03 July 2009

3000 punya cerita..

Nyamannya udara. Segalanya bagaikan syurga. Ku toleh kanan, ku toleh kiri, tiada yg ku temui selain kehijauan.

Suara unggas-unggas rimba bergemercik seolah-olah menyambut kehadiranku. Angin bayu lembut menyapa wajah. Allah! enak sekali.

Aliran deras air sungai jelas kelihatan dan kedengaran. Tiada lagi yang indah melainkan ciptaan Allah yang Maha Pencipta.

Baik struktur fizikal bakteria perebak wabak Influenza A H1N1 hatta kepada penciptaan cakarawala. Segalanya indah. Bagaimana agaknya perihal syurga? Allah lebih mengetahui kecantikannya.

Sepanjang hari aku berasakan diriku ini seperti berada di alam lain. Asyik sekali. Gembira. Ulas senyuman sentiasa terpancar. Ramai berasa hairan perubahanku lantas mereka bertanyakan kenapa.

Jawapan aku mudah saja. Aku sungguh teruja kerna kunjungan pembaca melayari laman blog aku mencecah angka 3000 pada hari semalam. =>

Lantas senyum itu berlarutan sehingga ke hari ini. =>

6 komentar:

Anonymous said...

Sepanjang hari aku berasakan diriku ini seperti berada di alam lain. Asyik sekali. Gembira. Ulas senyuman sentiasa terpancar. Ramai berasa hairan perubahanku lantas mereka bertanyakan kenapa.

sound like u're in love...
:-)

Akhi Fairuz Al-Jengkari said...

haha..persepsi kan. bisa saja di terjemahkan kepada butir-butir kata. =>

Anonymous said...

u good in writing-- penuh dgn emosi..
hope u're also good in doing it

Akhi Fairuz Al-Jengkari said...

emosi sewaktu menulis kdg2 muncul kdg2 hilang..100 patah kata yg terawal adalah yang paling susah utk diterbitkan.

insyaallah penulisan itu menggambarkan orngnya..

Anonymous said...

semoga awk berjaya dgn penulisan awk......

Akhi Fairuz Al-Jengkari said...

insyaallah..barakallah..

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 Hitam Putih Kehidupan. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan