Powered By Blogger

24 March 2009

KAMI BERSAMAMU, MB NIZAR!



alhamdulillah. saat2 penantian siapakah calon parti islam bagi Parlimen P59 Bukit Gantang terjawab sudah apabila Tuan Guru Presiden mengumumkanya semalam. teka-teki telah terjawab dan saya rasa semua ahli Parti Islam dari akar umbi akan taat akan keputusan ini. YAB Dato Seri Ir Haji Nizar Bin Jamaludin diangkat sebagai calon Parti Islam bagi Parlimen Bukit Gantang/ P59.

melihat senario yg berlaku di perak khusunya, saya hanya mampu tersenyum. lihat saja SPR yg menjadi kuda tunggangan 'parti itu' menafikan hak speaker utk mengosongkan Dun Behrang dan Dun Changkat Chering; akhirnya terkulai apabila perancangan mereka dipatah2kan oleh Sang Maha Perancang.

siapa sangka dalam kekalutan yg berlaku, Allah Azzawajalla memanggil kembali hambaNya, YB Roslan. ini bukan perancangan mereka. mereka berhempas pulas tidak mahu pilihanraya kecil diadakan dalam masa terdekat kerana mereka tahu penerimaan rakyat yg tidak bersama dgn mereka.

Benarlah firman Allah :

" Mereka Merancang Tipudaya, Allah Membalas Tipudaya Mereka, Dan Allah Sebaik2 Pembalas Tipudaya"

bukan satu Pilihanraya Kecil, bahkan 3. kusangka 1 bukit, bahkan 2. tidak ketinggalan 1 batang mengekori. kesibukan mereka utk bermesyuarat agong hampir saja menenggelamkan Pilihanraya Kecil ini. biarkanlah mereka, kerana mereka akan tenggelam akibat perbuatan mereka sendiri.

PRK ini amat penting kepada Dato Najib Monggolia kerna beliau bakal menyambung deligasi Paklah Badawi (itupun kalau benar2 berlaku peralihan kuasa). jika ke3 3 PRK ini BN kalah, itu isyarat jelas rakyat tidak menerima kepimpinan beliau. macam biasalah, projek 'mee segera' akan melimpah luah sebagai bahan kempen yg paling ampuh bagi mereka. but now, ia mungkin tidak lagi berkesan kerana rakyat sudah semakin celik dan berpengetahuan terutama generasi muda.

akhir kalam, saya menyeru kepada semua yg berjuang atas dasar kebenaran agar menginfakkan segala apa yang termampu oleh kita samada dari segi kewangan, tenaga, munajat, doa, serta yang paling penting undian itu tetap selamanya bagi perjuangan Islam..

7 april ini akan berlaku satu lagi kejutan. dan kejutan ini akan berlangsung dan terus berlangsung sehinggalah rejim BN ini disemadikan di pusara. (^_^)

0 komentar:

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 Hitam Putih Kehidupan. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan