Sebelum ini merata pemimpin Umno benggang bila TGNA kiaskan Umno itu sama seperti Komunis dan ajaran Ayah Pin, tapi malangnya mereka gagal untuk kemukakan hujah yang ampuh bagi menafikan perkara itu.
Maka sekali lagi ditegaskan bahawa debat ini adalah satu ruang terbuka untuk Najib;
- Membuktikan bahawa Umno bukan parti sekular.
- Umno tidak sama dengan Komunis atau ajaran Ayah Pin
- Menyelamatkan maruah Umno dimata rakyat.
- Membuktikan beliau layak untuk jadi Presiden Umno
Jika Najib menolak maka selepas ini Umno kena terima jika rakyat mengelarkan mereka parti sekular sama macam Komunis dan ajaran Ayah Pin.
Ahli Umno kena terima bahawa parti mereka tiada maruah dan Najib tak layak jadi Presiden mereka kerana tidak mampu menyelamatkan maruah mereka.
Debat ini penting untuk rakyat menilai sejauh mana kemampuan Umno yang begitu bangga dengan ideologi perkauman mereka.
Debat ini juga bakal menguji sejauh mana kefahaman Najib sebagai Presiden dan pemimpin Umno yang ada terhadap hala tuju Umno yang sebenarnya.
Saya mencadangkan agar debat ini diadakan di Manik Urai sesuai dengan suasana Pilihanraya sekarang yang mana rakyat mahu melihat kemampuan pemimpin kedua-dua parti terbesar, Pas-Umno ini memperjuangkan ideologi dan dasar-dasar mereka.
Saya yakin TGNA sudah lama bersedia dan sanggup berdebat dengan mana-mana pemimpin Umno sekalipun. Kalau Najib tak mampu pergi seorang, beliau boleh ajak Muhyiddin, Mahathir dan Pak Lah sekali. Nak ajak Rosmah pun boleh. Ada lagi sesiapa nak jadi talian hayat Najib…silakan…
post by : www.syukran.wordpress.com
2 komentar:
i bet they wont be able to prove it unless they play dirty tactics
allahua'lam.
absolutely right..mujadalah berkaitan perkara dasar..terang lagi bersuluh satu dasarnya al-quran dan assunnah dan satu lagi bangsa..
Post a Comment