Dari bulan mei 2008 yang lepas, N70 menjadi handset kegunaanku. Beli yang second hand je, yang lama track in. Tawar punya tawar dapat la RM 350. Tak la mahal sangat. Sekarang, macam dah nak lunyai. Tapi boleh tahan jugak lasaknya. Ada la terjatuh 5 6 kali. Tapi steady bleh guna. Ada sekali terkena hujan, ingatkan dah rosak, tapi alhamdulillah xdek apa2. Nak dijadikan cerita, Ahad yang lepas (26 April 2009), diakibatkan kecuaian aku sendiri, handset aku ni hilang. Nak kata kena curi tak, nak kata orang pinjam tak, so yang paling mudah, H-I-L-A-N-G. Time tu aku rasa cukup sedih. Bukan sebab Handset itu hilang, tapi nombor2 yang ada dalam simcard dan phone memory. Bayangkanlah 500 lebih nombor. Macam mana jika ada berlaku kecemasan? Dah la daripada semua nombor tu, no aku je yang aku ingat. Yang lain semua x hafal. Memang tak patut. Tapi semua tu hanya sementara kerana 2 hari kemudian (28 April 2009), Handset aku 'datang sendiri' kepada aku. Ha-ha-ha. Hairan jugak bunyinya kan. Tapi itulah yang berlaku. Sebenarnya handset itu ada dalam kereta kawan aku. Di bahagian belakang. Mungkin masa aku tumpang kereta dia (26 April 2009), aku tak perasan handset itu dah tercampak ke bahagian belakang kereta dia. Bertambah 'spoil' lagi bila hari itu juga bateri handset aku habis. Tak dapat charge malam sebelumnya. Nak charge macam mana, charger ada orang pinjam. So, kawan aku yang tadi serahkan semula handset yang 'hilang' tu. Alhamdulillah, handset dah dapat balik. Rasa lawak pun ada. Huhuhu.. Aku bukan apa, no yang aku pakai sekarang ni no adik aku. Kalau betul handset aku hilang, leceh la sikit aku nak dapatkan simcard kat celcom centre. ye la, no orang lain. Akhir kalam, aku nasihatkan pada kamu semua jangan cuai macam aku k. Nanti menyusahkan diri sendiri.
1 komentar:
nak jugak satu
Post a Comment