05 July 2009

Go! Go! MU..

Musim EPL belum mula lagi. Owh! MU for Manek Urai rupanya. Kreatif betul. Peminat bola kat Manek Urai confirm beli t-shirt yang dijual menggunakan logo ni. Aku booking 1 tau. Boleh menambah lagi koleksi. hu-hu-hu.

Berbicara perihal PRK Manek Urai, masing-masing sedang sibuk berkempen walaupun hari penamaan calon pada 7 Julai 2009. Umno lagi awal. Tv1, tv2, tv3, ntv7, 8tv, tv9, Utusan, Berita Harian, Metro, Kosmo dan lain2 mendahului kempen bagi mereka. Media perdana kan parti komponen Barisan Nasional. hu-hu-hu

Fauzi Abdullah mewakili PAS dan Tuan Aziz Tuan Mat mewakili Umno akan berentap. Parti Islam vs Parti Kebangsaan. Kadang-kadang lucu juga atas sebab apa Tuan Aziz Tuan Mat dipilih oleh Umno menjadi calon mereka. Salah 1 sebabnya namanya sama dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. ha-ha-ha..Cuma Tuan dan Nik je yang berbeza. Yang lain sama. Nak mengharap tuah Tuan Guru kot. Ikut kamu la Umno.

Yang PASti PRK ini akn berlangsung sengit. PAS jangan terlalu komited untuk menang. Umno memiliki kalangan pemikir yang setanding pemikir yahudi. 1001 cara nak sabotaj, 1001 cara nak kalahkan PAS serta 1001 cara yang lain.

Isu-isu semasa juga banyak mempengaruhi PRK ini. Namun aku percaya rakyat di Manek Urai tidak mudah terpengaruh dengan dakyah media-media Umno. Biasalah, habis PRK nanti, hilang la semua cerita. Taktik Umno bukan.

Di sini aku menyeru agar pengundi di Manek Urai membuat pilihan yang bijak agar menolak Parti yang jelas-jelas menganiayai rakyat kelantan dalam isu royalti minyak. Pilihlah Parti yang berteraskan Islam. Aku percaya kamu semua cerdik. Jika tidak, masakan Kelantan masih kekal di bawah PAS.

Buat Umno, keluarkanlah segala dana kewangan yang kamu ada. Berilah segala yang kamu mahu. Turaplah jalan sepanjang mana yang boleh. Torehlah getah sebanyak mana yang ada. Buatlah segala-galanya. Tapi nasihat aku, niat tu kena ikhlas. Baru akan diberkati oleh Allah. Tapi apakan daya, sejarah menjelaskan kamu siapa. Dulu, kini dan selama-lamanya penipu dan pembelit leher rakyat.

Ambo nak Abe Uji!
Ambo nak Parti Islam!
Allahuakhbar!!

2 komentar:

Anonymous said...

Watch and read mohammed T-shirt art from Sweden at,
http://www.mohammedt-shirt.com
Please read in English.

Akhi Fairuz Al-Jengkari said...

Too much. Laknat Allah pada mereka.

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 Hitam Putih Kehidupan. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan