Powered By Blogger

24 November 2009

Pelacur dedah rahsia PM Itali.. PM Malaysia?

ROM – Seorang wanita teman sosial, Patrizia D’Addario mendakwa dia diserang dan diugut selepas menjalin hubungan seks dengan Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi, lapor sebuah akhbar semalam.

D’Addario dalam buku autobiografi berjudul Gradisca Presidente mendakwa dia menerima satu panggilan tidak dikenali yang memanggilnya ‘sundal dan jalang.’

Menurut pelacur yang berumur 42 tahun itu, ibunya turut dicela oleh seorang lelaki yang menyatakan panggilan telefon tersebut dibuat untuk mengajar anaknya.

D’Addario turut mendakwa empat lelaki beruniform polis dipercayai menyamar untuk memasuki rumahnya.

Seorang lelaki yang mendakwa bekas pegawai polis turut menggeledah rumahnya dan cuba merogolnya.

D’Addario menjadi tumpuan media setelah beberapa akhbar mendedahkan dia merupakan salah seorang yang dijemput menghadiri parti hari lahir Berlusconi.

Dalam buku yang mula dijual semalam, D’Addario menggambarkan dirinya menjadi ‘hidangan’ Berlusconi.

Katanya, dia ‘disambut’ dengan arak dan makanan ringan sejurus tiba di rumah Berlusconi.

“Selepas 10 minit, dia tiba, beliau menyapa semua orang dan semua orang kelihatan mengenalinya dengan akrab malah dia turut mencium semua orang,” kata D’Addario dalam buku tersebut.

Kehadiran D’Addario di rumah Berlusconi diatur oleh seorang ahli perniagaan, Giampaolo Tarantini yang kini disiasat pihak polis kerana membekal pelacur dan kokain.

Buku yang dihasilkan oleh D’Addario itu dijangka membuka lebih banyak rahsia Berluconi setelah satu demi satu skandalnya dibongkar termasuk oleh bekas isterinya, Veronica Lario, 53.

Penaja : Aku khuatir apa yang berlaku kepada PM Itali ini (jika benar) akan berjangkit kepada PM kita di Malaysia. Bukanlah aku bermaksud sama seperti pelacur di Itali, namun firasatku meminta agar PM Malaysia bebaskan dirinya dri tuduhan yang tidak berasas berkaitan A********a a.k.a A******h A********h. Itupun jika PM Malaysia berani la.

Paktam : Kali ni Paktam bersetuju dengan saranan penaja. PM 1 Malaysia DS Najib Abdul Razak Baginda wajib membersihakn namanya dari tuduhan yang tidak berasas. Saman sahaja mereka yang cuba menjatuhkanmu. Jika masih mendiamkan diri, sampai bila nak selesai. Bala dah muncul di Youtube. Perempuan puaka juga dan muncul di Youtube. Jangan pula akan datang dating di Paris muncul di Youtube. Kalau muncul juga, kamu bagitau Paktam ya, Paktam nak download dan share di facebook..wakakakakaka..

0 komentar:

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 Hitam Putih Kehidupan. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan