Makan pagi, makan tengahari, makan malam. Hurmmm...mungkin makan lewat malam. Lapar itu penyakit, makan itu ubat. Apabila sakit, pada ketika itu ubat akan dicari. Begitu juga makan. Apabila lapar, ketika itu juga makanan akan dicari.
Kita lupakan perihal lapar, makan, sakit dan ubat. Mari kita bercerita kisah selepas dari makan. Seringkali berlaku kepada mana-mana perokok tegar (dengan izin), bagi memastikan proses 'pencernaan' berlaku dengan baik sesudah makan, pasti rokok akan dihisap. Hurmm.. kenapa ya? Mungkin melegakan ruang tekak, tempat di mana makanan dan minuman melalui untuk sampai ke perut.
Baiklah, kita lupakan pula perihal merokok sejurus habis makan. Mari kita perhatikan pula gelagat mereka sewaktu merokok. Sambil berbual isu-isu semasa, sedar tak sedar mata si perokok akan mencari sasaran untuk dibuang habuk di hujung rokok yang telah dihisap (mungkin ada istilah yang lain..hurmm..barangkali). Yes, ashtray telah disediakan oleh pihak kedai makan. Mantop! barulah win-win situation.
Namun ashtray ini lain pula wajahnya. Bagaimana? Lihat gambar di bawah :
Aduh, bagaimana ini. Ashtray disediakan, mengapa pula diletakkan logo No Smoking! Ayamor betul la. Mungkin ianya hiasan atau perli si peniaga kedai kepada perokok tegar. Hurmm.. Jangan risau, perokok yang tegar ada caranya. Ruang kedai kan besar. Biarkan saja habuk itu jatuh ke lantai. Kan selesai masalah.
Ops, puntung rokok ke mana perlu di buang? Lagi mudah. Bumi Allah ini luas. Campak sahaja ke mana yang dirasakan perlu. Mudah bukan! Sesiapa yang merokok bisa melakukannya. Selamat mencuba! ^_^
Pesanan penaja : Realiti perokok di Malaysia. Anda mampu mengubahnya!
1 komentar:
armouris : tq link yg diberikan..:)
Post a Comment