Powered By Blogger

03 April 2009

PASTI MATI!

jumaat/ 3 april 2009/ 115 pm

beberapa minit lagi akan masukknya waktu zohor. menjadi kewajipan bagi setiap muslim lelaki mengerjakan solat jumaat secara berjemaah. aku terfikir2 masjid mana yang mahu dikunjungi pada hari ini. sudah menjadi kebiasaan setiap jumaat aku akan bertukar dari satu masjid ke masjid yang lain untuk bersolat jumaat.

alhamdulillah, aku bersolat di masjid yang jaraknya 8 km dari ofis. sampai sahaja khatib sedang membaca khutbah. di johor ini lain sedikit, selepas bilal melaungkan azan yg ke2, dia warning kepada para jemaah agar berdiam diri ketika khatib membaca khutbah selaras hadith nabi saw.

dari corong2 pembesar suara, aku mendengar apakah intipati khutbah hari ini. Allah! aku hanya mampu tersenyum. khatib sedang berkhutbah mengenai penyakit denggi, jaga kebersihan, jangan biarkan air bertakung dan lain2, tak ubah macam iklan dari jabatan kesihatan. haha8, lawak2. pecah perut aku. oleh kerana tidak mahu kehilangan pahala jumaat, aku gelak di dalam hati shj.

inilah kelesuan kebanyakkan masjid seluruh malaysia. khutbah yg di baca tidak relate dengan keadaan semasa. maka semakin khusyuk dan tawadhuklah para jemaah. bukan khusyuk mendengar, tapi khusyuk berdengkur!!

nak buat macam mana, negeri johor kan. lebih2 berkhutbah nanti, kene banned, lebih teruk lagi akan dituduh memecahkan belahkan masyarakat kerana berkhutbah politik dalam masjid. dangkal betul pemikiran.

2.05 pm/ masjid yang sama

selepas imam membaca doa, bangun seorang lelaki mengumumkan sesuatu. niat hati hendak terus keluar dari masjid, tetapi ingin juga mendengar apa yang ingin disampaikannya. rupa2nya maklumat mengenai kematian seoarang hamba Allah dalam kariah berkenaan. beliau meminta para jemaah agar dapat bersama2 solat jenazah untuk si mati.

aku ingatkan jenazah akan sampai sebentar lagi. rupa2nya dah ada sebelah aku. pucat lesi muka aku kerana terkejut. tapi masih lagi boleh cover. tak perasan jenazah sudah sampai. so, kami para jemaah yang masih tinggal yang pada pandangan ana hampir mencecah 100 org menyembahyangkan si mati.

berdoa untuk si mati. semoga kamu mendapat tempat yang baik di sisi Allah SWT. aku dan anda semua pasti akan menyusul kamu. bukankah kematian itu perkara yang paling dekat sekali?? malangnya ramai yang mengendahkannya termasuk aku yang hina ini..

tiada harta dunia yang di bawa, tiada keluarga yang menemani, baik suami, isteri, anak2, saudara mara dan lain2. hanya membawa amalan sahaja. insafnya aku detik ini. = (

2.20 pm/ waktu pulang

sepanjang perjalanan ke ofis, aku berfikir sendirian mengapa aku seringkali lalai dalam melaksanakan perintah Allah? mengapa aku sering terlupa akan mati? mengapa juga ada pemimpin yang sanngup mengkhianati amanah rakyat? mengapa ada yg sanggup mengamalkan rasuah? mengapa cukup ramai makhluk yang asalnya dari mani ini sombong, ego, bongkak seolah2 kehidupan dunia ini selama2nya? sedangkan kematian itu semakin menghampiri?

setiap satu ku tahu jawapannya. anda juga begitu bukan..

0 komentar:

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 Hitam Putih Kehidupan. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan