Powered By Blogger

28 May 2009

SURAT TERBUKA KEPADA USTAZ AKHIL HAYY

3 Rabiul Akhir 1430 H
28 Mei 2009

Ustaz Akhil Hayy Rawa
MEASAT Broadcast Network Systems Sdn Bhd
All Asia Broadcast Centre,
Technology Park Malaysia,
Lebuhraya Puchong-Sg. Besi, Bukit Jalil,
57000, Kuala Lumpur, Malaysia.

Menemui Al-Fadhil Ustaz dengan ucapan Assalamu'alaikum warahmatullah.

Yang berbahagia Ustaz,

Permulaan isi surat ini, izinkan saya memetik hadith Nabi SAW yang masyhur.

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata:

Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

(Riwayat Bukhari Wa Muslim)

Maha benarlah akan hadith di atas. Antara subjek yang pertama di ajar di dalam usrah, kuliah, ceramah dan lain-lain. HIJRAH! Ya, saya amat mengamati dan mengikuti 'hijrah' Ustaz, bermula dekad 80'an bersama kumpulan rock D'Riyadh, kemudian berlaku transformasi akibat dicampakkan hidayah oleh Allah SWT; menjadi penceramah dan digelar Ustaz Rock. Bertambah menarik lagi, Ustaz tanpa segan silu berceramah di pentas-pentas PAS dan menyatakan iltizam bersama kepimpinan Ulama serta komited dalam perjuangan Islam.

Untuk pengetahuan ustaz, pada ketika itu saya antara mereka yang begitu bersemangat untuk mendengar ceramah dan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz kerana diselitkan dengan nyanyian dan humor-humor menceriakan suasana sekitar. Video-video ceramah Ustaz menjadi koleksi kegemaran saya. Jika tidak berkesempatan membelinya, saya akan download di laman web Youtube. Hasilnya Ustaz telah membawa diri saya khususnya dan orang lain yang masih berjiwa ‘orang muda’ untuk lebih mengenali Allah Tuhan pencipta sekalian alam.

Tetapi kini semua itu tidak berlaku lagi. Setelah disunting oleh pihak Astro, bermacam cerita yang timbul dalam kehidupan Ustaz. Satu demi satu cerita yang kurang enak terpampang di dada-dada akhbar dan laman sesawang. Isu berkahwin dengan Waheeda, mula demand dengan jemaah, terlibat dengan program realiti Akademi Fantasia 7, langsung tidak kelihatan berceramah, dan yang paling terkini : Keretakan rumahtangga antara Ustaz dan juga isteri akibat orang ketiga. Allah! Sedih saya mengikuti perkembangan ini. Setiap hari akhbar Harian Metro, Utusan Malaysia, Berita Harian serta lain-lain menjadikan ia tajuk utama. Tambah berpanjangan lagi apabila isteri Ustaz muncul dalam program bual bicara; Wanita Hari Ini TV3 dan juga Nasi Lemak Kopi O TV9. Maka, kejutan seterusnya menyusul seperti yang Ustaz sedia maklum.

Persoalan yang bermain di benak pemikiran saya sekarang ini adalah kenapa semua ini boleh berlaku? Adakah benar dakwaan Pn Maizawati; isteri ustaz tersebut? Kenapa tidak diselesaikan sebaik mungkin? Kenapa begitu lambat kenyataan daripada Ustaz dikeluarkan? Apa sebenarnya masalah Ustaz ni?

Akhir kalam, saya yang lemah lagi dhoif ini amat mengharapkan agar kekusutan yang berlaku diselesaikan dengan segera. Selesaikanlah secara baik di mahkamah nanti. Diharap jangan berlaku penceraian. Dan yang paling saya harap dan doakan agar Ustaz meninggalkan dunia Ustaz sekarang ini dan kembali semula kepada Jemaah.

Allahuakhbar!
Allahuakhbar!
Allahuakhbar!


Firman Allah SWT :

" Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan kami telah beriman, sedangkan mereka tidak di uji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang terdahulu sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta" Al-ankabut : (2-3)



Yang Benar,

Akhi Fairuz Al Jengkari
Bandar Segamat, Johor
Semenanjung Malaysia



6 komentar:

nurul izzah said...

bukan main lagi ye wat surat terbuka. berani gak ye dak fairuz ni. tp pengisian yg baik pada saya. penghijrahan sepatutnya ke arah yg lebih baik. jadikan hari ni lebih baik dari semalam dan berjuang untuk esok supaya lebih baik dari hari ini. itu adalah asas hijrah dlm hidup seharian kita.

Akhi Fairuz Al-Jengkari said...

ala..xkan abang akhil nak terasa..benda betul kan.. x seronok la masalah rumahtangga semua rakyat malaysia tahu..walaupun dia di bwh astro, namun bagi saya beliau masih lagi bersama pas..so imej pas juga menjadi pertaruhan..so, harap abang akhil kembali semula kpd jemaah..usah di cuci luabng najis dengan masuk dalam najis tersebut..dah ada contoh kan..sikit2 boleh, tapi dah sampai termasuk dan terjelepok, itu yg jadi masalah..kesian pn maizawati..huhu..bagi saya, dia lagi cantik dari waheeda..haha..kenapa la abang akhil ni.. ^_^

cucutoksenik said...

bila dah terikat dgn kontrak astro, bende lain xboleh buat dah. mmg lumayan dpt kontrak astro ni nmpknye.

bagus akhi buat surat trbuka ni. kesal sy skrg ni ramai org jadikan akil hayy ni bahan utk cerca pas.

Akhi Fairuz Al-Jengkari said...

betul apa yg cucu tok senik bagitau..semasa dalam pas pun, ada juga pendokong yg konvensional yg tidak dapat menerima cara dia berceramah..tapi tuan guru nik aziz meraikan dan memberi kata2 peransang pada akhil supaya teruskan..

itu semasa dia berceramh atas tiket pas. sekarang? bagaimana pula persepsi mereka? lagi dasyat agaknya..dalam usrah pun sekarang ni jika isu berbangkit, ada yg mintak pandangan naqib berkaitan ustaz akhil ni..

imej dia sebenarnya..dalam utube bersepah ceramah dia..98 % semuanya ceramah dia di pentas2 pas..wlaupun generasi baru kebanyakkannya tdk mengenali beliau semasa bersama pas, ttp bila isu ni tibul mahu atau tdk masing2 akan menyelongkar siapakah beliau, dulu dan kini..

so, pada kita yg masih lagi menyayangi beliau berdoalah supaya kembali semula kepada jemaah..

Anonymous said...

ada bini cantik pun x reti nk jaga..apa ra lu akil

Akhi Fairuz Al-Jengkari said...

betul tu..isteri dah bagi green light tok kahwin waheeda pun masih x bertindak..bila dah jadi haru biru camni, baru la org ni kuar knyataan, yg kuar statement, yang ni balas balik, yg sorang lagi dok diam dan macam2 lagi..

aku percaya akhil dan isteri akan berpisah di mahkamah..bukan mendoakan, tapi itu ramalan..lihat saja kes2 sebegini yg melibatkan artis..

media yg haramjadah ni sibuk hari2 kuar cerita..nash ngn isteri, memey+norman+abby, awie ngn isteri, erra ngn yusri dulu, dan lain2 artis lagi, semua habis rumahtangga..sapa yg hancurkan rmhtangga diorang? media haramjadah inilah..

haramjadah?sesuai ke?atau keras sgt..rasanya xdek masalah kot ditulis..

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 Hitam Putih Kehidupan. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan