Powered By Blogger

04 July 2009

Al-Fatihah Buat Allahyarham Mikael

Saat kematian beliau, umat Islam terutamanya tertanya-tanya apakah anutan agama terakhir Michael Jackson? Adakah Kristian? Atau Islam.

Alhamdulillah, segala-galanya terbongkar semalam. Wasiat beliau yang terakhir di siarkan oleh akhbar The Sun terbitan USA jelas dinyatakan bahawa beliau mati sebagai Islam.

Beliau mengamanahkan jenazahnya untuk diuruskan sepenuhnya oleh abang beliau, Jermaine. Jermaine awal-awal lagi telah memeluk Islam. Jermaine juga memaklumkan Michael Jackson memeluk Islam pada November 2008 yang lepas dan menukar nama kepada Mikael.

Maka terjawablah teka-teki anutan akhir beliau. Lahir kafir, hidup kafir, mati Islam. Alhamdulillah. Saat syahadah diucapkan Allah telah mengampunkan segala dosa-dosanya. Maka jadilah beliau seperti bayi yang baru lahir, tiada dosa.

Bagaimana kita yang lahir-lahir lagi sudah Islam? Berapa banyak dosa kita? Semoga kita yang lahir sebagai Islam, hidup sebagai Islam, maka istiqomahkanlah ia agar kita mati dalam keadaan Husnul Khatimah; Mukmin yang Muttaqin.

Maklumat Pengkebumian : Kira-kira sejuta orang dijangka hadir di majlis penghormatan terakhir MJ di Arena Staples Center di Los Angeles.Upacara akan diserikan dgn persembahan dan penghargaan dpd beberapa lagenda muzik. Keranda MJ bersalut emas 14 karat. Harga- RM87,000. Upacara ini khabarnya dijangka mengatasi majlis pengkebumian Elvis Presley pd tahun 1977 yg dihadiri 75,000 org di Memphis, dan Puteri Diana yg dihadiri 250,000 di Hyde.
Al-Fatihah

0 komentar:

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 Hitam Putih Kehidupan. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan