Powered By Blogger

24 July 2009

Rupa-rupanya Non Muslim itu lebih faham Hukum Hudud berbanding 'Muslim Umno'

Alhamdulillah, kisah berkaitan Kartika Seri Dewi Shukarnor aku kongsikan bersama rakan-rakan di facebook. Mulanya tiada sesiapa yang ingin memberi komen berkaitan isu yang aku bangkitkan. Puas ku tunggu, langsung tiada perkongsian ilmiah dari sahabat-sahabat facebook berkaitan isu Kartika ini. Akhirnya, ada satu respon, satu respon dan seterusnya. Ayuh kita menelurusi pengetahuan berkaitan hudud antara SEORANG NON MUSLIM dan 'MUSLIM UMNO' :

Akhi Fairuz Al-Jengkari
Akhi Fairuz Al-Jengkari : Tegakkanlah hudud untuk ummat Islam di Malaysia wahai pemerintah!! Jadikan kisah Kartika Sari Dewi Shukarnor ini sebagai titik tolak tertegakknya syariat Islam di Malaysia!!

Felicia Ling
Felicia Ling
: Maaf kerana saya tidak setuju dengan pendapat saudara Akhi Fairuz. Saya seorang bukan Islam, mungkin tidak boleh bergelar yang arif dengan latar belakang pembelajaran Tamadun Islam dan Undang2 Syariah serta berguru dengan seorang bekas Hakim Mahkamah Tinggi yang beragama Islam. Tapi saya berpendapat langkah pertama, tanggungjawab untuk mengajar isteri terletak di tangan suami. Suami juga harus dipertanggungjawabkan dalam hal ini kerana tidak mendidik isteri secara betul menurut Akidah. Kedua, agama Islam mementingkan pendidikan, keinsafan dan peluang untuk bertaubat.

Sekiranya wanita itu diberi peluang untuk bertaubat dan dikehendaki untuk menghadiri pendidikan Agama bersama suaminya dan diingatkan padahnya alkohol, maka ianya akan lebih membawa keinsafan di kalangan mereka.

Atas sebab gender, setiap wanita adalah saudara saya tidak kira agama dan warna kulit, saya akan berpegang teguh kepada prinsip ini..

Kalau sebatan boleh selesai masalah, rogol dah lama lupus di bumi ini.

Kapak Siam
Kapak Siam : sdri felicia, apa jua kesalahan jenayah dgn menggunakan apa hukum sekali pun tidak dapat menghapuskan jenayah tetapi hukuman yg setimpal dgn kesalahan yg dilakukan hanya boleh menggurangkannya...sbg umat Islam kita wajib mematuhi apa jua yang disuruh oleh Allah melalui Alquran..didalam kes ini hukuman yg diterima oleh bekas model ini bukannya dijatuhkan dibawah hukum hudud tetapi undang2 syariah buatan manusia yg pasti ada cacat celanya...sekiranya beliau meminum arak bersama sama dgn suami maka suaminya juga harus dipersalahkan..sekiranya bertaubat boleh melunaskan hukuman kesalahan jenayah saya fikir ini sudah lari dari roh undang2 itu sendiri...pada pandangan sdri felicia apakah jenis hukuman yg boleh melupuskan kesalahan jenayah rogol dimuka bumi ini?..cool..

Nurulashikin Bt Mohamed Raslan
Nurulashikin Bt Mohamed Raslan : saya setuju ngan felicia....mcm ni la....cuba saudara akhi beri 10 perkara yang boleh menyelesaikan masalah sekiranya hukum huddud ini dilaksanakan di abad yang ke-21 ini.....saya nak tau juga......

Jalak Lenteng
Jalak Lenteng : saudari Ling : sebatan di penjara tu tak cukup bilangannya dgn undang2 hukum islam. Kalau di mekah,... penjaja hanya meninggalkan barang begitu saja utk pergi sembahyng di masjid,...takde org curi pun. Kalau berzinar saja sebatannya 100 kali...kalu kat penjara berapa saje....? ;)))

Kapak Siam
Kapak Siam : sdri Nurlashikin, apakah ini bererti sdri mencurigai akan arahan Allah swt supaya mewajibkan hukuman hudud dilaksanakan serta kemampuannya mengatasi kes2 jenayah?....cool...

Akhi Fairuz Al-Jengkari
Akhi Fairuz Al-Jengkari : 1. Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.(Hujraat,1)

Akhi Fairuz Al-Jengkari
Akhi Fairuz Al-Jengkari : 2. Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir. (al-maaidah : 44)

Maizura Hj Idris
Maizura Hj Idris : ya thats rite miss felicia ling...!!!
baik dan buruk akhlak seseorang itu adalah terletak pd didikan ibu bapa @ keluarga yg terdekat....jika baik didikannya maka baiklah amalannya..dan camtu jugak la sebaliknya...xkan kerana seseorang itu wat jahat, minum arak@merogol@ lain2 itupun nk dipersalahkan pemerintah...

Akhi Fairuz Al-Jengkari
Akhi Fairuz Al-Jengkari : 3. Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (Al-Maaidah : 45)

Akhi Fairuz Al-Jengkari
Akhi Fairuz Al-Jengkari : 4. Dan hendaklah Ahli Kitab Injil menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah di dalamnya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik. (Al-Maaidah : 47)

Nurulashikin Bt Mohamed Raslan
Nurulashikin Bt Mohamed Raslan : ye sdr kapak.....kalau huddud ni wajib kenapa tak dilaksanakan di negeri pemerintahan PAKATAN PEMBANGKANG....tak payah tunggu arahan kerajaan sdgkan PAKATAN PEMBANGKANG tak pernah menerima kerajaan BN...jd buatlah undang2 sendiri tak gitu.....jgn asik menuding jari.....laksanakan dulu

Akhi Fairuz Al-Jengkari
Akhi Fairuz Al-Jengkari : 5. Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). Dan kalau Allah menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam ugama yang satu), tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya. (Al-Maaidah : 48)

Akhi Fairuz Al-Jengkari
Akhi Fairuz Al-Jengkari : 6. Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik. (Al- Maaidah : 49)

Akhi Fairuz Al-Jengkari
Akhi Fairuz Al-Jengkari : 7. Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah. (Al-Maaidah : 50)

Nurulashikin Bt Mohamed Raslan
Nurulashikin Bt Mohamed Raslan : terima kasihlah atas penulisan sdr akhi yg merujuk hadith....mcm saya kata td jgn ckp je laksanakan....tak payah ikut undang2 buat kat kelantan, kedah , penang n selangor

Akhi Fairuz Al-Jengkari
Akhi Fairuz Al-Jengkari : pembetulan, bukan hadith.. al-hujurat dan al maaidah surah dlm al-quran..

Maizura Hj Idris
Maizura Hj Idris : ntah la en akhi....rasanya aritu sebelum jadi MB kedah, ada le suara yg dok ckp nk laksanakan hukum hudud nie..alih2 bila dh jd pemrintah neger ni....dh kua statement lak...x jd nk laksanakan hukum hudud nie....sama jugak dgn negeri kelatan...majoriti penduduknya org melayu beragama islam..tp still jugak x laksanakan nya....
apatah lg negara yg majoritinya rakyat yg berbilang kaum.....

Jalak Lenteng
Jalak Lenteng : Korang ni kate hukum hudud tak buleh benteras jenayah ni ,...korang nak guna ke undang hudud ni. Kalau cik Felicia ni takpe lah...sebab dia bukan islam lagi. Yg lain2 nih...kalau nak buat perbandingan buat hukum tu dulu. Baru tau.Jgn pakai cakap sedap ikut otak... maner iman kamu kepada rukun iman? percaya kepada kitab ( Al-Quran)..? Korang ingat suka-suka nak buat hukum hudud nih..??? Tak paham pi tanya ustadz. Salah satu rukun iman korang tak percaya,..mati tak beriman lah kamu...Rukun Iman , 6 tolak 1 jawapannye kosong... # maaf cik felicia...saya tak marah kamu...

Jalak Lenteng
Jalak Lenteng : Kat kelantan Judi dan Arak bulah benteras,..kenapa tempat lain judi dan arak berleluasa..??? ikhlas ke tak BN nak buat amal makruf nahi mungkar nih..???

Akhi Fairuz Al-Jengkari
Akhi Fairuz Al-Jengkari : kenapa tidak di kelantan, sila rujuk surat Tun M kepada Kerajaan Kelantan semasa Pas ingin melaksanakan hudud di sana. kak mai dah tahu isu ni, tapi masih tanya. ni link dia : http://ustazmoden.wordpress.com/2009/01/30/surat-tun-m-kepada-mb-kelantan-menjelaskan-kenapa-hudud-sukar-dilaksana-di-malaysia/

Maizura Hj Idris
Maizura Hj Idris : astagfirullah.....masyaallah......
sabar en jalak lenteng.....sabarrr......

Jalak Lenteng
Jalak Lenteng : Maizura : Ko pi baca web en. Akhi bagi tu.!!!..jgn nak suka suka cakap kitaorang tak nak buat. Kalau buleh dah buat dah. Pi belajaq sikit pasal rukun iman , islam nih. Jgn nak suka2 cakap tak tentu pasal...!!!

Akhi Fairuz Al-Jengkari
Akhi Fairuz Al-Jengkari : 8. Hudud itu mencegah. Pelaksanaan akan mendapat karamah dari Allah. Lakukan saja apa yg Allah perintahkan. Sahut semua perintah Allah dlm Al-Quran. Kesalahan manusia yg membabitkan Allah :

a) Kesalahan zina; perbuatan perhubungan seks antara dua jenis sama ada secara paksa atau rela, sama ada bujang, janda ataupun duda. Perbuatan itu tidak sampai mencerakan orang lain.

b) Kesalahan qazaf (menuduh); perbuatan menuduh orang baik sebagai berzina tanpa membawa empat orang saksi atau bukti. Tuduhan ini boleh jadi suami terhadap isteri atau orang lain terhadap mana-mana perempuan

c) Kesalahan mencuri; perbuatan mencuri barang berharga orang lain atas niat jahat dalam kadar tertentu. Perbuatan itu tidak mengakibatkan kecederaan orang lain.

d)Kesalahan minum arak; perbuatan minum arak sama ada sedikit atau banyak. Perbuatan itu tidak sampai mencederakan orang lain.

Akhi Fairuz Al-Jengkari
Akhi Fairuz Al-Jengkari : yg masih khilaf :

a) Kesalahan meninggalkan solat fardu; mereka meninggalkan solat atau niat mengikari ajaran Islam malah mereka bangga tidak melakukan solat.

b) Kesalahan murtad; mereka yang telah memeluk Islam tetapi bertindak keluar daripada Islam sama ada secara suka atau paksa.

Maizura Hj Idris
Maizura Hj Idris : emosional sungguh en jalak ni ye......ganas sungguh ayatnya.....kuatkan imannnnnnn....!!! xpe la..saya tau en jalak hebat..en jalak bagus......saya bkn suka cakap x tentu pasal..suka cr pasal kut..hehehhehe...jgn mara yeeeeeeee....

Felicia Ling
Felicia Ling : Mmm, tapi surah dalam al-quran tidak menetapkan sebat untuk wanita yang minum arak yang dituduh buat kali pertama. Saya ingat selalu pesanan Arwah Hussein Al Attas. Agama Islam meletakkan beban yang begitu berat di atas bahu hakim. Teruk padahnya sekiranya hukuman yang tidak setimpal dan tidak berperikemanusiaan dikenakan ke atas pesalah tanpa memberi peluang untuk bertaubat.

Undang2 hudud tidak boleh dijalankan buat setakat ini keranan rakyat tidak diberi peluang saksama untuk mencari nafkah halal. Yang kaya terlalu kaya dan yang miskin terpaksa mencuri kerna anak bini kelaparan. Punca jenayah Malaysia (kecuali rogol dan sumbang mahram) kebanyakannya berkaitan dengan ekonomi.

Tambahan pula, rasuah begitu berleluasa di kalangan penguatkuasa. Saya khuatir ada orang hilang tangan, hilang mata sebab dianiayai. Contoh: Dato Seri Anwar Ibrahim. Orang kaya berkuasa tidak akan dikenakan hukuman hudud sebab polis dan hakim boleh dibeli.

Khairul Faizi
Khairul Faizi : Satu perkara yg baik dlm isu sebatan Kartika ni, saya nampak kaum wanita bersatu suara, tidak kira apa latar belakang mereka.

Cuma, kita perlu hati2 dalam soal hudud ni. Dulu ketika PAS mula2 nak laksanakan hudud di Kelantan, saya antara org yg MEMBANTAH dgn hujah ia tak sesuai dgn masa kini dan lain2 lagi.

Tapi bila diberi peluang utk belajar dlm pngajian Islam termasuk hudud, barulah sy sedar bhw hudud adlh hukum dr Allah, Pencipta kita..

Masalah kita, kenapa tak laksana hudud masih lagi kita bincang smpai ke hari ini.

Saya impikan pemimpin2 kita dpt duduk semeja dan cari jalan penyelesaian utk laksanakn undang2 dr Allah ini bukan menuding jari sesama sendiri sedangkan ia tidak dilaksanakan.

Lagipun, hudud adlh utk org yg buat salah, bukan utk kita yg benar & baik2 ni...

Akhi Fairuz Al-Jengkari
Akhi Fairuz Al-Jengkari : sdri felicia, dlm islam ada kaedah fiqh aulawiat. fekah keutamaan, lakukan yag terpenting dari yang penting. benar apa yg sdri katakan. hudud itu memang menjadi agenda pas semenjak ia ditubuhkan. bukan sekadar itu, sejak ayat berkaitan hudud diturunkan. kami yg beragama islam wajib mematuhi perintah allah ini.

yg takut hudud ini dijalankan adalah orang islam yg bersalah. yg rasuah. yg minum arak. yg mencuri. yg menyeleweng harta rakyat. yg mengaut keuntungan dari komisen2. mrk menolak mentah2.

isu yg ahli umno selalu bangkitkan, knp pas tdk melaksanakan di negeri kelantan, kedah dan negeri pakatan yg lain. di kelantan kita dah sedia maklum. di negeri PR kita mengutamakan kebersamaan dlm menentang ketidakadilan, hudud masih lagi menjadi agenda.

ia melibatkan maslahah kaum, perbedaan agama dan komposisi keturunan di malaysia. kami di pihak pas tiada peluang utk menerangkan kecantikan syariat islam itu kpd bukan islam terutama isu hudud. semuanya diputarbelitkan oleh umno.

Akhi Fairuz Al-Jengkari
Akhi Fairuz Al-Jengkari : saya ingat lagi, Tun M pernah berkata jika pas melaksanakan hudud, sudah pasti habis batu di jalan digunakan utk rejam. dia islam, tapi dia yg paling kuat menetang hukum islam.

spt sdri felicia katakan, isu DSAI, isu rasuah dll, punca jelas. UMNO dan Bn punca utama. kami yg beragama islam yg paling bahaya sekali ancaman adalah org2 munafik. berpura2. hipokrit. lidah bercabang dua. isu hudud ini perlu diperjelaskan dulu dlm komponen PR.

saya percaya masing2 dlm PR menghormati prinsip masing2. bukan mcm UMno dan Bn. depan ckp lain, blakang ckp lain. yg paling panas saya dgr, bila mati hujah, mula rasis melampau2. akhirnya mesti hentak halau cina dr bumi malaysia.

sebab itu sy katakan prinsip fekah keutamaan menjadi teras dlm gerakan islam. kita bersatu menentang kezaliman, ketidakadilan dll. soal hudud ttp dasar pas kerana ia dr Allah. pelaksanaan akan berlaku jika muslim & non muslim faham. bukan mcm umno yg islam tp masih xnak faham smpai sekarang. sy cukup kecewa.

Akhi Fairuz Al-Jengkari
Akhi Fairuz Al-Jengkari : setuju dgn saudara khairul faizi.

Felicia Ling
Felicia Ling : Debat untuk undang2 hudud sudah pasti akan berterusan. UMNO BN menakut2kan orang bukan Islam di setiap PRK bahawa sekiranya orang bukan Islam memilih PAS, PAS akan melaksanakan undang2 hudud. Lanskap politik telah berubah selepas 8 Mac 2008. Nizar juga perlukan undi orang bukan Islam untuk menang Bukit Gantang dan calon PR bukan Islam juga perlukan undi orang Islam untuk menang di Bukit Selambau. Kita negara demokrat, kehendak rakyat diperlukan sebelum mana2 undang2 dilaksanakan. Undang2 hudud akan jadi realiti sekiranya rakyat sudah percaya kepada sistem penguatkuasaan. Yang tidak bersalah tidak akan dianiaya dan yang bersalah tetap menerima akbatnya tidak kira kedudukan (samada diraja atau tidak, kaya atau miskin) dan tidak ada "lubang" dalam undang2.

Diskusi yang bernas. Kita anak Malaysia sememangnya bangsa yang progresif.

Kapak Siam
Kapak Siam : tahniah pada sdr Akhi Fairuz, kerana mengujudkan satu diskusi yg menarik minat rakan2 fb untuk mencelah pada sdri Felicia Ling bijak kamu menyudahkan diskusi tetapi saya kasihan pada sdri Nurulashikin dan Maizura mrk masih tergantung dlm penyudahnya....cool...

Akhi Fairuz Al-Jengkari
Akhi Fairuz Al-Jengkari : Semoga Allah merahmati sesiapa jua yang memperjuangkan Islam serta menginginkan keADILan di dalamnya.


Anda Kenal Siapa Felicia Ling?

Beliau merupakan Ketua Wanita PKR Bahagian Cheras dan Ketua Wanita PKR Wilayah Persekutuan. Moga Allah memberi hidayah dan petunjuk kepada beliau. Ops, juga kepada Kak Maizura & Kak Nurul Ashikin.

6 komentar:

Anonymous said...

UMNO, dulu kini dan selama-lamanya.
Hairan dgn mereka ni. Walaupun saya bukan ahli politik, namun saya benci politik perkauman yg dimainkan UMNO.

Berjuang Melayu apa andai Melayu roh Islam hilang, berjuang melayu apa, andai Bahasa Melayu tdk didaulatkan, berjuang Melayu apa, andai tulisan jawi diahapuskan, berjuang melayu apa, andai kekayaan untuk kroni2 sahaja, berjuang melayu apa, andai pemimpin2 umno rasuah berjuata2 ringgit.

from : Anak Felda Johor

Anonymous said...

Teruskan hukuman jangan dipermain hukum syariah. Di akhirat hanya amalan yang menentukan nasib seseorang. Tiada rayuan lagi. Apakah erti rayuan setelah dijatuh hukuman? Ini hukum Syariah Kuantan maka harus diperluaskan di seluruh Malaysia supaya seluruh umat Islam Malaysia insaf. Jangan kamu meminum, membeli, menjual dan memberi arak kerana itu perbuatan Syaitan. Tetapi alkohol ini adalah halal jika digunakan di hospital atas sebab untuk kesihatan. Alkohol yang diminum ertinya haram, tetapi alkohol diguna untuk perubatan adalah halal. Renungkanlah.

Anonymous said...

Hukuman ini tidak patut dilaksanakan sebab takut nanti perkara ini akan mengeluarkan pemandangan atau "ideology" yang buruk bagi umat atas sebab pesalah akan mendapat persepsi bahawa dosa akan dapat dihapuskan di dunia ini. Bayangkan, ramai akan terdesak-desak mahu disebat berdasarkan dosanya sewaktu dahulu dan sudah terbuka hati untuk menginsafkan diri. Anggaran idealogi ini boleh merosakkan pemahaman Islam dimana setiap yang haram harus dihukum jika tertangkap. Minum Arak - Sebat , Makan Babi - ???, Tinggalkan Solat -??? Tidak membayar zakat - $$$...... Ringgan2 dating - ??? Tengok cerita lucah - ????

Pada sesiapa yang melakukan perkara tersebut bila insaf di suatu hari nanti akan mengaku bersalah di mahkhamah ibarat agama keristien dimana setiap dosanya diceritakan pada paderi.
Renungkanlah.

Anonymous said...

Alcohol should be banned totally like opium. Opium now does have a death penalty. Some countries do banned smoking at public places like bus stop, hospitals, car parks, children playground, or even shopping centres or restauraunts. You will be fine for doing it. Perhaps Malaysia should have a banned for Muslims entering any entertainment outlets, bars, casinos.. etc. This would certainly improve the community and society as a whole and create budget for the goverment. Any Muslim entering such ban locations will need to pay a hefty fine and this will certainly creates revenue.

Anonymous said...

Just because of one fool the whole community is fooled. Alcohol was once halal but was made haram just because a fool commits slander during the time of the prophet. Opium was once legal but are now illegal because no leader would want a drunken community or society in a country that needs a good moral society for a country to develop. If any substance be it opium or alcohol, it should be banned totally so that society will understand that Islam is a way of life whereby "drunkenness" is not the Islamic way. Yet again alcohol is still halal in medical science and opium was once used for the sake of healing.
If opium can carrys a death penalty, what about alcoholic drinks? I wonder...

Anonymous said...

Adakah ini hukuman Allah? Sepatutnya 40 sebatan dan bukan 6 sebatan dan RM5000 atau 3 tahun penjara. Jika ia hukuman Allah, mengapa 6 sebatan dan mengapa RM5000 atau 3 tahun penjara pula? Jika di sebat 40 kali sebatan baru dinamakan Hudud atau mengikut ajaran Islam yang sudah dikatakan di dalam Hadis, maka jika di lakukan di akhirat nanti dosa itu tidak akan diungkitkan lagi. Jika hanya 6 sebatah maka di akhirat nanti pesalah tetap kena jawab dosanya di akhirat kelak. Lagi pelik, mengapa hanya 3 negeri yang ada hukuman sebatan? Adakah ini 1 Malaysia? Sepatutnya setiap negeri di Malaysia mesti mengikut undang2 yang sama dan bukan berlainan untuk menuju kepada 1 Malaysia.

Sebagai manusia kita sentiasa lupa dan dimanakah pencegahan sebelum maksiat berlaku? Adakah Kartika dicegah sebelum ia melakukan perbuatannya itu?

Agak musykil juga jika sebuah negeri Islam juga ada membina sebuah tempat berjudi di Genting Highlands. Adakan ini satu percagahan?

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 Hitam Putih Kehidupan. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan