30 June 2009

Debat Nik Aziz, Najib boleh gunakan talian hayat kalau tak mampu jawab

Cabaran debat oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Najib Razak merupakan ruang terbaik untuk Presiden Umno itu membuktikan bahawa parti mereka bukannya parti sekular. Ia juga ruang untuk Najib membuktikan bahawa ajaran Umno tidak sama dengan Komunis atau Ayah Pin.

Sebelum ini merata pemimpin Umno benggang bila TGNA kiaskan Umno itu sama seperti Komunis dan ajaran Ayah Pin, tapi malangnya mereka gagal untuk kemukakan hujah yang ampuh bagi menafikan perkara itu.

Maka sekali lagi ditegaskan bahawa debat ini adalah satu ruang terbuka untuk Najib;

  1. Membuktikan bahawa Umno bukan parti sekular.
  2. Umno tidak sama dengan Komunis atau ajaran Ayah Pin
  3. Menyelamatkan maruah Umno dimata rakyat.
  4. Membuktikan beliau layak untuk jadi Presiden Umno

Jika Najib menolak maka selepas ini Umno kena terima jika rakyat mengelarkan mereka parti sekular sama macam Komunis dan ajaran Ayah Pin.

Ahli Umno kena terima bahawa parti mereka tiada maruah dan Najib tak layak jadi Presiden mereka kerana tidak mampu menyelamatkan maruah mereka.

Debat ini penting untuk rakyat menilai sejauh mana kemampuan Umno yang begitu bangga dengan ideologi perkauman mereka.

Debat ini juga bakal menguji sejauh mana kefahaman Najib sebagai Presiden dan pemimpin Umno yang ada terhadap hala tuju Umno yang sebenarnya.

Saya mencadangkan agar debat ini diadakan di Manik Urai sesuai dengan suasana Pilihanraya sekarang yang mana rakyat mahu melihat kemampuan pemimpin kedua-dua parti terbesar, Pas-Umno ini memperjuangkan ideologi dan dasar-dasar mereka.

Saya yakin TGNA sudah lama bersedia dan sanggup berdebat dengan mana-mana pemimpin Umno sekalipun. Kalau Najib tak mampu pergi seorang, beliau boleh ajak Muhyiddin, Mahathir dan Pak Lah sekali. Nak ajak Rosmah pun boleh. Ada lagi sesiapa nak jadi talian hayat Najib…silakan…

post by : www.syukran.wordpress.com

26 June 2009

Jom Berkenalan Bunga-Bunga Jengka!!

Sekali sekala bercerita perihal kampung halaman bagus juga. Lagipun Bulan 6 blog aku sarat dengan isu-isu semasa serta perihal politik. Ok, sebelum aku bercerita berkaitan 'bunga-bunga jengka', apa kata aku terangkan bagaimana nama JENGKA itu wujud. Begini, tanah rancangan jengka ini berasal dari perkataan JIN-KE. Ha-ha-ha. Lucu kan. Asal dari perkataan Jin. Maklumlah sebelum Felda Jengka dibangunkan, di sini kawasan hutan dan menjadi tempat Jin Bertendang; bak kata bapak aku la.

Untuk makluman, ada 25 felda di dalam jengka. Maksudnya ada 25 Jin di sini. Macam aku, Jengka 21. So, aku Felda JIN-KE 21. hu-hu-hu.. Yang peliknya nama Jin Ke bertukar kepada Jengka. Boleh la. Ada mirip-mirip juga bunyinya. Ok, sekarang mari kita berkenalan dgn bunga-bunga Jengka. Kalau tak silap aku, dari 25 Jengka yang ada, terdapat 21 Jengka je yang menggunakan nama bunga. Sebagai contoh Felda Anggerik Jengka 1. Lebih lanjut, jom aku tunjukkan bunga-bunga yang mewakili Jengka.

1. Felda Anggerik Jengka 1

2. Felda Cempaka Jengka 2

3. Felda Dahlia Jengka 3

4. Felda Cempaka Jengka 4

5. Felda Kekwa Jengka 5

6. Felda Keembong Jengka 6

7. Felda Kenanga Jengka 7

8. Felda Kesidang Jengka 8

9. Felda Kesumba Jengka 9

10. Felda Mawar Jengka 10

11. Felda Melati Jengka 11

12. Felda Melor Jengka 12

13. Felda Puteri Malu Jengka 13

14. Felda Raya Jengka 14

15. Felda Semarak Jengka 15

16. Felda Sena Jengka 16

17. Felda Seri Pagi Jengka 17

18. Felda Seroja Jengka 18

19. Felda Siantan Jengka 19

20. Felda Tanjong Jengka 20

21. Felda Teratai Jengka 21

Bagus juga maktubkan nama-nama bunga yang berbeza bagi mewakili jengka masing-masing. Aku Jengka 21, so bunga TERATAI merupakan bunga tema kampungku walaupun nak cari bunga teratai kat Jengka 21 susah. Apa yang penting, kekalkan kehijaun kampung masing-masing.


(o ye, akhi fairuz al-jengkari tu aku ambik dari asal kampung aku; Jengka. So, jadi la al-jengkari)

Michael Jackson Meninggal Dunia

Raja Pop Dunia. Penghibur serba boleh. Bekas ahli kumpulan Jackson Five. Lahir kulit hitam, melakukan pembedahan terus jadi warna putih. Penuh dengan kontroversi semasa hidup. Seks oral kepada kanak2, isu penceraian, anti dengan bapanya, sekejap peluk Islam, sekejap tidak dan lain2 lagi. Baru2 ni beliau sempat mengumumkan akan mengadakan konsert terakhir secara besar-besaran. Jika tak silap, bulan Julai nnt. Namun apakan daya, beliau telah meninggal dunia awal pagi tadi dalam usia mencecah 50 tahun. Sebelum ini digembar-gemburkan juga abang beliau telah mengajaknya untuk memeluk agama Islam dan beliau bersetuju. Jika ia benar, maka Alhamdulillah, Segala Puji Kepada Allah. Dosanya telah dihapuskan saat beliau mengucap 2 kalimah syahadah. Kita lihat sahaja jenazah atau mayat beliau di kebumikan. Samada di perkuburan Kristian dgn istiadat agama kristian atau juga di perkuburan Islam dgn pengkebumian cara Islam.

.........................................................................................................

By NEKESA MUMBI MOODY and DERRIK J. LANG, Associated Press Writers Nekesa Mumbi Moody And Derrik J. Lang, Associated Press Writers 3 mins ago

LOS ANGELES – Michael Jackson, the sensationally gifted child star who rose to become the "King of Pop" and the biggest celebrity in the world only to fall from his throne in a freakish series of scandals, died Thursday, a person with knowledge of the situation told The Associated Press. He was 50.

The person said Jackson died in a Los Angeles hospital. The person was not authorized to speak publicly and requested anonymity.

The circumstances of his death were not immediately clear. Jackson was not breathing when Los Angeles Fire Department paramedics responded to a call at his Los Angeles home about 12:30 p.m., Capt. Steve Ruda told the Los Angeles Times. The paramedics performed CPR and took him to UCLA Medical Center, Ruda told the newspaper.

Jackson's death brought a tragic end to a long, bizarre, sometimes farcical decline from his peak in the 1980s, when he was popular music's premier all-around performer, a uniter of black and white music who shattered the race barrier on MTV, dominated the charts and dazzled even more on stage.

His 1982 album "Thriller" — which included the blockbuster hits "Beat It," "Billie Jean" and "Thriller" — remains the biggest-selling album of all time, with more than 26 million copies.

He was perhaps the most exciting performer of his generation, known for his feverish, crotch-grabbing dance moves and his high-pitched voice punctuated with squeals and titters. His single sequined glove, tight, military-style jacket and aviator sunglasses were trademarks second only to his ever-changing, surgically altered appearance.

By some measures, he ranked alongside Elvis Presley and the Beatles as the biggest pop sensations of all time. In fact, he united two of music's biggest names when he was briefly married to Presley's daughter, Lisa Marie.

As years went by, he became an increasingly freakish figure — a middle-aged man-child weirdly out of touch with grownup life. His skin became lighter, his nose narrower, and he spoke in a breathy, girlish voice. He surrounded himself with children at his Neverland ranch, often wore a germ mask while traveling and kept a pet chimpanzee named Bubbles as one of his closest companions.

In 2005, he was cleared of charges he molested a 13-year-old cancer survivor at Neverland in 2003. He had been accused of plying the boy with alcohol and groping him. The case took a fearsome toll on his career and image, and he fell into serious financial trouble.

Jackson was preparing for what was to be his greatest comeback: He was scheduled for an unprecedented 50 shows at a London arena, with the first set for July 13. He was in rehearsals in Los Angeles for the concert, an extravaganza that was to capture the classic Jackson magic: showstopping dance moves, elaborate staging and throbbing dance beats.

Hundreds of people gathered outside the hospital as word of his death spread. The emergency entrance at the UCLA Medical Center, which is near Jackson's rented home, was roped off with police tape.

"Ladies and gentlemen, Michael Jackson has just died," a woman boarding a Manhattan bus called out, shortly after the news was annunced. Immediately many riders reached for their cell phones.

In New York's Times Square, a low groan went up in the crowd when a screen flashed that Jackson had died, and people began relaying the news to friends by cell phone.

"No joke. King of Pop is no more. Wow," Michael Harris, 36, of New York City, read from a text message a friend sent to his telephone. "It's like when Kennedy was assassinated. I will always remember being in Times Square when Michael Jackson died."

25 June 2009

Mufti Perak kurang terdedah sejarah politik Islam - Nik Aziz

KOTA BHARU, 25 Jun (Hrkh) - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dianggap tidak terdedah dengan sejarah politik Islam sehingga menganggap PAS sebagai punca perbalahan orang Melayu di negara ini.

"Kalau betullah PAS menjadi punca balah, maka Nabi Muhammad saw juga menjadi punca masyarakat Arab ketika itu berbalah.

"Ini kerana PAS meniru apa yang dilakukan Nabi Muhammad saw. Apakah Nabi Muhammad saw menjadi punca belah. Sedangkan apa yang berlaku punca pecah belah datang daripada orang yang lawan Islam," kata Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mursyidul Am PAS itu bertanya sekarang siapa punca berpecah belah, parti Islam atau parti kebangsaan yang berteraskan sekular.

Menurutnya, orang Islam kena tengok semula sejarah, adakah Nabi Muhammad saw menjadi punca perbalahan masyarakat ketika itu atau orang yang melawan ajaran dibawanya.

"Kalaulah Nabi Muhammad saw menjadi punca balah, maka apa yang dikatakan Mufti Perak itu betullah.

"Sedangkan baginda berbalah dengan bapa saudara dan masyarakat Arab bagi menegakkan Islam. Jadi siapa yang menjadi punca balah," katanya di sini.

Sebuah akhbar hari ini menyiarkan kenyataan Mufti Perak yang dianggap kecewa dengan gelagat sesetengah parti politik yang mendakwa Islam tetapi sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan bagi menegakkan ideologi politik mereka.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang Menteri Besar Kelantan berkata, PAS ditubuh di Pulau Pinang oleh alim ulama yang asal berada dalam Umno.

Namun katanya mereka keluar daripada Umno dan menubuh sebuah parti Islam pada 1951.

Beliau juga berkata, Umno ialah United Malay National Organization yang memperlihatkan parti itu berjuang berteraskan kaum.

"Jadi mengapa dia sibuk dengan kita, sedangkan dia parti Melayu. Pelawalah orang Melayu seramai yang boleh kerana mereka parti orang Melayu.

"Tetapi sekarang mengapa pula orang Melayu sudah ramai yang lari daripada Umno. Orang Melayu sudah lari kepada PAS, KeADILan dan DAP," tambahnya.

Menurutnya juga Umno selama ini secara jelas menyebut agama lain dan politik lain dalam perjuangan mereka.

Sedangkan beliau berkata, Islam meminta manusia berpadu sama ada dengan orang Melayu, Cina dan India.

"Kalau perpaduan sebenar biarlah semua kaum dalam BN dan Pakatan Rakyat berpadu," katanya.

Oleh itu beliau meminta supaya mufti terbabit supaya lebih baik menggunakan masa yang berharga untuk mempengaruhi Umno supaya tukar dasar kebangsaan kepada Islam.

"Berapa sen harga kaum Melayu atau bangsa Arab di Padang Mahsyar kelak. Dalam keadaan PAS masuk Perikatan dahulu lalu dengan dijemput pun PAS ditendang keluar.

"Inikan pula kita yang cuba sorong-sorong kepala. Sebab itu saya tengok sehari dua ini Umno macam orang gila talak pula," katanya.

Sebelum ini ketika mengadakan pertemuan dengan warga pendidik di Kuala Krai, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyebut perpaduan hanya diminati antara PAS dan Umno sahaja dan bukan melibatkan parti lain. - mj_

Komentar :

Bagus Tok Guru. Apa la Mufti Perak ni. Ginilah, pergi jumpa Zambry Menteri Besar Perak Haramjadah, pastu isi borang keahlian UMNO. Kalau dah isi lagi bagus, panggil semua press , n then umumkan yang awak tu memang ahli UMNO. So, apa2 statement yang di keluarkan selepas ini kami tahu kamu bercakap atas kapasiti ahli UMNO. Amacam, ada bran?

Apabila Mufti Haru Biru Sana Sini Berbicara Perihal Kerajaan Perpaduan..


PUTRAJAYA 24 Jun – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kecewa dengan gelagat sesetengah parti politik yang mendakwa parti Islam tetapi sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan sesama Islam demi menegakkan ideologi politik mereka.

Sambil menyuarakan rasa kecewa dengan kegagalan merealisasikan kerajaan perpaduan Pas-UMNO, Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2008 itu berkata, parti yang mendakwa Islam ini bertindak tidak seperti mana DAP yang tidak bergaduh sesama parti Cina lain malah sanggup pula bersatu demi kejayaan kaum sendiri.

‘‘Saya sebenarnya amat berharap benda ini (kerajaan perpaduan) jadi (kenyataan) sebab saya sendiri memperjuangkan supaya masyarakat Melayu dan Islam ini bersatu.

‘‘Tapi saya kecewa. Mereka ini taksub kepada parti sehingga menganggap sesama mereka (dalam parti sendiri dan parti-parti Melayu lain) bukan bersaudara. Politik itu politiklah tapi persaudaraan Islam itu mestilah dijaga, maka haramlah memutuskan tali persaudaraan Islam itu,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Komentar :

Aku cukup respek apabila beliau berjuang berkaitan isu murtad. Pendirian beliau dalam isu Sisters In Islam pun sama. Namun apabila beliau membicarakan atau memberi komen perihal politik di Malaysia, menggelengkan kepala adalah sebaik-baik perbuatan. Tidak cukup dengan sikap beliau yang cuba 'menghasut' PAS dan Umno untuk bergabung di Perak selepas PRU Mac 2008 yang lepas, kemudian mencuri perhatian kembali dengan isu mogok lapar; keluar statement tanpa mengambil tahu kenapa ianya boleh berlaku.

Dan hari ini terpampang di Akhbar Utusan Malaysia statement beliau seperti yang dilaporkan oleh wartawan. Nampak sangat tak jelas apa itu kerajaan Perpaduan yang dimaksudkan Presiden PAS. Kaji la dulu. Sekarang bila dah keluar statement, 1 Malaysia tahu yang kamu tidak tahu apa itu definisi Kerajaan Perpaduan. Bukannya UMNO PAS bergabung membentuk kerajaan. Sebab tu aku menganggap kamu Mufti Haru Biru Sana Sini.

Kerajaan Perpaduan : diamalkan di beberapa buah negara; Britain, Israel, USA dan lain2. Terbentuk apabila berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini; sbg cth darurat. Sekarang ini setiap negara berhadapan dgn krisis ekonomi global yang begitu mencengkam kerongkong gara-gara dasar kapitalis yang di amalkan. Malaysia tidak terkecuali. So, Presiden PAS memberi idea akan gagasan ini bagi menghadapi krisis tersebut. Ini idea & cadangan, yang kalut macam Ketua JKKK tu watpe? Ok, sambung balik. Apabila ia berlaku, tiada lagi pembangkang. Kerana masing-masing telah diberi jawatan menteri mengikut bilangan undi popular dalam PRU yang lepas. Walaupun tiada pembangkang, ttp masing-masing ada hak untuk membangkang. Tetapi penggabungan itu tidak lama dan tidak kekal. Krisis berlalu dan telah selesai, kita bertempur kembali. Ada faham?

Ini dok jaja sana sini PAS memutuskan silaturrahim. Dok wat hingaq dalam akhbar. Cuba contohi Bekas Mufti Perlis, Dr Asri. PAS sentiasa menghulurkan silaturrahim, bukan saja pada UMNO, tetapi kepada semua parti tanpa mengira bangsa dan agama. Yang memutuskan silaturrahim UMNO. Isu Memali, Lubuk Merbau, pemimpin PAS disumbat ke dalam ISA dan lain-lain. Siapa yang memutuskan silaturrahim? SIAPA? Itu belum dikira bantuan kepada rakyat; yang diagihkan hanya kpd golongan UMNOputra. Statement ini terlalu rasict la wahai Tan Sri Mufti. Konon minta contohi Parti Cina. Ini kenyataan nak menyedapkan hujah. Dalil yang sempit.

Yang paling aku sedih apabila kamu menyatakan : ‘‘Tapi saya kecewa. Mereka ini taksub kepada parti sehingga menganggap sesama mereka (dalam parti sendiri dan parti-parti Melayu lain) bukan bersaudara. Politik itu politiklah tapi persaudaraan Islam itu mestilah dijaga, maka haramlah memutuskan tali persaudaraan Islam itu,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini. - Ini apa ni? Siapa yang taksub kepada parti? Ikut sedap mulut je.

Ini lagi aku sedih, dalam utusan online takdek, dalam akhbar ada : "kalau ada perasaan dendam, hasad dengki dan benci sesama Islam, harap kita tengok kepada sembahyang kita kerana sembahyang dapat menghilangkan perkara yang tidak baik. Jadi kalau ada sifat semacam itu maknanya sembahyang kita tidak betul lagi lah. Kena diperbaiki lagi," katanya. - Ya Rabbi!!! pelik betul aku kamu ni. Tapi aku percaya statement kamu ini bukan kepada Pemimpin PAS, tetapi kepada pemimpin UMNO. Akan datang ada lagi kenyataan-kenyataan yang lebih UMNO daripada UMNO akan dikeluarkan oleh beliau. So, kita tunggu sajalah. Bagus juga, lagi banyak statement, lagi kita tahu akan sikapnya yang sebenar.

24 June 2009

Pemimpin Turun Padang.. ha-ha-ha

Inilah dia Menteri Dalam Negeri. Dato Seri Hishamudin Husein, mantan Ketua Pemuda UMNO, sekarang Naib Presiden UMNO. Turun padang ya, melihat dan mendengar rakyat. Khabarnya di Lorong Haji Taib, siap nak bangunkan Balai Polis lagi. Baguslah jika begitu. PM Najib pun lakukan perkara yang sama, turun padang melihat 'masalah rakyat'. Sekadar melihat je la. Tindakan wallahualam. Pengalaman yang lepas, itu hanya retorik, menjadi bahan penyendal akhbar-akhbar perdana bagi memomokkan rakyat. Berbalik pada gambar di atas, agak-agak la turun padang, tapi jangan la di kerah seramai itu polis untuk escort. Macam mana rakyat nak dekati, nak utarakan masalah. Memang betul ada program rasmi untuk mendengar masalah rakyat tika lawatan, tapi please be honestly. Tau la Menteri Dalam Negeri, semua polis mahu dikerah. Ke takut orang baling kasut? Ikut kau la Hishamudin.

'REZEKI' Umno Di Bukit Gantang, MANEK URAI?

Patutlah ahli Umno di Penanti marah bukan main bila Umno Barisan Nasioanal taknak bertanding. Duit tak masyukkk. Ini Pilihanraya kecil, kalau Pilihanraya umum lagi la meriah!! Hebat seleweng duit rakyat. Dulu kini dan selamanya 'pembelit' dan 'pencekik' leher rakyat!

Apa agaknya habuan bagi PRK di Manek Urai? Turap jalan? Itu biasa. Bagi kain batik? lagi la orang kelantan biasa. Kain sarong? Duit? Beras? bantuan pada pihak sekolah? sekolah agama? masjid? ha-ha-ha..Itu semua idea lapok. Orang kelantan dah di ajar la, bagi apa ambil. Bila undi, jangan undi BN, tapi undi PAS. Beri salah, tak beri kalah, buat Umno serba salah..

(Untuk melihat lebih jelas surat di atas, klik pada gambar)

Inilah risalah PPSMI yang kononnya mengandungi UNSUR-UNSUR HASUTAN!

Risalah berkaitan PPSMI yang di edarkan kepada warga Batu Pahat Sabtu lalu. Risalah ini juga menyebabkan beberapa orang pimpinan dewan pemuda pas negeri johor dan beberapa aktivis parti ditahan. Berikut kandungan risalah tersebut :

Mengapa PPSMI perlu dimansuhkan :

1. Dasar mengajar dan mempelajari Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Ibunda telah baik dan mantap.

2. Tiada sebab yang munasabah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik ditukar ke Bahasa Inggeris pada 2003.


3. Pelajaran dalam Bahasa Kebangsaan dalam Sains dan Matematik telah berjaya dan tiada masalah yang timbul.

4. Buku teks dalam Bahasa Melayu untuk pelajaran tersebut telah mencukupi.

5. Semua guru dan pelajar Sains dan Matematik telah mahir mengajar dan belajar matapelajaran tersebut dalam Bahaasa Melayu.

6. Universiti-universiti di Malaysia telah melahirkan ramai mahasiswa Sains dan Matematik di peringkat sarjana dan doktor falsafah dalam Bahasa Melayu.

7. Seramai 68 orang ahli Sains dan Matematik bertaraf profesor telah membantah pembelajaran dan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

8. Pelaksanaan PPSMI dilakukan oleh seorang yang tidak mahir dalam bidang pendidikan dan bahasa iaitu Dr. Mahathir Mohamad.

9. Banyak kajian telah dilakukan bahawa PPSMI telah mendatangkan masalah pada pelajar dan guru dalam proses poembelajaran Sains dan Matematik.

10. PPSMI akan menjadikan Bahasa Melayu tenggelam dalam bidang Sains dan Matematik.

11. Bahasa Melayu tidak akan dianggap lagi penting di negara ini.

12. PPSMI telah dibantah secara besar-besaran oleh rakyat Malaysia pada 7 Mac 2009.

Semuanya Tidak Selamat Di Malaysia


Dari : sedikit petikan www.saifulislam.com

Sudah lama Sharlinie sepi. Wajahnya sudah lusuh di tempelan poster yang tersisa. Sesekali langkah saya terhenti, menoleh ke wajah anak kecil itu. Tidak mampu memikirkan jawapan tentang persoalan yang sudah sekian lama tinggal tanda tanya.

Di mana Sharlinie?

Komentar :

Inilah yang dinamakan 'kecekapan' pihak keselamatan. Cekap menghalang ceramah Pakatan rakyat, cekap menghalang orang dari mengerjakan solat hajat di Perak, cekap berkumpul bagi menghalang 'demontrasi' di Pejabat Agung PAS, walhal tidak ada apa2 yg berlaku. Malah cekap juga menyumbat orang politik ke dalam ISA, cekap menggeledah rumah2 blogger dan menangkapnya, cekap menghalang dan menahan kami mengedar risalah PPSMI di Batu Pahat, juga cekap membelasah rakyat dalam mana-mana demontrasi aman. Mungkin juga sibuk mengambil alih tugas Bentara Dewan di DUN Perak?

Bagaimana jika kita melihat 'kecekapan' mereka menangani kes-kes sebegini? Kes adik nurin? kes adik sharlinie? Kes Saiful Bukhari? Kes Altantuya? Kes Bos mereka sendiri - Musa Hassan? Kes Ayah Pin hilang? Bagaimana pula hilangnya Balasubramaniam bagi kes altantuya? Kes Kugan yang dibelasah sampai mati? Macam2 lagi la. Aku fed-up dengan pihak keselamatan. Aku bukanlah judge semuanya hampeh, tapi apalah erti 'baik sebahagian' andai 'hampir keseluruhan' diselaputi najis rasuah, penyalahgunaan kuasa serta menjadi parti komponen Barisan Nasional?

Persoalannya sekarang, selamatkah lagi hidup di Malaysia?

Islam itu indah. Lebih indah andai ia yang 'memerintah'. Allahuakhbar!!

23 June 2009

Alhamdulillah..

Isu Unity Government/Kerajaan Perpaduan bagi aku telah selesai. Pakatan Rakyat menolak. Tuan Guru Nik Aziz jelas. Semua sekali faham dan berlapang hati. Ustaz Nasha dan Tuan Guru pun dah berbaik-baik (sebelum ni agak tegang). Alhamdulillah. Najib menggelabah, siap bagi statement BN dah kuat dan mampu tadbir negara tanpa PAS. ha-ha-ha. Taktik tak mengena. Mula-mula nak ghuyub kan PAS di Manek Urai, sekarang dah termakan diri sendiri. Inilah membezakan Umno dgn PAS. Kami dalam jemaah. Mengutamakan ukhuwwah dan musyawarah. Yang salah tetap salah dan perlu ditegur. Yang betul tetap betul dan perlu dipegang walau badai yang melanda. Isu UG juga begitu. menguji sejauh mana kefahaman wala', taat dan thiqah ahli jemaah. Jika Tuan Guru Abdul Hadi menjadikan ini satu eksperimen melihat dan meninjau ahli atau pimpinan yang menjadi duri dalam daging dalam jemaah, maka beliau telah berjaya. Aku berharap PAS kembali utuh seutuh dasarnya Al-Quran dan As-sunnah. Persetankan juak2 yang menghentam PAS. Dalam saat dan ketika ini panjatkanlah kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah SWT. Alhamdulillah!!

22 June 2009

PPSMI? 'Respon' Dr Puad Zarkashi (Timb Menteri Pelajaran)...

20 Jun 2009
26 Jamadil Akhir 1430 H
Sekitar Daerah Batu Pahat


4.00 pm
Masjid Jamek Batu Pahat


Alhamdulillah, kami semua dapat berkumpul di masjid serta mengerjakan solat asar berjemaah. Memang sengaja dikumpulkan di masjid, roh jihad akan tersemai di sini. Lihat sahaja demo Bersih dan demo PPSMI, bukankah di mulakan di masjid?

4.50 pm
Perkarangan Masjid Jamek Batu Pahat


Semua yang terlibat dengan 'program besar' petang ini mendengar taklimat daripada Ketua Penerangan DPPNJ, Ustaz Azam. Semua jelas dan bersedia untuk bertindak.

[Ustaz Azam memulakan bicara dengan menyuntikkan semangat juang pada semua yang terlibat. "Kita akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan seperti yang kita putuskan. Apa yang penting, maklumat tentang PPSMI ini sampai kepada warga Batu Pahat," Ustaz Azam berbicara kepada kami]

[Saudara Khairul Faizi selaku Ketua DPPNJ serius dengan taklimatnya]

5.15 pm
Pasar Malam berhampiran Masjid Jamek Batu Pahat

Kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Sebahagian ke BP Mall, sebahagian ke Dataran dan sebahagian ke Pasar Malam. Aku menyertai team Ustaz Azam dan KP Johor ke Pasar Malam. Risalah yang dicetak sebanyak 2500, separuh daripada yang ditempah di agih-agihkan kepada setiap peserta. Target kami, 2500 warga Batu Pahat akan maklum akan bejatnya PPSMI ini.

[Kelihatan Ustaz Azam; Ketua Penerangan DPPNJ dan Khairul Faizi; Ketua DPPNJ mara ke hadapan dalam menyampaikan mesej PPSMI kepada orang ramai di pasar malam. Di mana pula aku? Of course la yang tangkap gambar..huhu..]

[Sebahagian peserta yang mengambil bahagian dalam pengedaran risalah PPSMI. Kami langsung tidak sedar yang kami 'sedang diperhatikan']

5.35 pm
Juga di tempat yang sama


Kami mengedarkan risalah kepada siapa sahaja yang kami temui. Tidak kiralah pelajar sekolah, apa jua kaum dan agama. Semua tidak terkecuali. Dalam masa yang sama, tekak mulai haus. Aku mengambil kesempatan untuk membeli air mangga yang di jual di sebuah gerai di pasar malam. Risalah PPSMI aku kepitkan di celahan bahu. Tiba-tiba datang seorang lelaki yang tidak dikenali memberi arahan kepada aku untuk berkumpul di satu tempat. Aku hairan, siapa pula lelaki ini? Adakah Pemuda PAS? Kat masjid tadi tak nampak pun. Oh, baru aku tau polis rupanya. "Kejap, saya nak beli air ni dulu, haus," sapa aku pada polis tersebut. Dia hanya mengangguk tanpa senyum..huh, garang betul..

Kami semua dikumpulkan bersama Ustaz Azam dan Khairul Faizi. Apa salah kami? Dalam ramai-ramai polis yang ada, aku hanya mengingati nama Aziz. Kat baju terpampang nama dia, juga merupakan pegawai penyiasat jenayah komersil kuala lumpur. Wah, hebat! Polis KL kau panggil ya Puad Zarkashi..Macam jenayah besar pulak mengedar risalah ni. Masa pelancaran di Pagoh dahulu edar juga risalah. Tapi tak ambil tindakan pun. Nampak sangat dapat arahan dari orang politik.

[Aziz, berbaju hitam meneliti kandungan yang ada dalam risalah tersebut. Kesalahan yang kami lakukan melanggar akta mesin cetak - tidak meletakkan alamat pengeluar dan risalah dipercayai mengandungi unsur-unsur hasutan.. ha-ha-ha.. sengal!! cakap je la dapat arahan Puad Zarkashi..]

[ setelah sesi perbincangan selesai, pihak polis membawa 8 orang Pemuda PAS termasuk Sdr Ketua Pemuda, Khairul Faizi ke balai untuk di ambil keterangan. Eleh, aku tau ini semua nak takut-takutkan kami. Terpaksalah ke balai, tak pergi nanti jadi kes lain pulak, sah2 dia dakwa menghalang penjawat awam menjalankan tugas. Apa-apa je la.. Aku tak dapat bersama, dia bawa orang penting-penting je..]

6.30 pm
Masjid Jamek Batu Pahat

Kami yang lain berkubu semula Di Masjid Jamek Batu Pahat. Bukankah Rumah Allah itu tempat yang paling aula apabila berlakunya sebarang musibah? Lihat saja tsunami 2004 di Indonesia. Inilah tempat dan saat yang paling sesuai untuk bermohon kepada Allah SWT. Wahai Allah, selamatkanlah 8 orang sahabat kami yang ditahan polis, jauhkan mereka dari bahaya bencana. Amin Ya Allah..

8.15 pm
Balai Polis

Dari Malaysiakini : Setelah di ambil keterangan, kesemua mereka dibebaskan kira-kira jam 8.15 malam tadi.

Mereka adalah Ketua Pemuda PAS Negeri, Khairul Faizi, Naib Ketua Pemuda PAS Negeri, Hamid Jammah, dua exco dewan itu, Norhalim Sakid dan Norazid Mohd Nor turut ditahan serta empat lagi aktivis PAS, Zulkifli Kamma Kutti, Saruni Said, Rizal Harun dan Rashid Abdul Halim.

9.30 pm
Kampung Parit Bilal, Batu Pahat

Ceramah Perdana berkaitan PPSMI dihadiri oleh Sasterawan Negara, Pak Samad Said, Naib presiden PAS, YB Salahuddin Ayub, wakil GMP (Gabungan Mansuhkan PPSMI), Ketua Pemuda Khairul Faizi yang baru dibebaskan, para pimpinan Pakatan Rakyat, pendokong, aktivis parti serta ribuan penyokong yang lain.

[Apa agaknya yang ditanya oleh Ustaz Azam sehinggakan Khairul Faizi beraksi sedemikian rupa. Agaknya bercerita mengenai penahanannya petang tersebut kot. ha-ha-ha...]

9.45 pm - 12.30 am
Di tempat ceramah

Ceramah silih berganti. KP Khairul Faizi, Wakil PKR, Wakil GMP, Penyajak Muda Sdr Shahril turut mencuri perhatian pendengar. Jelas isu PPSMI ini sengaja di alihkan dari mata umum dengan mencipta pelbagai isu-isu yang lain. Yang diminta mansuhkan PPSMI, yang dibuat hadkan calon SPM kepada 10 matapelajaran dan wajib Bahasa Inggeris lulus kepada calon SPM. Benar bak kata Pak Samad, Inilah golongan Kuasawan yang bertelinga satu!!!

[Pak Samad sedang berceramah. Aku jangkakan beliau akan bersajak atau berpuisi. Tapi rugi yang teramat sangat aku tak dapat rakam ceramah beliau. Bateri Handset cukup-cukup untuk tangkap gambar je... : ( ]

[YB Salahudin Ayub menyampaikan taklimatnya. Menerangkan isu-isu terkini di Dewan Rakyat, respon akan PPSMI serta 5 perkara yang perlu di jawab oleh Najib Razak berkaitan isu pembunuhan Altantuya (Aminah Abdullah)]

12.40 am
Bertolak balik ke Segamat

.......................................................................................

Siapa sangka manusia yang paling berautoriti untuk memansuhkan PPSMI berada di negeri Johor? Muhyiddin Yasin Parlimen Pagoh, Puad Zarkashi Parlimen Batu Pahat, seorang Timb Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Seorang lagi ahli Parlimen merangkap Timbalan Menteri Pelajaran. Nah, mahu apa lagi? Dulu bukan main kau ya Puad Zarkashi menentang PPSMI. Sekarang sudah mempunyai autoriti, diam kamu. Dasar hipokrit.

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu katakan sesuatu yang tidak kamu lakukannya. Amat besar kemurkaan Allah bagi sesiapa yang berkata tetapi tidak melaksanakannya" As-saff (2-3)

Itu amaran Allah kepada orang-orang yang beriman. Kamu? beriman atau tidak? Jika ya, pasti kamu berjuang perkara yang sama apabila menjadi Timb Menteri Pelajaran. Jika tidak, pasti kamu menolak jawatan itu kerna PPSMI belum dihapuskan. Untuk orang-orang munafik pun ada juga ancaman dari Allah. Munafik? Na'uzubillah.. Allah lebih mengetahui..

Aku fikir penahanan 8 orang di Batu Pahat merupakan respon yang paling baik oleh Dr Puad Zarkashi. Terima kasih atas tindakan itu. Mudah bagi kami mengenali pimpinan atau kuasawan yang bertelinga satu serta berlidah dua!!!

8 Pemuda Pas Ditahan Edar Risalah PPSMI

Lapan anggota Dewan Pemuda PAS Johor, termasuk ketuanya Khairul Faizi Ahmad Kamil, ditahan polis ketika mengedarkan risalah anti dasar Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) petang tadi.

Kesemua mereka mereka ditahan serentak di sebuah pasar malam di Batu Pahat kira-kira jam 4.30 tadi kerana mengedarkan risalah anti-PPSMI yang tidak mempunyai nama pencetak dan penerbitnya.

Bagaimanapun, setelah diambil keterangan kesemua mereka dibebaskan kira-kira jam 8.15 malam tadi.

Mereka adalah naib ketua Pemuda PAS negeri, Hamid Jammah; dua exco dewan itu, Norhalim Sakid dan Norazid Mohd Nor turut ditahan serta empat lagi aktivis PAS - Zulkifli Kama Kutti, Saruni Said, Rizal Harun dan Rashid Abdul Rahim.

Sejurus selepas dibebaskan, Khairul Faizi memberitahu Malaysiakini, beliau tidak menyalahkan pihak polis yang cuma menjalankan tugas mereka.

“Bagi kami, kami hendak sampaikan kepada masyarakat kenapa PPSMI perlu dimansuhkan. Walaupun kami diberitahu, keputusan perkara itu akan dibuat dalam masa terdekat, selagi mana keputusan tak dibuat, gerakan mesti diteruskan,” katanya.

Malam ini, PAS Johor dan Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) menganjurkan ceramah sempena 100 hari kejayaan menganjurkan demonstrasi besar membantah PPSMI pada 7 Mac lalu.

Dalam ceramah di Kampung Parit Bilal, Batu Pahat pada malam ini, Sasterawan Negara, A Samad dan naib presiden PAS, Salahuddin Ayub akan memeriahkan pentas

Pada 7 Mac lalu, dipimpin bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Dr Hassan Ahmad, ribuan penunjuk perasaan berarak daripada Masjid Negara menuju ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada yang di-pertuan Agong.

Demonstrasi itu berakhir dengan pertembungan dengan pihak polis yang menyebabkan meriam air dan bertalu-talu gas pemedih mata dilepaskan.

dipetik dari : http://www.malaysiakini.com/news/106903

19 June 2009

Undi BN boleh masuk syurga juga : Muhyiddin

Dipetik dari kedahlanie.blogspot.com

KUALA KRAI: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata sama ada rakyat mengundi Barisan Nasional (BN) atau pun Pas, kedua-duanya pun membolehkan umat Islam di negara masuk syurga.

Timbalan Presiden Umno itu berkata, perkara yang boleh menghalang orang Islam daripada masuk syurga adalah dosa mereka dan bukannya kerana memilih suatu parti.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, hakikatnya kedua-dua parti memperjuangkan agama Islam namun apa yang membezakan BN dan Pas adalah BN mempunyai kekuatan untuk memaju dan menggerakkan negara.

“Keupayaan BN untuk bangunkan negara lebih kuat berbanding keupayaan (Pas) di bawah pimpinan (Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat),” katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan khas dengan warga pendidik di Sekolah Kebangsaan Sungai Sok, di sini, hari ini. Turut hadir pada majlis itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed dan Timbalan Menteri Kewangan yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussein.

Muhyiddin berkata, Pas tidak mempunyai keupayaan untuk membangunkan negara termasuk merancang secara rapi aspek berkenaan.

Beliau berkata, justeru penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai perlu memikirkan secara rasional terhadap kebolehan parti mana yang harus dipilih untuk membaiki taraf kehidupan mereka dan membangunkan kawasannya.

“Saya berpendapat kita perlu fikirkan secara rasional dan fikirkan soal masa depan,” katanya.

Menurutnya BN mampu membangunkan negara dan memacu negara ke arah masa depan yang lebih baik untuk rakyat.

Komentar :

Maksud TPM mengundi PAS ka mengundi UMNO ka masuk syurga belaka...kepala hotak dia...wartawan Bernama yang melaporkan ni pun sama juga bangang.. buat laporan merosakkan aqidah umat Islam... Cuma aku nak tanya?... undi UMNO tak berdosa ka?.... habaq mai...yang segala kerja mungkar tu bawah arahan sapa, semua hangpa langgar tak peduli, semua undang-undang ISA kerja sapa, arahan sapa, runtuh masjid, runtuh surau, runtuh rumah setinggan arahan siapa, kerja sapa..rampas negeri aku sapa punya kerja, tipu pedaya orang... - Orang Perak

Komentar Aku :

Haha..Nak pecah perut aku baca statement Muhyiddin nie..TPM tu..IQ macam budak tadika..Budak tadika pun lagi pandai..Bila pulak UMNO ni pandai kaitkan dosa pahala syurga neraka? Bodoh alang-alang gitu..Kalau dah dasar sekular, sekular jugak!!


Tidak Salah Meminta Sisters In Islam Disiasat

Oleh : Mohamed Hanifa Maidin - AJK Pas Pusat

Isu usul muktamar PAS berkaitan dengan pertubuhan Sisters In Islam ( SIS ) menjadi isu yang hangat dibincangkan pada masa ini. Muktamar PAS yang baru lalu menerima usul bagi mendesak kerajaan mengharamkan SIS jika benar siasatan mendapati NGO itu mengancam akidah umat Islam.

Usul yang dibawa PAS Shah Alam itu diterima tanpa bahas di hari terakhir Muktamar ke-55 yang diadakan di Shah Alam. Antara lain ayat usul tersebut menyatakan :-

"(Muktamar) mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal dan seterusnya mengharamkan pertubuhan tersebut sekiranya terbukti bertentangan dengan syariat Islam serta membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya,"

Bagi saya isu ini menjadi hangat kerana kewujudan perkataan “mengharamkan SIS” yang dilihat oleh setengah pihak sebagai satu unsur yang agak drastik dan tidak demokratik. Bagaimanapun tiada siapa boleh menafikan bahawa usul tersebut bukan secara per se ingin mengharamkan SIS. Sebaliknya ayat usul secara jelas meminta satu siasatan dibuat terhadap SIS sebelum tindakan mengharamkan dilakukan.

Sebagai gerakan Islam yang menjadikan Islam sebagai dasar perjuangannya PAS tidak boleh lari dari “core business ”nya iaitu Islam. Maka jika dilihat dari konteks tersebut PAS sudah tentu berhak memberikan pandangannya dalam perkara yang menyentuh Islam dan umatnya.

Saya berani mengatakan bahawa SIS sendiri sedar bahawa ramai umat Islam di negara ini yang tidak selesa dengan pendirian pertubuhan tersebut di dalam sesetengah isu yang menyentuh Islam. Saya juga percaya bahawa SIS juga menyedari bahawa mereka bukan didokong oleh golongan yang benar-benar mempelajari Islam mengikut disiplin Islam secara teratur ( munazzam )

Islam memang menghormati kebebasan bersuara. Bagaimanapun Islam mempunyai standardnya sendiri dalam menentukan had kebebasan bersuara. Mereka yang ingin bercakap tentang sesuatu isu baik isu agama atau isu bukan agama perlu menguasai bidang yang mereka cakapkan. Sebagai seorang peguam saya berhak bercakap mengenai isu perubatan tetapi sudah tentu pengusasaan saya tentang ilmu perubatan tidak sama dengan seorang doktor yang dididik secara formal dengan ilmu tersebut. Begitulah sebaliknya.

Jika saya bercakap ilmu perubatan dan jelas apa yang saya cakapkan itu adalah salah orang tidak akan mengatakan saya sesat atau terkeluar dari agama. Paling kurang orang akan hanya mengatakan saya bebal atau bodoh. Tetapi apabila saya bercakap tentang agama dan terbukti apa yang saya cakap itu tidak betul, ia bukan sahaja mengancam diri saya tetapi juga mengancam orang Islam yang lain jika apa yang saya cakap tersebut dipegang dan diamalkan oleh orang lain juga. Di dalam Islam dipanggil dhol wa adhol ( sesat dan menyesatkan ).

Perkataan sesat ( dholal ) hanya relevan dalam isu agama dan tidak dalam isu yang lain.

Secara peribadi saya memuji keberanian SIS menyatakan pandangan namun apa yang dikesali dalam banyak keadaan keberanian itu melebihi hadnya sehingga mewujudkan satu kekeliruan di kalangan masyarakat.

Bekas pengasas SIS, Cik Salbiah Ahmad sendiri mengakui antara sebab mengapa beliau telah keluar dari pertubuhan tersebut dan tidak mahu lagi terlibat dengan pertubuhan itu adalah kerana isu tudung. Di dalam bukunya yang bertajuk “ Critical Thoughts on Islam , Rights and Freedom in Malaysia ( 2007 ) beliau menulis seperti berikut ( lihat m/s 8 dan 9 )

“ Salah satu sebab untuk saya meninggalkan dan tidak lagi menyertai SIS pada tahun 1997 , pertubuhan yang saya tubuhkan pada tahun 1987 adalah kerana isu tudung.. Dalam pertemuan pertama dengan wakil Yayasan Ford ( Ford Foundation ) , salah seorang anggota SIS telah membuka tudung yang saya pakai. Anggota SIS tersebut tidak mahu mana-mana ahli SIS dipandang oleh pembiaya SIS adalah mereka yang “jenis bertudung ( “tudung type” ) , tidak progresif , fundamentalist dan obscurantist ( golongan yang kabur ) . Saya terasa dihina dengan dengan tindakan ahli SIS tersebut dan saya memaklumkan hal tersebut kepadanya di dalam pertemuan tersebut. Tetapi ahli SIS tersebut tidak berubah dan bagi saya tindakan tersebut tidak menghormati pilihan saya ( untuk bertudung )”

Lihat sendiri pengakuan dari mantan pengasas SIS terhadap tindakan SIS berhubung pemakaian tudung.

Mengenai isu poligami saya ingin kongsi di sini kenyataan rasmi SIS yang bertajuk “Controversy on Polygamy” bertarikh 8 Januari 2002 di mana SIS menyatakan antara lain ( Terjemahan dari bahasa Inggeris )

“Oleh itu isu yang sepatutnya perlu dibincangkan di dalam masyarakat kita hari ini bukanlah sama ada poligami patut dibenarkan semula di dalam undang-undang sivil untuk orang-orang bukan Islam tetapi sama ada poligami sepatutnya harus diteruskan di bawah undang-undang keluarga Islam untuk orang Islam … Orang Islam seharusnya mengetuai masyarakat lain di dalam perjuangan menentang poligami dan penyalahgunaanya."

Pendirian SIS yang kontroversial terhadap isu poligami tersebut tidak berhenti di situ. SIS juga adalah salah satu dalang utama di dalam kempen monogami ( satu suami satu isteri ) yang dianjurkan oleh Coalition on Women’s Right in Islam pada 16/3/2003.

Kempen monogami ini telah ditentang hebat oleh para Mufti di negara ini kerana kempen ini secara halus dan secara tidak langsung cuba membawa mesej bahawa hukum poligami yang dibenarkan oleh Islam adalah satu yang tidak membawa kebaikan kepada wanita.

Bagi saya pendirian SIS terhadap poligami ini menunjukkan kecelaruannya dan kekeliruannya dalam memahami hukum poligami di dalam Islam. SIS di dalam banyak tulisannya cuba menunjukkan bahawa amalan poligami telah banyak menindas wanita.

Jika pun benar amalan poligami menindas wanita itu bukan hujah untuk kita menolak poligami yang dibenarkan Islam . Sebaliknya itu adalah hujah Islam ke atas orang yang berpoligami. Maknanya Islam boleh berhujah kepada pengamal poligami yang menindas wanita bahawa kerana kamu ( pengamal poligami ) tidak mengikut garis panduan yang Islam telah tetapkan sebab itulah poligami kamu yang amalkan mendatangkan keburukan.

SIS juga, tanpa bersandarkan disiplin ilmu , dengan begitu mudah membuat pendirian bahawa Kongsi Raya bukanlah amalan agama ( lihat kenyataaan rasmi SIS bertajuk “ Kongsi Raya not a religious ritual” bertarikh 16 hb Jun 2006 ) di mana antara lain SIS menyatakan

“ Kongsi Raya is not a religious ritual, but a harmonious social custom that has become part of Malaysian tradition, and become a model to other countries

( Terjemahan : Kongsi Raya bukanlah amalan agama tetapi satu adat sosial yang harmonis dan menjadi satu tradisi orang-orang Malaysia dan menjadi model kepada negara –negara lain )

Lihatlah betapa mudahnya SIS mengeluarkan kenyataan seolah-oleh isu kongsi raya tidak mempunyai nilaian dan celupan agama. Bagi orang Islam menyambut hari raya adalah satu bentuk ibadah ( sebab itu ada syiar takbir dan ibadat solat iaitu solat aidil fitri dan solat i'edul adha ) dan memandangkan ianya satu 'ibadah amalan tersebut tidak boleh dibuat mengikut kemahuan kita sendiri.

Amalan kongsi raya yang telah diamalkan oleh rakyat negara ini tidak boleh dijadikan hujah untuk menjustifikasikan bahawa kongsi raya adalah sah di sisi Islam. Halal atau haramnya sesuatu amalan tersebut hendaklah dinilai dengan berpaksikan nas dan bukannya dari apa yang telah diamalkan melainkan apa yang diamalkan itu selari dengan nas. Jika apa yang telah diamalkan adalah selari dengan nas Islam mengiktiraf amlan tersebut berdasarkan kaedah " Al'adah muhakkamah" .

Atas dasar itu di dalam Islam terdapat perbezaan prinsip yang terpakai di dalam urusan mu’amalat dan prinsip yang terpakai di dalam urusan ‘ibadah.

Di dalam urusan mu'amalah , prinsip yang terpakai adalah “ sesuatu perkara itu pada asalnya harus kecuali ada nas yang melarang” ( al-aslu fi al-ashya’ al-ibahah )

Manakala prinsip di dalam 'ibadah pula “ sesuatu ibadah itu haram ( dilarang ) hukumnya melainkan ada nas yang membenarkannya”.

18 June 2009

Selamat Hari Bapa Untuk Abah!

20 hb Jun 2009 ni birthday abah aku. Dari kecil sampai la besar, boleh dibilang dengan jari aku wish birthday abah. Tahun ni umur abah dah mencecah 67 tahun. Lahir tahun 1942. Lebih tepat lagi saat Jepun menakluki Tanah Melayu.

Kalau kamu semua menghayati dan mendefinikan gambar sebelah, PASti kamu berfikit hebat sungguh orang tua ini. YA! Memang hebat. Membesarkan anak seramai 11 orang. Tak pernah aku dengar dia merungut. Apa yang penting, dapat sekolahkan anak, membesarkan mereka, memberi ilmu serta boleh berdikari apabila besar.

Aku sayang abah aku. Teramat sayang. Saat aku menulis rangkap ini air mata aku hampir nak menitis. Masakan tidak sayang. Abah kita kan. Tapi sayang itu di dalam hati, dari segi perbuatan sukar nak terjemahkannya. Orang lelaki kan. Yang paling mudah, salam dan cium tangan abah.

Aku masih ingat lagi, abah pernah menangis disebabkan aku. Menangis sebab kedegilan aku, menangis akibat kejayaan aku serta menangis kerana sukarnya membesarkan kami adik beradik. Sekarang semua dah besar. Yang sulung berusia 43 tahun dan yang paling bongsu 19 tahun.

Kadang-kadang aku pernah terfikir dan sentiasa berfikir, apa sumbangan atau 'hadiah' yang paling istimewa perlu aku berikan kepada abah? adakah wang ringgit? atau cakna akannya di kampung? Jawapannya adalah kesemuanya. Jika ia bisa menghiburkan hati abah, teruskan saja.

Namun apa yang jelas, dipandang redup wajah abah, aku dapat lihat suatu perasaan yang sukar diluahkannya melalui mulut beliau. Hanya suara hati yang kedengaran. KEBAHAGIAAN ANAK-ANAK!! Ya, itulah yang terbit dari hati nurani abah. Tapi bukannya kebahagian atas definisi sempit yang kita fahami bahkan kebahagian di dunia yang mentransitkan laluan kebahagian di akhirat.

Itu takrif yang sebenar. Terpulang pada adik-beradik aku yang lain. Abah dah ajar. Abah dah membesarkan kita. Abah dah menyekolahkan kita. Abah juga menaruh kepercayaan kepada kita untuk menjadi hamba Allah yang berguna. Kerna aku sedar abah bukanlah calang-calang manusia yang pernah wujud di muka bumi ini.

Buat abah, Selamat Hari Lahir Ke 67 tahun serta Selamat Hari Bapa!

(p/s : aku tak dapat balik hujung minggu ni untuk mearaikan Birthday abah. Sabtu malam kena handle Program Sejuta Poskad Mansuhkan PPSMI di Parit Raja, Batu Pahat. Ahad pagi Kuliah dhuha dan petangnya membina reban ayam beserta penyerahan anak-anak ayam kepada keluarga kurang berkemampuan anjuran pemuda Kawasan. Sorry abah...)

16 June 2009

Al-Fatihah Buat Adik Mohd Afifi

Petang semalam aku sempat berziarah ke rumah seorang sahabat. Salah seorang anak kembar beliau telah meninggal dunia (meninggal sebab apa, aku kurang pasti). Umur baru 53 hari. Kembarnya Mohd Afif hanya mampu menangis melihat 'pemergian' kembarnya.

Takziah buat keluarga beliau. Anak kecil itu akan menjadi ahli syurga dan akan memberi syafaat kepada anda di akhirat kelak. Kepada anda semua sedekahkanlah Al-Fatihah buat arwah adik Mohd Afifi.. Al-FATIHAH!

15 June 2009

Sisters In Islam : Perjuangan 'Gender' Tidak Perlu Jika Islam Dilaksanakan Sebaik Mungkin

Posting ini aku copy paste dari blog http://www.ushahidu.blogspot.com - semoga bawa manfaat buat kita bersama :

Muktamar PAS yang baru berlangsung menerima usul mendesak majlis Fatwa Kebangsaan menyiasat dan mengharamkan SIS jika NGO itu didapati benar mengancam akidah umat Islam. Aku gembira bila isu tentang SIS ini timbul dan menjadi buah mulut di negara kita.

Seharusnya isu SIS ini telah dibangkitkan sejak dulu lagi. Cadangan Dr. Khir Toyo membuang nama Islam dalam pertubuhan itu merupakan idea yang agak baik.

SIS perlu memahami punca masalah tentang isu yang telah dibangkitkannya seperti poligami dan harta pusaka. Aku yakin punca ramai wanita yang tidak setuju dengan poligami adalah kerana perlaksanaannya, bukan amalan yang telah dihalalkan oleh Allah itu.

Wanita dan isteri-isteri takut dengan poligami kerana telah dihantui oleh kes-kes poligami yang telah banyak didengari di media massa ataupun berlaku di kalangan rakan atau saudara terdekat.

Kegagalan lelaki yang berpoligami menunaikan tangggungjawab sebaiknya dan juga punca mereka berpoligami itu telah disalah tafsir dan memberi imej buruk kepada amalan poligami itu sendiri.

Amalan poligami dan masalah yang timbul adalah dua perkara berbeza. Begitu juga dengan isu pembahagian harta pusaka. Apa yang telah ditetapkan dalam Islam itu sudah cukup cantik. Mudahnya menjadi seorang wanita. Kurang tanggungjawab berbanding lelaki. Bersyukurlah jadi wanita. Banyak harta yang perlu diuruskan susah juga. Silap nanti akan disoal di akhirat.

Perjuangan membela nasib wanita dan perjuangan 'hak wanita' adalah dua perkara berbeza. Sedarlah, tidak perlu perjuangan kesamarataan hak lelaki atau wanita kerana lelaki dan wanita memang berbeza seratus peratus. Lelaki ialah XY manakala wanita ialah XX. Unsur genetik berbeza melahirkan hormon, pemikiran dan tindakan yang berlainan.

Komentar :

Untuk pengetahuan, selain dari Zainah Anwar dan Dr Amina Wadud, SIS ini di dokong oleh pimpinan2 negara dan juga anak2 pimpinan negara. Sebagai cth : Marina Mahathir - anak Tun Mahathir; lihat gambar atas serta Nori Abdullah - anak Tun Abdullah Badawi. Inilah sebabnya usul Muktamar PAS yang lepas mendesak agar Majlis Fatwa Kebangsaan menyiasat dan mengharamkan SIS ini. Bukan tidak pernah bermuzakarah dan berbincang dengan SIS, tetapi ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Sisters itu sendiri ibarat Sister bagi church. Gunakan perkataan Islam di hujungnya, mereka tidak layak. Konon menghukum dengan ajaran Islam, tetapi tidak mengambil Islam sebagai cara hidup. Ibarat nelayan yang berbicara berkaitan pembinaan bangunan. SIS juga begitu!

Sisters In Islam - Bahagian 3

Siapa Dr Amina Wadud?

KEJUTAN yang dicetuskan oleh Aminah Wadud menjadi khatib dan Imam sembahyang Jumaat yang diikuti makmum dari kalangan lelaki dan perempuan berjumlah dalam lingkungan 100 jamaah di sebuah Gereja di Universiti Commanwealth di New York membangkitkan kemarahan umat Islam seluruh dunia.

Dr Aminah Wadud memegang ijazah Ph. D di dalam kajian al-Quran ini berpeluang mendapat tapak permulaan menyebarkan faham liberalnya terhadap Islam apabila berpeluang menjadi tenaga pengajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) - 1989-1991 yang mengajar di Jabatan Revealed Knowledge and Heritage di universiti tersebut.

Amina adalah berlatarbelakangkan pendidikan liberal dan sekular. Walaupun bidang pengajian dan kajian berhubung dengan Islam dan menghasilkan buku `Qur`an And Woman`` dia dipengaruhi pandangan sekular dan mempersoalkan tentang hukum hakam yang ditafsirkan oleh ulama terhadap al-Qur`an dan juga Sunnah. Beliau seolah-olah menganjurkan penentengan, bahkan pemberontakan terhadap apa yang disifatkan ketidakadilan terhadap wanita.

Oleh kerana pemikirannya yang bersifat kontroversi mengenai masalah-masalah Islam, khidmatnya hanya sepenggal selama tiga tahun dan tidak disambung kontraknya. Pemikirannya sudah tentulah disebarkan di kalangan pelajar-pelajarnya yang mengkuiti kursusnya sebagai Profesor di dalam Pengajian Islam di Commonwealth University di Virginia, di New York.

Sikap Amina yang tidak menyenangkan khalayak berhubung dengan persoalan Islam dapat dinilai dari peristiwa di mana beliau dijemput kepersidangan mengenai HIV/AIDS pada bulan Mei 2003 di Kuala Lumpur membentangkan kertaskerja di samping kertas-kertas kerja perwakilan peringkat antarabangsa termasuk dari Afrika mengenai bagaimana Islam seharusnya menangani masalah HIV/AIDS. Dalam membincangkan tentang penyebaran wabak AIDS, Amina menuduh hukum keluarga Islam telah menyebabkan kuman HIV tersebar tanpa kawalan kepada para isteri.

Keceluparan Amina yang menyentuh soal akidah membuat 20 perwakilan, kebanyakannya dari Afrika, termasuklah dari Malaysia dan United Kingdom menentang kertas kerja Aminah dan mendesak pengerusi menolak kertas kerja Amina bahkan menolak Aminah dari menyertai persidangan.

Mereka mahu namanya dipadam dari rekod Persidangan selama lima hari Second International Muslim Leader`s Consultation On HIV/AIDS. Sembahyang Jumaat berkhatib dan berimamkan wanita dengan makmun dari kalangan lelaki dan perempuan sebagaimana diperkatakan di atas memperlihat betapa Amina jauh menyimpang mempersoalkan hukum hakam Islam yang dianggap tidak adil terhadap wanita dan menurut pandangannya diletakkan sebagai kelas dua.


Siapa Zainah Anwar?

Zainah merupkan pengarah eksekutif SIS dan dia juga adalah merupakan ahli Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia. Zainah berpendidikan Fletcher School of Law and Diplomacy, Tufts University, Boston University dan Institut Teknologi MARA, dalam bidang hubungan antaranbangsa dan kewartawanan.

Dia juga pernah menjadi Chief Programme Officer, Political Affairs Division, Commonwealth Secretariat, London; Freelance Writer; Senior Analyst, Institute of Strategic and International Studies, Kuala Lumpur; Political and Diplomatic Writer, The New Straits Times, Kuala Lumpur.

Dia juga pernah menerbitkan buku “Islamic Revivalism in Malaysia: Dakwah Among the Students” yang menjadi rujukan beberapa pemikir dan universiti di negara ini. Zainah Anwar sendiri pernah mengemukakan pendapat mengenai golongan profesional Melayu wanita yang tidak berkahwin. Zainah menyifatkan kebanyakan golongan terpelajar Melayu tidak memilih untuk berkahwin bukan kerana tidak ada jodoh semata-mata tetapi kerana menolak berkongsi hidup dengan lelaki yang dianggap kolot.

“Lelaki Melayu kata beliau masih dibelenggu dengan pemikiran kolot yang memaksa isteri untuk melakukan tugas-tugas tradisional yang membosankan.Isteri terus dilihat sebagai kilang pengeluar zuriat, petugas dapur dan buruh rumah tangga tanpa bayaran yang membeban dan membosankan,” katanya.

Berasaskan kenyataan ini kata Zainah beliau sendiri memilih untuk tidak berkahwin dan bertekad untuk terus hidup membujang tanpa suami. Pemikiran ini yang mencabar hukum-hukum Allah ini dinyatakan dengan jelas oleh intelektual Melayu ini dalam tulisan beliau Ending of Patriarchy yang disiarkan dalam majalah Time keluaran 10 Mac 2003.

Tulisan ini mencabar hukum-hukum Islam semasa yang didakwa Zainah sebagai hukum ciptaan ulamak lelaki dan bukannya hukum sebenar daripada Allah SWT. Saya tidak percaya bahawa Tuhan memberi kuasa kepada suami untuk memukul isteri, dan hukum bahawa seorang isteri yang mengongsi suka duka bersama suami mendapat hanya satu perlapan daripada harta yang mereka usahakan bersama apabila kematian suami,” katanya.

Para ulama' kata Zainah mengada-adakan hukum bahawa hak menceraikan isteri adalah hak mutlak suami tanpa soal dan si suami boleh mengambil isteri kedua, ketiga dan keempat sesuka hati. Antara kenyataan-kenyataan Zainah yang bersifat menghina Islam termasuklah:

"'They have been socialized to accept that the religious authorities know best.'" Source: Zainah Anwar, "Modern, and Moderate, Islam," Asiaweek, September 16, 1997, p. 34.

"'I don't see any contradiction in that.'" Source: Zainah Anwar quoted by Anthony Spaeth,

"Trouble in Purdah," Time International, April 8, 1996, p. 2 of online version.

“Well to me it’s a question of choice. Islam does not believe in force. And freedom to wear what you want to wear, I mean to recognise that right, I think it’s important, and faith imposed by coercion to me is not faith.” Zainah Anwar quoted when asked whether SIS had gone far from the real teaching of Islam, www.umnoreform.com/arkib_ogos.htm.

Sisters In Islam - Bahagian 2

Pemikiran SIS?

SIS berfahaman dengan fahaman sekular dan liberalisme walaupun bertopengkan nama Islam pada organisasinya. SIS dicengkam dengan gaya berfikir cetusan “Enlightment” di Eropah beberapa kurun yang lalu. SIS membawa fahaman liberalisme dimana sekularisme menyokong kewujudannya dengan berjayanya ajaran sekularisme yang menyisihkan kehidupan agama kepada satu amalan peribadi, manakala kehidupan sosiopolitik dan ekonomi dibebaskan dari cengkaman agama (Kristian).

Keadaan ini berlaku apabila Eropah melalui zaman pencerahan atau “Enlightment” dimana kebencian terhadap peranan agama dizahirkan dengan perluasan fahaman yang menyeru kepada kebebasan mutlak dari cengkaman agama.

Perlu diingat, zaman pencerahan adalah satu zaman pemisah untuk membezakan “darkage” (kegelapan) yang dikaitkan dengan kemunduran kerana penguasaan institusi gereja ke atas sosiopolitik Eropah.

Keadaan ini terus terbawa-bawa oleh SIS yang mempersoalkan tentang ketidakadilan di dalam menghadapi hukuman di mahkamah syar`iah, hak lelaki berkahwin lebih dari satu (poligami), lelaki boleh memukul isteri yang durhaka, tidak mempercayai Islam sebagai ideology politik yang boleh memerintah Negara, mempercayai agama hanya sebagai nilai yang boleh mengawal politik, tetapi undang-undang dan hukuman bukan keseluruhan dari Islam, menentang hudud, menentang menahan orang yang mahu murtad dan hukuman terhadapnya, menentang Negara Islam, menentang penentuan dan pengawalan nilai ke atas masyarakat, Negara tidak seharusnya mengadakan undang-undang atau polisi mengenai sexualiti yang mendiskriminasi dan membezakan dari segi hukuman dan berpegang pada kebebasan beragama (Ibid., 10-13).

Atas sebab inilah, tidak sukar untuk memahami pemikiran SIS mengapa SIS lantang menyerang sistem nilai Islam, termasuklah undang-undang syariah dan penguatkuasaan hukum Islam. Disinilah SIS akan bertembung dengan sesiapa dan apa sahaja yang mahukan Islam, sebagai entiti peranan yang berwibawa, walaupun pihak tersebut adalah pihak kerajaan sendiri.

SIS adalah pejuang kebebasan individu yang membawa fahaman utilitarian dalam menentukan batasan 'akhlak' yang diizinkan. Utilitrian menganggap bahawa keseronokan maksima “maximum pleasure” adalah pengukur moraliti. Selagi ia menghasilkan keseronokan maksimum, maka seseorang bebas untuk melakukan apa sahaja yang dikehendaki. Fahaman ini menolak sebarang campur tangan mana-mana pihak menentukan bagaimana seseorang itu mahu dan boleh berseronok kerana kononnya ia adalah hak individu.

Mereka juga membawa pemikiran tuntutan persamaan hak ini di dalam sistem kekeluargaan. Mereka memperjuangkan kebebasan berkeluarga, maka kehidupan berumahtangga yang berdasarkan agama menjadi longgar. Kerana mengelak dari keterikatan, tanggungjawab dan beban yang ada dalam kehidupan berumahtangga, maka mereka memilih pasangan secara hidup bebas tanpa ikatan pernikahan dan fenomena anak luar nikah hasil dari penzinaan.

Gerakerja SIS?

Fokus sebenar langkah-langkah mereka ialah mempersoal, meperkecil dan meragukan masyarakat khususnya yang kurang pengetahuan mengenai pelaksanaan hukum-hukum Islam. SIS menjalankan kerja menafsir Quran yang menyokong layanan sama rata wanita dengan menggunakan tiga taktik menggunakan media sebagai alat, menganjurkan bengkel dan menyebarkan maklumat melalui ceramah umum, diskusi, sesi latihan dan penerbitan.

SIS mengatakan bahawa hak wanita telah disalah ertikan oleh kaum lelaki. SIS mendapat tumpuan media dengan menghantar lambakan surat kepada penerbit dalam akhbar-akhbar, sidang akhbar yang menghebahkan undang-undang berat sebelah, menulis dalam ruangan soal jawab dalam akhbar dan mengadakan sessi latihan untuk wartawan wanita.

Dengan cara ini SIS mendapat hubungan yang baik dengan pihak media dan dapat menggunakan media sebagai alat pendidikan. Taktik SIS yang inovatif ini adalah sangat berguna untuk kumpulan-kumpulan yang ingin memajukan perjuangan hak asasi manusia dalam persekitaran kebudayaan atau keagamaan. Kerjasama mereka yang bijak dengan pihak media boleh digunakan oleh kumpulan untuk mendapat suara yang kuat walaupun sumber dan peluang adalah terhad.

Antara memorandum yang pernah dibuat oleh mereka yang menimbulkan kontroversi dan
bersifat mencabar Islam termasuklah:

i. Memorandum Perbandingan Rang Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 dengan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri selangor) 1984 bertarikh 16 Mei 2003.

ii. Memorandum On the Syariah Criminal Code (II) 1993 State of Kelantan bertarikh 25 December 1993.

iii. Officers' Action Cannot Be Seen As 'Islamic' bertarikh 23 January 2005

iv. "Moral Policing Violates Qur'anic Spirit and Fundamental Rights" bertarikh 1 Februari 2005

v. “The State Has No Role in Policing Morality” bertarikh 23 Mac 2005

Apa yang membimbangkan ialah gerakan ini dilindungi oleh pihak yang mempunyai kewibawaan. Seperti yang dapat dilihat dalam “Kempen Satu Suami Satu Isteri” yang digagaskan SIS, pelancarannya dilakukan sendiri oleh isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Endon Mahmud (sebelum meninggal), beberapa tahun dahulu.

Kita yakin bahawa kumpulan seperti SIS dan beberapa NGO seperti ini mempunyai konspirasi dan gerakan terancang untuk menghapuskan sistem nilai dan perundangan Islam melalui pendekatan pemikiran dan tuntutan yang dibuat oleh mereka.

Sisters In Islam - Bahagian 1

Siapa yang tubuhkan Sisters In Islam (SIS)?

Dr Amina Wadud (gambar sebelah tu dia la-gambar mei 2005, tengah jadi imam solat jumaat kat sebuah gereja di amerika, mantan pensyarah UIAM) yang tubuhkan pada tahun 1990 dan sekumpulan wanita yang sealiran dengannya. Mereka merasakan wanita Islam tidak mendapat keadilan dari segi hukum Islam, kemudian bersepakat menubuhkan sebuah NGO bagi memperjuangkan hak yang didakwa mereka.

Siapa ketua mereka?

Zainah Anwar menjadi Pengasas dan ketua SIS.

Apa Tujuan Sis?

Tujuan menubuhkan SIS diterangkan oleh Zainah: ``We are fighting for justice, (for) an Islam that is just, an Islam that upholds the principles of justice, equality, freedom and dignity of the human being, be it man or woman. But certainly, given the experience that we've gone through, our focus is on the rights of Muslim women.`` (Ibid: 11).

Bagaimana Doktrin SIS ini tersebar di Malaysia?

Keadaan ini berlaku semasa Amina Wadud menjadi pensyarah di UIAM beliau meyusupkan idea dan fahamnya kepada sekumpulan wanita yang sealiran dengannya. Contoh hak berpoligami bagi lelaki dan suami berhak memukul isteri yang nusyuz. Mereka mendakwa sebagai kelas dua dan dinafikan hak. Kumpulan wanita yang tidak puas hati merasa bertuah mendapat seorang mentor yang berjiwa sealiran dengan mereka. Ini terbukti dari ungkapan berikut:

``We were very lucky that we had (Muslim theologian and scholar) Dr Amina Wadud, who had arrived to teach the Quran in UIA (International Islamic University). She was teaching the Quran and she had done her PhD thesis on woman and the Quran. And so she helped us to go through the Qur`an, to go through the words, grammar, vocabulary, world view, the Qur`anic world view. So she helped us develop this methodology and it was a great engagement because she's a scholar. But we bring our activist background.`` (The Sun Weekend, July 17-18, 2004: 10).

Ungkapan di atas adalah dari Zainah Anwar yang dari pengenalan dan pengajian beliau bersama kumpulan wanita tersebut.

Apa kata laman web SIS?

Laman web SIS pula menerangkan aktiviti mereka sebagai:

“Sisters in Islam is at the forefront of the women's movement which seeks to end discrimination against women in the name of religion. The group's activities in research, advocacy and public education help to promote the development of Islam that upholds the principles of equality, justice, freedom and dignity within a democratic state. The group writes letters to the editor, issues press statements and submits memorandum to the Malaysian government to influence laws and policies and the debate within Islam on issues such as equality, dress and modesty, polygamy, domestic violence, right to guardianship, women as judges, Islamic Family Law and justice for women, Shari’ah Criminal Law and fundamental liberties, and apostasy and freedom of religion.”

Di tengah-tengah kedahagaan mereka berhubung dengan maklumat keislaman, mereka bertemu dengan watak yang lebih banyak mempersoalkan Islam dari mematuhi Islam.
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 Hitam Putih Kehidupan. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan