Malaysiaku yang tercinta. Tika ini dikau memiliki cukup ramai pemimpin-pemimpin utama. Baik mantan, yang masih berkuasa, yang dijatuhkan secara aib, baik yang bakal menguasainya. Dari pemimpin inilah masyarakat menjadi semakin keliru, semakin berminat, semakin hairan, semakin mengundang persepsi, semakin tidak percaya. Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Muhyiddin Yasin. Kamu nampak produk keluaran UMNO ini? Masing-masing pernah berada dan sedang berada di takhta no 1 negara serta no 2 negara.
Pengaruh mereka cukup besar dikalangan rakyat jelata. Ucapan mereka di dengar walaupun sebahagian besar dari mereka beretorik semata-mata. Konsep itu, konsep ini, dasar itu, dasar ini. Semuanya hanya kata-kata indah tanpa pelaksanaan yang jitu. Kami berkuasa. Kami memegang tampuk kuasa. Kami pemimpin negara. Kami lah segala-galanya.
Berbalik kepada gambar. DSAI dan DSN. Hairan. Bagaimana gambar ini bisa dijadikan tajuk utama akhbar-akhbar tempatan, semalam? Juga disiarkan di banyak laman blog dan juga di laman sosial facebook. Sejak bila insan yang bernama Anwar Ibrahim ini menjadi 'halal' wajahnya di dada-dada akhbar utama negara? Bukankah pemimpin dari parti pembangkang 'haram' dijadikan tajuk cerita utama? Jika ada, wajib disebaliknya tersirat suatu agenda yang tersirat. Dasar akhbar murahan, bisa melacurkan diri dari melakukan etika kewartawanan yang benar.
So, what's the point behind this picture? Ingin mencipta persepsi baru hubungan DS Najib dan DS Anwar? Cuba menunjukkan yang mereka telah berbaik-baik? Atau mereka tidak mempunyai apa-apa niat melainkan sembang kosong sesama rakan lama di dalam UMNO? Bukankah DS Anwar dan DS Najib bersama-sama di dalam Pemuda UMNO suatu ketika dahulu? Bukankah DS Najib menimba pengalaman dari ketokohan DS Anwar pada ketika itu? Jika tidak banyak, sedikit cuma yang ditimba.
Kita cuba fokus pada gambar ini. Apakata tempat DS Anwar di isi oleh DS Abdul Hadi Awang. Atau boleh saja Ustaz Nasharudin. Apa persepsi yang akan timbul? Ya, isu KERAjaan perpaduan. Isu lapuk yang diolah sentiasa menjadi baru walaupun di pihak PAS cuba menutupnya sebaik mungkin. Perasan atau tidak, jika kedua-dua pimpinan utama PAS ini berada di dalam gambar menggantikan DS Anwar, wajib dan pasti kisah yang akan diwar-warkan adalah PAS dan UMNO bersatu kemabali untuk Kerajaan Perpaduan. Akhbar akan melacurkan diri sekali lagi menjaja kisah disebalik gambar. Maka haru-birulah PAS. Tidak cukup goncangan di Kelantan, maka bergoncanglah PAS sekali lagi di seluruh pelosok tanah air. Blogger yang cukup anti TGHH dan Ustaz Nasha pasti akan menjadikan gambar itu sebagai watak utama.
Cis, dasar pemutar belit cerita! Haramjadah!
Mungkin ada hikmahnya Allah memanjangkan umur pemimpin-pemimpin ini. Masing-masing berumur panjang. Semakin panjang umur mereka, semakin mereka melihat kerosakan yang telah dilakukan oleh tangan mereka sewaktu berkuasa. Maka, apa pilihan yang mereka ada? Allah mahu mereka mengubah dengan tangan mereka juga apa yang telah mereka rosakkan selama ini.
Ayuh, pemimpin utama negara! Ubahlah majoriti masyarakat yang rosak ini! Pimpinlah kami menuju ke arah yang Allah redhai.
Jika kamu semakin berpaling dan terus berpaling, tunggulah saat kejatuhan kamu! Tiada yang kekal melainkan kerajaan Allah. Allah Maha Berkuasa. Jangan biarkan zaman edan ini berterusan dinodai oleh tangan-tangan kamu!!!!
0 komentar:
Post a Comment