Powered By Blogger

18 June 2009

Selamat Hari Bapa Untuk Abah!

20 hb Jun 2009 ni birthday abah aku. Dari kecil sampai la besar, boleh dibilang dengan jari aku wish birthday abah. Tahun ni umur abah dah mencecah 67 tahun. Lahir tahun 1942. Lebih tepat lagi saat Jepun menakluki Tanah Melayu.

Kalau kamu semua menghayati dan mendefinikan gambar sebelah, PASti kamu berfikit hebat sungguh orang tua ini. YA! Memang hebat. Membesarkan anak seramai 11 orang. Tak pernah aku dengar dia merungut. Apa yang penting, dapat sekolahkan anak, membesarkan mereka, memberi ilmu serta boleh berdikari apabila besar.

Aku sayang abah aku. Teramat sayang. Saat aku menulis rangkap ini air mata aku hampir nak menitis. Masakan tidak sayang. Abah kita kan. Tapi sayang itu di dalam hati, dari segi perbuatan sukar nak terjemahkannya. Orang lelaki kan. Yang paling mudah, salam dan cium tangan abah.

Aku masih ingat lagi, abah pernah menangis disebabkan aku. Menangis sebab kedegilan aku, menangis akibat kejayaan aku serta menangis kerana sukarnya membesarkan kami adik beradik. Sekarang semua dah besar. Yang sulung berusia 43 tahun dan yang paling bongsu 19 tahun.

Kadang-kadang aku pernah terfikir dan sentiasa berfikir, apa sumbangan atau 'hadiah' yang paling istimewa perlu aku berikan kepada abah? adakah wang ringgit? atau cakna akannya di kampung? Jawapannya adalah kesemuanya. Jika ia bisa menghiburkan hati abah, teruskan saja.

Namun apa yang jelas, dipandang redup wajah abah, aku dapat lihat suatu perasaan yang sukar diluahkannya melalui mulut beliau. Hanya suara hati yang kedengaran. KEBAHAGIAAN ANAK-ANAK!! Ya, itulah yang terbit dari hati nurani abah. Tapi bukannya kebahagian atas definisi sempit yang kita fahami bahkan kebahagian di dunia yang mentransitkan laluan kebahagian di akhirat.

Itu takrif yang sebenar. Terpulang pada adik-beradik aku yang lain. Abah dah ajar. Abah dah membesarkan kita. Abah dah menyekolahkan kita. Abah juga menaruh kepercayaan kepada kita untuk menjadi hamba Allah yang berguna. Kerna aku sedar abah bukanlah calang-calang manusia yang pernah wujud di muka bumi ini.

Buat abah, Selamat Hari Lahir Ke 67 tahun serta Selamat Hari Bapa!

(p/s : aku tak dapat balik hujung minggu ni untuk mearaikan Birthday abah. Sabtu malam kena handle Program Sejuta Poskad Mansuhkan PPSMI di Parit Raja, Batu Pahat. Ahad pagi Kuliah dhuha dan petangnya membina reban ayam beserta penyerahan anak-anak ayam kepada keluarga kurang berkemampuan anjuran pemuda Kawasan. Sorry abah...)

0 komentar:

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 Hitam Putih Kehidupan. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan