adakah korang pelik melihat lelaki membaca novel? betul ke novel ni sesuai untuk golongan wanita sahaja? mungkinkah sekiranya lelaki membaca novel, persepsi akan menyatakan lelaki ini jiwang, jambu dan lain2? enggak perlu ribut-ribut. yang perempuan bisa, yang lelaki pun bisa saja membacanya. mana ada diskriminasi. seolah2 dijatuhkan hukum lelaki tidak sesuai membaca novel, perempuan pula cocok sekali untuk membaca novel.
aku bantah!!
kenapa aku bantah? sebab aku suka baca novel. hahahahaha.. ni semua gara2 penangan habiburahman el shirazy a.k.a kang abik. mulanya, aku memang x suka langsung baca novel. lambat sangat nak habis satu-satu novel. dah la tebal. nak habiskan 1 novel pun dekat2 sebulan. tupun kalau habis.. huhu..
sekarang dah lain. sejak aku kenal karya kang abik iaitu novel ayat-ayat cinta, terus saja hati ini terpaut. setiap bulan wajib aku spent beberapa percent gaji untuk beli novel. haha.. ambik kau!! sapa suruh baca novel. kan dah ketagih.. (tapi lebih baik dari ketagih benda lain kan..huhu..)
sekarang ni, dah banyak koleksi kang abik yang aku kumpulkan..kat bawah ni novel2 beliau yang aku dah beli..best woo..haha..
#novel pertama#
fahri vs aisha vs nurul vs mary vs lain2..waduh2..sedih bangat novel ini..novel aku bagi 10 bintang di langit, filem hampeh.. x seperti diharapkan.. unsur sekular menghilangkan islamiknya. filem aku bagi 0.5 taik bintang. haha..
#novel kedua & ketiga#
waduh2, asyik skali novel yang ini. ada 2 episod. lagi tragik dari ayat2 cinta. episod 1 dan 2 aku habiskan tak sampai 3 hari..setiap 1 episod ada lebih kurang 500 m/s.. setiap watak memang mant0p. Azzam + Anna Althafuniissa + Furqan + Elyana + etc.. happy ending story.. aku amat2 terharu karya Kang Abik yang ini.. = (
#novel keempat#
ada 3 cerita dalam ini novel. kisah si pensyarah wanita yang bertemu jodoh dengan pelajarnya, kisah seorang pelajar persantren, dituduh mencuri, jadi pencuri sebenar dan akhirnya dikurniakan petunjuk Ilahi. best giler..seterusnya kisah Kak Mari dan juga, dan juga, dan juga.. alamak, nama hero aku lupa.. tapi kisah ni pun mantap jugak. penuh kejutan.. 1 hari je aku habiskan novel ni.. haha.. ada peningkatan..
#novel kelima#
yang ni aku tak habis baca lagi. aku ingatkan dalam 1 novel 1 kisah sahaja, rupanya koleksi kisah2 teladan islami. pendek-pendek kisahnya. masa beli tak boleh belek2 dulu sebab di packing dengan plastik. oleh kerana aku mmg minat karya kang abik, sambar saja..haha..takpe la, malam ni aku sambung balik baca novel ni..kuang kuang kuang!
#novel aku pinjam yang p'tama, ke2 & ke3#
ha, yang ni aku tak beli. pinjam akak aku punya. akak aku cakap novel ramlee awang murshid best. aku try la. tapi bahasa dalam novelnya tak setanding karya kang abik. walaupun begitu, habis juga aku baca trilogi Laksamana Sunan ni. boleh tahan la.
#novel aku pinjam yg ke4#
banyak2 novel yang aku pinjam dari akak aku, novel ni la paling malang. nak tau kenapa? haha..sebabnya aku baca 10 helai je. 2 bulan kemudian, aku sambung baca balik, tapi tak ingat dah jalan ceritanya. ulang balik. begitulah seterusnya. akhirnya, akak aku fed up, suruh aku pulangkan semula novel dia yang ni. haha.. pinjam bagai nak rak, tapi tak habis baca. lebih malang lagi, bab pertama pun tak habis. hahaha..
banyak lagi novel yang aku dah baca. tapi aku lupa judulnya. ok, tutup cerita. macam mana soalan kat atas tadi? dah ada jawapan?
macam ni la, kepada wanita2 sekalian, jangan ingat golongan anda je yang baca novel, lelaki pun suka jugak tau. kepada lelaki2 yang menyokong entry ini, berikan sokongan korang pada aku. macam mana? nukilkan saja di ruangan komen entry ini, takpun di ruangan shoutbox..
kepada akak2 & makcik2, nak komen pun xpe, xnak komen pun xpe. jangan kutuk2 sudah la..haha.. jangan marah. nanti muka berkedut. umur baru 24, tapi macam 42 tahun..
huhu..
6 komentar:
kang abik ke habiburrahman?
dalam realiti, ade lelaki sesempurna fahri?
hahaha.. asyik pinjam ajer. mah ana pinam pulak. tapi kurang minat la baca novel
habiburrahaman el shirazy tu kang abik la. kang abik panggilan manja dia. di indonesia panggilan kang abik lebih popular.
lelaki sesempurna fahri ya?
insyaallah ada, tapi mungkin hampir pupus.
1 lagi, jika belum baca lagi ketika cinta bertasbih, sila baca kerana watak Khairul Azzam di dalam novel ini lagi mantOp dari Fahri.
by the way, semua novelnya best.
nikjoe dok suko baco novel? pelik ni..haha..ayat bunga2..
nak pinjam ke? bisa saja..huhu..
Aku pun suka membaca kecuali ketika dalam kereta ketika bukan memandu dan dalam kenderaan awam kerana nak tahu jalan dan risau terlepas stesen. Novel menyebabkan kaum Adam lambat nyanyuk.
Tahniah! Bangga dgn lelaki yg mahu membaca. Skadar cadangan, cuna Versus atau Rooftop Rant by Hlovate,published by Jemari Seni. Mungkin tidak sehebat dan seberat karya Kang Abik - refreshing dlm kategori penulis Malaysia.
* Bumi Cinta oelh Kang Abik agak mengecewakan. Not recommended!
Post a Comment