Salam to all. Sementara menanti masuknya waktu isyak, jari jemari ini terasa ringan untuk menaip sesuatu yang bermanafaat untuk anda semua. Oh, nikmat sungguh menaip ketika idea melekat di kepala.
Siapa yang pernah ke Alpha One? Syarikat yang menyediakan rawatan terapi menggunakan elektrik. Dengan menggunakan BIOS 9000, pusat rawatan elektrik Alpha One ini beroperasi di seluruh cawangan di Malaysia. Untuk maklumat berkaitan dengan Alpha One dan mesin BIOS 9000, sila klik [di sini].
Apa yang menarik berkaitan Alpha One ini adalah mereka menyediakan rawatan percuma kepada mana-mana pelanggan yang mendaftar. Jangan khuatir, untuk mendaftar tidak memerlukan sebarang ongkos, serahkan IC di kaunter, kemudian akan diberi sekeping kad berlipat berisi tarikh. Apa gunanya tarikh di kad ini? Untuk menanda dan menyemak sejauh mana kekerapan anda menjalani rawatan terapi.
Alhamdulillah, semalam hari ke4 aku menjalani rawatan. Tapi tidak konsisten. Berselang-selang. Biasalah, kena tunggu habis waktu pejabat. Mari kita bercerita kaedah rawatan yang digunakan. Begini, setiap sesi akan berlangsung selama 20 minit. Bagi setiap sesi, seramai 80 orang akan ditempatkan di dalam bilik rawatan. Selalunya aku dapat sesi yang terakhir. 630 petang. Ok la tu.
Masuk dalam bilik rawatan, hanya duduk sahaja. Kerusi di susun. Pilih mana-mana kerusi yang berkenan di hati. Sebelum punggung mengenai kerusi, ia di alaskan dengan suatu pelapik yang disambungkan dengan BIOS 9000. Wajib beralas kaki, samada berkasut atau berselipar. Khuatir renjatan elektrik bertindak lebih dari kebiasaan. Telefon bimbit awas, keluarkan awal-awal, juga khuatir ada kesan sampingan jika berada di dalam kocek seluar. Kaki dijulurkan ke bawah. Di bawah kaki diletakkan pelapik, juga kabelnya disambungkan ke BIOS 9000.
Getaran akan di alami ketika ini. Terasa kaki bergegar. Terus melalui saraf darah seluruh badan. Awalnya, kita terpana-pana kehairanan, benarkah aliran elektrik sedang melalui salur darah kita? Bagi membuktikannya, jari kita perlu disentuh dgn jari rakan sebelah. Ketika itu, barulah kita akan merasai tenaga elektrik yang sedang 'berjalan-jalan' di dalam saluran darah. Menarik bukan? :)
Apa keistimewaan dari Rawatan Terapi Elektrik ini?
Jom aku terangkan. Begini, kita memiliki jantung. Sejak dari lahir, jantung ini tidak pernah berhenti. Sentiasa mengepam darah dan sentiasa berdenyut. 24 jam tanpa henti! Sedar atau tidak, jika jantung tidak beroperasi dengan baik, penyakit yang lain akan menyusul. Mengapa? Kerana jantung merupakan Processor di dalam badan manusia sepertimana processor di dalam komputer.
Dari laman web Alpha One : "Antara penyakit-penyakit yang boleh dirawat melalui kaedah ini ialah Diabetis, Insomnia, Gout, Angin Ahmar, Rheumatism, Artiritis, Lemah Jantung, masalah buah pinggang, Resdung, Kolestrol Tinggi, Lemah Tenaga batin, gangguan kitaran haid, Asma dan masalah hati (zahir sahaja, bukan batin).
Oleh kerana kaedah rawatan Terapi Medan Elektrik ini adalah selamat untuk pelbagai peringkat umur, para pesakit yang telah merasainya pasti akan kembali semula apabila mendapati rawatan ini berjaya mengurangkan penderitaan yang dialami.
Para pelawat yang hadir juga akan diberikan pelbagai penerangan oleh pekerja Alpha One mengenai cara-cara untuk menjaga kesihatan semasa menjalani terapi. Rekod-rekod kesihatan mereka juga akan disimpan untuk memantau perkembangan kesihatan mereka setelah menjalani kaedah rawatan ini."
Kisah roh - 19/11/09"2 tahun lepas pakcik dah kena bedah." jelas pakcik sambil membuka butang t-shirt bajunya bagi menunjukkan kesan parut di dada, bukti yang beliau telah dibedah dan menjalani bypass operation.
"Masa pembedahan, pakcik tengok tak bila jantung pakcik dikeluarkan?" soal staf Alpha One.
Sambil tersenyum, pakcik menjawab "Pakcik lupa la.". Aku hanya terseyum mendengar perbualan mereka. Yang lain juga begitu. Lucu. Ketika bibir mengukirkan senyuman, fikiran laju berfikir. Jantung dikeluarkan untuk dicuci? Bagaimana ya? Bagaimana darah ingin dipam? Kenapa nyawa masih di badan? Roh? Allah, berat juga itu.
Adakah roh itu terletak di jantung yang sebesar genggaman tangan kanan? Roh itu ada di mana ya? Jika mengikut logik akal, apabila jantung berhenti beroperasi, wajib akan mati. Darah berhenti mengalir. Harus bagaimana? Kenapa masih bernyawa? Di mana roh itu berada?
- Di jantung?
- Di paru-paru?
- Di hati?
- Di limpa?
- Di otak?
Ada sebarang idea? Rujuk firman Allah di dalam Al-Quran :
Fakta : terdapat 10 kalimat roh di dalam al-quran.Mereka bertanya kamu mengenai Roh. Katakanlah, "Roh adalah daripada perintah Pemeliharaku. Kamu tidak diberi pengetahuannya melainkan sedikit." - Al-Isra' (85)
Ya Allah, cukup indah ciptaanMu. HambaMu ini cukup lemah. Ini ilmu yang berharga. Ya, cukup sedikit ilmu manusia perihal roh. Semua adalah urusan Allah.
"Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana"
Pesanan Penaja : Jika mengalami kekusutan di dalam kehidupan, baik kekusutan jiwa, kekusutan dalam mengerjakan amalan, kekusutan politik, kekusutan ekonomi, kekusutan berbahas dalam ilmu feqah, kekusutan sang kuasawan dalam pemerintahan serta segala-gala kekusutan, kembalilah semula kepada Al-Quranul Karim dan Hadith Nabi SAW. Allahuakhbar!!!