Powered By Blogger

14 June 2009

Takziah Buat Syeikh Fathi Yakan, Tahniah Buat Ahmadinejad!

Takziah Buat Syeikh Fathi Yakan

Fathi Yakan dilahirkan di Tarablas pada tahun 1933 dan telah mendapat ijazah kedoktoran dalam pengajian Islam dan Bahasa Arab. Beliau telah terlibat dengan kerja-kerja Islam sejak tahun 50an dan telah menubuhkan Jamaah Islam pada awal 60an. Beliau telah menjawat ketua umum di dalam Jamaah Islam (cawangan ikwanul muslimin) sehinggalah pada tahun 1992.

Pada tahun tersebut beliau telah bertanding dan telah memenangi kerusi parlimen. Beliau kekal sehinggalah pada tahun 1996. Di tahun-tahun kebelakangan ini beliau telah mengetuai jabhah Islami. Beliau telah mengambil peranan penting untuk menghentikan peperangan Mukhayyam Nahrul Barid di utara Lubnan diantara Tentera Lubnan dan Jamaah Fathul Islami pd tahun 2007.

Beliau telah banyak mengarang buku diantaranya maza ya'ni intiami lil Islam, al-Mutasiqituna fala toriq Da'wah, kaifu nadwu lil Islam dan lain-lain yang melebihi 35 buah buku. Beliau telah memantau laman web dakwah.net. Isteri beliau bernama mona yakan dan 4 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki.

Jenazahnya dikebumikan selepas asar di perkuburan keluarga di Babur Raml. Innalillahi wa inna ilahi raji'un...

Komentar:

Allah lebih menyayangi beliau. Setiap pendokong islam, tidak kira di mana saja mereka berada pasti akan merasai kehilangan pejuang agung ini. Buku karangannya : Apa Ertinya Saya Menganut Islam begitu dekat dengan hati aku. Semoga rohnya bersama-sama dengan para nabi, orang yang benar, para syuhada serta orang-orang yang soleh. Al-fatihah...


Tahniah Buat Ahmadinejad!


Kemenangan buat penggal ke tiga bagi pemilihan presiden republik iran dengan peratus undian sebanyak 62.63, mengalahkan 3 calon presiden yang lain. Walaupun kekecohan berlaku tika ini di Iran, namun aku percaya ia akan pulih seperti biasa. Buat kamu Ahmadinejad, teruskan tekanan kamu kepada Yahudi di Palestin serta mengecam dasar-dasar USA yang menekan umat Islam. Kami golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah berharap tembok yang terbina dengan golongan Syiah juga dipulihkan. Bersatu kita berhadapan musuh yang nyata! Bukannya berantakan sesama kita.

0 komentar:

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 Hitam Putih Kehidupan. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan