04 June 2009

Ini Kisah Wanita Bertudung..

Bertudung? Fesyen atau syariat? Yang rasa ia fesyen sila berkumpul di bahagian kiri. ok, yg rasa ia syariat berkumpul di sebelah kanan pula. Eh, kenapa ramai yang berkumpul di tengah-tengah? Oh, kamu semua tidak bertudung ya. ok2, ini kisah wanita bertudung bukan. cerita kamu kemudian-kemudian saja. = )

Revolusi wanita bertudung. siapa yg setuju kalau aku mengiktiraf Wardina Saffiyyah sebagai pencetus ramainya wanita yang bertudung? sila angkat tangan. Alamak! kenapa ada yg tak angkat? tidak bersetuju? bisa saja. itu terpulang pada persepsi diri kamu. bukankah menusia itu berbeda pendapat? bagi aku, wardina memang bergaya dan cantik mengenakan tudung. Ikon wanita bertudung sehingga kini.

tudung yg dipakai dililitkan secantik mungkin dan dikepilkan (boleh ke guna perkataan ni? boleh kot) di bhgn belakang. cantik bukan. itulah kegemaran remaja perempuan dan wanita dewasa. kaum ibu tidak terkecuali. semuanya melaram mengikut wardina bertudung. sejuk hati aku. sejuk mata aku. sejuk jiwa aku. wardina sememangnya pencetus wanita di malaysia utk bertudung. ikhlas ke mereka? ikut syariat ke mereka? ikut fesyen? wallahuallam.

ok, itu kisah wardina. kemudian, muncul pula waheeda. ops! waheeda sekarang ini semakin glemer. kerana apa ya? ha-ha-ha. rumahtangga orang i taknak campur. kemudian, munculllah ikon2 wanita bertudung yg lain. norkumalasari, nora, azizah arifin, sheila rusli, erma fatima, aisyah, ekin, bienda, firda, emmmm... siapa lagi ya? ha, siapa lagi kalau bukan peminat mereka. siti, nurul, nor, umi, ida, ecah, sara, dan lain-lain. bagus juga kalau peminat artis mengikut perlakuan artis yang baik. bertambah sejuk mata aku memandang. hu-hu

bila dah ramai perempuan pakai tudung, maka macam-macam la fesyen tudung yang terjual di pasaran. aku sempat search di google tadi. aku perhati satu-satu. fikir punya fikir, dah ketinggalan zaman rupanya aku ni. ha-ha-ha.. yang aku tau, tudung bawal yang mak aku selalu pakai, tapi bila search pelbagai jenis dan fesyen tudung masakini. ok, gambar ini sedikit perkongsian utk kita bersama :

[ yang ini kalau tak silap tudung ekin. kenapa nama dia macam tu? ha-ha. senang je jawapannya, ekin yang pakai kan]

[yang ini tudung syria. cantik kan. kebetulan model yang mengenakan tudung pun cantik. ha-ha-ha. info yang aku dapat, tudung syria cuma RM 20. WOW! murah bangat. cantik pulak tu. kepada pembaca yang lelaki, jgn lupa beli tudung ini tau. bukan untuk teman wanita, tapi untuk mak. ha-ha-ha]

[yang ini pasti ramai kenal. tudung mak nabila sinetron mutiara hati. tudung arini@tudung ariani. mak nabila kan bu arini, lekat terus nama tu, terus jadi nama tudung. pandai mereka mencari peluang mengkomersialkan tudung ini kan.. kalau aku tak silap, tudung ni paling ramai perempuan yang pakai. sebabnya ia ringkas. pakai terus boleh, di baluti selendang pun boleh.]

[tudung fareeda. siapa fareeda tu? fareeda dan tudung ini ada kena mengena ke? mungkin juga. fareeda yang mengasaskan tudung ini kot. juga cantik, dan menjadi pilihan ramai wanita. iklannya sering terpampang di laman2 blog dan web]

kita berbalik semula kepada persoalan yang aku lontarkan di awal tadi. bertudung itu disebabkan berfesyen atau mengikut syariat. kamu yang perempuan boleh menjawab di dalam hati. tapi bagi aku ia bukannya fesyen, tetapi syariat. bukan sahaja bertudung itu di syariatkan, bahkan pemakaian juga perlu di jaga. apa guna cantik bertudung andai berseluar jeans dan baju ketat menampakkan susuk tusuh badan, apa guna cantik bertudung andai tudungnya jarang dan menampakkan rambut di dalamnya. apa guna bertudung serta menjaga pemakaian andai niatnya utk berfesyen dan lebih malang lagi jika tidak menjaga akhlak dan percakapan.

Terjemahan ayat quran ini aku tujukan khas pada semua wanita yang beriman:

" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka…..” sehingga akhir terjemahan ayat ini." An-nur 31

Dan ini pula pengertian bertudung dibahas oleh ahli tafsir, juga khas untuk kamu :

Tafsir Ibnu Abbas : selendang atau jilbab tudung wanita hendaklah menutupi leher dan dada agar terpelihara dari fitnah atau terjauh dari bahaya zina

Tafsir Qurthuby : Allah SWT memerintahkan segenap kaum muslimah agar menutupi seluruh tubuhnya, agar tidak memperagakan tubuh dan kulitnya kecuali di hadapan suaminya, kerana suaminya yang dapat bebas menikmati kecantikannya

Tafsir Ayatul Ahkam : Memakai jilbab atau kerudung merupakan ibadah dalam rangka memenuhi firman Allah dalam surah Al-Ahzab ayat 59 yang menegaskan bahawa bagi seoarang muslimah memakai jilbab itu sebanding dengan melaksanakan perintah solat, kerana kedua-duanya sama-sama diwajibkan di dalam al-quran. Apabila seorang muslimah menolak untuk memakai jilbab atau menutup auratnya, dan dengan sengaja menentang hukum Allah, bererti dia telah kafir atau murtad, kerana menentang al-quran. Apabila dia meninggalkan jilbab kerana ikut-ikutan atau kelalaian belaka, dia termasuk orang-orang yang derhaka kepada Allah.

Tafsir Fil Zhilalil quran : Allah memerintahkan kepada ister-isteri nabi dan kaum muslimah umumnya agar setiap kali keluar rumah senantiasa menutupi tubuh, dari kepala sampai ke dada dengan memakai jilbab tudung yang rapat, tidak menerawang, dan juga tidak tipis. Hal demikian dimaksudkan untuk menjaga identiti mereka sebagai muslimah agar terpelihara dari tangan-tangan yang jahil dan kotor. Kerana mereka yang bertangan jahil dan kotor itu, pasti akan merasa kecewa dan mengurungkan niatnya setelah melihat wanita yang berpakaian terhormat dan mulia secara islam.

Jelas bukan. Aku faham ramai wanita yang tidak bertudung ada niat untuk bertudung dan menjadi seorang muslimah yang solehah, tetapi memerlukan masa. teruskanlah dengan niat anda. aku yakin suatu hari nanti pasti kamu akan berubah, jika tidak sempat semasa hidupnya, masa dikafankan nanti tetap akan bertudung bahkan lebih dari itu lagi. renung-renungkan wahai wanita yang tidak bertudung. Berjilbab itu cantik.

Apa kata Kak Rosmah Mansor kita? taknak pakai tudung ke? Isteri Sultan Mizan cantik dan ayu bertudung. Kak Rosmah bila lagi. ha-ha-ha. Akhirnya, aku berharap suatu hari nanti semua wanita akan berpakaian dan bertudung sebegini :

bila? pasti akan tiba. sinar islam itu semakin menyinari. Di negara barat semakin dirasai, bagaimana kita di Malaysia? bukankah Islam kita lagi awal dari mereka? sejak lahir bukan? buktikan wahai wanita Malaysia yang anda sememangnya boleh! Insyaallah...

6 komentar:

Anonymous said...

sy setuju dgn pendapat awk...
mmg ade yg bertdung kerana fesyen..
tp paling sy sedih yg bertdung sblmnya tp mmbuka tdung slpsnya...
ada jgk yg sekejap pakai n sekajp bukak tdung....
tp bg sy, hendak berfesyen boleh tetapi biarlah mengikut syariat...niat perlud betulkan...

Akhi Fairuz Al-Jengkari said...

itulah yang berlaku..harap wanita mengambil tahu akan wanita..ini cara saya menyatakan pendapat saya pada wanita..

Anonymous said...

sedih bila tengok sorang wanita ni, seorang ustazah. dia memang bagus. bertudung labuh, stoking dan sarung tangannya sentiasa dipakai walaupun ketika dia berada di rumah mertunya. bila keluar je dari bilik, dia kemas menutup aurat. stoking memang sentiasa dipakai. tapi ada la saudara sebelah suaminya yang x suka dia. bukan apa.. sebabnya dia pakai mcm tu, nampak kolot. ketinggalan zaman la, apa la.. huhu, bukan apa..sebab ana sendiri yang pakai macam tu pun diejeknya juga.. entah la apa yang nak jadi dengan manusia zaman sekarang. nak cakap tutup aurat tu wajib, rasanya dah tahu dah. tapi takkan la orang tutup aurat pun kita nak ejek..

Akhi Fairuz Al-Jengkari said...

asal islam itu dlm keadaan dagang (asing), dan akan kembali dagang (asing) bila di akhir zaman~ istiqomah~ insyaallah Allah bantu~

LynnDamya said...

first tyme sampai sini, dan rse sejuk kat sini :) alhamdulillah teruskan buat entry baik mcm ni :) follow u :)

Anonymous said...

Salam untuk semua,sebelum saya memberi komen kat sini,saya nak minta maaf pada semua kalau ada yg terasa hati.tp niat saya bukan sekadar memberi komen tp lebih kepada memberi nasihat.alhamdulillah saya lihat hari ini banyak wanita muslim yg sudah menyedari kepentingan menutup aurat dalam Islam. mudah2an mereka semua akan sentiasa mendapat rahmat Allah swt & ditetapkan keimanan mereka kepadaNya.Cuma kepada yg suka meluangkn masa memberi komen masing2 di ruang ini,daripada anda membuang masa yg berharga mengkritik cara&fesyen wanita bertudung pada masakini anda & menilai wanita yg tidak bertudung secara tidak lansung anda telah pun mengundang dosa besar pada diri anda.bukankh lebih baik anada semua mengisi masa yg terluang ini utk beramal ibadah sambil memuji muji namaNya.insyallah bertambah juga pahala anda.saya minta maaf sekali lg,niat saya hanya sekadar memberi nasihat.sekian.wasalam.

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 Hitam Putih Kehidupan. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan