أَوَلَمْ يَتَفَكَّرُوا فِي أَنفُسِهِمْ مَا خَلَقَ اللَّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا إِلَّا بِالْحَقِّ وَأَجَلٍ مُّسَمًّى وَإِنَّ كَثِيراً مِّنَ النَّاسِ بِلِقَاء رَبِّهِمْ لَكَافِرُونَ
"Dan mengapa mereka tidak memikirkan tentang (kejadian) diri mereka? Allah tidak menjadikan langit dan bumi dan apa yang ada diantara keduanya melainkan dengan (tujuan) yang benar dan waktu yang ditentukan. Dan sesungguhnya kebanyakan di antara manusia benar-benar ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya." (Ar Ruum :08)
Salam to all. Sengaja aku memulai mukadimah entri kali ini dengan memetik kalamullah dari surah Ar Ruum ayat 8. Hei manusia, mu tahu dok yang mu ni mahkluk Allah yang paling baik kejadiannya? Baik ciptaan luaran mahupun apa yang ada di dalam badanmu menggambar kesempurnaan ciptaan Allah yang Maha Esa. Habis tu, kenapa kamu begitu beria-ia mengubah apa yang Allah dah beri pada kamu? Engkar dengan Allah? Nak tunjuk jaguh? Nak jadi cantik? Adakah apa yang Allah kurniakan kepada kamu tidak cukup cantik? Adakah kamu yang berbangsa Melayu yang telah dikurniakan rambut bewarna hitam menukarnya kepada warna lain? Kamu mengikut artis? Kamu mengikut trend? Kamu mengikut perilaku rakan-rakan? Atau kamu berniat mencabar kekuasaan Allah?
Adakah kamu berkerja di salon atau kamu belajar kursus salon rambut menyebabkan kamu menukar warna rambut? Jika ya, kamu perlu membaca kisah ini :
Pelajar jadi mangsa pewarna rambut
LONDON: Wajah seorang pelajar berubah seperti makhluk asing akibat alahan terhadap pewarna rambut yang digunanya.
Abigail Colbourne, 15, mewarnakan rambut coklatnya kepada warna lebih gelap tapi tidak melakukan ujian seperti yang dinasihatkan.
“Mata saya kini rapat, umpama digam dan kepala pula membengkak. Pengalaman ini menakutkan,” kata Abigail yang menetap di Sydenham, selatan London. - Agensi
.......................................
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya" - At Tin (4)
Pesanan Penaja : Jati diri sebagai seorang muslim perlu di jaga wahai teman-temanku. Tak salah melakukan sesuatu untuk cantik kerana Allah itu cantik dan sukakan kecantikan, cuma jangan melampaui batas, melanggar norma-norma penciptaan dan mengubah ciptaan Allah. Buat temanku dari golongan hawa, fikir-fikirkanlah. Aku tidak berbicara mengenai hukum mewarnakan rambut, aku hanya ambil asas dari apa yang Allah sebut di dalam Al-Quran. Penciptaan kita sudah lengkap. Sebaik-baik kejadian. Buat teman-temanku dari golongan Adam, insaflah diri, perbaiki diri, muhasabah diri. Jangan kita berperilaku sama dengan golongan musyrik.
Ingat, ini semua kaedah-kaedah yang dijelmakan oleh musuh-musuh Islam (freemason) bagi melemahkan ummat Islam hingga mereka menguasai keseluruhan dunia sementara menantikan Bapak Dajjal tiba. Nauzubillah..
Pesanan Paktam : Paktam suka yang lelaki pakai kopiah, yang perempuan pakai tudung.. :)))
Pesanan Paktam : Paktam suka yang lelaki pakai kopiah, yang perempuan pakai tudung.. :)))
0 komentar:
Post a Comment