Powered By Blogger

15 June 2009

Isu Kerajaan Perpaduan : Media Perdana lebih telus daripada Harakah?

Kerajaan Perpaduan/ Unity Goverment (UG) kecoh kembali. Semua ini gara-gara laporan media yang lebih laju daripada kenyataan Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Lebih hangat lagi apabila Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan mereka yang menyokong UG ini sebagai ejen UMNO.

Isu ini dah setel sebelum ni. Kenyataan TG Presiden disalah tafsir oleh mainstream media. Akhirnya, TG Presiden menarik balik kenyataannya. Tamat. Dalam ucaptema TG Presiden pada Muktamar yang lepas tiada langsung disentuh berkaitan UG ini. Sebulat suara perwakilan bersetuju bersama Pakatan Rakyat dan memperkuatkannya.

Dalam sidang media selepas muktamar TG Presiden di tanya berkaitan dengan UG. Maka ketika itu juga TG Presiden komited dgn gagasan Kerajaan Perpaduan yang di bawanya. TG Presiden tidak menyebut Kerajaan Perpaduan PAS bergabung dengan UMNO. Tidak wujud sama sekali! Polemik mula timbul apabila TG Nik Aziz tidak bersetuju, DAP tidak bersetuju dan PKR juga senada dan seirama. Ia seperti mengiakan Kerajaan Perpaduan PAS bergabung dengan UMNO.

Isu ini menjadi hangat apabila ia diperbesar-besarkan semula oleh media arus perdana; menjadi 'zikir' yang diratib hari-hari. Ditambah pula gesaan dan pandangan dari ahli jemaah sendiri di laman-laman blog yang masing-masing mengusutkan lagi isu ini.

Apa yang aku nak sentuh di sini adalah kenapa Harakah (akhbar rasmi PAS) dan juga Harakahdaily.net seperti tidak ambil peduli dan tidak menyiarkan kekusutan berkaitan Kerajaan Perpaduan ini? Sekarang sudah terbalik. Utusan Malaysia menjadi Harakah, Harakah menjadi Utusan Malaysia.

Maklumat yang betul di dapati di Utusan Malaysia, Sinar Harian, Berita Harian dan lain-lain. Di Harakah cuba mengalih isu yang lain. Aku faham ini semua permainan media bagi melaga-lagakan ahli PAS amnya dan TG Nik Aziz dan TG Haji Hadi khususnya. Seperti wujud 2 kem yang berbeda. Tapi isu ini semakin menjalar di peringkat akar umbi. Kelab-kelab penyokong PAS di serata Malaysia mula confius. Cina dan India yang mula mendekati PAS semakin pelik dan hairan sehinggakan ada yang mengeluarkan statement mereka yang menyokong UG jangan berkempen untuk PAS di Manek Urai.

TG Haji Hadi, TG Nik Aziz, aku amat berharap agar UG/ Kerajaan Perpaduan ini diselesaikan secara hikmah. Kenyataan bersama perlu disegerakan. Kenyataan dari pimpinan Pakatan rakyat juga perlu seiring. Kita sekarang ini dipermainkan semahu mungkin oleh UMNO dan Barisan Nasional. Saat mereka berpecah antara parti komponen, mereka ada talian hayat yang terakhir melaga-lagakan parti-parti dalam Pakatan Rakyat selepas isu perkauman tidak berjaya didendangkan.

Bagi aku yang lemah ini, aku tetap bersama dengan kepimpinan yang ada. Bersama kepimpinan Ulama. Awas mereka-mereka yang menjadi gunting dalam lipatan, akhirnya rahsia anda akan terbongkar. Tidak kiralah anda sebagai pimpinan atau bukan. Kepada akhbar Harakah dan juga Harakahdaily, jangan sampai ia dah 'merebak' barulah nak bertindak.

"Ya Allah Ya Tuhan kami, perkuatkanlah jemaah kami, Jauhkanlah ia dari sebarang fitnah. Kami hambaMu yang lemah. Berilah kami petunjuk, berilah pimpinan kami petunjuk, dan berikanlah semua muslim petunjuk. Tekadkanlah hati kami untuk bersama kepimpinan Ulama. Engkau Maha Berkuasa, kami bermohon kepadaMU agar isu Kerajaan Perpaduan ini tidak memecah belahkan jemaah kami. Perkenankanlah permintaan kami ini Ya Allah..Amin Ya Rabbal 'Alamin..."

1 komentar:

Akhi Fairuz Al-Jengkari said...

aku tetap bersama TGNA dan TGHH wpun ramai yg melaga2kan mereka..

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 Hitam Putih Kehidupan. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan