10 March 2009

AKU, AKHIL HAYY & WAHIDA WASSINI..

*Bagaimana Aku Mengenalinya?

tahun 2005, bermula dengan mendengar ceramahnya..
ceramah yang santai diselang seli dengan nyanyian benar2 membuat hatiku terpaut dengannya..(terpaut dgn ceramah ek..)

*Kenal rapat ke?

xdekla.. jgn salah anggap pada gambar di atas ya.. kebetulan dapat bergambar dengannya di bandar jengka tahun 2006.. jeles rakan2 yang lain.. memang minat sangat2 la dengan ustaz akhil masa nie..

*Dulu dan kini tidak sama..
sebelum 2006 :
kerap berceramah, nak cari cd pun senang, sentiasa menjayakan program jemaah, bayaran pun tidak demand lagi, kopiah, serban dan lain2 sorry beb mana bleh gua tinggal, pakaian mesti putih punya, sunnah syeikh, dilabel Pro Pembangkang, tidak mendapat liputan langsung dalam media massa, sering dianak tirikan dalam sebarang anugerah, memang tiada peluang langsung utk keluar dalam media massa dan macam2 lagi dugaan yang beliau alami.. kerana apa? kerana beliau pro pembangkang..
selepas 2006 :
keluar album, dapat anugerah platinum, konsert sana, konsert sini, berduet sana, berduet sini, taraf dah sama mawi, join astro, ada show sendiri, cafe akhil hayy, selalu sgt tubik (keluar) kat tv, kopiah, serban, jubah dah tak layan..apa barang beb..tukar la utk mudah dekati ramaja.. dah demand dgn bayaran, ceramah pun dah xdek, kempen utk jemaah pun tiada juga, gosip sana sini, kdg2 org kata dah nikah, tetibe belum pulak, tidak dilabel lagi pro pembangkang, tercalon artis nasyid popular berita harian, dan yang paling mengejutkan sekali dah terlibat secara langsung dengan akademi fantasia 7 (terkejut berok aku).. kerana apa? kerana beliau bukan lagi pro pembangkang sebaliknya terlibat dgn jemaah astro..

*Hebat Fitnah Wanita Ini
Sabda Nabi SAW :

حَدِيثُ أُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا تَرَكْتُ بَعْدِي فِتْنَةً هِيَ أَضَرُّ عَلَى
الرِّجَالِ مِنَ النِّسَاءِ

Diriwayatkan daripada Usamah bin Zaid r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak ada fitnah yang paling membahayakan kaum lelaki selepas zaman aku kecuali fitnah dari kaum wanita

[bukhari wa muslim]
.............................................................................................
"kembalikankanlah dirimu yang aku kenali dahulu, wahai ustaz..
aku amat merindui ceramahmu.."

3 komentar:

Atoq said...

Cakap tak serupa bikin......selalunya manusia selalu tewas dgn Duit, Perempuan dan Kuasa.....bukanya syaitan yg tak nampak tapi benda yg nampak.

itulah realitinya.....

Anonymous said...

Salam,

Mohon sesiapa yang mengenali akhil Hayy ni, kalau boleh nasihatkan lah beliau dengan cara yang baik supaya balik lah kepada isteri dan anak-anaknya. Apalah yang ada pada si Waheeda tu, tak dak lah lawa sangat. Sikapnya juga tidak lah menarik mana. Keseronokan itu hanya sementara, hidup ini ujian.

eyza

Anonymous said...

Salam, saya saudara rapat kepada Akhil Hayy mohon tuan dapat memadam post ini kerana adakah tuan sedar apa yg tuan tulis di dalam post ini? Adakah tuan tahu apa masalah yang dihadapi oleh Akhill hay ketika itu? Kami sauda mara nya lah yang ada di sampingnya dan tahu apa masalah beliau. Mohon jangan menulis tanpa menyiasat dan untuk makluman beliau masih lagi seorang yang pro-pembangkang. Dan isterinya kini jauh lebih baik dari yang dahulu.

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 Hitam Putih Kehidupan. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan