Powered By Blogger

08 May 2009

Derma Darah? My 1st Experience!

Sepanjang 24 tahun hidupku, belum pernah sekali pun aku menderma darah. Niat tu sentiasa ada, tapi sekadar niat, tidak sampai kepada tindakan. Hampir2 derma darah pun ada juga, ketika tu aku masih menuntut di ipt. Biasalah, nak menderma, perlu isi borang. Kemudian, ke kaunter sebelah untuk check darah. Doktor maklumkan darah aku jenis O, kumpulan darah yang paling digemari oleh pihak hospital = ).. tapi bila tengok sikit punya besar jarum yang dicucuk di lengan, aku jadi panik. Terus jadi takut, so tanpa pengetahuan doktor, aku menyelinap keluar dari tempat menderma darah tersebut. Ha-ha-ha.. Kelakar pulak bila ingat masa tu. Kalau tak silap, masa tu aku baru 19 tahun. Baru kenal dunia. Ha-ha-ha.

Alhamdulillah, hari semalam kolej aku menganjurkan kempen derma darah dan aku berkesempatan menunaikan tanggungjawab menderma darah kepada insan yang memerlukan. Aku bertekad dalam hati, apa jua yang terjadi aku tetap juga akan menderma, persetankan kebesaran jarum yang akan digunakan. He-he-he. Apa jua ujian dan bala akan aku tempuhi hatta cuba dihalang oleh Influenza A H1N1. Ha-ha..

Kaunter pertama, check berat badan. Sekarang dah 60 kg. Berat naik 1 kg. Ada peningkatan. Huhu. Kaunter kedua, Check darah. Dan ujian kali kedua memang confirm aku darah O. Kaunter ketiga, pemeriksaan oleh doktor samada ada mengidap apa2 penyakit. Alhamdulillah, sihat luar biasa. Tapi tak dapat ke kaunter yg keempat. Doktor arahkan aku sarapan dulu. (punya semangat nak derma darah, sarapan pun abaikan..hehe..) Habis makan, ke kaunter 4 untuk ambil bekas untuk diisi darah.

Maka kejadian yang tidak pernah aku jangkakan telah berlaku. Nak tau apa yang berlaku? Adakah aku berjaya menderma 400 ml darah jenis O? Adakah aku lari lagi kali ni? hehe.. Atau adakah jarum yang menusuk lengan aku terpatah? haha..lagi tak logik, Atau kemungkinan2 yg lain? Jeng jeng jeng.. Bersedia atau tidak, Lihat saja gambar di bawah..

[ serius je muka aku masa ni. hati tak berdebar pun. cuma gementar sikit membayangkan jarum yang akan ditusuk di lengan kiri. Ya Allah, selamatkanlah hambaMu dari sebarang bahaya. Amin =) ]
[itu dia, jarum ditusuk tanpa banyak bicara. menembusi apa jua halangan. ha-ha. tak la sakit sangat pun. tajam jarum tu tetap rasa, tapi bila dah tercucuk, semuanya berjalan dengan lancar]

[itulah setitis darah yang pertama keluar. pekat. maklumlah darah jenis O. Hope semuanya berjalan lancar]

[tengok darah yang dikumpulkan dlm pak. Masa baring aku tak nampak, tengok gambar baru perasan. Ngeri juga tengoknya. ha-ha]
[bagi melicinkan perjalanan darah dari lengan ke dalam pak, jari jemari perlu digerakkan. Genggam silinder putih yang diberikan]

Maka, bermulalah peristiwa yang aku tidak jangka. darah aku berhenti mengalir. Beku. Aku panik. Tapi tetap positif. Nurse yang menjaga aku kemudiannya mencabut jarum tersebut. Kemudian, beliau menusuknya di lengan kiri juga, bersebelahan tusukan nadi yang pertama. Aku ingatkan kali ini akan berjalan lancar. Tapi sebaliknya yang berlaku. 1 minit sahaja, darah terus tak keluar. Sama seperti yang pertama, beku. Ha-ha-ha. Nurse hairan, aku lagi la hairan. Maka, aku mencadangkan kepada nurse menusuk jarum di lengan kanan pula.

[walaupun dah ditusuk kali ketiga, aku masih sempat tersenyum berhadapan dengan jurukamera. maklumlah, gambar nak masukkan dalam blog]
[kali ni, alhamdulillah, darah boleh tahan jugak lajunya. tapi lengan aku yg belah kanan ni makin kebas dan kebas.]
Berlaku lagi 1 tragedi. pak x cukup 400 ml, baru cecah 350 ml, darah berhenti lagi. ha-ha-ha. Ujian betul. Agaknya ni la balasan tak menderma darah selama ni kot. ha-ha. Padan muka aku. Nurse yang jaga aku, kemudiannya memotong salur darah yang menghubungkan nadi di lengan ke pak darah. Lagi satu yang aku gabra, beliau maklumkan lengan itu hendaklah sentiasa dibengkokkan, at least 30 minit. Jika luruskan, darah akan memancut keluar. Betul ke nurse ni? aku ikut je la. ha-ha. Apabila semuanya selesai, muka aku jadi pucat. Tekak jadi loya, nak muntah rasanya. Ha-ha-ha. Kifarah dosa betul la kan. Nurse tak bagi aku bangun. Baring dulu dalam tempoh masa 10 minit. Kalau dah rasa ok, baru bangun. Kalau bangun juga, aku akan pengsan. 1 lagi ancaman diterima. Huhu. Ok2, aku ikut nasihat dia. 10 minit berlalu, alhamdulillah, dah ok.
[ni la darah aku yang diperolehi dari lengan belah kanan. Banyak tau, walaupun tak cukup 400 ml.]

[posing terakhir dari aku, Shoem yang berbaju kuning menunjukkan Good kerana dia berjaya menderma dgn begitu smooth sekali, maklumlah dah 5 kali. Aku pula Bad kerana 3 kali ditusuk jarum pun masih tidak cukup 400 ml. ha-ha-ha]

so, kepada anda di luar sana, dermalah darah kepada mereka yg memerlukan. Ingat, darah kita boleh menyelamatkan nyawa seseorang selagi mana darah kita tidak dihinggapi penyakit yang boleh memudaratkan orang lain. Pesanan ini dibawakan khas oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Ha-ha-ha. Insyaallah, aku akan derma darah lagi 3 bulan akan datang. Nak menderma harta benda, tak brape nak mampu, derma darah pun cukuplah walaupun pengalaman pertama agak mendebarkan.

6 komentar:

nurul izzah said...

tahniah la sbb berjaya menderma darah. saya xde experience lg..tp tgk awak derma darah, mcm menakutkan jer..huhu..

Akhi Fairuz Al-Jengkari said...

haha..jgn cmtu..ni pangalaman saya..tapi lepas derma, rasa ok jer..

sketsa sebuah perjuangan said...

After dis, abg fairuz boley la derma darah tuk saya juga.. saya dahagakan darah abe fairuz,,

HAHAHAHAHAHA

hadisORIGIN said...

TAHNIAH..!!! Bro, da sekian lama aku 'cucuk' ka utk derma darah, baru skg ka bran eh... Pe2 pn, TAHNIAH skli lg.. igt da xleh tls blog lps drma drh (akeke)... Smga berat badn btambah, hee...

Akhi Fairuz said...

to nikjoe : dahagakan darah abe? berat nie.. silakanlah mengambil darahku jikalau kau berani..haha..

akhi fairuz said...

to hadis zulkhairi : haha..cucuk jgn tak cucuk.. bese la tu, lama2 buat jugak..4 ur information, berta badan I tak naik lagi la..Itu propaganda supaya org xnak derma darah..haha..

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 Hitam Putih Kehidupan. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan