Powered By Blogger

24 November 2009

Kisah menanti waktu Zohor

"Ceritakan kepadaku bagaimana untuk khusyuk di dalam solat."

"Cerita bagaimana yang kau inginkan, wahai sahabatku?"

"Ya, cerita yang berkaitan dgn soalan yang aku ajukan,"

"Oh, khusyuk di dalam solat ya. Sukar sekali untuk ku terangkan kerna khusyuk itu terlalu abstrak. Hingga kini aku juga merasakan tidak ketemu khusyuk di dalam solat."

"Harus bagaimana? Adakah solat kita diterima?"

"Allah sahaja yang tahu samada solat kita itu diterima. Pokoknya cuba berusaha untuk menjauhkan perkara-perkara dunia di dalam solat."

"Bunyinya mcm mudah ya, nak melaksanakannya yang sukar."

"Ya, benar."

tamat kisah~~

Paktam : Paktam dah lama hidup. Paktam sentiasa menjaga waktu solat. Solat awal waktu lagi. Tapi Paktam tak pasti yang solat Paktam Khusyuk. Adakah diterima oleh Allah? Paktam takut ugutan Allah di dalam surah Al-Maun : Celakalah mereka yang bersolat, dalam keadaan lalai. Aduh, ampuni dosa Paktam ya Allah. Paktam takut dengan azabMu. Amin.

0 komentar:

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 Hitam Putih Kehidupan. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan