2 APRIL 2009
Pertemuan yang diadakan di Pejabat Menteri Besar yang berlangsung kira-kira setengah jam itu turut dihadiri suaminya, Datuk Seri Khalid Jiwa atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Datuk K’.
Siti Nurhaliza yang lebih mesra dengan panggilan ‘Siti’ mengambil peluang bertemu dengan Tuan Guru sempena dengan persembahannya di negeri itu sempena keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra yang ke-59 di sebuah hotel malam tadi.
Sempena dengan kunjungan julungkali itu, Siti Nurhaliza turut menyampaikan cenderahatinya buat Tuan Guru dan begitu juga Tuan Guru turut menyampaikan cenderahati kepada pasangan suami isteri itu.
Datuk K sempat bertanya tentang kesihatan Tuan Guru khususnya berhubung masaalah penyakit yang dihidapi ketua kerajaan itu.
Siti ketika ditemui melahirkan rasa syukur kerana hasrat yang telah lama diidamkannya itu untuk bertemu akhirnya membuahkan hasil walaupun pertemuan itu hanya secara spontan tanpa dirancang awal.Menurutnya, selama ini beliau hanya mengenali Tuan Guru hanya dalam media masa dan televisyen sahaja, tanpa bertemu secara dekat.
“Alhamdulillah Tuan Guru bersedia menerima kunjungan hormat saya dan suami dan pertemuan ini sebenarnya tiada sesuatu yang istimewa sebenarnya, maksudnya tiada agenda apa-apa.
“Orang kata sepanjang hidup ni nak juga lah bertemu dengan Tuan Guru kerana saya begitu menghormati beliau secara peribadinya,”ujarnya lagi.
Setelah bertemu dengan Tuan Guru, beliau semakin mengenalinya sambil menyifatkan Tuan Guru seorang yang berpegang pada prinsip serta ajarannya yang tersendiri.
“Saya selalu datang Kelantan, orang kata nak jugalah bertemu dengan Tuan Guru selaku tuan rumah pada negeri ni dan tidak adalah orang kata istimewa ke apa-apa ke," katanya.
Sementara itu kakitangan Pejabat Menteri Besar serta kakitangan awam lain yang berhampiran dengan pejabat itu turut mengambil peluang untuk bertemu dengan salebriti ternama itu sambil bersalam dan bergambar.
komen ana :
dan jika tiada juga, ana tahu apa sebabnya. mungkin akibat kenyataan Kak CT ini kot :
hehe..berbulu je orang umno baca statement kak CT ni. baguslah begitu. selepas ini pakai tudung tu betul2 la . tutup betul2. Kak CT kan dah ada gelaran Hajah. kesian Dato K Kak CT tak tutup aurat dengan betul. lagi satu pesan saya, cukuplah menyanyi tu. gunakanlah bakat yang ada untuk membantu kemenangan Islam. bagaimana caranya? Kak CT tanya Tok Guru Nik Aziz ek.. hehe..
Penyanyi nombor satu Negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sumber berita dari Siasahdaily Blogspot. mulanya ana hanya mendengar cerita ini dari sahabat ana. ingatkan hanya gurauan. rupanya benar. dan yang pasti kunjungan Kak CT dan Dato K ini tidak mendapat liputan meluas oleh media massa. tapi tidak tahulah jika melodi esok hari ada keluar cerita ini. jika tiada, mungkin kisah ini akan di wartakan di ruangan hiburan mingguan malaysia, berita minggu atau metro ahad.
dan jika tiada juga, ana tahu apa sebabnya. mungkin akibat kenyataan Kak CT ini kot :
“Alhamdulillah Tuan Guru bersedia menerima kunjungan hormat saya dan suami dan pertemuan ini sebenarnya tiada sesuatu yang istimewa sebenarnya, maksudnya tiada agenda apa-apa. Orang kata sepanjang hidup ni nak juga lah bertemu dengan Tuan Guru kerana saya begitu menghormati beliau secara peribadinya”
hehe..berbulu je orang umno baca statement kak CT ni. baguslah begitu. selepas ini pakai tudung tu betul2 la . tutup betul2. Kak CT kan dah ada gelaran Hajah. kesian Dato K Kak CT tak tutup aurat dengan betul. lagi satu pesan saya, cukuplah menyanyi tu. gunakanlah bakat yang ada untuk membantu kemenangan Islam. bagaimana caranya? Kak CT tanya Tok Guru Nik Aziz ek.. hehe..
0 komentar:
Post a Comment