Powered By Blogger

22 June 2009

PPSMI? 'Respon' Dr Puad Zarkashi (Timb Menteri Pelajaran)...

20 Jun 2009
26 Jamadil Akhir 1430 H
Sekitar Daerah Batu Pahat


4.00 pm
Masjid Jamek Batu Pahat


Alhamdulillah, kami semua dapat berkumpul di masjid serta mengerjakan solat asar berjemaah. Memang sengaja dikumpulkan di masjid, roh jihad akan tersemai di sini. Lihat sahaja demo Bersih dan demo PPSMI, bukankah di mulakan di masjid?

4.50 pm
Perkarangan Masjid Jamek Batu Pahat


Semua yang terlibat dengan 'program besar' petang ini mendengar taklimat daripada Ketua Penerangan DPPNJ, Ustaz Azam. Semua jelas dan bersedia untuk bertindak.

[Ustaz Azam memulakan bicara dengan menyuntikkan semangat juang pada semua yang terlibat. "Kita akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan seperti yang kita putuskan. Apa yang penting, maklumat tentang PPSMI ini sampai kepada warga Batu Pahat," Ustaz Azam berbicara kepada kami]

[Saudara Khairul Faizi selaku Ketua DPPNJ serius dengan taklimatnya]

5.15 pm
Pasar Malam berhampiran Masjid Jamek Batu Pahat

Kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Sebahagian ke BP Mall, sebahagian ke Dataran dan sebahagian ke Pasar Malam. Aku menyertai team Ustaz Azam dan KP Johor ke Pasar Malam. Risalah yang dicetak sebanyak 2500, separuh daripada yang ditempah di agih-agihkan kepada setiap peserta. Target kami, 2500 warga Batu Pahat akan maklum akan bejatnya PPSMI ini.

[Kelihatan Ustaz Azam; Ketua Penerangan DPPNJ dan Khairul Faizi; Ketua DPPNJ mara ke hadapan dalam menyampaikan mesej PPSMI kepada orang ramai di pasar malam. Di mana pula aku? Of course la yang tangkap gambar..huhu..]

[Sebahagian peserta yang mengambil bahagian dalam pengedaran risalah PPSMI. Kami langsung tidak sedar yang kami 'sedang diperhatikan']

5.35 pm
Juga di tempat yang sama


Kami mengedarkan risalah kepada siapa sahaja yang kami temui. Tidak kiralah pelajar sekolah, apa jua kaum dan agama. Semua tidak terkecuali. Dalam masa yang sama, tekak mulai haus. Aku mengambil kesempatan untuk membeli air mangga yang di jual di sebuah gerai di pasar malam. Risalah PPSMI aku kepitkan di celahan bahu. Tiba-tiba datang seorang lelaki yang tidak dikenali memberi arahan kepada aku untuk berkumpul di satu tempat. Aku hairan, siapa pula lelaki ini? Adakah Pemuda PAS? Kat masjid tadi tak nampak pun. Oh, baru aku tau polis rupanya. "Kejap, saya nak beli air ni dulu, haus," sapa aku pada polis tersebut. Dia hanya mengangguk tanpa senyum..huh, garang betul..

Kami semua dikumpulkan bersama Ustaz Azam dan Khairul Faizi. Apa salah kami? Dalam ramai-ramai polis yang ada, aku hanya mengingati nama Aziz. Kat baju terpampang nama dia, juga merupakan pegawai penyiasat jenayah komersil kuala lumpur. Wah, hebat! Polis KL kau panggil ya Puad Zarkashi..Macam jenayah besar pulak mengedar risalah ni. Masa pelancaran di Pagoh dahulu edar juga risalah. Tapi tak ambil tindakan pun. Nampak sangat dapat arahan dari orang politik.

[Aziz, berbaju hitam meneliti kandungan yang ada dalam risalah tersebut. Kesalahan yang kami lakukan melanggar akta mesin cetak - tidak meletakkan alamat pengeluar dan risalah dipercayai mengandungi unsur-unsur hasutan.. ha-ha-ha.. sengal!! cakap je la dapat arahan Puad Zarkashi..]

[ setelah sesi perbincangan selesai, pihak polis membawa 8 orang Pemuda PAS termasuk Sdr Ketua Pemuda, Khairul Faizi ke balai untuk di ambil keterangan. Eleh, aku tau ini semua nak takut-takutkan kami. Terpaksalah ke balai, tak pergi nanti jadi kes lain pulak, sah2 dia dakwa menghalang penjawat awam menjalankan tugas. Apa-apa je la.. Aku tak dapat bersama, dia bawa orang penting-penting je..]

6.30 pm
Masjid Jamek Batu Pahat

Kami yang lain berkubu semula Di Masjid Jamek Batu Pahat. Bukankah Rumah Allah itu tempat yang paling aula apabila berlakunya sebarang musibah? Lihat saja tsunami 2004 di Indonesia. Inilah tempat dan saat yang paling sesuai untuk bermohon kepada Allah SWT. Wahai Allah, selamatkanlah 8 orang sahabat kami yang ditahan polis, jauhkan mereka dari bahaya bencana. Amin Ya Allah..

8.15 pm
Balai Polis

Dari Malaysiakini : Setelah di ambil keterangan, kesemua mereka dibebaskan kira-kira jam 8.15 malam tadi.

Mereka adalah Ketua Pemuda PAS Negeri, Khairul Faizi, Naib Ketua Pemuda PAS Negeri, Hamid Jammah, dua exco dewan itu, Norhalim Sakid dan Norazid Mohd Nor turut ditahan serta empat lagi aktivis PAS, Zulkifli Kamma Kutti, Saruni Said, Rizal Harun dan Rashid Abdul Halim.

9.30 pm
Kampung Parit Bilal, Batu Pahat

Ceramah Perdana berkaitan PPSMI dihadiri oleh Sasterawan Negara, Pak Samad Said, Naib presiden PAS, YB Salahuddin Ayub, wakil GMP (Gabungan Mansuhkan PPSMI), Ketua Pemuda Khairul Faizi yang baru dibebaskan, para pimpinan Pakatan Rakyat, pendokong, aktivis parti serta ribuan penyokong yang lain.

[Apa agaknya yang ditanya oleh Ustaz Azam sehinggakan Khairul Faizi beraksi sedemikian rupa. Agaknya bercerita mengenai penahanannya petang tersebut kot. ha-ha-ha...]

9.45 pm - 12.30 am
Di tempat ceramah

Ceramah silih berganti. KP Khairul Faizi, Wakil PKR, Wakil GMP, Penyajak Muda Sdr Shahril turut mencuri perhatian pendengar. Jelas isu PPSMI ini sengaja di alihkan dari mata umum dengan mencipta pelbagai isu-isu yang lain. Yang diminta mansuhkan PPSMI, yang dibuat hadkan calon SPM kepada 10 matapelajaran dan wajib Bahasa Inggeris lulus kepada calon SPM. Benar bak kata Pak Samad, Inilah golongan Kuasawan yang bertelinga satu!!!

[Pak Samad sedang berceramah. Aku jangkakan beliau akan bersajak atau berpuisi. Tapi rugi yang teramat sangat aku tak dapat rakam ceramah beliau. Bateri Handset cukup-cukup untuk tangkap gambar je... : ( ]

[YB Salahudin Ayub menyampaikan taklimatnya. Menerangkan isu-isu terkini di Dewan Rakyat, respon akan PPSMI serta 5 perkara yang perlu di jawab oleh Najib Razak berkaitan isu pembunuhan Altantuya (Aminah Abdullah)]

12.40 am
Bertolak balik ke Segamat

.......................................................................................

Siapa sangka manusia yang paling berautoriti untuk memansuhkan PPSMI berada di negeri Johor? Muhyiddin Yasin Parlimen Pagoh, Puad Zarkashi Parlimen Batu Pahat, seorang Timb Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Seorang lagi ahli Parlimen merangkap Timbalan Menteri Pelajaran. Nah, mahu apa lagi? Dulu bukan main kau ya Puad Zarkashi menentang PPSMI. Sekarang sudah mempunyai autoriti, diam kamu. Dasar hipokrit.

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu katakan sesuatu yang tidak kamu lakukannya. Amat besar kemurkaan Allah bagi sesiapa yang berkata tetapi tidak melaksanakannya" As-saff (2-3)

Itu amaran Allah kepada orang-orang yang beriman. Kamu? beriman atau tidak? Jika ya, pasti kamu berjuang perkara yang sama apabila menjadi Timb Menteri Pelajaran. Jika tidak, pasti kamu menolak jawatan itu kerna PPSMI belum dihapuskan. Untuk orang-orang munafik pun ada juga ancaman dari Allah. Munafik? Na'uzubillah.. Allah lebih mengetahui..

Aku fikir penahanan 8 orang di Batu Pahat merupakan respon yang paling baik oleh Dr Puad Zarkashi. Terima kasih atas tindakan itu. Mudah bagi kami mengenali pimpinan atau kuasawan yang bertelinga satu serta berlidah dua!!!

1 komentar:

Akhi Fairuz Al-Jengkari said...

Thankz pada semua yang terlibat..ini pengalaman aku yang pertama..kita buat kerja kita, polis buat kerja dia..ok la tu..yg penting, jgn salah guna kuasa..

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 Hitam Putih Kehidupan. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan