2 hari ofis aku xdek internet. sebab bil tertunggak 3 bulan tak bayar. oleh kerana tempat aku bekerja merupakan cawangan sahaja, maka segala pembayaran dibuat terus oleh HQ. so, dorg x bayar, x dpt la jenguk internet dan update blog.
2 hari jugak aku pergi cc medium ni. tepat je pkl 5, aku terus punch card. hehe.. bila xdek internet, rasanya seperti gelap dunia. gelap gelita. macam katak bawah tempurung pun ada. katak tu xpela, confirm x bukak internet. memang xtau cite terkini..
2 hari ni jugak aku dapat siapkan kerja2 yg tertangguh kat ofis. haha.. ada kebaikkan gak rupenye. ha, aku dgr mcm ada yg ngumpat aku je. cakap aku salah guna kemudahan ofis. hehe.. xdelah, time ada masa terluang je layan internet. waktu lunch and after ofis hour. tapi kalau tak sibuk, memang layan sentiasa. haha.. kalo boss aku baca posting ni, mau kene potong gaji aku. korg jgn bgtau boss aku k. ini rahsia antara aku ngn korg la, yg membaca.
2 hari ini mcm2 comment kat ruangan shoutmix. dr izza, nikjoe, amirul, melayu maksimalis, firdaus, kakyan dan lain2. thankz ek sebab u all rajin bukak blog yg x seberapa ni.
2 hari xdek internet ni isu2 politik tanah air memang aku byk ketinggalan. so, sbg ganti terpaksa la lyn buletin utama TV3 suku. memang pembohong sampai kiamat TV3 suku ni. nak wat camne, nak tau isu terkini.
2 hari ni jugak, terbukti UMNO ini penuh dgn korupsi, rasuah, bapak penjenayah dan lain2 yg x sedap aku nak tulis. bila Ali Ketam sangkut politik wang, kene gantung jer. malang la org melaka ada ketua menteri mcm nie. dah la pernah kuarkan statement yg hina Islam. bagus jugak kene gantung 3 tahun. tapi yg hairannya yg ambik tindakan lembaga disiplin UMNO. hehe.. kalo mcm tu bubarkan je SPRM. tengok kes lembu hari tue, beria SPRM dok menyiasat, tapi bapak segala rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam UMNO langsung tak ambik port. so, standard SPRM terus jatuh pada SRP.
hehe.. klakar tngok umno skrg ni. minggu dpn nak mensyuarat agong. lepas tu, nak pilihanraya kat 2 bukit 1 batang. sekarang ni sibuk buang taik2 rasuah dalam parti. malang sungguh rakyat malaysia ada pemimpin macam ni. kes Khairy pun 1 hal, bersalah but just bg warning jer. apa jadahnya tah. bertuah sungguh jd menantu PM ni.
khir toyo botox bleh lepas plak ek. hehe.. nasib la kau anak jawa. memalukan org jawa jer. jgn risau, aku tau sebelum ko mati satu2 penyalahgunaan kuasa ko masa jd menteri besar dulu akan terbongkar. sama2 la kita tunggu..
hai, macam2 cite 2 hari ni. memang tension sgt2..
aaaaarrrrrrrrggggggghhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!! tension!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
tapi xpe, dapat pegi cc dan taip posting ni pun dah cukup kan..hehe..
0 komentar:
Post a Comment