
"Yang dok bercakap pasal parti adalah Mustafa Mohamed," kata Nik Aziz.
"Umno ni dah jadi macam cerita Laila & Majnun," kata Tok Guru yang mengibaratkan kejadian ini menunjukkan sikap 'desperado' Umno yang gilakan PAS.
"Saya bercakap pasal kerjasama antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri seperti semangat federalisme bukan pasal antara parti," sambungnya.
"Saya cabar media massa supaya membuktikan dengan rakaman video atau audio yang saya menyebut soal perpaduan dan menghulur salam perpaduan dengan Umno," ulas beliau.
So, what's the point? Apa masalah Umno ni? Nak kucar-kacirkan Pakatan Rakyat sekali lagi? Media massa sama seperti parasit yang lebih merbahaya dari Virus Influenza A H1N1. Lain di dengar, lain dilapor.
Apa komen Dato Hishamudin Hussein : "Saya pun bingung. Sekejap hendak damai, sekejap tidak mahu"
Berdamai pe benda? Nak bingungkan apa? Atas semangat PERSEKUTUAN tidak dapat tidak hubungan kerajaan negeri dan persekutuan perlu diwujudkan untuk kepentingan rakyat. Tak kan Hishamuddin tak faham konsep ini.
Atau Hishamuddin faham PERSEKUTUAN ni macam konsep UMNO Bahagian dengan UMNO cawangan. Kalau Ketua Bahagian tak satu team dengan Ketua Cawangan maka segala projek UMNO bahagian tak turun ke Cawangan itu. Itulah konsep yang telah menjahanamkan UMNO selama ni.
Cukup-cukuplah tu Pak Menteri UMNO. Baiki parti kamu dulu dari najis rasuah. Ubah sebelum rebah!
Felicia Ling : Maaf kerana saya tidak setuju dengan pendapat saudara Akhi Fairuz. Saya seorang bukan Islam, mungkin tidak boleh bergelar yang arif dengan latar belakang pembelajaran Tamadun Islam dan Undang2 Syariah serta berguru dengan seorang bekas Hakim Mahkamah Tinggi yang beragama Islam. Tapi saya berpendapat langkah pertama, tanggungjawab untuk mengajar isteri terletak di tangan suami. Suami juga harus dipertanggungjawabkan dalam hal ini kerana tidak mendidik isteri secara betul menurut Akidah. Kedua, agama Islam mementingkan pendidikan, keinsafan dan peluang untuk bertaubat.
Sekiranya wanita itu diberi peluang untuk bertaubat dan dikehendaki untuk menghadiri pendidikan Agama bersama suaminya dan diingatkan padahnya alkohol, maka ianya akan lebih membawa keinsafan di kalangan mereka.
Atas sebab gender, setiap wanita adalah saudara saya tidak kira agama dan warna kulit, saya akan berpegang teguh kepada prinsip ini..
Kalau sebatan boleh selesai masalah, rogol dah lama lupus di bumi ini.