Saban hari, umurku semakin meningkat. Makhluk Allah yang bernama waktu dan masa itu tidak sekali-kali akan mengundur ke belakang. Ia tetap taat dan akur. 24 tahun umurku, telah baligh hampir 11 tahun, seringkali terfikir sampai bila umur itu akan bertambah. Insaf aku seketika.
2 3 hari ini aku seperti berasakan kiamat semakin dekat dan dekat. Isu2 semasa samada di peringkat global atau dalam negara semakin menggetarkan hati ini. Lalu hati ini berbicara sendirian ;
Adakah Perang Armageddon (Perang Dunia ke3) semakin hampir?
Adakah Kemunculan Imam Mahdi itu semakin hampir?
Adakah kemunculan Dajjal itu semakin hampir?
Adakah Nabi Isa akan diturunkan dalam masa yang terdekat ini?
Dan Adakah Yakjuj & Makjuj itu semakin menghampiri untuk 'menghancurkan' dunia?
Allah! Amat berat pertanyaan ini. Saat Tok Jib Altantuya mengasaskan slogan yang baru, saat Anwar Ibrahim mencabar Umno agar bertanding PRK di DUN Penanti, saat Ahli PAS akar umbi sibuk bermuktamar dan membuat pemilihan, saat serangan demi serangan yahudi laknatullah alaih ke atas bumi palestin, saat anggota PBB berkongres berkaitan penghapusan etnik, sedarkah kita perkara2 ini bergerak seiringan seolah2 tanda2 besar munculnya kiamat semakin menghampiri kita?
Benak pemikiran kadang2 tidak mahu memikirkan perkara2 ini. Biasalah, soal kematian, soal azab siksa kubur, soal Kiamat dan lain2 memang menggerunkan andai dibicarakan. Tetapi perkara inilah yang akan meluluhkan hati kita dan semakin mendekatkan diri kepada Allah Azzawajalla.
Muhasabah dan muhasabah!
Sebut memang sedap, nasihatkan orang lain memang mudah, nak melaksanakan ke atas diri sendiri itu amat sukar.
Bagaimana agaknya ya andai 24 jam yang Allah kurniakan kita sibuk kepada perkara duniawi semata2? Waduh2, susah banget dong. Tidak mengapalah, kerna itu fitrah manusia yang lalai dan menjadi kewajiban seseorang untuk menegur.
Akhir kalam, selamat menjalani Peperiksaan Akhir Semester kepada sahabat2 yang masih menuntut. Walaupun sibuk belajar, percayalah jika niat itu betul, ganjaran dari Allah akan berlipat kali ganda dr semasa ke semasa. Buat yang terbaik ya. Aku sentiasa mendoakan kejayaan korang.
Kepada mereka yang bakal berkonvokesyen, terutama sahabat2 di POLISAS, selamat menjalani konvokesyen. Itu bukti kejayaan anda. Teruskan sehingga ke peringkat yg tertinggi.
O ye, kepada semua perwakilan Parti Islam di setiap peringkat samada di peringkat cawangan, kawasan dan pusat selamat bermuktamar dan selamat membuat pemilihan. Suburkan pemilihan dengan musyawarah dengan memilih yang terbaik dari yang terbaik. Kita enggak sama dengan rakan kita dalam UMNO.
Perkongsian hati hamba yg meronta dan merintih:
Akhi Fairuz Al Jengkari = (
22 April 2009, 5.30 pm
0 komentar:
Post a Comment