Powered By Blogger

27 July 2009

Media KERAjaan kembali membuat onar isu Kerajaan Perpaduan!

Apa masalah Umno ni. Lain dikata, lain dilapor, lain pula yang di ulas. Orang bercerita berkaitan hubungan Kerajaan Negeri Kelantan dan KERAjaan Persekutuan, dia bercerita kerjasama Umno dan PAS. Apa ke sengalnya?

"Yang dok bercakap pasal parti adalah Mustafa Mohamed," kata Nik Aziz.

"Umno ni dah jadi macam cerita Laila & Majnun," kata Tok Guru yang mengibaratkan kejadian ini menunjukkan sikap 'desperado' Umno yang gilakan PAS.

"Saya bercakap pasal kerjasama antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri seperti semangat federalisme bukan pasal antara parti," sambungnya.

"Saya cabar media massa supaya membuktikan dengan rakaman video atau audio yang saya menyebut soal perpaduan dan menghulur salam perpaduan dengan Umno," ulas beliau.

So, what's the point? Apa masalah Umno ni? Nak kucar-kacirkan Pakatan Rakyat sekali lagi? Media massa sama seperti parasit yang lebih merbahaya dari Virus Influenza A H1N1. Lain di dengar, lain dilapor.

Apa komen Dato Hishamudin Hussein :
"Saya pun bingung. Sekejap hendak damai, sekejap tidak mahu"

Berdamai pe benda? Nak bingungkan apa? Atas semangat PERSEKUTUAN tidak dapat tidak hubungan kerajaan negeri dan persekutuan perlu diwujudkan untuk kepentingan rakyat. Tak kan Hishamuddin tak faham konsep ini.

Atau Hishamuddin faham PERSEKUTUAN ni macam konsep UMNO Bahagian dengan UMNO cawangan. Kalau Ketua Bahagian tak satu team dengan Ketua Cawangan maka segala projek UMNO bahagian tak turun ke Cawangan itu. Itulah konsep yang telah menjahanamkan UMNO selama ni.

Cukup-cukuplah tu Pak Menteri UMNO. Baiki parti kamu dulu dari najis rasuah. Ubah sebelum rebah!

25 July 2009

Hari-hari baca, tapi masih tak jelas maksudnya..

Doa Iftitah. Dibaca sebelum Surah Al-Fatihah dalam rakaat yang pertama. Kadang-kadang tak baca, nak cepat la katakan. Cuma dalam entri ini aku ingin berkongsi maksud dalam setiap bait-bait doa iftitah. Semoga kita semua ingat dan bertambah khusyuk di dalam solat. Ameen.

"Segala Kebesaran dan Kepujian adalah untuk Allah sebanyak-banyaknya. Maha Suci Allah setiap pagi dan petang. Aku menghadapkan mukaku kepada (Tuhan) yang menjadikan langit dan bumi, dengan keadaan tunduk menyerah diri dan bukannya aku termasuk dalam golongan orang musyrik.

Sesungguhnya Solatku, Ibadatku, Hidupku dan Matiku hanya untuk Allah, Tuhan Semesta Alam. Tiada Sekutu Baginya kerana itu aku rela diperintah dan aku ini adalah termasuk golongan orang Islam."

Sekadar Berkongsi Gambar.

TGNA bersalaman dengan Dato Mustafa Mohamad. Gambar ini digazetkan semasa perasmian Kelantan Fiesta 2009. Namun seperti ada sesuatu yang tak kena dalam gambar di atas. Apa dia ya? Teka la.

24 July 2009

Hantu, Hantu & Hantu! Ha-Ha-Ha..

Ini adalah salah satu karangan pelajar sekolah zaman cyber + zaman cerita hantu khurafat yang semakin berleluasa sekarang. Produser pula semakin berlumba-lumba buat siri tv dan wayang gambar cerita merapu karut marut yang kononnya seram dan nak beri pengajaran dan entah apa-apa lagi la...

Mufti pula diam seribu bahasa, dulu kecoh-kecoh orang ramai bising..senyap sekejap. Tapi sekarang berleluasa kembali....Hantu ada di mana-mana, di merata-rata tempat. Macam-maam ada, yang ganas, yang brutal, yang kecil yang besar, yang terbang. Pendek kata, Macam-macam ada (iklan astro) :)

Jadi, bacalah karangan ni, jangan gelak sorang-sorang.. Ajaklah kawan-kawan yang lain sama-sama gelak dengan anda. Malaysia Boleh..1 Malaysia beb! :))

from : www.sekijang.com

Rupa-rupanya Non Muslim itu lebih faham Hukum Hudud berbanding 'Muslim Umno'

Alhamdulillah, kisah berkaitan Kartika Seri Dewi Shukarnor aku kongsikan bersama rakan-rakan di facebook. Mulanya tiada sesiapa yang ingin memberi komen berkaitan isu yang aku bangkitkan. Puas ku tunggu, langsung tiada perkongsian ilmiah dari sahabat-sahabat facebook berkaitan isu Kartika ini. Akhirnya, ada satu respon, satu respon dan seterusnya. Ayuh kita menelurusi pengetahuan berkaitan hudud antara SEORANG NON MUSLIM dan 'MUSLIM UMNO' :

Akhi Fairuz Al-Jengkari
Akhi Fairuz Al-Jengkari : Tegakkanlah hudud untuk ummat Islam di Malaysia wahai pemerintah!! Jadikan kisah Kartika Sari Dewi Shukarnor ini sebagai titik tolak tertegakknya syariat Islam di Malaysia!!

Felicia Ling
Felicia Ling
: Maaf kerana saya tidak setuju dengan pendapat saudara Akhi Fairuz. Saya seorang bukan Islam, mungkin tidak boleh bergelar yang arif dengan latar belakang pembelajaran Tamadun Islam dan Undang2 Syariah serta berguru dengan seorang bekas Hakim Mahkamah Tinggi yang beragama Islam. Tapi saya berpendapat langkah pertama, tanggungjawab untuk mengajar isteri terletak di tangan suami. Suami juga harus dipertanggungjawabkan dalam hal ini kerana tidak mendidik isteri secara betul menurut Akidah. Kedua, agama Islam mementingkan pendidikan, keinsafan dan peluang untuk bertaubat.

Sekiranya wanita itu diberi peluang untuk bertaubat dan dikehendaki untuk menghadiri pendidikan Agama bersama suaminya dan diingatkan padahnya alkohol, maka ianya akan lebih membawa keinsafan di kalangan mereka.

Atas sebab gender, setiap wanita adalah saudara saya tidak kira agama dan warna kulit, saya akan berpegang teguh kepada prinsip ini..

Kalau sebatan boleh selesai masalah, rogol dah lama lupus di bumi ini.

Kapak Siam
Kapak Siam : sdri felicia, apa jua kesalahan jenayah dgn menggunakan apa hukum sekali pun tidak dapat menghapuskan jenayah tetapi hukuman yg setimpal dgn kesalahan yg dilakukan hanya boleh menggurangkannya...sbg umat Islam kita wajib mematuhi apa jua yang disuruh oleh Allah melalui Alquran..didalam kes ini hukuman yg diterima oleh bekas model ini bukannya dijatuhkan dibawah hukum hudud tetapi undang2 syariah buatan manusia yg pasti ada cacat celanya...sekiranya beliau meminum arak bersama sama dgn suami maka suaminya juga harus dipersalahkan..sekiranya bertaubat boleh melunaskan hukuman kesalahan jenayah saya fikir ini sudah lari dari roh undang2 itu sendiri...pada pandangan sdri felicia apakah jenis hukuman yg boleh melupuskan kesalahan jenayah rogol dimuka bumi ini?..cool..

Nurulashikin Bt Mohamed Raslan
Nurulashikin Bt Mohamed Raslan : saya setuju ngan felicia....mcm ni la....cuba saudara akhi beri 10 perkara yang boleh menyelesaikan masalah sekiranya hukum huddud ini dilaksanakan di abad yang ke-21 ini.....saya nak tau juga......

Jalak Lenteng
Jalak Lenteng : saudari Ling : sebatan di penjara tu tak cukup bilangannya dgn undang2 hukum islam. Kalau di mekah,... penjaja hanya meninggalkan barang begitu saja utk pergi sembahyng di masjid,...takde org curi pun. Kalau berzinar saja sebatannya 100 kali...kalu kat penjara berapa saje....? ;)))

Kapak Siam
Kapak Siam : sdri Nurlashikin, apakah ini bererti sdri mencurigai akan arahan Allah swt supaya mewajibkan hukuman hudud dilaksanakan serta kemampuannya mengatasi kes2 jenayah?....cool...

Akhi Fairuz Al-Jengkari
Akhi Fairuz Al-Jengkari : 1. Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.(Hujraat,1)

Akhi Fairuz Al-Jengkari
Akhi Fairuz Al-Jengkari : 2. Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir. (al-maaidah : 44)

Maizura Hj Idris
Maizura Hj Idris : ya thats rite miss felicia ling...!!!
baik dan buruk akhlak seseorang itu adalah terletak pd didikan ibu bapa @ keluarga yg terdekat....jika baik didikannya maka baiklah amalannya..dan camtu jugak la sebaliknya...xkan kerana seseorang itu wat jahat, minum arak@merogol@ lain2 itupun nk dipersalahkan pemerintah...

Akhi Fairuz Al-Jengkari
Akhi Fairuz Al-Jengkari : 3. Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (Al-Maaidah : 45)

Akhi Fairuz Al-Jengkari
Akhi Fairuz Al-Jengkari : 4. Dan hendaklah Ahli Kitab Injil menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah di dalamnya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik. (Al-Maaidah : 47)

Nurulashikin Bt Mohamed Raslan
Nurulashikin Bt Mohamed Raslan : ye sdr kapak.....kalau huddud ni wajib kenapa tak dilaksanakan di negeri pemerintahan PAKATAN PEMBANGKANG....tak payah tunggu arahan kerajaan sdgkan PAKATAN PEMBANGKANG tak pernah menerima kerajaan BN...jd buatlah undang2 sendiri tak gitu.....jgn asik menuding jari.....laksanakan dulu

Akhi Fairuz Al-Jengkari
Akhi Fairuz Al-Jengkari : 5. Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). Dan kalau Allah menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam ugama yang satu), tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya. (Al-Maaidah : 48)

Akhi Fairuz Al-Jengkari
Akhi Fairuz Al-Jengkari : 6. Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik. (Al- Maaidah : 49)

Akhi Fairuz Al-Jengkari
Akhi Fairuz Al-Jengkari : 7. Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah. (Al-Maaidah : 50)

Nurulashikin Bt Mohamed Raslan
Nurulashikin Bt Mohamed Raslan : terima kasihlah atas penulisan sdr akhi yg merujuk hadith....mcm saya kata td jgn ckp je laksanakan....tak payah ikut undang2 buat kat kelantan, kedah , penang n selangor

Akhi Fairuz Al-Jengkari
Akhi Fairuz Al-Jengkari : pembetulan, bukan hadith.. al-hujurat dan al maaidah surah dlm al-quran..

Maizura Hj Idris
Maizura Hj Idris : ntah la en akhi....rasanya aritu sebelum jadi MB kedah, ada le suara yg dok ckp nk laksanakan hukum hudud nie..alih2 bila dh jd pemrintah neger ni....dh kua statement lak...x jd nk laksanakan hukum hudud nie....sama jugak dgn negeri kelatan...majoriti penduduknya org melayu beragama islam..tp still jugak x laksanakan nya....
apatah lg negara yg majoritinya rakyat yg berbilang kaum.....

Jalak Lenteng
Jalak Lenteng : Korang ni kate hukum hudud tak buleh benteras jenayah ni ,...korang nak guna ke undang hudud ni. Kalau cik Felicia ni takpe lah...sebab dia bukan islam lagi. Yg lain2 nih...kalau nak buat perbandingan buat hukum tu dulu. Baru tau.Jgn pakai cakap sedap ikut otak... maner iman kamu kepada rukun iman? percaya kepada kitab ( Al-Quran)..? Korang ingat suka-suka nak buat hukum hudud nih..??? Tak paham pi tanya ustadz. Salah satu rukun iman korang tak percaya,..mati tak beriman lah kamu...Rukun Iman , 6 tolak 1 jawapannye kosong... # maaf cik felicia...saya tak marah kamu...

Jalak Lenteng
Jalak Lenteng : Kat kelantan Judi dan Arak bulah benteras,..kenapa tempat lain judi dan arak berleluasa..??? ikhlas ke tak BN nak buat amal makruf nahi mungkar nih..???

Akhi Fairuz Al-Jengkari
Akhi Fairuz Al-Jengkari : kenapa tidak di kelantan, sila rujuk surat Tun M kepada Kerajaan Kelantan semasa Pas ingin melaksanakan hudud di sana. kak mai dah tahu isu ni, tapi masih tanya. ni link dia : http://ustazmoden.wordpress.com/2009/01/30/surat-tun-m-kepada-mb-kelantan-menjelaskan-kenapa-hudud-sukar-dilaksana-di-malaysia/

Maizura Hj Idris
Maizura Hj Idris : astagfirullah.....masyaallah......
sabar en jalak lenteng.....sabarrr......

Jalak Lenteng
Jalak Lenteng : Maizura : Ko pi baca web en. Akhi bagi tu.!!!..jgn nak suka suka cakap kitaorang tak nak buat. Kalau buleh dah buat dah. Pi belajaq sikit pasal rukun iman , islam nih. Jgn nak suka2 cakap tak tentu pasal...!!!

Akhi Fairuz Al-Jengkari
Akhi Fairuz Al-Jengkari : 8. Hudud itu mencegah. Pelaksanaan akan mendapat karamah dari Allah. Lakukan saja apa yg Allah perintahkan. Sahut semua perintah Allah dlm Al-Quran. Kesalahan manusia yg membabitkan Allah :

a) Kesalahan zina; perbuatan perhubungan seks antara dua jenis sama ada secara paksa atau rela, sama ada bujang, janda ataupun duda. Perbuatan itu tidak sampai mencerakan orang lain.

b) Kesalahan qazaf (menuduh); perbuatan menuduh orang baik sebagai berzina tanpa membawa empat orang saksi atau bukti. Tuduhan ini boleh jadi suami terhadap isteri atau orang lain terhadap mana-mana perempuan

c) Kesalahan mencuri; perbuatan mencuri barang berharga orang lain atas niat jahat dalam kadar tertentu. Perbuatan itu tidak mengakibatkan kecederaan orang lain.

d)Kesalahan minum arak; perbuatan minum arak sama ada sedikit atau banyak. Perbuatan itu tidak sampai mencederakan orang lain.

Akhi Fairuz Al-Jengkari
Akhi Fairuz Al-Jengkari : yg masih khilaf :

a) Kesalahan meninggalkan solat fardu; mereka meninggalkan solat atau niat mengikari ajaran Islam malah mereka bangga tidak melakukan solat.

b) Kesalahan murtad; mereka yang telah memeluk Islam tetapi bertindak keluar daripada Islam sama ada secara suka atau paksa.

Maizura Hj Idris
Maizura Hj Idris : emosional sungguh en jalak ni ye......ganas sungguh ayatnya.....kuatkan imannnnnnn....!!! xpe la..saya tau en jalak hebat..en jalak bagus......saya bkn suka cakap x tentu pasal..suka cr pasal kut..hehehhehe...jgn mara yeeeeeeee....

Felicia Ling
Felicia Ling : Mmm, tapi surah dalam al-quran tidak menetapkan sebat untuk wanita yang minum arak yang dituduh buat kali pertama. Saya ingat selalu pesanan Arwah Hussein Al Attas. Agama Islam meletakkan beban yang begitu berat di atas bahu hakim. Teruk padahnya sekiranya hukuman yang tidak setimpal dan tidak berperikemanusiaan dikenakan ke atas pesalah tanpa memberi peluang untuk bertaubat.

Undang2 hudud tidak boleh dijalankan buat setakat ini keranan rakyat tidak diberi peluang saksama untuk mencari nafkah halal. Yang kaya terlalu kaya dan yang miskin terpaksa mencuri kerna anak bini kelaparan. Punca jenayah Malaysia (kecuali rogol dan sumbang mahram) kebanyakannya berkaitan dengan ekonomi.

Tambahan pula, rasuah begitu berleluasa di kalangan penguatkuasa. Saya khuatir ada orang hilang tangan, hilang mata sebab dianiayai. Contoh: Dato Seri Anwar Ibrahim. Orang kaya berkuasa tidak akan dikenakan hukuman hudud sebab polis dan hakim boleh dibeli.

Khairul Faizi
Khairul Faizi : Satu perkara yg baik dlm isu sebatan Kartika ni, saya nampak kaum wanita bersatu suara, tidak kira apa latar belakang mereka.

Cuma, kita perlu hati2 dalam soal hudud ni. Dulu ketika PAS mula2 nak laksanakan hudud di Kelantan, saya antara org yg MEMBANTAH dgn hujah ia tak sesuai dgn masa kini dan lain2 lagi.

Tapi bila diberi peluang utk belajar dlm pngajian Islam termasuk hudud, barulah sy sedar bhw hudud adlh hukum dr Allah, Pencipta kita..

Masalah kita, kenapa tak laksana hudud masih lagi kita bincang smpai ke hari ini.

Saya impikan pemimpin2 kita dpt duduk semeja dan cari jalan penyelesaian utk laksanakn undang2 dr Allah ini bukan menuding jari sesama sendiri sedangkan ia tidak dilaksanakan.

Lagipun, hudud adlh utk org yg buat salah, bukan utk kita yg benar & baik2 ni...

Akhi Fairuz Al-Jengkari
Akhi Fairuz Al-Jengkari : sdri felicia, dlm islam ada kaedah fiqh aulawiat. fekah keutamaan, lakukan yag terpenting dari yang penting. benar apa yg sdri katakan. hudud itu memang menjadi agenda pas semenjak ia ditubuhkan. bukan sekadar itu, sejak ayat berkaitan hudud diturunkan. kami yg beragama islam wajib mematuhi perintah allah ini.

yg takut hudud ini dijalankan adalah orang islam yg bersalah. yg rasuah. yg minum arak. yg mencuri. yg menyeleweng harta rakyat. yg mengaut keuntungan dari komisen2. mrk menolak mentah2.

isu yg ahli umno selalu bangkitkan, knp pas tdk melaksanakan di negeri kelantan, kedah dan negeri pakatan yg lain. di kelantan kita dah sedia maklum. di negeri PR kita mengutamakan kebersamaan dlm menentang ketidakadilan, hudud masih lagi menjadi agenda.

ia melibatkan maslahah kaum, perbedaan agama dan komposisi keturunan di malaysia. kami di pihak pas tiada peluang utk menerangkan kecantikan syariat islam itu kpd bukan islam terutama isu hudud. semuanya diputarbelitkan oleh umno.

Akhi Fairuz Al-Jengkari
Akhi Fairuz Al-Jengkari : saya ingat lagi, Tun M pernah berkata jika pas melaksanakan hudud, sudah pasti habis batu di jalan digunakan utk rejam. dia islam, tapi dia yg paling kuat menetang hukum islam.

spt sdri felicia katakan, isu DSAI, isu rasuah dll, punca jelas. UMNO dan Bn punca utama. kami yg beragama islam yg paling bahaya sekali ancaman adalah org2 munafik. berpura2. hipokrit. lidah bercabang dua. isu hudud ini perlu diperjelaskan dulu dlm komponen PR.

saya percaya masing2 dlm PR menghormati prinsip masing2. bukan mcm UMno dan Bn. depan ckp lain, blakang ckp lain. yg paling panas saya dgr, bila mati hujah, mula rasis melampau2. akhirnya mesti hentak halau cina dr bumi malaysia.

sebab itu sy katakan prinsip fekah keutamaan menjadi teras dlm gerakan islam. kita bersatu menentang kezaliman, ketidakadilan dll. soal hudud ttp dasar pas kerana ia dr Allah. pelaksanaan akan berlaku jika muslim & non muslim faham. bukan mcm umno yg islam tp masih xnak faham smpai sekarang. sy cukup kecewa.

Akhi Fairuz Al-Jengkari
Akhi Fairuz Al-Jengkari : setuju dgn saudara khairul faizi.

Felicia Ling
Felicia Ling : Debat untuk undang2 hudud sudah pasti akan berterusan. UMNO BN menakut2kan orang bukan Islam di setiap PRK bahawa sekiranya orang bukan Islam memilih PAS, PAS akan melaksanakan undang2 hudud. Lanskap politik telah berubah selepas 8 Mac 2008. Nizar juga perlukan undi orang bukan Islam untuk menang Bukit Gantang dan calon PR bukan Islam juga perlukan undi orang Islam untuk menang di Bukit Selambau. Kita negara demokrat, kehendak rakyat diperlukan sebelum mana2 undang2 dilaksanakan. Undang2 hudud akan jadi realiti sekiranya rakyat sudah percaya kepada sistem penguatkuasaan. Yang tidak bersalah tidak akan dianiaya dan yang bersalah tetap menerima akbatnya tidak kira kedudukan (samada diraja atau tidak, kaya atau miskin) dan tidak ada "lubang" dalam undang2.

Diskusi yang bernas. Kita anak Malaysia sememangnya bangsa yang progresif.

Kapak Siam
Kapak Siam : tahniah pada sdr Akhi Fairuz, kerana mengujudkan satu diskusi yg menarik minat rakan2 fb untuk mencelah pada sdri Felicia Ling bijak kamu menyudahkan diskusi tetapi saya kasihan pada sdri Nurulashikin dan Maizura mrk masih tergantung dlm penyudahnya....cool...

Akhi Fairuz Al-Jengkari
Akhi Fairuz Al-Jengkari : Semoga Allah merahmati sesiapa jua yang memperjuangkan Islam serta menginginkan keADILan di dalamnya.


Anda Kenal Siapa Felicia Ling?

Beliau merupakan Ketua Wanita PKR Bahagian Cheras dan Ketua Wanita PKR Wilayah Persekutuan. Moga Allah memberi hidayah dan petunjuk kepada beliau. Ops, juga kepada Kak Maizura & Kak Nurul Ashikin.

23 July 2009

"Sebatlah saya segera," Kartika Seri Dewi Shukanor

Begitulah pinta pesalah kes minum arak Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32 tahun, seorang wanita Muslim berasal dari Sungai Siput, Perak dan hidup berkahwin dengan warga Singapura selama 15 tahun disana. Bekerjaya sebagai seorang peragawati sambilan.

Kartika yang ditangkap ketika meminum arak dikhalayak ramai disebuah hotel di Cherating, Kuantan, Pahang Darul Makmur dijatuhkan hukum disebat 6 kali dan didenda RM5000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan.

Keputusan Hakim Datuk Abdul Rahman Yunus itu mengikut peruntukan Undang Undang Syariah, Seksyen 136, Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.

Aku kagum terhadap kesedaran Kartika terhadap kewajipan umat Islam yang melanggar undang undang Allah dan juga undang undang negeri akur terhadap hukuman dunia ini dan betapa bilamana sahaja hukuman itu dijalankan keatas dirinya, ia tidak lagi akan dikenakan hukuman di akhirat.

Berapa ramaikah diantara kita yang mengaku Muslim hari ini berani menerima hukum hakam Syariah Islam seperti Kartika Sari Dewi ini?

Di zaman orang orang yang kaya, berpangkat serta berkedudukan tinggi menggunakan segala kemewahan dan upaya yang ada pada diri mereka untuk melepaskan diri dari belenggu perundangan baik sivil manusia mahupun syariah Allah, kesanggupan ibu muda ini menerima hukuman perundangan Syariah Allah ini amat dialu alukan!

Seandainya Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan berjaya melaksanakan hukuman sebat ke atas Kartika itu sepertimana kita melihat terlaksananya Hukum Hudud di Wilayah Acheh, Sumatera Utara, maka aku pasti kesan nya akan dapat kita lihat didalam negara kita ini dimana akan mula gerun lah hati pemuda pemudi dan juga yang sudah tua untuk terus melakukan maksiat sesuka hati mereka sepertimana sedang berleluasa sekian lama ini baik didalam negara kita mahupun serantau Asia?

Mereka yang sebelum ini tega memperjuangkan Daulah Islamiyyah sudah beransur ansur diam dan tidak lagi melaungkan slogan 'Tegakkan Negara Islam berpaksikan Hukum Hudud dan Syariah Allah!' sejak berpakat dengan seteru Islam didalam perjuangan siyasah mahu memerintah negara ini.

Apakah akan kita melihat sejarah terjadi dibumi Kuantan, Pahang Darul Makmur yang akan menjulang panji panji Allah Subhanahu Wa Ta'ala menegakkan Syiar Islam ditanah bertuah ini kembali ke zaman keagungan Islam dizaman Kesultanan Melayu Melaka yang melahirkan Hukum Kanun Melaka berteraskan Al Quran dan Sunnah Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam?

Sama sama lah kita menanti perkembangan seterusnya didalam kes Kartika Sari Dewi ini.

Mudah2an Allah Subhanahu Wa Ta'ala menerima taubatnya.

Amin ya Rabbal Alamin.

22 July 2009

Kristian, Yahudi, Buddha, Hindu & Sikh bertanya, Islam menjawab!

Soalan : Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran? Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa?

Jawapan : Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.

Soalan : Nama Nabi Isa disebut lagi banyak dari nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran, tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?

Jawapan : Soalan sebaliknya, dalam Bible, nama syaitan lebih banyak dari nama Nabi Isa, jadi siapa lagi hebat? Syaitan @ Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan nabi dan rasulNya. Walaubagaimanapun, Allah Maha mengetahuinya.

Soalan : Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja nabi Isa itu Tuhan kan ?

Jawapan : Dalam banyak2 kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa). Sedangkan, dalam Bible juga yang ade menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata "siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka.

Soalan : Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir?

Jawapan : Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Perumpamaan : Jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulong masih hidup, hakikat yang tidak akan berubah ialah anak sulong tetap sulong.

Soalan : Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa.

Jawapan : Antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan ? Jadi, kenapa orang Kristian tidak sembah Mariam je? Kan Mariam ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga merupakan manusia pertama, kenapa tidak disembah Adam sahaja? Jawapan lengkap ada dalam Surah Imran, ayat 59.

Soalan : Jika baca tafsir, Allah berfirman sekejap guna 'Aku', sekejap guna 'Kami' Kenapa?

Jawapan : 'Kami' kan lambang 'Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)' ? Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, 'aku' kata jamaknya 'kami' yang menggambarkan tentang 'Allah dan keagunganNya' .

Soalan : Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?

Jawapan : Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?

Soalan : Sami Budha vegetarian bertanya, kenapa Islam suruh bunuh binatang untuk dimakan? Kan zalim kerana bunuh hidupan bernyawa?

Jawapan : Sains telah buktikan, sayur dan pokok turut ade nyawa. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ade banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Bila kita bunuh (sembelih sebenarnya) 1 ekor lembu, sebenarnya kita telah selamatkan banyak nyawa manusia.

Soalan tambahan : Sami Budha menjawab " Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria, bunuh binatang dosa besar"

Jawapan : Habis tu, kita cuma berdosa kecil je la jika bunuh orang yang pekak, buta, bisu hanya kerana dia tidak ade deria?

Soalan tambahan lagi : Sami Budha menjawab lagi "Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik"

Jawapan : "Habis tu, awak makan lah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus" =P

Sami Budha bertanya lagi : "makan binatang akan dapat banyak penyakit"

Jawapan : "Penyakit datang kerana kita makan banyak... Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran..." Eleh, tembakau dan dadah pun dari tumbuhan juga kan ? Lagi besar penyakitnya kan ? Lembu yang ragut rumput hari2 pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa yang telah Allah halalkan untuk kita.

Soalan : Kan babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi?

Jawapan : Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan.

Soalan : Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari2 sembah Kaabah.

Jawapan : Islam bukan sembah Kaabah, tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam Sembah Allah, kaabah Cuma kiblat. Perlu tahu bezakan. Bukti, orang yg sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindi tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari2 pijak gambar Kaabah (sejadah). Jika ada gambar Kaabah diletak di KLCC, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah... Bukan sembah Kaabah!

Soalan : Kenapa perlu ikut nabi Muhammad saw kerana nabi dan rasul sebelum
baginda kan betul2 juga?

Jawapan : Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman.


Kesimpulan

Soalan2 yg nyatakan di atas, sebenarnya memang benar2 di tanya oleh orang bukan Islam secara spontan pada orang Islam... mereka bertanya bukan kerana hendak tahu, tapi kerana hendak membuatkan orang Islam yg ilmu hanya ala kadar berasa was2 dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was2 dengan agama yang dianutinya. Jadi jawapan yg disampaikanpun tak perlu panjang2 cukup sekadar ringkas dan padat. Aku hanya menyampaikan sahaja. Segala kekurang dan salah silap harap diperbetul dan dimaafkan...WALlahua'lam

Pengalaman mengIslamkan seorang penganut Buddha di Pontian Johor!

Catitan sahabat saya, Uncle Dan dari Selatan Malaysia

Pada hari khamis malam jumaat yg lalu (16hb 7 2009) , uncle berpeluang mghadiri satu majlis PengIslaman (convert) seorang saudara baru berbangsa Cina yg sebelum ini beragama Buddha dr sebuah kmpung nelayan di Pontian.. Subahanallah, Alhamdulillah,Wallahuakbar..... hanya ungkapan itu yg mampu dituturkn pd bibir ini..(1st time sheikh!! dpt tgk).. kami lebih kurang 20 org mnjadi saksi majlis yg ckup mmberi berita gmbira ini..mata dan telinga kami hanya tertumpu pd bibir saudara 'Aiyah Ah Hei ini..cukup mendebarkan gua ckp lu..!!...

Bila Ustaz Fadhilah (pakar Syifa' di Pontian) mengajar 'Aiyah mengucap 2 kalimah syahadah...ternyata berbelit dan terkelu juga lidahnya utk bertasyhid...

"Assss...hadu..an..la..ila..ha illa..LLah..
WA..asss...hadu..anna...muhammmaaadaaaa...rasulallah...."
aku brsaksi bhw tiada tuhan mlainkan ALLAH
dan aku bsaksi Nabi Muhammad itu adlh psuruh ALLAH...."
ffffuuuhhhh......
.semua hadirin dpt menarik lafaz lega...Alhamdulillah....

sambil tu sempat lg Ustaz Fadhillah berjoking...
"ni 1st time ana Islamkan manusia...susah jugak..sebelum ni byk kali duk Islamkn Jin je..." hehehehe.. (uncle hnya mampu tersenyum..control macho..walau xhensem).

'Aiyah bersetuju untuk menggantikan nama barunya dgn nama Muhammad Hilmi Ibrahim Bin Ah Hei... Hebat!!! Kan????

Sebelum mngakhiri kisah yg X seberapa ini, pd mlm tu uncle sempat berbual skjap dgn saudara Hilmi ('Aiyah) ini...uncle btanya.."camne bole terpikat dgn ajaran Islam ini?sejak bila lagi?...sambil2 tu duk mkn pisang tanduk goreng, ngan air teh o kaw...aauuum....mmmm...cedapnya...

Hilmi mnjawab "sbnarnya sy dh mula tpikat dgn Islam ni sjak zaman skola lagi..masa tu skola bcampur dgn plajar2 mlayu Islam...mlihat mreka hari2 solat zohor di surau skolah...rase ingin tahu tu pd agama Islam ini makin mendalam..pastu mlihatkan sepupu sy Ridwhan yg betul2 bjaya dan bahagia setelah memeluk agama yg suci ini..(Ridhwan saudara baru juga yg dah beberapa tahun memeluk agama Islam bsama2 satu family...yg skrg ini dah berjaya membuka sebuah restoran bnama 'Restoran Mu'allaf di bndr baru Pontian.)

"owhhhh....cenggitu citenye...baru ana taulah...jemput2 makan pisang goreng panas ni...haa..tambah2...aaauuummm..."....uncle mnyambung...

Harap secebis cerita yg dikongsi ini dpt memberi sedikit suntikan semangat kpd kita semua supaya lebih rajin, tekun, kreatif dlm usaha2 tarbiyyah dn kerja2 dakwah agama yg suci ini...kalau dah org Cina kafir pun ingin memeluk Islam..org2 melayu yg dah mengaku Islam tak reti2 ke nk mndalami dan mnperjuangkan Islam demi mnsyari'atkn nama ALLAH dn Rasulnya dimuka bumi ini...tlg FIKIR dan ZIKIR...

Rosmah Mansor in Hijab! Alhamdulillah..

Sejuk mata memandang. Umrah ya. Abang Najib ada, anak kesayangan pun ada di belakang. Bagus la jika begitu. Pesan aku pada Kak Rosmah, dah sampai Malaysia teruskan dengan Hijab di kepala. Banyakkan berdoa agar istiqomah untuk memakai tudung. Itupun kalau Kak Rosmah nak dengar la. Ok, semoga berjaya ya!

21 July 2009

Ezam Pula Tuduh Parti DAP Bunuh Mendiang Teo Beng Hock? Wah...wah..makin hebat kes....CSI beb!! Ezam lagi hebat dalam isu Teo..?????

TIBA-TIBA Ezam raja sesumpah muncul di tengah kekalutan kita memikirkan misteri kematian Mendiang Teo Beng Hock. Memang agak lama kita tidak mendengar suara raja sesumpah ini walaupun kita mengharapkan beliau hadir di Manek Urai sepertimana lazimnya di dalam mana-mana pilihanraya kecil sebelum ini. Ternyata, tanpa kehadiran Ezam Umno agak baik prestasinya jika dibandingkan dengan adanya beliau. Agak tepat juga orang mengatakan raja sesumpah ini sentiasa membawa `suwey’ atau `badi’ kepada Umno. Tanpa Ezam, `badi’ kurang sedikit dan Umno mencapai keputusan yang agak baik sedikit walaupun tetap terkangkang di Manek Urai.

Aku ingin memberi sedikit ulasan tentang apa yang diperkatakan oleh raja sesumpah @ raja kotak ini ketika mengadakan ceramahnya di Banting, Selangor baru-baru ini. Aku mengulas berdasarkan laporan di dalam blog di sini. Ezam mendakwa DAP dan pembangkang menuduh SPRM terlibat di dalam kematian atau pembunuhan Mendiang Beng Hock, maka dengan itu tidak salah jika kita pula menuduh DAP terlibat membunuh Mendiang, kata Ezam. Menurut Ezam, ini adalah kerana mungkin DAP ingin menyembunyikan rahsia rasuah mereka dari didedahkan oleh Mendiang Beng Hock. Aku rasa otak dan minda Ezam sekarang sudah tidak berfungsi lagi untuk memikirkan secara lojik tentang kes ini. Apa pun, aku cuba untuk membalas hujah raja sesumpah yang semakin merapu semenjak berada di dalam Umno itu.

Ezam berhujah, apa perlunya SPRM membunuh Mendiang sedangkan Mendiang hanya sebagai saksi. Aku juga tidak percaya dan tidak menuduh SPRM terlibat di dalam pembunuhan tersebut kerana siasatan belum selesai dijalankan. Tetapi, tidakkah kita pernah mendengar betapa saksi-saksi juga sering ditekan atau diugut untuk memberikan keterangan? Pihak penyiasat mungkin juga akan menyiasat samada ini terjadi pada Mendiang. Hujah Ezam lagi, DAP boleh juga dituduh mengakibatkan kematian Mendiang memandangkan DAP mungkin takut saksi tersebut memberikan keterangan berlakunya rasuah seperti yang didakwa. Ingin kita peringatkan Ezam, bahawa semasa Mendiang ditemui mati siasatan telah berakhir dan keterangan telah diambil oleh pihak SPRM. Jika benar saksi tersebut ingin di`hapus’kan bagi mengelakkan kebocoran maklumat terhadap dakwaan rasuah tersebut, lojiknya Mendiang akan di`hapus’kan sebelum memberi keterangan lagi.

Lagi satu, Mendiang ditemui mati di kawasan bangunan SPRM. Di masa bilakah ada orang lain terutamanya ahli-ahli atau ejen dari DAP boleh memasuki bangunan terkawal tersebut dan melakukan pembunuhan seperti yang difikirkan oleh Ezam itu? Bukankah kawasan tersebut terkawal dan bagaimana seseorang boleh memasuki bangunan berkenaan terutamanya dari dalam dan menolak Mendiang jatuh ke bawah? Lojikkah? Oleh itu, jika Ezam memikirkan bahawa sememangnya berlaku pembunuhan ke atas Mendiang, maka persoalannya siapakah yang membunuhnya?

Aku sama sekali tidak percaya semua andaian samada SPRM, apatah lagi DAP terlibat di dalam kes ini. Aku tidak percaya adalah kerana siasatan terbuka oleh badan bebas masih belum dijalankan. Maka, tidak adil untuk membuat tuduhan. Lagi pun, DAP atau pembangkang tidak pernah menuduh SPRM atau sesiapa secara khusus terlibat melakukan khianat terhadap Mendiang Beng Hock. Mereka cuma inginkan siasatan oleh badan bebas. Mereka mahu tahu mengapa Mendiang masih berada di bangunan tersebut agak lama walaupun dikatakan siasatan telah pun berakhir? Mengapa siasatan dikatakan telah berakhir, tetapi handset Mendiang dikatakan masih berada di tangan SPRM sewaktu kejadian? Mengapa baju Mendiang terkoyak ketika ditemui? Lebih memeningkan, sekiranya dikatakan Mendiang membunuh diri, mengapa perlu membunuh diri sekiranya keesokan harinya Mendiang akan mendaftarkan nikahnya?

Untuk tidak menganiayai sesiapa di dalam kejadian ini di samping untuk merealisasikan keadilan dan ketelusan, maka kerajaan wajib menubuhkan badan siasatan bebas bagi mengetahui punca-punca kematian Mendiang. Di sini, isu perkauman tidak timbul sama sekali kerana yang menjadi mangsa adalah rakyat Malaysia yang sanggup untuk bekerjasama dalam siasatan rasuah seperti yang didakwa itu. Misteri mata lebam DS Anwar kembali menghantui pemikiran rakyat ketika melihat tragedi ini, begitu juga dengan isu Mendiang Kugan. Apakah isu ini menjadi isu politik? Ya, memang wajar ia dijadikan isu politik kerana hanya dengan kekuatan dan pengaruh politik sahaja yang boleh membantu rakyat teraniaya. Apakah kita mengharapkan para akademik, pelajar atau buruh kasar untuk mendepani isu ini? Orang politik tidak kira di pihak mana harus memandang isu ini satu isu yang serius dan besar.

Sehubungan itu, Ezam tidak perlu menuduh sesiapa di dalam perkara ini. Ezam harus berani seperti dulu agar mendesak kerajaan untuk menubuhkan badan bebas menyiasat perkara ini. Itu pun jika Ezam masih ada saki baki beraninya. Jika bercakap sekadar untuk menjadi `kipas’, lebih baik Ezam mendiamkan diri kerana rakyat tidak akan memandang Ezam terlalu hina.

Poster Menarik Untuk Anda

Satu Malaysia, Rakyat Didungukan, Duit Diutamakan. Hidup BN! Hidup Datuk Seri Najib!

SPRM for Suruhanjaya 'Pembunuh' Rakyat Malaysia. Siapa bersetuju? Sila angkat tangan.

Say No to ISA!

ISA. ISA for Internal Security Act atau Akta Keselamatan Dalam Negeri. ISA juga boleh ditafsirkan sebagai Ikut Suka Aku. Ya, ikut suka aku nak tangkap siapa dan dakwa atas akta ini. ISA juga bermaksud Ia Sah Aniaya. Menganiayai sesiapa sahaja yang dirasakan perlu. Baik ahli politik, baik rakyat marhaen, bahkan sesiapa sahaja. Ia langsung tidak mengenal belas kasihan. Hanya ada 2 orang sahaja yang berkuasa dalam akta ini, siapa lagi kalau bukan Perdana Menteri dan juga Menteri Dalam Negeri. Berdehem sahaja, tangkapan dibuat. Mudah bukan. Macam negara ni BAPAK DIA YANG PUNYA!

Apa persepsi anda akan gambar di atas? "ISA is not healthy for children and other living things". Jelas bukan maksud tersirat dari gambar dan bait-bait katanya. Kuasawan itu bukan tidak sedar kebejatan akta drakonian ini. Mereka sedar. Namun apakan daya, mereka dikurniakan telinga, tetapi tidak 'mendengar', mereka memiliki mata, tetapi tidak 'melihat', mereka juga memiliki otak, tetapi tidak menggunakan akal fikiran. Perumpaan mereka ini seumpama binatang ternak, Balhum Adhol!! Bahkan lebih teruk daripada itu.

ISA awalnya diwartakan sebagai akta mencegah dan menghapuskan penguasaan komunis di Tanah Melayu pada seketika waktu dahulu. Apabila dibentangkan di Dewan Rakyat, majoriti ahli parlimen bersetuju akta ini perlu diadakan termasuk parti pembangkang; PAS dan lain-lain. Namun persetujuan itu hanya melibatkan ancaman negara pada ketika itu. Untuk membasmi komunis. Setakat itu sahaja.

Namun apa yang mendukacitakan adalah ia tetap diteruskan walaupun negara telah merdeka. 10 tahun, 20 tahun, 30 tahun, 40 tahun bahkan hingga kini, 53 tahun. Ribuan yang ditangkap. Majoriti yang ditangkap adalah pimpinan pembangkang terutama daripada PAS. Alasan tangkapan adalah : Mengancam keselamatan negara! Mudahnya mencari alasan bagi tangkapan. Isu perpecahan Umno penghujung 80 an, pertembungan team A vs team B sehingga Umno diharamkan oleh mahkamah, mereka yang bergaduh dan berbalah sesama mereka, akhirnya apa yang terjadi? Pemimpin pembangkang juga yang di 'ISA' kan dalam Ops Lalang. Sama macam ni la, orang lain yang kencing tepi jalan, orang lain yang dipersalahkan. Bukankah kurang cerdik namanya!

Kini masih terdapat berbelas tahanan yang meringkuk dalam tahanan Kem Kamunting di bawah akta ISA. Ditangkap, dikurung tanpa diketahui apakah kesalahan mereka. Tidak didakwa ke mahkamah. Dipisahkan daripada keluarga. Dari anak-anak. Dari ibubapa. Juga dari isteri tercinta. 60 hari terpisah. Disambung 2 tahun. Ditambah 2 tahun. Ditambah lagi 2 tahun. Hinggalah sekarang. Ada yang bercerai-berai, ada yang meminta diceraikan, ada juga anak kecil mereka meninggal semasa dalam tahanan, ada juga yang ibunya meninggal, juga semasa dalam tahanan. Namun ia tidak langsung menjentik hati golongan Kuasawan UBN ini dari menghapuskan ISA.

Akta ini zalim. Bercanggah dengan perundangan Islam. Hei, dalam Islam selagi orang itu tidak dibicarakan dan didapati bersalah, selagi itu beliau tidak bersalah. Juga bercanggah dengan hak rakyat dalam negara demokrasi. Malang sungguh rakyat Malaysia.

Ini permulaan posting aku berkaitan kebodohan, kebejatan, ke'kurang ajar'an serta kebinatangan ISA ini. Biar semua jelas apa dia 'ONE MALAYSIA'. Biar rakyat jelas apa dia 'RAKYAT DIDAHULUKAN'. Dan sekiranya semua telah jelas, mari bersama-sama dalam DEMONTRASI MANSUH ISA pada 1 Ogos 2009 di Kuala Lumpur. Allahuakhbar!!

Tahniah buat pasukan bolasepak Malaysia..

Tahniah buat pasukan Malaysia yang berjaya mengekang asakan The Reds Devils dari berpesta gol. Manchester United hanya mampu mengalahkan Malaysia dengan 2-0. Jika perlawanan pertama dikalahkan dengan jaringan 3 berbalas 2, namun kali ini 'sentuhan emas' Amri Yahyah tidak berhasil. Biarlah apa rakyat Malaysia nak kata, aku tetap bersama dan terus menyokong pasukan bolasepak Malaysia. Malaysia Boleh!

(*Aku cukup frust siaran langsung perlawanan ni tiada. Baik di RTM, Media Prima hatta Astro yang berbayar pun tiada. Bukan semua orang dapat pergi ke Stadium. Hai, malang sungguh..)

20 July 2009

Indahnya Waktu Kita Bersama..

Dari kiri : Akhi Fairuz Al-Jengkari, Muhammad Nurfirdaus Mohd Arsyad, Syeikh Nabil Fiqri Nur Azmi, Syeikh Mohd Norhisam Mohamad. *Gambar di Pantai Sepat Kuantan tahun 2005 semasa menuntut di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS).

4 orang sahabat. Asal dari tempat yang berbeda tetapi memiliki fikrah yang sama. Masing-masing ada kelebihan dan ada kekurangan. Kami bertemu di Polisas pada tahun 2003. Aku bidang elektronik, firdaus dan sham bidang mekanikal, nabil pula bidang teknologi makanan. Sekarang ini ada yang sudah bekerja dan ada yang masih meneruskan study. Walaubagaimanapun, aku mendoakan agar kalian semua berjaya dalam bidang yang diceburi serta menginfakkan diri kepada jemaah walau di mana kalian berada. Hati kecil ini sering berkata : Aku rindu kalian!

Allahuakhbar!!

Malaysia VS Manchester United - Malaysia Menang?

K. Rajagobal (tiga dari kiri) menyuntik kata-kata semangat kepada pemain dalam sesi latihan skuad bola sepak Pilihan Malaysia di padang Wisma FAM, Petaling Jaya, semalam menjelang perlawanan menentang Manchester United di Stadium Nasional, Bukit Jalil, hari ini.

DETIK cemas buat Farizal ketika bertembung dengan Nani (tengah) dan Rooney dalam saingan persahabatan, kelmarin. Farizal (gambar kecil) menunjuk kesan terjahan.

Walaupun aku rasa Malaysia akan 'mendapat pengajaran' pada malam ini, namun aku optimis mereka akan bermain bersungguh-sungguh, sekurang-kurangnya mempamerkan aksi sama seperti perlawanan pertama. Menang jauh sekali. Kalah sudah tentu. Cuma pastikan jangan kalah besar. Manchester United yang dibarisi pemain jutawan pasti tidak akan memberi muka kepada skuad Malaysia malam ini. Mastermind mereka; Sir Alex Firgeson pasti ada stretegi ampuh bagi menggempur gawang gol Malaysia. Apa-apa pun, lakukan yang terbaik ya. Malaysia Boleh!
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 Hitam Putih Kehidupan. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan