07 July 2009

Sejarah Tercipta Lewat Malam Tadi!

Alhamdulillah. Kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah SWT kerna aku masih bisa menulis & berkarya.

Para pembaca sekalian, lewat malam semalam aku berkesempatan memantau perkembangan pengunjung yang mengunjungi laman blog aku. Hampir tidak percaya aku melihatnya. Ramai beb! 77 orang yang dah buka dan 6 orang tengah online pada masa yg sama (Fajridil mesti senyum baca posting aku ni =>). Bagi aku ramai. Sebelum ni nak capai 20 orang pengunjung sehari pun susah.

Mungkin ramai terbuka secara kebetulan. Maklumlah semalam hari penamaan calon di DUN Manek Urai. Agaknya ramai yang search di google, kemudian terjumpa kisah Manek Urai di blog aku. Apa2pun, aku amat berharap anda semua terhibur. Insyaallah akan datang aku akan meningkatkan mutu penulisan serta cara penyampaian.

Apa yang penting? Kerjasama. Apa yang sama? kerja penting. Ok, aku nak buat kerja ofis dulu. Bye.

0 komentar:

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 Hitam Putih Kehidupan. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan