Powered By Blogger

03 June 2009

"Kredibiliti & Imej Saya Sebagai Pendakwah Sudah Terjejas " - Akhil Hayy

2 Jun 2009/ 8 Jamadil Akhir 1430 H/ Mahkamah Rendah Syariah Ipoh/ Laporan Mstar Online

IPOH : Kemuncak ketegangan rumahtangga pendakwah bebas dan penyanyi Akhil Hayy atau nama sebenarnya Akhil Abdul Hai sampai ke penghujungnya hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh jam 10.25 pagi. Kes menuntut 'kebenaran cerai' yang dikemukakan oleh isteri Akhil, Maizawati Zainal, 33 telah didengar di hadapan Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Ipoh Mohd Ridhuan Yusof.

Maizawati diwakili dua peguam Azmi Rais dan Zulkifli Che Yong sementara Akhil pula tidak diwakili mana-mana peguam. Perbicaraan di dalam kamar itu sepatutnya didengar pada jam 10 pagi tetapi tertangguh selama 25 minit kerana menantikan kemunculan Akhil yang akhirnya hadir bersama dua sahabat yang bertindak seperti 'pengawal peribadi'nya.

Hubungan kedua suami isteri ini kelihatan agak dingin apabila masing-masing tidak bertegur sapa dan bertanya khabar. "Kehilangan' Akhil selama 3 bulan dari rumah mereka juga tidak menampakkan apa-apa reaksi.

Komentar :

Ada sesuatu yang telah berlaku. 3 bulan tidak pulang ke rumah. Salah Maizawati ke? Akhil? Atau Waheeda? Wallahuallam...

Namun, sebagai seorang ayah, Akhil sempat melempiaskan rasa rindunya kepada anak bongsu mereka, Muhd Shatiri Hidayatullah berusia 2 tahun. Maizawati, yang hadir bersama lima orang anak mereka, kelihatan agak tenang. Kes yang berjalan lancar terpaksa ditangguhkan hingga 11 pagi dan bersambung selepas itu.

Komentar :

Kasih sayang bapa kepada anak. Jangan dipisahkan mereka.

Walaubagaimanapun, disebabkan ada dokumen yang tidak lengkap untuk membuat urusan tuntutan, maka kes tuntutan cerai ini ditangguh ke 15 Julai. Akhil kelihatan agak serius dan tidak begitu mesra. Setelah dikejar oleh beberapa wartawan akhirnya beliau akur untuk menjawab soalan yang diajukan.

"Saya tak nak bagi komen. Saya akan selesaikan dengan cara paling makruf. Saya akan buat yang terbaik dan telah dinasihatkan jangan perbesarkan isu ini," kata Akhil. Namun di sebalik riak tenang di wajahnya, hos program 'Cafe Akhil Hayy' itu sempat juga memberi komen sinis..."Kalau sesiapa ada masalah boleh adu pada stesen TV."

Komentar :

Ustaz oh ustaz! Kenapa keluarkan statement sebegini? Ustaz menempelak media sebenarnya. Statement Ustaz itu akan 'di ratib' dari sehari ke sehari oleh media perdana. Karier seorang ahli politik atau karier seorang artis atau juga karier seorang pendakwah banyak bergantung kepada media. Tuan Guru Nik Aziz pun mereka sanggup fitnah, inikan pula Ustaz. Hati-hati dengan permainan media!

Beliau juga berkata, ramai sahabat handai datang memberi nasihat dan sokongan moral kepadanya. "Biarlah saya berbincang secara makruf. Saya tidak mahu membesarkan cerita ini," kata anak kepada pendakwah terkenal ini.

Komentar :

Itulah yang terbaik.

Kemelut rumahtangga Akhil-Maizawati menjadi perbualan hangat dua minggu lepas apabila Maizawati setuju membuat pendedahan keretakan rumahtangganya di dalam program 'Nasi Lemak Kopi O' dan Wanita Hari Ini (WHI) di TV3 baru-baru ini. Dalam kedua-dua program itu, Maizawati mengaku suaminya memang mempunyai hubungan dengan penyanyi Waheeda. Justru katanya, dia memberi kebenaran Akhil berkahwin lagi dan bersedia hidup bermadu.

Komentar :

Isteri Ustaz sudah membenarkan untuk berkahwin dengan Waheeda. kenapa lambat sangat bertindak? Atau itu bukan cerita yang sebenar? Atau mungkin isteri membenarkan berkahwin satu lagi, tetapi bersyarat? atau lain-lain sebab? Wallahuallam..

Namun, dia tidak tahu apa status hubungan suaminya dengan Waheeda kini apabila Akhil sendiri sudah tiga bulan tidak pulang ke rumah. Maizawati berkata, dia hanya mengikuti perkembangan kisah suaminya itu menerusi media dan mengambil keputusan untuk bercerai dengan Akhil.

Komentar :

3 bulan tidak pulang ke rumah. Jangan nak menyalahkan pihak lain andai ada yang beranggapan Ustaz dah bernikah dengan Waheeda. Jika ya, berterus terang saja. Jika tidak, selesaikanlah kekusutan ini dengan segera. Tapi apakan daya, tuntutan penceraian telah dibuat.

Apa pun, yang pasti pendedahan demi pendedahan yang dilakukan oleh Maiza telah menyebabkan kredibiliti suaminya sebagai pendakwah terjejas teruk. Ini diakui sendiri oleh Akhil, apabila beliau dengan nada rendah diri berkata, "Kredibiliti dan imej saya sebagai pendakwah sudah terjejas," kata Akhil.

Komentar :

Persoalannya sekarang ini adalah Adakah Pn Maizawati sengaja menimbulkan isu ini bagi menjejaskan kredibiliti dan imej Ustaz sebagai pendakwah? kenapa imej dan kredibiliti itu penting bagi ustaz? Ini adalah kesilapan dari Ustaz sendiri. Ustaz kenal Azmil Mustaffa a.k.a Ali Setan? Sudah PASti kenal. Apa yang beliau lakukan apabila berhijrah? Adakah menceburi semula bidang hiburan? Berlakon? merakamkan album atau lain-lain? Ok, itu yang pertama. Ustaz PASti kenal Fauziah Ahmad Daud bukan? Beliau juga telah berhijrah, kemudian menceburi semula ke dalam dunia hiburan.

risiko untuk terjebak semula ke alam kegelapan amat tinggi apabila menceburi semula alam 'hiburan'. Hijrah yang pertama kerana Allah, tetapi malangnya hijrah yang kedua walaupun asalnya ingin mengembangkan dakwah secara lebih meluas, namun Ustaz mesti faham konteks dunia hiburan ini dan ustaz sememangnya faham, bahkan lebih awal lagi sebelum saya memahaminya. Kotor! Skandal! - (gay, lesbian dll) Tidak bermoral! - (Bohsia, Rempit, bersubang bagi lelaki, botox, dedah sana, dedah sini, berpeluk di khalayak ramai, khalwat dll) Anti Islam! - (Gubra, Mukhsin, Talentime, hina nabi, hina Islam dll)

Bagaimana kita ingin hidup dalam dunia ini dan mengubahnya dari dalam? (Sebahagian besar, yang ok, artis nasyid- itupun tidak semua, seniman yang berjuang bagi membangunkan bangsa, artis yang berdakwah dalam lagu dengan membawa mesej2 ketuhanan - Ramli Sarip dll). Ini bukan diskriminasi kpd para artis, bukan juga menghukum kesemuanya. Tetapi itulah realitinya. Bisa saja berdakwah dari luar, maksud saya bersama jemaah (Parti Islam), itu lebih aula seperti yg ustaz lakukan sebelum mengikat kontrak dengan astro. Apabila bersama astro, maka pembawaan ustaz itu berlaku secara drastik dan mengelirukan kami yang meminati siri ceramah ustaz sebelum ini.

keadaan yang berlaku kpd ustaz sama seperti yg berlaku kepada saudari fauziah ahmad daud a.k.a Ogy. kak ogy, alhamdulillah kembali sahaja dari mekah, bertudung litup serta meninggalkan terus bidang seni hiburan. ini hidayah dari Allah. kemudian kembali semula ke dunia hiburan, lihat apa yang terjadi kepada beliau? namun keadaan berbeza bagi azmil mustaffa. tinggalkan terus dunia hiburan dan mengabdikan diri totally kepada Allah dan Islam dgn cara menuntut ilmu lagi dan lagi.. Ini yg terbaik. Ustaz berbakat berceramah. Tidak dapat disangkal lagi. apalah yg dapat di ubah dalam siri Cafe Akhil Hayy itu andai meninggalkan jemaah? Saya faham ustaz faham. Adakah benar ustaz meninggalkan jemaah? saya tidak tahu.

Ditanya samada beliau akan teruskan niat melepaskan Maizawati, Akhil berkata, "Saya akan cuba buat keputusan yang terbaik." Namun, pendirian Maizawati terhadap tuntutan cerainya jelas goyah. Dia bagaikan bingung samada ingin meneruskan niatnya untuk membuat tuntutan cerai.

"Apa-apa pun tunggulah 15 Julai. Saya tak boleh cakap lagi. Ramai kawan-kawan yang nasihat jangan bercerai. Kata mereka kalau saya minta cerai, saya akan kelihatan seperti tewas... "Bagaimana perasaan apabila ketemu semula suami selepas 3 bulan? "No komen," kata Maizawati sambil tersenyum. Beliau juga berkata dia tidak ada masalah untuk bersemuka dengan Akhil. Harapan pada kes tuntutan cerai pada kes ini?"Tak boleh bagi penjelasan lagi...," kata Maizawati.

Walaupun hakim memberi peringatan "Jangan sensasikan kes Akhil-Maizawati dan buat laporan untuk berita saja" - kenyataannya kisah rumahtangga personaliti seperti pendakwah terkenal Akhil Hayy dan dikaitkan pula dengan penyanyi Waheeda akan selalu menjadi berita panas yang dinanti-nantikan oleh peminat mereka.

Komentar :

kena berbalik kepada asal permasalahan. kenapa semua ini boleh berlaku. para pembaca mengetahui. saya juga mengetahui. Ustaz lagi mengetahui dan sudah PASTI Allah Maha Mengetahui segala-galanya. Ujian! Kifarah! Hukum Karma! Ya, ya, bisa saja.

0 komentar:

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 Hitam Putih Kehidupan. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan