Powered By Blogger

19 November 2009

Gadaffi berdakwah kepada 200 orang wanita Itali? Hebat!

Salam semua. My facebook profile menerima satu kiriman video dari sahabat. Apa tajuk video tersebut? Ini tajuknya : "Gaddaffi Berdakwah Kepada 200 Wanita Itali". Ya, 200 orang. Harus di ingat, wanita ini bukannya beragama Islam. Majoriti beragama Kristian. Maklumlah, Itali dan pusat Kristian Katolik terbesar, Vatican City bersebelahan.

Apa sebenarnya yang berlaku ketika beliau berdakwah? Dan lebih tepat lagi bagaimana beliau mampu mengumpulkan 200 orang wanita tersebut. Ikuti kisah ini [di sini]. Sekadar mengambil bait-bait kisah dari sumber :

Pada hari Sabtu lalu dua-ratus wanita yang suka pesta, diundang untuk hadir dalam acara mewah yang berlansung di Rom. Tentunya wanita-wanita muda belia itu menduga akan ada acara makanan ringan dengan ragam minuman. Ternyata tidak begitu, para wanita cantik itu dianjurkan untuk masuk Islam. Proses pemilihan itu cukup ketat.

Gadis-gadis itu syaratnya harus cantik, berusia antara 18 sampai 35 tahun dan setidaknya memiliki tinggi badan 170cm. Peraturan pakaian mereka pun sangat ketat, yang dadanya terbuka jauh ke bawah dan miniskirt, pasti tidak akan boleh ikut serta. Kedua-ratus wanita muda itu datang bersama. Mereka dibawa dengan sejumlah bas ke kawasan perumahan mewah di ibukota Itali. Semua yang datang melaui kamera keselamatan yang dipantau di layar monitor di ruang menyambut tetamu. Setelah itu para perempuan itu dibiarkan menunggu. Sebahagian mereka mengeluh, kerana tidak melihat sebarang air minum yang disediakan.

Yang misteri adalah siapa gerangan yang melaksanakan pesta, satu jam kemudian, jatidiri tuan rumah mereka akhirnya terungkap, yaitu pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, yang terbang ke Rom untuk menghadiri sidang kemuncak makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Rom.

Gaddafi kemudian menyampaikan ceramah tentang Islam. berusaha keras meyakinkan para tamunya bahawa Islam tidak meremehkan kaum wanita seperti disangkakan banyak orang.

Ia kemudian mengajurkan agar mereka menjadi Muslimah. Sekitar dua jam berikutnya, para wanita tersebut pergi sambil memendam rasa hairan.

Namun, mereka masing-masing dihadiahkan 50 euro (RM302) dan senaskah al-Qur'an.


Nah, menarik bukan kisahnya. Apa signifikan dari dakwah sebegini? Hayati hadith ini :

"Sesiapa yang menyeru kepada petunjuk, maka ia mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengikutinya tanpa mengurangi pahala mereka sedikit pun" - Riwayat Muslim

Cukup cantik hadith dari Nabi SAW ini. Serulah mereka dengan kalimah tauhid. Serulah mereka dengan kebenaran Islam. Dan serulah mereka akan Allah Yang Esa serta mengakui kerasulan Muhammad.

Siapa Gadaffi?

Dari wikipedia : Kolonel Muammar Abu Minyar al-Gaddafi (Bahasa Arab : معمر القذافي , Mu'ammar al-Qaddāfī) telah dilahirkan pada 1942 merupakan telah Presiden Libya semenjak 1969. Gaddafi menjadi pengasas Republik Sosialis Arab Libya atau Jamahiriah Arab Libya.

Lahir dalam keluarga petani di sebuah padang pasir Sirte. Sejak kecil lagi menerima pendidikan agama rendah tradisional. Beliau dan rakan-rakan kemudiannya menjadi kumpulan teras revolusi dan merampas kempimpinan Libya. Belajar ilmu undang-undang di Universiti Libya dan mendapat keputusan yang cemerlang. Di kampus, beliau bersama sekumpulan yang lain membentuk 1 kumpulan militan secara rahsia untuk membuang pemimpin Libya yang pro-Barat.

Belajar ilmu ketenteraan di Britain. Kemudian berkhidmat sebagai pegawai komunikasi di Signal Corpe. 1 September 1969 - melakukan rampasan kuasa terhadap Raja Idris 1. Setelah menguasai Libya, corak pemrintahan mirip semangat kebangsaan Arab , nasionalisme dan sosialisme berteraskan Islam. Menggelar Libya dengan jolokan "Sosialisme Islam". Secara keseluruhan, dasar Islamisasi beliau menjurus kepada semangat sosialisme.

So, apa pengajaran dari kisah Gadaffi ini?

Mudah sahaja, gunakanlah apa jua method atau cara yang paling efektif dalam menyampaikan ajaran Islam. Jika ada kelebihan dalam berbicara, maka gunakanlah ia. Jika ada kelebihan di bidang IT, maka manfaatkanlah sepenuhnya untuk Islam. Siru'ala barakatillah. Baik berdakwah kepada bukan Islam, mahupun berdakwah kepada mereka yang semakin jauh dengan Islam. Tugas ini relevan sepanjang zaman. Persoalan berkaitan akidah akan wujud hingga kiamat.

Jangan biarkan zaman ini terus dibelenggui dengan ZAMAN EDAN!





0 komentar:

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 Hitam Putih Kehidupan. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan