Powered By Blogger

25 November 2009

Mahkamah Rayuan Yoyo!

Salam to all. Beb, aku nak tanya ni, betul ke manusia ni mudah termakan pujuk rayu? Jika betul, apakah kaedah atau method yang perlu digunakan untuk mengeluarkan kata-kata berbentuk rayuan? Ok, kita ambil beberapa contoh :

Situasi 1

"Eddie, tolong ambilkan remote control astro kat atas meja tu,"

"Ambil la sendiri. Tak boleh tengok orang senang!"

"Please.." sambil muka di buat-buat kasihan.

"Ye la,"

Situasi 2

"Amin, kalau nak ke kedai nanti, maklumkan pada aku ya. Aku nak kirim barang,"

"Ada-ada je kau ni. Beli sendiri la!"

"Engkaulah satu-satunya rakan aku yang paling baik pernah aku miliki. Takpelah, kalau tak nak tolong, aku beli sendiri.." sambil bibir dijuihkan sambil berpura-pura memaparkan muka sedih.

"Ye la, aku belikan. Bak sini duit.."

Itu 2 situasi berkaitan dengan pujuk rayu. Contoh mudah. Perkara yang penting dalam proses merayu adalah mimik muka, kata-kata (sebagai contoh : tolong, please) kata-kata pujian, buat muka kasihan, berpura-pura manja dan lain-lain. Maka, orang yang dirayu akan lembut hatinya dan bertindak seperti mak yang menjaga anaknya dalam keadaan anaknya derhaka. Derhakalah macam mana sekalipun, hati mak akan ada sedikit perasaan belas kasihan kepada anaknya. Begitu juga orang yang dirayu, kena gaya, kena kata-kata, terus layu dengan rayuan. Podacit..!!

Apa yang berlaku di Mahkamah Rayuan semalam cukup jelas manusia mudah termakan pujuk rayu si pendusta. Baca laporan ini :


PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini berjaya dalam permohonannya untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mahu satu pilihan raya kecil diadakan di DUN Kota Siputeh, Kedah.

Panel tiga orang hakim Mahkamah Rayuan, terdiri Datuk Sulong Matjeraie, Datuk Kang Hwee Gee dan Datuk Abdul Aziz Ra

him memutuskan bahawa wujud keadaan khas untuk menangguhkan sementara keputusan untuk mengadakan pilihan raya kecil kepada suruhanjaya itu.

"Kebenaran penghakiman yang diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi perlu diuji di mahkamah lebih tinggi," kata Hakim Sulong selepas hampir dua jam panel tiga hakim itu mendengar permohonan yang difailkan oleh suruhanjaya itu pada Selasa.

Dalam penghakiman yang dibacakan pada pukul 7.24 malam, Hakim Sulong berkata mereka telah bersetuju sebulat suara bahawa tidak ada pihak akan mengalami akibat dan prasangka jika perintah penangguhan itu dibenarkan.

Beliau berkata keputusan tersebut dibuat bagi mengelakkan pilihan raya kecil yang tidak sepatutnya berlaku dan pembaziran dana awam.

Terdahulu, Datuk Abu Hassan Sarif hari ini memfailkan permohonan untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 16 November lalu yang memutuskan beliau bukan lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh dan kerusi berkenaan telah kosong serta satu pilihan raya kecil perlu diadakan.

Beliau memfailkan dokumen itu dihadapan pendaftar Mahkamah Rayuan melalui peguamnya, Abu Bakar Isa Ramat di sini pada Selasa.

Abu Hassan secara peribadi mengesahkan afidavit-afidavit di hadapan Pesruhujaya Sumpah di Putrajaya pada pukul 10 pagi tadi.

Satu lagi permohonan serupa yang difailkan oleh SPR turut didengar di Mahkamah Rayuan pada pukul 2.30 petang tadi.

Ini yang berlaku di Malaysia.

Pemimpin UMNO berkata : "Kita bersedia dengan segala jentera yang kita ada. Kita percaya momentum kebangkitan rakyat yang menolak PAS dan Pakatan Rakyat di Bagan Pinang dan memberi undi kepada kita UMNO BN akan berlaku sekali lagi di PRK Kota Seputeh. Hal ini berlaku akibat rakyat menerima gagasan 1 Malaysia PM Najib. Hidup UMNO! Hidup Melayu! Hidup BN!"

"Woi! Blah la. Cakap berdegar-degar. Berbelit-belit. Memang dasar pemutar belit. Kalau dah yakin sangat, bubar la. Tak payah la minta komponen BN (Suruhanjaya Pilihanraya) turun naik mahkamah buat rayuan. Macam drama tamil dah ni!"

Yakin, tapi takut nak bubar. Chit! Aku benci dengan spesis macam ni. Dah la Mahkamah Rayuan mudah dirayu. Mahkamah Tinggi putuskan perkara yang benar. Segala keputusan melibatkan Pilihanraya kecil terletak penuh di bawah kuasa Speaker DUN. Bukan SPR. SPR tu terima surat dari Speaker DUN menyatakan kerusi DUN kosong, kemudian buat Pilihanraya. Apa ke bingainya SPR ni. Memalukan Malaysia je.

Dah kes tertangguh. Mirip kes DS Nizar vs Zambry MB Haramjadah. Mahkamah Tinggi putuskan lain, esoknya Mahkamah Rayuan putuskan lain. Sekarang di Mahkamah Persekutuan. Ini la dinamakan Mahkamah Yoyo. Huh, bikin malu saja.

Paktam : Best la Mahkamah Rayuan kat Malaysia ni. Kena pujuk rayu sikit, terus cair. Paktam sukeeeeeeeeeer..ngeeeeeeeeeeeee~~

Maktam : Hahaha.. Kali pertama Maktam bagi komen. Hai semua.. Maktam nak ulas sikit je. Hakim Sulong kata penangguhan dibuat bagi mengelakkan pilihanraya kecil yang tidak sepatutnya berlaku dan pembaziran dana awam. Wakakakakaka.. Muntah hijau Maktam baca. Hujah sama macam UMNO bila taknak bertanding di DUN Penanti. Nama je Hakim Sulong, tapi macam Hakim Bongsu. hahaha.. Hakim Sulong, masuk UMNO la. Isi borang UMNO. Hujah Mahkamh Rayuan tangguhkan sebab ini. Chit!

0 komentar:

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 Hitam Putih Kehidupan. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan