan kepimpinan Pemuda PAS!! Kami bersamamu..:))

Credit to Hasbullah Pit. Sory, copy tanpa kebenaran.

21 November 2009

Awas Wahai Insan Yang Merubah Ciptaan Allah!

أَوَلَمْ يَتَفَكَّرُوا فِي أَنفُسِهِمْ مَا خَلَقَ اللَّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا إِلَّا بِالْحَقِّ وَأَجَلٍ مُّسَمًّى وَإِنَّ كَثِيراً مِّنَ النَّاسِ بِلِقَاء رَبِّهِمْ لَكَافِرُونَ

"Dan mengapa mereka tidak memikirkan tentang (kejadian) diri mereka? Allah tidak menjadikan langit dan bumi dan apa yang ada diantara keduanya melainkan dengan (tujuan) yang benar dan waktu yang ditentukan. Dan sesungguhnya kebanyakan di antara manusia benar-benar ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya." (Ar Ruum :08)

Salam to all. Sengaja aku memulai mukadimah entri kali ini dengan memetik kalamullah dari surah Ar Ruum ayat 8. Hei manusia, mu tahu dok yang mu ni mahkluk Allah yang paling baik kejadiannya? Baik ciptaan luaran mahupun apa yang ada di dalam badanmu menggambar kesempurnaan ciptaan Allah yang Maha Esa. Habis tu, kenapa kamu begitu beria-ia mengubah apa yang Allah dah beri pada kamu? Engkar dengan Allah? Nak tunjuk jaguh? Nak jadi cantik? Adakah apa yang Allah kurniakan kepada kamu tidak cukup cantik? Adakah kamu yang berbangsa Melayu yang telah dikurniakan rambut bewarna hitam menukarnya kepada warna lain? Kamu mengikut artis? Kamu mengikut trend? Kamu mengikut perilaku rakan-rakan? Atau kamu berniat mencabar kekuasaan Allah?

Adakah kamu berkerja di salon atau kamu belajar kursus salon rambut menyebabkan kamu menukar warna rambut? Jika ya, kamu perlu membaca kisah ini :

Pelajar jadi mangsa pewarna rambut

LONDON: Wajah seorang pelajar berubah seperti makhluk asing akibat alahan terhadap pewarna rambut yang digunanya.

Abigail Colbourne, 15, mewarnakan rambut coklatnya kepada warna lebih gelap tapi tidak melakukan ujian seperti yang dinasihatkan.

“Mata saya kini rapat, umpama digam dan kepala pula membengkak. Pengalaman ini menakutkan,” kata Abigail yang menetap di Sydenham, selatan London. - Agensi

.......................................

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya" - At Tin (4)

Pesanan Penaja : Jati diri sebagai seorang muslim perlu di jaga wahai teman-temanku. Tak salah melakukan sesuatu untuk cantik kerana Allah itu cantik dan sukakan kecantikan, cuma jangan melampaui batas, melanggar norma-norma penciptaan dan mengubah ciptaan Allah. Buat temanku dari golongan hawa, fikir-fikirkanlah. Aku tidak berbicara mengenai hukum mewarnakan rambut, aku hanya ambil asas dari apa yang Allah sebut di dalam Al-Quran. Penciptaan kita sudah lengkap. Sebaik-baik kejadian. Buat teman-temanku dari golongan Adam, insaflah diri, perbaiki diri, muhasabah diri. Jangan kita berperilaku sama dengan golongan musyrik.

Ingat, ini semua kaedah-kaedah yang dijelmakan oleh musuh-musuh Islam (freemason) bagi melemahkan ummat Islam hingga mereka menguasai keseluruhan dunia sementara menantikan Bapak Dajjal tiba. Nauzubillah..

Pesanan Paktam : Paktam suka yang lelaki pakai kopiah, yang perempuan pakai tudung.. :)))

20 November 2009

Alpha One, BIOS 9000 dan Kisah Roh!

Salam to all. Sementara menanti masuknya waktu isyak, jari jemari ini terasa ringan untuk menaip sesuatu yang bermanafaat untuk anda semua. Oh, nikmat sungguh menaip ketika idea melekat di kepala.

Siapa yang pernah ke Alpha One? Syarikat yang menyediakan rawatan terapi menggunakan elektrik. Dengan menggunakan BIOS 9000, pusat rawatan elektrik Alpha One ini beroperasi di seluruh cawangan di Malaysia. Untuk maklumat berkaitan dengan Alpha One dan mesin BIOS 9000, sila klik [di sini].

Apa yang menarik berkaitan Alpha One ini adalah mereka menyediakan rawatan percuma kepada mana-mana pelanggan yang mendaftar. Jangan khuatir, untuk mendaftar tidak memerlukan sebarang ongkos, serahkan IC di kaunter, kemudian akan diberi sekeping kad berlipat berisi tarikh. Apa gunanya tarikh di kad ini? Untuk menanda dan menyemak sejauh mana kekerapan anda menjalani rawatan terapi.

Alhamdulillah, semalam hari ke4 aku menjalani rawatan. Tapi tidak konsisten. Berselang-selang. Biasalah, kena tunggu habis waktu pejabat. Mari kita bercerita kaedah rawatan yang digunakan. Begini, setiap sesi akan berlangsung selama 20 minit. Bagi setiap sesi, seramai 80 orang akan ditempatkan di dalam bilik rawatan. Selalunya aku dapat sesi yang terakhir. 630 petang. Ok la tu.

Masuk dalam bilik rawatan, hanya duduk sahaja. Kerusi di susun. Pilih mana-mana kerusi yang berkenan di hati. Sebelum punggung mengenai kerusi, ia di alaskan dengan suatu pelapik yang disambungkan dengan BIOS 9000. Wajib beralas kaki, samada berkasut atau berselipar. Khuatir renjatan elektrik bertindak lebih dari kebiasaan. Telefon bimbit awas, keluarkan awal-awal, juga khuatir ada kesan sampingan jika berada di dalam kocek seluar. Kaki dijulurkan ke bawah. Di bawah kaki diletakkan pelapik, juga kabelnya disambungkan ke BIOS 9000.

Getaran akan di alami ketika ini. Terasa kaki bergegar. Terus melalui saraf darah seluruh badan. Awalnya, kita terpana-pana kehairanan, benarkah aliran elektrik sedang melalui salur darah kita? Bagi membuktikannya, jari kita perlu disentuh dgn jari rakan sebelah. Ketika itu, barulah kita akan merasai tenaga elektrik yang sedang 'berjalan-jalan' di dalam saluran darah. Menarik bukan? :)

Apa keistimewaan dari Rawatan Terapi Elektrik ini?

Jom aku terangkan. Begini, kita memiliki jantung. Sejak dari lahir, jantung ini tidak pernah berhenti. Sentiasa mengepam darah dan sentiasa berdenyut. 24 jam tanpa henti! Sedar atau tidak, jika jantung tidak beroperasi dengan baik, penyakit yang lain akan menyusul. Mengapa? Kerana jantung merupakan Processor di dalam badan manusia sepertimana processor di dalam komputer.

Dari laman web Alpha One : "Antara penyakit-penyakit yang boleh dirawat melalui kaedah ini ialah Diabetis, Insomnia, Gout, Angin Ahmar, Rheumatism, Artiritis, Lemah Jantung, masalah buah pinggang, Resdung, Kolestrol Tinggi, Lemah Tenaga batin, gangguan kitaran haid, Asma dan masalah hati (zahir sahaja, bukan batin).

Oleh kerana kaedah rawatan Terapi Medan Elektrik ini adalah selamat untuk pelbagai peringkat umur, para pesakit yang telah merasainya pasti akan kembali semula apabila mendapati rawatan ini berjaya mengurangkan penderitaan yang dialami.

Para pelawat yang hadir juga akan diberikan pelbagai penerangan oleh pekerja Alpha One mengenai cara-cara untuk menjaga kesihatan semasa menjalani terapi. Rekod-rekod kesihatan mereka juga akan disimpan untuk memantau perkembangan kesihatan mereka setelah menjalani kaedah rawatan ini."

Kisah roh - 19/11/09

Semasa menjalani rawatan, aku mengamati butir-butir bicara antara seorang pakcik tua yang telah menjalani rawatan bypass/pemindahan pintasan dengan staf Alpha One.

"2 tahun lepas pakcik dah kena bedah." jelas pakcik sambil membuka butang t-shirt bajunya bagi menunjukkan kesan parut di dada, bukti yang beliau telah dibedah dan menjalani bypass operation.

"Masa pembedahan, pakcik tengok tak bila jantung pakcik dikeluarkan?" soal staf Alpha One.

Sambil tersenyum, pakcik menjawab "Pakcik lupa la.". Aku hanya terseyum mendengar perbualan mereka. Yang lain juga begitu. Lucu. Ketika bibir mengukirkan senyuman, fikiran laju berfikir. Jantung dikeluarkan untuk dicuci? Bagaimana ya? Bagaimana darah ingin dipam? Kenapa nyawa masih di badan? Roh? Allah, berat juga itu.

Adakah roh itu terletak di jantung yang sebesar genggaman tangan kanan? Roh itu ada di mana ya? Jika mengikut logik akal, apabila jantung berhenti beroperasi, wajib akan mati. Darah berhenti mengalir. Harus bagaimana? Kenapa masih bernyawa? Di mana roh itu berada?

- Di jantung?
- Di paru-paru?
- Di hati?
- Di limpa?
- Di otak?

Ada sebarang idea? Rujuk firman Allah di dalam Al-Quran :

Fakta : terdapat 10 kalimat roh di dalam al-quran.

Mereka bertanya kamu mengenai Roh. Katakanlah, "Roh adalah daripada perintah Pemeliharaku. Kamu tidak diberi pengetahuannya melainkan sedikit." - Al-Isra' (85)

Ya Allah, cukup indah ciptaanMu. HambaMu ini cukup lemah. Ini ilmu yang berharga. Ya, cukup sedikit ilmu manusia perihal roh. Semua adalah urusan Allah.

"Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana"

Pesanan Penaja : Jika mengalami kekusutan di dalam kehidupan, baik kekusutan jiwa, kekusutan dalam mengerjakan amalan, kekusutan politik, kekusutan ekonomi, kekusutan berbahas dalam ilmu feqah, kekusutan sang kuasawan dalam pemerintahan serta segala-gala kekusutan, kembalilah semula kepada Al-Quranul Karim dan Hadith Nabi SAW. Allahuakhbar!!!



19 November 2009

Gadaffi berdakwah kepada 200 orang wanita Itali? Hebat!

Salam semua. My facebook profile menerima satu kiriman video dari sahabat. Apa tajuk video tersebut? Ini tajuknya : "Gaddaffi Berdakwah Kepada 200 Wanita Itali". Ya, 200 orang. Harus di ingat, wanita ini bukannya beragama Islam. Majoriti beragama Kristian. Maklumlah, Itali dan pusat Kristian Katolik terbesar, Vatican City bersebelahan.

Apa sebenarnya yang berlaku ketika beliau berdakwah? Dan lebih tepat lagi bagaimana beliau mampu mengumpulkan 200 orang wanita tersebut. Ikuti kisah ini [di sini]. Sekadar mengambil bait-bait kisah dari sumber :

Pada hari Sabtu lalu dua-ratus wanita yang suka pesta, diundang untuk hadir dalam acara mewah yang berlansung di Rom. Tentunya wanita-wanita muda belia itu menduga akan ada acara makanan ringan dengan ragam minuman. Ternyata tidak begitu, para wanita cantik itu dianjurkan untuk masuk Islam. Proses pemilihan itu cukup ketat.

Gadis-gadis itu syaratnya harus cantik, berusia antara 18 sampai 35 tahun dan setidaknya memiliki tinggi badan 170cm. Peraturan pakaian mereka pun sangat ketat, yang dadanya terbuka jauh ke bawah dan miniskirt, pasti tidak akan boleh ikut serta. Kedua-ratus wanita muda itu datang bersama. Mereka dibawa dengan sejumlah bas ke kawasan perumahan mewah di ibukota Itali. Semua yang datang melaui kamera keselamatan yang dipantau di layar monitor di ruang menyambut tetamu. Setelah itu para perempuan itu dibiarkan menunggu. Sebahagian mereka mengeluh, kerana tidak melihat sebarang air minum yang disediakan.

Yang misteri adalah siapa gerangan yang melaksanakan pesta, satu jam kemudian, jatidiri tuan rumah mereka akhirnya terungkap, yaitu pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, yang terbang ke Rom untuk menghadiri sidang kemuncak makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Rom.

Gaddafi kemudian menyampaikan ceramah tentang Islam. berusaha keras meyakinkan para tamunya bahawa Islam tidak meremehkan kaum wanita seperti disangkakan banyak orang.

Ia kemudian mengajurkan agar mereka menjadi Muslimah. Sekitar dua jam berikutnya, para wanita tersebut pergi sambil memendam rasa hairan.

Namun, mereka masing-masing dihadiahkan 50 euro (RM302) dan senaskah al-Qur'an.


Nah, menarik bukan kisahnya. Apa signifikan dari dakwah sebegini? Hayati hadith ini :

"Sesiapa yang menyeru kepada petunjuk, maka ia mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengikutinya tanpa mengurangi pahala mereka sedikit pun" - Riwayat Muslim

Cukup cantik hadith dari Nabi SAW ini. Serulah mereka dengan kalimah tauhid. Serulah mereka dengan kebenaran Islam. Dan serulah mereka akan Allah Yang Esa serta mengakui kerasulan Muhammad.

Siapa Gadaffi?

Dari wikipedia : Kolonel Muammar Abu Minyar al-Gaddafi (Bahasa Arab : معمر القذافي , Mu'ammar al-Qaddāfī) telah dilahirkan pada 1942 merupakan telah Presiden Libya semenjak 1969. Gaddafi menjadi pengasas Republik Sosialis Arab Libya atau Jamahiriah Arab Libya.

Lahir dalam keluarga petani di sebuah padang pasir Sirte. Sejak kecil lagi menerima pendidikan agama rendah tradisional. Beliau dan rakan-rakan kemudiannya menjadi kumpulan teras revolusi dan merampas kempimpinan Libya. Belajar ilmu undang-undang di Universiti Libya dan mendapat keputusan yang cemerlang. Di kampus, beliau bersama sekumpulan yang lain membentuk 1 kumpulan militan secara rahsia untuk membuang pemimpin Libya yang pro-Barat.

Belajar ilmu ketenteraan di Britain. Kemudian berkhidmat sebagai pegawai komunikasi di Signal Corpe. 1 September 1969 - melakukan rampasan kuasa terhadap Raja Idris 1. Setelah menguasai Libya, corak pemrintahan mirip semangat kebangsaan Arab , nasionalisme dan sosialisme berteraskan Islam. Menggelar Libya dengan jolokan "Sosialisme Islam". Secara keseluruhan, dasar Islamisasi beliau menjurus kepada semangat sosialisme.

So, apa pengajaran dari kisah Gadaffi ini?

Mudah sahaja, gunakanlah apa jua method atau cara yang paling efektif dalam menyampaikan ajaran Islam. Jika ada kelebihan dalam berbicara, maka gunakanlah ia. Jika ada kelebihan di bidang IT, maka manfaatkanlah sepenuhnya untuk Islam. Siru'ala barakatillah. Baik berdakwah kepada bukan Islam, mahupun berdakwah kepada mereka yang semakin jauh dengan Islam. Tugas ini relevan sepanjang zaman. Persoalan berkaitan akidah akan wujud hingga kiamat.

Jangan biarkan zaman ini terus dibelenggui dengan ZAMAN EDAN!





Kisah Rokok

Makan pagi, makan tengahari, makan malam. Hurmmm...mungkin makan lewat malam. Lapar itu penyakit, makan itu ubat. Apabila sakit, pada ketika itu ubat akan dicari. Begitu juga makan. Apabila lapar, ketika itu juga makanan akan dicari.

Kita lupakan perihal lapar, makan, sakit dan ubat. Mari kita bercerita kisah selepas dari makan. Seringkali berlaku kepada mana-mana perokok tegar (dengan izin), bagi memastikan proses 'pencernaan' berlaku dengan baik sesudah makan, pasti rokok akan dihisap. Hurmm.. kenapa ya? Mungkin melegakan ruang tekak, tempat di mana makanan dan minuman melalui untuk sampai ke perut.

Baiklah, kita lupakan pula perihal merokok sejurus habis makan. Mari kita perhatikan pula gelagat mereka sewaktu merokok. Sambil berbual isu-isu semasa, sedar tak sedar mata si perokok akan mencari sasaran untuk dibuang habuk di hujung rokok yang telah dihisap (mungkin ada istilah yang lain..hurmm..barangkali). Yes, ashtray telah disediakan oleh pihak kedai makan. Mantop! barulah win-win situation.

Namun ashtray ini lain pula wajahnya. Bagaimana? Lihat gambar di bawah :

Aduh, bagaimana ini. Ashtray disediakan, mengapa pula diletakkan logo No Smoking! Ayamor betul la. Mungkin ianya hiasan atau perli si peniaga kedai kepada perokok tegar. Hurmm.. Jangan risau, perokok yang tegar ada caranya. Ruang kedai kan besar. Biarkan saja habuk itu jatuh ke lantai. Kan selesai masalah.

Ops, puntung rokok ke mana perlu di buang? Lagi mudah. Bumi Allah ini luas. Campak sahaja ke mana yang dirasakan perlu. Mudah bukan! Sesiapa yang merokok bisa melakukannya. Selamat mencuba! ^_^

Pesanan penaja : Realiti perokok di Malaysia. Anda mampu mengubahnya!

Pemimpin di Zaman Edan

Malaysiaku yang tercinta. Tika ini dikau memiliki cukup ramai pemimpin-pemimpin utama. Baik mantan, yang masih berkuasa, yang dijatuhkan secara aib, baik yang bakal menguasainya. Dari pemimpin inilah masyarakat menjadi semakin keliru, semakin berminat, semakin hairan, semakin mengundang persepsi, semakin tidak percaya. Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Muhyiddin Yasin. Kamu nampak produk keluaran UMNO ini? Masing-masing pernah berada dan sedang berada di takhta no 1 negara serta no 2 negara.

Pengaruh mereka cukup besar dikalangan rakyat jelata. Ucapan mereka di dengar walaupun sebahagian besar dari mereka beretorik semata-mata. Konsep itu, konsep ini, dasar itu, dasar ini. Semuanya hanya kata-kata indah tanpa pelaksanaan yang jitu. Kami berkuasa. Kami memegang tampuk kuasa. Kami pemimpin negara. Kami lah segala-galanya.

Berbalik kepada gambar. DSAI dan DSN. Hairan. Bagaimana gambar ini bisa dijadikan tajuk utama akhbar-akhbar tempatan, semalam? Juga disiarkan di banyak laman blog dan juga di laman sosial facebook. Sejak bila insan yang bernama Anwar Ibrahim ini menjadi 'halal' wajahnya di dada-dada akhbar utama negara? Bukankah pemimpin dari parti pembangkang 'haram' dijadikan tajuk cerita utama? Jika ada, wajib disebaliknya tersirat suatu agenda yang tersirat. Dasar akhbar murahan, bisa melacurkan diri dari melakukan etika kewartawanan yang benar.

So, what's the point behind this picture? Ingin mencipta persepsi baru hubungan DS Najib dan DS Anwar? Cuba menunjukkan yang mereka telah berbaik-baik? Atau mereka tidak mempunyai apa-apa niat melainkan sembang kosong sesama rakan lama di dalam UMNO? Bukankah DS Anwar dan DS Najib bersama-sama di dalam Pemuda UMNO suatu ketika dahulu? Bukankah DS Najib menimba pengalaman dari ketokohan DS Anwar pada ketika itu? Jika tidak banyak, sedikit cuma yang ditimba.

Kita cuba fokus pada gambar ini. Apakata tempat DS Anwar di isi oleh DS Abdul Hadi Awang. Atau boleh saja Ustaz Nasharudin. Apa persepsi yang akan timbul? Ya, isu KERAjaan perpaduan. Isu lapuk yang diolah sentiasa menjadi baru walaupun di pihak PAS cuba menutupnya sebaik mungkin. Perasan atau tidak, jika kedua-dua pimpinan utama PAS ini berada di dalam gambar menggantikan DS Anwar, wajib dan pasti kisah yang akan diwar-warkan adalah PAS dan UMNO bersatu kemabali untuk Kerajaan Perpaduan. Akhbar akan melacurkan diri sekali lagi menjaja kisah disebalik gambar. Maka haru-birulah PAS. Tidak cukup goncangan di Kelantan, maka bergoncanglah PAS sekali lagi di seluruh pelosok tanah air. Blogger yang cukup anti TGHH dan Ustaz Nasha pasti akan menjadikan gambar itu sebagai watak utama.

Cis, dasar pemutar belit cerita! Haramjadah!

Mungkin ada hikmahnya Allah memanjangkan umur pemimpin-pemimpin ini. Masing-masing berumur panjang. Semakin panjang umur mereka, semakin mereka melihat kerosakan yang telah dilakukan oleh tangan mereka sewaktu berkuasa. Maka, apa pilihan yang mereka ada? Allah mahu mereka mengubah dengan tangan mereka juga apa yang telah mereka rosakkan selama ini.

Ayuh, pemimpin utama negara! Ubahlah majoriti masyarakat yang rosak ini! Pimpinlah kami menuju ke arah yang Allah redhai.

Jika kamu semakin berpaling dan terus berpaling, tunggulah saat kejatuhan kamu! Tiada yang kekal melainkan kerajaan Allah. Allah Maha Berkuasa. Jangan biarkan zaman edan ini berterusan dinodai oleh tangan-tangan kamu!!!!

Zaman Gila

"Hei, kita kan berjiran. Ya, aku tahu hidup berjiran perlu bertolak ansur. Saling tolong menolong. Tapi takkan la kamu tergamak lakukan perkara ini?" jiran A berkata.

"Ala, sebab bertolak ansur la saya bertindak begini. Bukan apa, di sini cuacanya panas. Cahaya matahari terus menerjah ke permukaannya. Kalau tak kerin
g nanti susah. Pakai pun pun boleh jadi gatal-gatal. Silap hari bulan, boleh kena panau," kata jiran B

"Ya, saya faham. Tapi takkan la di sini kamu sidaikan seluar dalam kamu. Mencacatkan pemandangan. Boleh sesak nafas dbuatnya. Alihkanlah, saya merayu," jiran A melembutkan kata-katanya,

"Baiklah, saya alihkan. Tapi tunggu kering dulu ya." jiran B mejawab sambil tersenyum.

Sambil muka kemerahan menahan marah, jiran A merungut
di dalam hati. Hanya ada 1 perkataan : "BINAWE!"

Pesanan penaja : HORMATI JIRAN ANDA!


Rindu dengan rumah lama..

Salam to all. Rindu~~
Satu ungkapan yang mengundang pelbagai tafsiran. Mengapa aku meninggalkan blog ya, sedangkan sesiapa sahaja bisa access laman blogku ini? Terpina-pina kehairanan tidak bisa mengubah apa yang pelah berlaku.

"Fairuz, facebook2 juga, blog jangan lupa. Tak kisah la dah bersawang ke, dah dihuni oleh jin ke, yang penting ada blog yang pro PAS"

"Fairuz, blog bila nak update. Kesian mereka yang sentiasa mengikuti blog mu sebelum ini. Pasti tertanya-tanya kemana kamu menghilang"

"O, encik al-jengkari. Tolong la masukkan posting baru. Kan kamu suka menulis. Sekarang asyik di muka buku sahaja"

Baiklah tuan2 sekalian, ini jawapanku :

"Ye la, aku aktifkan semula k. Setiap hari akan ku update. Setiap hari, aku akan masukkan entri terbaru. Insyaallah. Pesanku padamu, sampaikanlah bicaraku berkaitan blogku ini kepada rakan-rakan yang lain.

O ya, dahulu nama blog ini Youth Moving Forward, kini ku tukar kepada Zaman Edan - Hitam Putih Kehidupan. Support aku ya. Bantu aku untuk mencari idea. Yes!!!



Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 Hitam Putih Kehidupan. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan