12 May 2009

KALAULAH AKU NARUTO!

Krisis di Perak makin berlarutan. Semalam Mahkamah Tinggi putuskan YB Nizar MB Perak yang sah. Sekonyong-konyong angin yang bertiup, hari ini Mahkamah Rayuan menetapkan Zambry masih MB Perak. Selagi rayuan tidak didengar, keputusan Mahkamah Tinggi akan 'pending'. Apa ke halnya ni? Macam main pondok-pondok. Kusut dan semakin kusut. Sukar benar untuk dirungkai. Keputusan mahkamah tinggi semalam bertitik tolak dari Undang-undang tubuh Negeri Perak. Perkara 16 (6) menyatakan hanya 3 cara sahaja menjatuhkan seorang Menteri Besar. Jelas Nizar masih Menteri Besar Perak yang sah, mendapat mandat dari rakyat melalui proses pilihanraya. Inilah permainan jijik Umno dan Barisan Nasional. Politik Machialveli, matlamat menghalalkan cara. Menganjingkan saja siapa yang menghalang mereka.

Bila semua ini berlaku, aku teringat akan Naruto. Jika anda peminat komik naruto, pasti anda tahu apa kisah naruto yang terkini. Betul, beliau sedang berhadapan dengan Pain. Pain menyerang Kampung Konoha dan cuba menghancurkannya. Matlamat Pain jelas, menghapuskan suatu tamadun, kemudian menghidupkan tamadun yang lain yang kononnya ingin mewujudkan keamanan sejagat; sesuai dengan kehendaknya. Inilah politik matlamat menghalalkan cara. Umno & BN merampas Perak, kemudian melantik MB haram, melantik Speaker DUN haram, segalanya haram, kononnya ingin menyelamatkan rakyat Perak yang dipimpin Pakatan Rakyat. Jika Pain membawa visi keamanan sejagat, Umno & BN pula membawa visi kesejahteraan rakyat. Padahal kedua-duanya adalah retorik.

Baiklah, di dalam komik naruto yang terkini, Naruto & Pain sedang berdiskusi secara baik; Naruto bertanyakan kenapa Pain sanggup menggunakan cara yang begitu kejam untuk mengusai dunia. Diskusi mereka berterusan dan aku yakin Naruto akan memenangi pertarungan tersebut. Beliau akan berterusan dalam Sage mode, kemudian menggunakan baki kuasa yang ada mengenakan jurus Rasengan Shuriken kepada Pain. Pain akan mati dan Naruto sekali lagi mengalahkan kuasa jahat yang cuba menguasai dunia.

Plot cerita Naruto amat menarik. Tidak kiralah betapa kuatnya kuasa jahat yang berhadapan dengannya, pasti akan tewas di tangan naruto. Maka otak kecil aku ini berfikir dan membayangkan, alangkah baiknya aku menjadi naruto. Aku akan mengenakan jurus Rasengan Shuriken kepada Zambry dan Exco Kudeta, 3 Adun lompat, Najib dan konco-konconya, serta pelaku kezaliman di dunia. Kemudian, aku akan melantik Nizar dan pendokong kebenaran sebagai pemimpin di dunia ini. Barulah dunia akan aman dan berkat. Baldatun Toyyibatun Warrabul Ghafur.

Ha-ha-ha. Jauh benar fikiran aku ini menerawang. Siapalah aku untuk membetulkan kekusutan di Perak. Cuma kadang2 berfikir juga, KALAULAH AKU NARUTO!

4 komentar:

zahida said...

sy igtkan awk tak layan naruto. rupenye layan jugak ek

Akhi Fairuz Al-Jengkari said...

haha..my favorite manga..naruto best!!

nurul izza said...

berangan nak jadi naruto plak die..naruto besh..
by the way, gud analogy

Akhi Fairuz Al-Jengkari said...

fed up punya pasal kan..kejap haram kejap halal..dah macam perang ubat gigi mukmin vs ubat gigi colgate..haha

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 Hitam Putih Kehidupan. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan