Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (tiga, kanan) diberi penerangan oleh Pengarah Urusan Perodua, Datuk Syed Abdul Hafiz Syed Abu Bakar (kanan) selepas melancarkan kenderaan pelbagai guna (MPV) terbaru Perodua, ALZA, di sini, hari ini. Turut hadir, Pengerusi Perodua Tan Sri Asmat Kamaludin (empat, kiri). MPV terbaru Perodua itu dijangka menjadi pilihan warga Malaysia kerana bentuknya yang menarik dan elegan. Ia dijual dari harga RM56,000 hingga RM70,000 seunit. --fotoBERNAMA
Salam to all. Perodua baru beb. MPV. Saingan terdekat Proton Exora dah keluar. Lagi menarik. Maklumlah, reputasi Perodua dalam bikin kereta lebih baik dari Proton. Kenapa sebegitu ya? Korang kena tanya Tun Mahathir. Dia kan Bapak Permotoran (aku yang bagi gelaran ni).
Korang perasan atau tidak, rakyat Malaysia ni cukup pelik. Lihat ketika MPV Exora dikeluarkan, beribu2 tempahan diterima. Sedangkan ketika itu negara dan dunia mengalami kemelesetan ekonomi yang cukup teruk, lebih teruk dari tahun 1997 akibat dasar kapitalis yang menghidap darah, tapi pelik, dasar kapitalis ini masih di amalkan oleh puak2 yang mengaku berjuang melayu islam di Malaysia. Wei, persidangan G7 yang lepas orang putih kat Europe buat demontrasi supaya mansuhkan sistem kapitalis maa.. Ko orang terus menerus mengamalkan sistem ini buat apa? Kenyangkan kroni? Kayakan anak beranak? Atau miskinkan rakyat yang serba miskin? Aahhh..malas kau nk ulas jauh-jauh, masing-masing ada jawapan kenapa kuasawan bertindak demikian.
Berbalik kepada isu, datanglah segala macam hal di Malaysia, baik banjir, kerusi stadium dibakar, manusia di C4 kan atau pemimpin dituduh dgn tuduhan sodomi, namun jualan kenderaan Malaysia terus ada, bahkan sentiasa meningkat. Eh, nak beli kereta kena buat loan kan? Loan tu akan hutang. Nak bayar semula kepada pihak bank berganda-ganda. Kalau tak bayar, kereta kena tarik. Dah melopong.
Dalam keadaan rakyat Malaysia yang dirundung dengan hutang, cukai yang membebankan, yuran persekolahan anak-anak (walaupun aku takdek anak lagi, belum kawin bai), peningkatan harga petrol (walaupun Malaysia negara pengeluar minyak), kenaikan harga barang, hantaran perkahwinan yang tinggi (ha, sebab ni la aku tak kawin lg..wakakaka) dan seribu macam kekusutan, Rakyat Malaysia masih mampu untuk memiliki kenderaan sebegini. Tambah2, yang baru dilancarkan seperti Perodua MPV Alza ini (nama pun dah macam nama pompuan, strategi lawan Exora la tu, Exora nama bunga, walaupun pihak-pihak yang kurang cerdik di dalam Syarikat proton menafikan, alah, taknak bagi orang menang peraduan la tu).
Perasan atau tidak teman-teman? Betul kan situasi ini. Sampai bila ia akan berulang? Entah la. Aku pun takdek idea.
Penaja : Cantik juga MPV Perodua baru, lagi cantik dari Proton Exora la. kiki..
Paktam : Paktam kalau tak fikirkan kawin, Paktam beli MPV Perodua ni. Tapi apakan daya, tuntutan untuk kawin lebih bernafsu dari membeli sebuah kereta. Yang dah ada cukup la..Hahahaha..
0 komentar:
Post a Comment