Powered By Blogger

21 July 2009

Say No to ISA!

ISA. ISA for Internal Security Act atau Akta Keselamatan Dalam Negeri. ISA juga boleh ditafsirkan sebagai Ikut Suka Aku. Ya, ikut suka aku nak tangkap siapa dan dakwa atas akta ini. ISA juga bermaksud Ia Sah Aniaya. Menganiayai sesiapa sahaja yang dirasakan perlu. Baik ahli politik, baik rakyat marhaen, bahkan sesiapa sahaja. Ia langsung tidak mengenal belas kasihan. Hanya ada 2 orang sahaja yang berkuasa dalam akta ini, siapa lagi kalau bukan Perdana Menteri dan juga Menteri Dalam Negeri. Berdehem sahaja, tangkapan dibuat. Mudah bukan. Macam negara ni BAPAK DIA YANG PUNYA!

Apa persepsi anda akan gambar di atas? "ISA is not healthy for children and other living things". Jelas bukan maksud tersirat dari gambar dan bait-bait katanya. Kuasawan itu bukan tidak sedar kebejatan akta drakonian ini. Mereka sedar. Namun apakan daya, mereka dikurniakan telinga, tetapi tidak 'mendengar', mereka memiliki mata, tetapi tidak 'melihat', mereka juga memiliki otak, tetapi tidak menggunakan akal fikiran. Perumpaan mereka ini seumpama binatang ternak, Balhum Adhol!! Bahkan lebih teruk daripada itu.

ISA awalnya diwartakan sebagai akta mencegah dan menghapuskan penguasaan komunis di Tanah Melayu pada seketika waktu dahulu. Apabila dibentangkan di Dewan Rakyat, majoriti ahli parlimen bersetuju akta ini perlu diadakan termasuk parti pembangkang; PAS dan lain-lain. Namun persetujuan itu hanya melibatkan ancaman negara pada ketika itu. Untuk membasmi komunis. Setakat itu sahaja.

Namun apa yang mendukacitakan adalah ia tetap diteruskan walaupun negara telah merdeka. 10 tahun, 20 tahun, 30 tahun, 40 tahun bahkan hingga kini, 53 tahun. Ribuan yang ditangkap. Majoriti yang ditangkap adalah pimpinan pembangkang terutama daripada PAS. Alasan tangkapan adalah : Mengancam keselamatan negara! Mudahnya mencari alasan bagi tangkapan. Isu perpecahan Umno penghujung 80 an, pertembungan team A vs team B sehingga Umno diharamkan oleh mahkamah, mereka yang bergaduh dan berbalah sesama mereka, akhirnya apa yang terjadi? Pemimpin pembangkang juga yang di 'ISA' kan dalam Ops Lalang. Sama macam ni la, orang lain yang kencing tepi jalan, orang lain yang dipersalahkan. Bukankah kurang cerdik namanya!

Kini masih terdapat berbelas tahanan yang meringkuk dalam tahanan Kem Kamunting di bawah akta ISA. Ditangkap, dikurung tanpa diketahui apakah kesalahan mereka. Tidak didakwa ke mahkamah. Dipisahkan daripada keluarga. Dari anak-anak. Dari ibubapa. Juga dari isteri tercinta. 60 hari terpisah. Disambung 2 tahun. Ditambah 2 tahun. Ditambah lagi 2 tahun. Hinggalah sekarang. Ada yang bercerai-berai, ada yang meminta diceraikan, ada juga anak kecil mereka meninggal semasa dalam tahanan, ada juga yang ibunya meninggal, juga semasa dalam tahanan. Namun ia tidak langsung menjentik hati golongan Kuasawan UBN ini dari menghapuskan ISA.

Akta ini zalim. Bercanggah dengan perundangan Islam. Hei, dalam Islam selagi orang itu tidak dibicarakan dan didapati bersalah, selagi itu beliau tidak bersalah. Juga bercanggah dengan hak rakyat dalam negara demokrasi. Malang sungguh rakyat Malaysia.

Ini permulaan posting aku berkaitan kebodohan, kebejatan, ke'kurang ajar'an serta kebinatangan ISA ini. Biar semua jelas apa dia 'ONE MALAYSIA'. Biar rakyat jelas apa dia 'RAKYAT DIDAHULUKAN'. Dan sekiranya semua telah jelas, mari bersama-sama dalam DEMONTRASI MANSUH ISA pada 1 Ogos 2009 di Kuala Lumpur. Allahuakhbar!!

0 komentar:

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 Hitam Putih Kehidupan. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan