01 December 2009

Doktrin UMNO dalam BTN! Bukti dalam Lirik Lagu Ini..

Salam to all. Maaf dah beberapa hari tak update. Maklumlah berada di ceruk desa. Tiada rangkaian untuk access internet. Facebook dan blogger seolah-olah tiada dalam kamus hidupku selama beberapa hari. Segala maklumat hanya diperolehi dari Astro Awani dan TV3 suku serta akhbar perdana terutama Sinar Harian versi Pahang. Isu cukup banyak. Untuk entri kali ini, aku ingin berkongsi lirik lagu yang cukup popular di dalam kursus Biro Tatanegara. Maklumlah, BTN semakin famous selepas pemboikotan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Kuasawan semua jadi sawan. Masing-masing mengulas mengikut kefahaman masing-masing. Cepat sungguh melatah. Biasalah, bila dah ada kuasa, sawan itu akan sentiasa ada, mungkin juga akan kekal selagi mana kuasa di depan mata.

Lirik lagu yang aku maksudakan bertajuk Warisan. Baca la lirik lagu ni, kalau pandai nyanyi, nyanyi dengan kuat, dengan semangat kemelayuan UMNO yang sejati :

Anak Kecil Main Api
Terbakar Hatinya Yang Sepi
Airmata Darah Bercampur Keringat
Bumi Dipijak Milik Orang

Nenek Moyang Kaya Raya
Tergadai Seluruh Harta Benda
Akibat Sengketa Sesamalah Kita
Cinta Lenyap Di Arus Zaman

Indahnya Bumi Kita Ini
Warisan Berkurun Lamanya
Hasil Mengalir Ke Tangan Yang Lain
Pribumi Merintih Sendiri

Masa Depan Sungguh Kelam
Kan Lenyap Peristiwa Semalam
Tertutuplah Hati Terkunci Mati
Maruah Peribadi Dah Hilang

Kini Kita Cuma Tinggal Kuasa
Yang Akan Menentukan Bangsa
Bersatulah Hati Bersama Berbakti
Pulih Kembali Harga Diri

Kita Sudah Tiada Masa Majulah Dengan Gagah Perkasa
Jangan Lalai Teruskan Usaha
Melayu Kan Gagah Di Nusantara (3x)


Ini ulasan berkaitan lagu ini dari laman web umno-reform :

Kalau sesiapa yang pernah mengikuti program Biro Tatanegara (BTN) sudah semestinya pernah menyanyikan lagu ini. Setidak-tidaknya lirik lagu Warisan pasti dibawa balik bersama risalah-risalah BTN yang lain yang dimuatkan di dalam fail program. Mungkin lagu ini agak kurang sesuai didendangkan di corong-corong radio apatah lagi diperdengarkan di televisyen atas alasan menjaga sensitiviti kaum lain, namun sebagai seorang yang berbangsa Melayu kita sepatutnya menghafal dan menghayati lirik lagu ini.

Mengetahui lagu Warisan dan menghafal lirik lagu ini bukannya untuk mengajak orang Melayu terus alpa dan leka dengan lagu dan hiburan tetapi sebenarnya untuk mengajak bangsa Melayu kembali menjadi bangsa bertuan di tahan air sendiri. Dalam erti kata yang, penghayatan kepada lirik lagu ini sebenarnya menginsafkan kita dan menyedarkan kita akan di mana kedudukan kita pada masa sekarang. Kita sering melaungkan ungkapan Ketuanan Melayu!, hakikatnya apakah Melayu masih menjadi tuan atau Melayu bertuankan bangsa lain?

Melihat kepada lirik lagu Warisan memang cukup ringkas, tiada bahasa atau ayat yang sukar untuk kita fahami. Bahasanya srtaight forward, sesiapa sahaja yang mendengar pasti akan faham apa yang cuba disampaikan. Kita diceritakan bagaimana pengorbanan dan perjuangan nenek moyang kita mempertahankan tanah air daripada orang asing. Ungkapan Nenek moyang kaya raya jelas menggambarkan kepada kita suatu ketika dahulu, hasil penat lelah, ketekunan dan semangat yang tinggi bangsa Melayu telah menjadi sebuah bangsa yang dihormati dan disegani rakan dan lawan.

Kuasa ekonomi dan kuasa politik dikuasai sepenuhnya oleh bangsa Melayu sebagai kaum peribumi di bumi bertuah ini.

Namun generasi selepas itu gagal pempertahankan segala usaha yang dilakukan sebelum ini. Kini kita banyak berbalah sesama kita terutamanya dalam soal perebutan harta, kekayaan, jawatan, pangkat dan lain-lain. Sama ada sedar ataupun tidak, sikap generasi sekarang yang tamakkan harta, kekayaan dan kuasa akhirnya menyebabkan segala yang diwarisi daripada nenek moyang kita jatuh ke tangan orang lain. Benarlah serti yang tercatat dalam ungkapan, hasil mengalir ke tangan yang lain, pribumi merintih sendiri.

Jelas sekali kini, segala kekayaan turun temurun milik nenek moyang kita kini diwarisi oleh bangsa lain. Bangsa Melayu sebagai bangsa bermaruah, yang memiliki kuasa dan kekayaan suatu ketika dahulu kini cuma tinggal satu sejarah. Penyebab utama tidak lain tidak bukan adalah kerana sifat tamak, malas untuk berusaha dan cepat terpengaruh.

Akibatnya, bangsa Melayu kini dilihat sebagai bangsa dan tidak mahu bersaing dan suka berbalah sesama kita. Dalam mencari kekayaan, bangsa Melayu lebih suka menjadi kaya dengan cara yang mudah dan malas berusaha. Sebagai contoh, untuk menjadi jutawan mereka akan menjual tanah milik mereka kepada bangsa lain.

Sedangkan jika tanah tersebut diusahakan, hasilnya berlipat kali ganda.

Kita masih bermegah dengan status kita sebagai peribumi / bumiputera tetapi kita lupa di saat kita mendakwa tanah yang kita pijak adalah milik nenek moyang kita tetapi hakikatnya bumi dipijak milik orang. Kalau dahulu, bangsa lain terpaksa meminta-minta, menadah tangan kepada kita agar diberikan kebenaran menetap di tanah air ini, diberikan ruang untuk berniaga, diberikan peluang untuk berkerja namun kini ianya seolah-olah sudah terbalik. Bangsa Melayu pula sekarang ini menjadi golongn yang terpaksa merayu dan meraih simpati.

Maruah bangsa Melayu dan maruah peripadi sudah tiada lagi. Dahulu kita yang tuan, tetapi kini kita bertuankan bangsa lain. Generasi Melayu kini terpaksa merintih semata-mata untuk terus hidup di bumi ini. Kita sudah tidak segan silu untuk meminta pertolongan bangsa lain, meminta sumbangan, memohon diberikan peluang pekerjaan dan lain-lain lagi. Lihatsahaja di sekeliling kita, berapa buah kedai milik bangsa kita berbanding bangsa lain? Tanah siapakah yang kita pijak? Siapakah majikan kita?Apakah yang masih ada pada kita?

Rangkap kedua terakhir berbunyi, kini kita cuma tinggal kuasa yang akan menentukan bangsa, bersatulah hati bersama berbakti, pulih kembali harga diri...

Ya, tidak dinafikan kini kita cuma tinggal kuasa yang akan menentukan bangsa. Bercakap tentang kuasa, apakah kuasa mutlak terletak pada kita atau hanya hanya kuasa atas nama sahaja? Perdana Menteri masih lagi Melayu, menteri-menteri majoriti Melayu tetapi apakah penguasaan politik mampu menjamin ketuanan Melayu? Sedangkan ekonomi, pendidikan dan lain-lain dikuasai bangsa lain.

Sejarah telah banyak membuktikan kekuatan sesebuah negara bergantung kepada tahap penguasaan ilmu dan ekonomi. Ilmu dan ekonomi inilah bakal penentu kepada penguasan politik yang seterusnya akan untuk menguasai sesebuah negara. Apakah kita sudah bersedia untuk kembali bangkit, satukan hati-hati kita dalam usaha memulih kembali harga diri dan maruah bangsa? Ingatlah, kini kita sudah tiada masa. Kita harus maju ke hadapan dengan gagah perkasa agar Melayu terus gagah di Nusantara dan di mata dunia...

Bangkitlah wahai bangsaku!


Paktam : Tembelang pecah! Busuk ya amat baunya.

Maktam : Maktam suka lagu ni. Boleh bawak dalam rancangan Akademi Fantasia musim hadapan. Ha-ha-ha

0 komentar:

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 Hitam Putih Kehidupan. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan