16 May 2009

SEJUTA POSKAD MEMBANTAH PPSMI!

Ribut & taufan politik yang berlaku di Perak menenggelamkan sebentar isu PPSMI. Walaupun Dato Seri Muhyiddin Yasin di amanahkan sebagai Menteri Pelajaran yang baru serta mempunyai autoriti bagi memansuhkan PPSMI dari bumi Malaysia ini, namun perkara itu tidak berlaku.

Semua sedia maklum, di belakang pentadbiran Dato Seri Najib, terdapat satu susuk tubuh tua; itulah Tun Mahathir. Susuk tubuh inilah yang memperkenalkan PPSMI di hujung-hujung pentadbirannya. Tanpa mengambil cadangan & pandangan dari ahli ilmu, terutama ahli bahasa, tubuh tua ini tetap berdegil melaksanakan PPSMi di sekolah2.

Alasan si tua ini mudah, tidak perlu aku ulas kerna penjelasannya ada dalam laman blog beliau : www.chedet.cc . Si tua ini persetankan sahaja ahli2 bahasa. Jika si tua ini benar2 ingin memajukan negara dengan memperkenalkan PPSMI, kenapa tidak di awal pentadbirannya? Kenapa di hujung pentadbirannya?
Si tua ini meninggalkan delegasi PPSMI kepada Tun Abdullah Badawi dan seterusnya kepada Najib Razak. Persoalan yang bermain di benak aku sekarang ini adalah : Kenapa Muhyiddin selaku Menteri Pelajaran Malaysia tidak memansuhkan PPSMI? Bukankah UMNO Johor menentang PPSMI? Dr Puad Zarkashi? Razali Ibrahim? Di mana suara kamu? Adakah kamu takut dijerkah si tua nyanyuk tersebut?

Pantas saja aku menjawab, mereka tidak berani. Takut. Pengkhianat bangsa. Pengkhianat bahasa. Maka, tidak hairanlah sekiranya Sasterawan Negara (Baca : Sasterawan Rakyat), GMP (Gerakan Mansuhkan PPSMI), NGO Teras serta Parti2 politik sekali lagi bergabung tenaga melancarkan kempen "SEJUTA POSKAD MEMBANTAH PPSMI".

Alhamdulillah, pelancaran kempen ini telah berlangsung malam tadi di Markaz Pas Pagoh, Johor. Sasterawan Negara, Dato A. Samad Said diberi kepercayaan bagi merasmikan kempen ini. Walaupun beliau berucap tidak sampai 10 minit, namun bait2 kata ibarat mutiara yang terpancar sinarnya, bisa menerangi sang pencinta bahasa.

Jiwa aku bergetar akan puisi yang disampaikannya. Bukan sahaja aku, bahkan ribuan hadirin yang hadir juga. Dari hati turun ke hati. Hebat jiwa Pak Samad. Berumur 77 tahun. Menghabiskan sisa2 baki umurnya berjuang mengembalikan Bahasa Melayu ke tempat yang sepatutnya. Beliau tidak rela bahasa ini dirobek oleh tangan2 kuasawan. Rakus! Bukan diperalat, tapi dimanfaat! Beliau bukannya ahli politik, tetapi ahli bahasa. Mengapa golongan kuasawan itu menggila babi? Menyondol apa sahaja yang berada di hadapan mereka?

I'm really salute Pak Samad. Untuk ke tempat ceramah, beliau bertolak dari KL jam 12 thgari menaiki KTM. Jam 6.30 petang, sampai di terminal keretapi segamat. Bersama isteri tersayang. Hebat lelaki ini! Kerana bahasa, menjadi sehebat ini. Kemudian, menaiki kereta yang di sediakan oleh pihak penganjur.

Penat dipersetankan jauh2. Biarlah ke serata ceruk negara. Asalkan bisa menyelamatkan bahasa. Alhamdulillah, niat aku untuk bergambar dengannya termakbul. Kebetulan sama saff dalam solat Isya. Selesai solat, terus aku menghampirinya, menyalami, kemudian bergambar. Pilu hati ini melihatkan Pak Samad. Kurus orangnya. Kecil sahaja, jiwanya besar. Janggut, misai dan rambutnya keputihan; tidak terurus. Namun itulah dia. Tiada pada orang lain. Aura beliau makin terserlah dan menakutkan golongan kuasawan.

Maka, selepas sahaja beliau merasmikan Pelancaran sejuta poskad membantah PPSMI, dan selepas ceramah dari Naib Presiden Pas, Tn Haji Mohamad Sabu, aku bergegas ke kaunter poskad, membeli dengan nilai RM 1, mengisi nama, tandatangan serta memasukkan ke dalam bekas yang disediakan. Semua poskad ini akan dihantar terus kepada Menteri Pelajaran Malaysia merangkap Timbalan perdana Menteri Malaysia dan juga ahli Parlimen pagoh, Dato Seri Muhyiddin Yasin di alamat pejabatnya di Putrajaya.

Dato Seri, mansuhkanlah PPSMI. Dengarlah rayuan dari ahli bahasa. Dengarlah rintihan dari ibu bapa. Dengarlah suara rakyat kebanyakkan. Biarlah si tua nyanyuk Chedet itu berdehem, bersuara, mengugut meninggalkan Umno sekalipun, namun kamu mansuhkanlah PPSMI itu. Kamu berjiwa besar. Ini rayuan dari suara rakyat yang langsung tiada kepentingan politik. I think u can do it.

Dan sekiranya rayuan pada kali ini tidak didengar juga, percayalah PRU ke 13 nanti UBN akan terus berkubur dari bumi Malaysia ini. Tersungkur akibat tangan2 kuasawan yang bertelinga satu tetapi berlidah dua!

8 komentar:

Anonymous said...

WAH BETUL PUNYA BERGAYA PEJUANG AGAMA ISLAM BERGAMBAR DENGAN PERJUANG BAHASA MELAYU DAN PENENTANG KEMAJUAN BANGSA MELAYU.

LUCU SAYA TENGOK GAMBAR PAK SAMAD SAID NI, MUNGKIN KERANA SIBUK, PAK SAID TAK ADA WAKTU NAK CUKUR MISAI DAN GUNTING RAMBUT.

MACAM MANA PULA HUKUM AGAM TENTANG MENYIMPAN MISAI SAMPAI MENUTUP MULUT PULA YA USATDZ ?

MOHON PENJELASAN USTADZ ATAU Akhi Fairuz Al-Jengkari.

akhi fairuz said...

sebaik2nya kene trim la..
ada misai, simpan baik2
ada janggut, jaga baik2
semuanya kene jaga baik anugerah Allah..
rujuklah kpd yg pakar..
saya bukan ustaz, tapi baru nak start..huhu..
nanti kalo jumpe pak samad lagi, saya suruh dia trim elok2..kalo dia xnak, saya yg buatkan..
kesian, air byk tersangkut kat misai dan janggut..haha
but, i think mesti dia akan kekalkan imej begitu..org sastera kan..jiwanya halus dan ada sebab knp beliau sebegitu..

نىك محمد حافظول said...

waa, bestnyer ambik gambar dengan pak samad..

Mesti ada curi curi sajak ngan Pak Samad ini. Kalu ada tertulis dalam blog ni nanti ye latu. Hehehe

Hidup Pak Samad!

Akhi Fairuz Al-Jengkari said...

ada dia bersajak..tapi ingat 2 lupa..rugi x rakam time dia bersajak..yg ingat byk ni jer :

jikalau menjadi merak, janganlah menjadi sombong, jikalau menjadi kala, jangnlah menjadi kala yang berbisa, andai menjadi ular..bla..bla..bla.. x ingat dah..

Anonymous said...

lepah ni al faruz bela misai n janggut sampai tutop muke ek...

Akhi Fairuz Al-Jengkari said...

hehe..boleh2..tapi tunggu dah berusia sikit la..nanti saham jatuh..haha..

polaris said...

pak samad memg best, bahasa yg digunakan dlm 'lazri meon' mmg susah nk faham...tapi citernya penuh makna yg tersurat...xrugi kitaorg kena olah balik pemikiran pak samad dlm citer tu, memg agak pening but by hook or by crook we need to do it..

Akhi Fairuz Al-Jengkari said...

btul kata polaris..walaupun aku tak pernah baca karya tersebut, tapi aku yakin jalan yg ditempuhinya sekarang ini adalah jalan yang terbaik..

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 Hitam Putih Kehidupan. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan