Powered By Blogger

25 June 2009

Apabila Mufti Haru Biru Sana Sini Berbicara Perihal Kerajaan Perpaduan..


PUTRAJAYA 24 Jun – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kecewa dengan gelagat sesetengah parti politik yang mendakwa parti Islam tetapi sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan sesama Islam demi menegakkan ideologi politik mereka.

Sambil menyuarakan rasa kecewa dengan kegagalan merealisasikan kerajaan perpaduan Pas-UMNO, Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2008 itu berkata, parti yang mendakwa Islam ini bertindak tidak seperti mana DAP yang tidak bergaduh sesama parti Cina lain malah sanggup pula bersatu demi kejayaan kaum sendiri.

‘‘Saya sebenarnya amat berharap benda ini (kerajaan perpaduan) jadi (kenyataan) sebab saya sendiri memperjuangkan supaya masyarakat Melayu dan Islam ini bersatu.

‘‘Tapi saya kecewa. Mereka ini taksub kepada parti sehingga menganggap sesama mereka (dalam parti sendiri dan parti-parti Melayu lain) bukan bersaudara. Politik itu politiklah tapi persaudaraan Islam itu mestilah dijaga, maka haramlah memutuskan tali persaudaraan Islam itu,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Komentar :

Aku cukup respek apabila beliau berjuang berkaitan isu murtad. Pendirian beliau dalam isu Sisters In Islam pun sama. Namun apabila beliau membicarakan atau memberi komen perihal politik di Malaysia, menggelengkan kepala adalah sebaik-baik perbuatan. Tidak cukup dengan sikap beliau yang cuba 'menghasut' PAS dan Umno untuk bergabung di Perak selepas PRU Mac 2008 yang lepas, kemudian mencuri perhatian kembali dengan isu mogok lapar; keluar statement tanpa mengambil tahu kenapa ianya boleh berlaku.

Dan hari ini terpampang di Akhbar Utusan Malaysia statement beliau seperti yang dilaporkan oleh wartawan. Nampak sangat tak jelas apa itu kerajaan Perpaduan yang dimaksudkan Presiden PAS. Kaji la dulu. Sekarang bila dah keluar statement, 1 Malaysia tahu yang kamu tidak tahu apa itu definisi Kerajaan Perpaduan. Bukannya UMNO PAS bergabung membentuk kerajaan. Sebab tu aku menganggap kamu Mufti Haru Biru Sana Sini.

Kerajaan Perpaduan : diamalkan di beberapa buah negara; Britain, Israel, USA dan lain2. Terbentuk apabila berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini; sbg cth darurat. Sekarang ini setiap negara berhadapan dgn krisis ekonomi global yang begitu mencengkam kerongkong gara-gara dasar kapitalis yang di amalkan. Malaysia tidak terkecuali. So, Presiden PAS memberi idea akan gagasan ini bagi menghadapi krisis tersebut. Ini idea & cadangan, yang kalut macam Ketua JKKK tu watpe? Ok, sambung balik. Apabila ia berlaku, tiada lagi pembangkang. Kerana masing-masing telah diberi jawatan menteri mengikut bilangan undi popular dalam PRU yang lepas. Walaupun tiada pembangkang, ttp masing-masing ada hak untuk membangkang. Tetapi penggabungan itu tidak lama dan tidak kekal. Krisis berlalu dan telah selesai, kita bertempur kembali. Ada faham?

Ini dok jaja sana sini PAS memutuskan silaturrahim. Dok wat hingaq dalam akhbar. Cuba contohi Bekas Mufti Perlis, Dr Asri. PAS sentiasa menghulurkan silaturrahim, bukan saja pada UMNO, tetapi kepada semua parti tanpa mengira bangsa dan agama. Yang memutuskan silaturrahim UMNO. Isu Memali, Lubuk Merbau, pemimpin PAS disumbat ke dalam ISA dan lain-lain. Siapa yang memutuskan silaturrahim? SIAPA? Itu belum dikira bantuan kepada rakyat; yang diagihkan hanya kpd golongan UMNOputra. Statement ini terlalu rasict la wahai Tan Sri Mufti. Konon minta contohi Parti Cina. Ini kenyataan nak menyedapkan hujah. Dalil yang sempit.

Yang paling aku sedih apabila kamu menyatakan : ‘‘Tapi saya kecewa. Mereka ini taksub kepada parti sehingga menganggap sesama mereka (dalam parti sendiri dan parti-parti Melayu lain) bukan bersaudara. Politik itu politiklah tapi persaudaraan Islam itu mestilah dijaga, maka haramlah memutuskan tali persaudaraan Islam itu,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini. - Ini apa ni? Siapa yang taksub kepada parti? Ikut sedap mulut je.

Ini lagi aku sedih, dalam utusan online takdek, dalam akhbar ada : "kalau ada perasaan dendam, hasad dengki dan benci sesama Islam, harap kita tengok kepada sembahyang kita kerana sembahyang dapat menghilangkan perkara yang tidak baik. Jadi kalau ada sifat semacam itu maknanya sembahyang kita tidak betul lagi lah. Kena diperbaiki lagi," katanya. - Ya Rabbi!!! pelik betul aku kamu ni. Tapi aku percaya statement kamu ini bukan kepada Pemimpin PAS, tetapi kepada pemimpin UMNO. Akan datang ada lagi kenyataan-kenyataan yang lebih UMNO daripada UMNO akan dikeluarkan oleh beliau. So, kita tunggu sajalah. Bagus juga, lagi banyak statement, lagi kita tahu akan sikapnya yang sebenar.

0 komentar:

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 Hitam Putih Kehidupan. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan