Alhamdulillah. Akhirnya novel karya Habiburahman El Shirazey a.k.a Kang Abik Ketika Cinta Bertasbih difilemkan. Di Indonesia khabarnya sudah ditayang filem ini. Di Malaysia belum ditayang, namun bisa menontonnya di Youtube. Sama seperti filem Ayat-ayat Cinta yang lepas. Aku pasti menonton filem ini. Bagi filem ini Kang Abik berlakon sama dan menerapkan unsur-unsur islamik sama seperti dalam novel. Beliau tidak mahu unsur-unsur yang tidak baik terlepas siar seperti Ayat2 Cinta. Sountrack bagi filem ini dinyanyikan oleh Melly Goeslow, boleh tahan juga lagunya, petikan gitar amat mengasyikkan. Cari di Youtube ya, pasti anda ketemu lagu ini. Apa2pun, aku berdoa agar filem ini berjaya.
[Lihat itu, poster terpampang di Indonesia ditayang di pawagam pada 11 Jun 2009. Lambat bangat di Malaysia. Sudah dicetak rompak dan di upload di internet baru muncul]
[Waduh2, cantik dan solehah gitu. Tidak seperti watak Aisha dalam ayat2 cinta. Ini betul2 berhijab. Bukan sekadar untuk filem. Anda tahu gadis ini memegang watak sebagai apa? ha-ha-ha.. Sudah tentulah Anna Althafunnisa. Watak Anna di bawa oleh Setiana Dewi. Hatiku sudah terpaut dengannya. hu-hu-hu..]
[Yang ini walupun aku tidak memperkenalkan beliau membawa watak apa pasti pembaca novel Ketika Cinta Bertasbih mengetahuinya. Inilah Eliana. Gadis lincah. Anak Duta Indonesia di Mesir. Tapi di dalam novel ya. Alice Sofie Norin memegang watak ini]
[Yang ini juga hensem. Furqan. Juga mahasiswa universiti al-azhar mesir di dalam novel. Wataknya agak antagonis. Watak Furqan dijayakan oleh Andi Arsyil Rahman]
[Cuba teka yang ini membawa watak siapa. Azzam udah, Anna udah, Furqan udah, Eliana juga udah. Yang belumnya siapa. Sudah tentu Husna, adik si Azzam. Penulis karya ketuhanan yang berjaya di Indonesia seperti yang terpapar dalam novel. Waduh, yang ini pun cantik juga. Pandai Kang Abik memilih pelakon. ha-ha-ha. Meyda Sefira nama beliau]
Apa-apapun, aku sebagai rakyat Malaysia amat berharap agar industri perfileman di Malaysia jangan dok asyik ulang idea yang sama dalam menghasilkan sesebuah filem. Razak Mohaideen dgn lawak utaranya, David Teo dengan seramnya, Yusof Haslam dengan cintanya, Yasmin dengan liberalnya serta lain2 yang hanya mempopularkan budaya remaja yang tidak baik untuk difilemkan, sekadar mengaut keuntungan tanpa ada matlamat untuk berdakwah melalui filem.
Mual, fed-up, meluat. Angkatkanlah novel2 karya penulis-penulis Malaysia untuk difilemkan. Stefa Isle boleh. Karya Zaid Akhtar juga boleh. Banyak lagi bai. Usah di momokkan rakyat Malaysia dengan filem yang berwajah Hollywood, Bollywood, Cinawood dan Plywood. Pi mai pi mai tang tu jugak.
0 komentar:
Post a Comment