16 July 2009

Sah! Akhil & Maizawati Bercerai!

IPOH: “Inilah hakikatnya. Ana (saya) harap (mana-mana pihak) jangan mensensasikannya lagi. Yang dah selesai, selesai.

“Ana doakan yang terbaik untuk masa akan datang. Yang terbaik untuk keputusan hari ini, itulah (perceraian),” kata penyanyi, pengacara dan penceramah bebas, Akhil Hayy.

Akhil atau nama sebenarnya Akhil Abdul Hai, 40, meminta semua pihak tidak lagi memperkatakan mengenai hal peribadinya selepas krisis rumah tangganya berakhir semalam sebaik dia menceraikan isterinya, Maizawati Zainal, 33, dengan talak satu di depan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Ipoh, Mohd Ridzuan Mohd Yusof.

Mengulas keputusan perceraiannya, bekas vokalis kumpulan rock D’Riyadh terbabit secara berseloroh menjawab: “Itu (kemenangan Pas) adalah keputusan pilihan raya kecil (Manek Urai) semalam (kelmarin). Hari ini (semalam) keputusan pilihan saya.

Sumber : Harian Metro

Komentar :

Aku sedih beb! Talak 1 ke, talak 3 ke, yang pasti mereka dah bercerai. Bagi aku, dalam kes ni, Akhil salah, Maizawati juga salah. Dah bercerai, anak2 masalah la. Ayah ustaz, ada rancangan dakwah sendiri, ceramah sini sana, tapi bercerai. Takpelah, ini taqdir yg tidak dapat dielakkan.

Inilah gara2 mengejar populariti dunia yang tiada kesudahan. Sudah bagus sebelum ini berceramah terutama di atas pentas PAS, namun dunia glamor menenggelamkan segalanya. Apa yang dicari sebenarnya? Hanya Akhil yang tahu.

Maizawati juga begitu. Memang suami 3 bulan tidak balik. Apa yang bodoh sangat pergi dedah di media massa? Keluar rumah tanpa pengetahuan suami berdosa besar tau. Dalam tv memang la seronok dedah itu, dedah ini, tapi yang masalahnya itu rumahtangga kamu. Apa salahnya cari orang tengah untuk selesaikan. Aib suami di buka untk halwa telinga dan penglihatan semua rakyat Malaysia.

Dalam tv memang sedap beb nak kata itu ini, tapi betul ke itu kisah sebenar? Kamu je yang tahu Maiza.

Waheeda? Pe cerr Waheeda sekarang ni. Suka ke? Marah ke? Geram ke? Atau yang lain-lain. Akhil duda beb. Kalau betul kamu dah kahwin dengan Akhil sebelum ni, tak la duda si Akhil. Tapi yang pasti Maiza dah jadi janda. 2 kali janda. Dengan suami yang pertama, dan juga dengan suami yang kedua (Akhil).

Kalau lah dalam tempoh Iddah Akhil tak rujuk, confirm yang teramat sangat berbaris lelaki duda atau yang masih teruna nak meminang janda anak 6 ni selepas habis Iddah. Cantik lagi tu, boleh jadi ikon muslimah. : )

Tapi jika mereka rujuk semula, Alhamdulillah la. Apa2pun, aku mendoakan agar mereka kembali bersatu.

6 komentar:

cucu tok senik said...

lelaki ni pelik kan. isteri pny cantik dpn mata msh nk cari lain lagi.

Akhi Fairuz Al-Jengkari said...

dah nama pun lelaki..maiza cantik pd pndgn kita, pada akhil? wallahuallam..pd pandangan saya, maiza cantik..tunggu pinanganku maiza..haha..

Anonymous said...

tulah akhil kalo yang hak bencampur batil.

pendakwah tak kejar popular bro.
mngkin akhil pengkawah kot bkn pendak wah.hehehe

jgn mara

Akhi Fairuz Al-Jengkari said...

akhil hayy tak sedar lagi.
cuba lihat dan baca statement dia di akhbar. wartawan bertanya kenapa tdk berceramah kini, dia menjawab ini jalan yg dia pilih. ikut kamu la akhil.. x dapat den nolong..

Anonymous said...

biase lah tu akhi..die sudah dapat syok dunia..wahida maaa..haha lagi syok dr berjemaah kte hati akhil lah

astagfirullah

Akhi Fairuz Al-Jengkari said...

astaghfirullah..
jgn kata gitu syeikh, kembali juga dia kepada jemaah 1 masa nnt. dah lama tak dgr nasihat tok guru sampai jadi gitu. kesian, cafe akhil hayy pun dah stop..

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 Hitam Putih Kehidupan. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan